dalam masa2 ke depan yang mendatang, insuran akan menjadi satu bentuk keperluan.. bukan lagi sekadar satu pilihan.. hanya saja org melayu belum dididik dengan lebih baik ttg sistem takaful.. suatu simpanan dalam bentuk perlindungan jangka panjang; sebagai salah satu harta yg bakal perlu diwasiatkan..
kita jengok sekejap konsep KWSP.. produk ini dilabelkan sebagai simpanan hari tua anda.. sejauh manakah kebenarannya? antara mula kerja seawal umur 20an hingga umur pencen sekitar 60an.. dalam jangkamasa 40tahun itu, sejauh manakah apresiasi/depresiasi yg terjadi pada tabungan KWSP kita? mengikut anggaran terkini, tabungan tersebut hanya cukup untuk sekitar 3-4 tahun, jika kita tidak menerima pencen..
kebanyakan dari kita merasakan apabila kita tua kita tak memerlukan duit yg banyak.. ini pemikiran yg sengaja dikelirukan.. perlu kita insafi bahawa di umur emas tersebutlah kita memerlukan banyak wang, terutama jika kita dibelit masalah kesihatan.. bukanlah satu rahsia akan peningkatan dalam perbelanjaan perubataan di zaman ini.. hanya kita sentuh kesihatan saja..
kita lihat pula konsep pelaburan amanah saham.. sangat baik.. dan lebih baik jika pelaburan kita dalam bentuk sijil.. maka kita boleh mendisiplinkan diri untuk hanya menggunakan dividen yg kita dapat sahaja.. maka sijil kita menjadi pelaburan jangka panjang dan boleh pula kita wasiatkan.. kalau kita simpan keluar-masuk, tak efisien pelaburan kita tuh.. itu nasihat pelabur kat aku..
kemudian kita lihat pula keperluan pendidikan untuk anak2 kita.. mungkin kalau 20 tahun dulu, rm100k dah leh antar anak belajar keluar negeri.. tapi skrg jangan mimpi.. nanti time anak2 kita lak kita leh mengigau.. silap kira untuk pendidikan dalam negeri pun kita sesak2 napas nak mengadakannya.. ini realiti..
waktu ini, kebanyakan syarikat insuran melindungi perkara2 ini; kesihatan, pelaburan dan pendidikan.. hanya saja sejauh mana ketiga2 perkara ini merupakan keperluan kepada semua org? malah ada yg tak memerlukan semuanya.. cukuplah sakit makan panadol, duit cukup buat belanja dapur dan takyah buang masa sekolah tinggi2.. di waktu ini semua yg tersebut adalah hanya pilihan..
di masa hadapan, seronokkah kita mendengar org melayu yg mempunyai penyakit kronik terpaksa minta sedekah secara nasional? org2 melayu yg miskin ditimpa bencana alam terpaksa menunggu kotak derma penuh? anak2 melayu yg berpotensi merayu2 di setiap masjid untuk mencukupi perbelanjaan mereka untuk melanjutkan pelajaran?
byk dari kita berpendapat kita perlu dilindungi jika kita membayar insuran.. ada kebenaran.. tapi kebenaran yg utama ialah kita melindungi org2 yg kita kasihi.. kita insurankan kereta, kerna kita sayangkan diri kita.. keter berlanggar, takyah susah2 kita nak repair.. kita insurankan rumah kita, kerna kita sayang diri kita, kerna jika apa2 sahaja berlaku pada barangan tersebut kita dilindungi.. taklaa cedera parah..
kita citer yg klise dulu.. kalau kita mati esok pagi, apa yg berlaku pada keluarga kita? berapa lama mereka nak bangun semula dan meneruskan survival? kita cari harta dengan matlamat.. 3 bulan lagi nak beli rumah.. 5 tahun lagi nak jadi jutawan.. senang anak bini aku.. kalo mati pun takla diorg melarat.. tapi apa jadi jika berlaku sebelum kita capai matlamat kita? apa perlindungan yg diorg ada? (bukan perlindungan yg kita ada!)
produk insuran nih sama saja.. cuma kita kurang didikan.. maka kita cubalah pahami dengan mudah.. apakah perlindungan yg kita perlukan untuk keluarga kita? kalau kita mati? kdg2 mati nih lagi senang nak cerita.. tp macammana kalau kita sakit bertahun2? dahlaa anak bini kita kena cari rezeki, belum citer penat nak jaga, kena pula cari lebih untuk biaya ubat kita.. benarkah kita menyediakan perlindungan buat mereka?
mari kita perlahan2 kira.. biasanya setiap keluarga yg kematian suami ambil masa lebih kurang paling cepat 1 tahun untuk pulih semula sepenuhnya.. bermakna kita perlu menyediakan satu 'buffer' pendapatan selama sekurang2nya 1 tahun.. adakah kita mampu untuk mengumpul dan mempertahankan simpanan tersebut?
katakanlah setiap keluarga sederhana memerlukan rm1000 sebulan utk 'overhead' bulanannya.. bermakna memerlukan sekurang2nya rm12,000 sebagai 'buffer' simpanan.. jika anda pelabur amanah saham, pastikan sijil anda bernilai sebegitu.. jika anda penyimpan, pastikan simpanan dalam bank anda bernilai serupa.. dan ini 'buffer' yg tidak boleh kita ganggu gugat.. adakah efisien jika ini bentuk 'buffer' kita?
kita cuba berkreatif sedikit.. punya simpanan rm12k yg mmg kita sediakan sebagai perlindungan kepada keluarga kita, kita beli sijil amanah saham, tiap tahun dapat dividen.. katakan untung lbh kurg 9% setahun.. rm1,080 setahun..
bagaimana jika kita guna dividen itu untuk beli polisi insuran untuk diri kita.. untuk byrn rm90/bulan kita boleh beli polisi bernilai lbh kurang rm60k.. bermakna 'buffer' yg pada mulanya hanya rm12k, kini telah anda kembangkan menjadi rm72k.. perlindungan buat keluarga kita..
ini contoh.. mungkin ada angka yg tak tepat.. dan mungkin ada method yg tak sesuai.. yg aku nak tekankan di sini ialah pentingnya perlindungan untuk keluarga kita.. kerna kita ada 'key-person' dlm organisasi rumahtangga..
aku lebih suka guna konsep 'risk-management'.. insuran bukan sekadar perlindungan atau pelaburan, tetapi juga adalah satu cara pengurusan risiko.. kita ambil insuran bukan supaya kita jadi lebih berani dlm hidup tetapi sebagai satu cara mengurangkan risiko.. meminimakan risiko supaya kita lebih tenang menjalani hidup.. insya-Allah..
[origin : Am I wrong?]