Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

kapitalis gila




aku ada satu idea gila.

dua minggu lepas aku baca dlm harakah ada iklan nak jual tanah satu lot RM29ribu (kalau tak salah ingatan aku) sebagai pelaburan utk diwaqafkan semula utk pembinaan sekolah (atau mungkin rumah anak yatim.. maaf aku kurang ingat). agak2nya mmasuk akal tak kalau aku buat pinjaman kat bank utk beli lot tanah tuh? agak2 ada tak bank yg nak bagi aku buat pinjaman tuh?

aku kata gila, sebab mengikut ajaran ekonomi kapitalis, kita kena lihat dimana untungnya pelaburan itu kepada kita, kerana dlm setiap pelaburan dasarnya adalah mendapat keuntungan. aku kata gila, sebab mengikut ajaran sekularisme, kita boleh bersedeqah, waqaf dan infaq hanya bila kita ada kelebihan dari rezeki kita.

sahabat aku kata idea tuh cerdas, cuma mana ada bank yg tidak diurus oleh kapitalis? aku tetap kata gila sebab sistem ekonomi yg aku faham hanya sistem kapitalis, sistem perbankan Islam yg aku kaji pun semuanya adaptasi dari sistem kapitalis, dan konsep sedeqah, waqaf dan infaq yg aku faham pun dari institusi pendidikan sekular. nak buat hutang utk diri sendiri pun pening, ini pulak nak buat hutang utk bagi kat org. kompem gila.

dan aku rasa korg pun gila kalo setuju dgn idea gila aku nih. sanggupkah korg berusaha cari duit, kumpul harta, buat perniagaan yg menguntungkan hanya dgn niat supaya boleh bayar zakat lebih banyak? waqaf yg kita semua faham ialah buat masjid, rumah anak yatim dan tanah kubur. mana ada org buat waqaf sekolah, hospital dan tapak pasar malam? boleh ker kita buat sekolah tapi tak caj? buat klinik modal besar, belajar jadi doktor lama dan banyak belanja, pastuh nak dipercumakan? kan rugi bila kita buat tapak pasar malam pastuh tak sewakan padahal diorg tuh meniaga jugak.. lagipun kan kita dah bayar zakat. betul? sahabat aku kata tak betul.. cis..

sahabat aku kata, "zakat tuh keluarkan (bukan beri atau bayar) harta org lain yg ada dalam harta kita supaya kita tak termakan hak org lain. sedeqah, waqaf, infaq itu baru bahagian dari harta kita. keuntungan bukan keutamaan dalam perniagaan Islam. business is about serving the people. bila maksud melayani masyarakat maknanya ialah silaturrahim. dalam silaturrahim ada rezeki. dan rezeki setiap kita nih dah tetap di luh mahfudz. ini fundamental ekonomi Islam."

dia tanya aku kenapa harga makanan di gerai makan di pasaraya (food court) lebih mahal dari harga makanan yg sama yg dijual di pasar malam? aku kata kos sewa tapak beza. dia tanya adakah harga makanan akan lebih murah jika ada tempat meniaga yg tak kena bayar sewa? aku faham arah tujuan soalan dia.. hanya saja aku kata apa untungnya pada aku yg tuan punya tapak tuh? dia kata aku dapat makan murah sepanjang hidup. dan bukan aku saja tapi semua org lain juga. malah harga barang2 yg lain juga boleh jadi lebih murah sebab tak ada kos tapak. yg meniaga pun boleh jual lebih banyak sebab ramai org datang beli sebab lebih murah dari tempat lain. bila dah jual banyak, maka pengeluar pun boleh keluarkan lebih banyak. kalau tempat lain naik seringgit mungkin kat tempat tuh naik dua posen saja.. emm..

yg penting infrastruktur semuanya percuma. macam tv. kan tak bayar servis tv, macammana syarikat tv buat untung? sebab makin banyak org tgok siaran dia, dia ada potensi kuasa beli (buying power).. prasarana percuma, tapi org jual tv, org iklan barang dlm tv.. padahal pengguna tak bayar apa pun utk servis siaran tuh. sama macam google, yahoo, youtube, facebook yg buat pengasasnya jadi jutawan. makanya kenapa pulak koneksi internet kita kena bayar?

kerajaan buat jalanraya sebab ada keuntungan. bukan untung sebab boleh buat pondok tol, nih sepatutnya tak perlu sebab keuntungan yg lebih besar adalah pembangunan yg terhasil akibat dari kewujudan jalanraya tersebut. ekonomi berkembang kerna banyak tempat boleh terhubung. sama macam patutnya internet itu percuma, tak perlu bayar servis, sebab pelayan internet (service provider) boleh buat lebih banyak untung dari pembangun kandungan (content provider).

ini maksud 'ada rezeki dlm silaturrahim'. buat untung tuh sekali, tapi kalau kita jaga silaturrahim, akan ada urusniaga berkali2. org beli barang bukan psal barang kita bagus atau tidak, sebab byk org lain jual benda yg sama jugak, tapi sebab org tuh suka nak beli dgn kita. kalau barang kita mahal pun, kalau silaturrahim kita baik, org tetap beli. sebab org beli bukan sebab dia mampu atau tidak, tapi sebab dia nak beli atau tidak. melencung lak citer aku. balik asal.

sahabat aku buka citer masa Nabi saw wafat, masa tgh sakit kuat tuh, baginda tanya fatimah ra ada lagi tak duit dia, baginda suh fatimah ra amik dan sedeqahkan. logiknya kalo zaman kita nih, kita mati tinggalkan banyak harta utk anak bini kita, sampai kdg2 anak bini kita pun tak tahu kita ada harta di negeri hindustan, gohead-gostan dan negeri setan. patutkah kita waqaf dan hibah semua harta kita sebelum kita meninggalkan dunia? supaya sepeser duit pun kita tak kena jawab kat akhirat nanti sebab semua dah bagi? kita akan kata Nabi saw tuh rasul, Allah swt jaga keluarga dia. mana masuk akal kita nak buat sebijik cam Nabi saw, kan kita nih bukan nabi, tapi... kalau kita mati bukan Tuhan juga yg jaga keluarga kita ke?

dlm byk citer sahabat kita tau ramai sahabat tuh sebenarnya kaya-raya.. duit beribu2 dinar dan tanah luas tak terukur. tapi camna leh ada citer Nabi saw hanya ada 2 jubah saja. macammana penduduk baitul muqaddis boleh tak kenal yg mana satu Umar ra dan yg mana satu pembantunya? apahal Usman ra dan jutawan2 arab yg lain berebut2 nak beli perigi hanya untuk diwaqafkan semula pada jemaah.. akal kita kata itu sahabat, kita nih jauh beribu keturunan dari diorg.. mana masuk akal hari nih kita saja2 nak taja anak jiran miskin kita yg pandai gie belajar luar negeri, anak kita pun belum tentu dia taja bila nak belajar nanti. salah2 jadi fitnah pulak.

tapi mmg aku pun sendiri kadang2 malu bila pergi rumah anak yatim dan beri sedekah yg tak lebih mahal dari harga kasut aku. nak bagi derma kat org pun baju yg buruk2 dan tak pakai, padahal itu semua kalo tak sedeqah jadi sampah jer dlm rumah aku, jadi kain buruk. sifir mudahnya kita nih hanya sedeqah sampah dan kain buruk yg kita tanak jer. astaghfirullah. kalo Nabi saw singgah rumah aku hari ini, silap2 aku lari pintu dapur, maluuuu..


minggu lepas aku jumpa sorg sahabat baru balik dari uk, punya laa bertimbun2 buku dia bawa balik. dia kata murah saja kat sana, buku terpakai, tapi nampak elok jer kat mata aku. dia kata dia beli buku tebal2 tuh harga satu pound jer. isk.. kat kedai buku malaysia, yg tak laku pun depa dok jual rm10.. dia kata psal org melayu tak suka membaca, jadi buku yg berputar nih kurang. org melayu suka beli buku pastuh simpan kat rak. kdg2 Quran yg dah beli 3 tahun pun masih cantik macam baru beli semalam. ntah berapa kali jer buka agaknya. kat uk, kata dia, org jual semula murah2 dgn tujuan utk tukar2 buku, dah habis satu buku dia jual, beli buku lain pulak. org melayu simpan buku untuk makanan anai2, pastuh yg paling kejam kata dia, org melayu bakar buku.

teringat buku2 aku yg dekat 30 kotak aku bungkus tahun lepas simpan kat umah mak aku. kalo aku buat perpustakaan umum pun bagus, nak kena simpan duit beli rumah kecik laa plak utk waqaf jadi khutub khanah. tapi apahal lak aku nak beli perpustakaan, bagi jer laa kat perpustakaan, tapi lagi kampung aku mana ada perpustakaan, yg paling dekat pun 40km kat pekan nun.. dua kali tukar bas baru sampai. pastuh apahal lak waqaf perpustakaan, baik aku buat waqaf masjid.. tapi aku nak buat waqaf sebab nak kongsi buku. kompius eh.

balik pada citer sahabat aku tuh, dia kata org Islam satu dunia nih susah parah miskin papa kedana bukan sebab takder org Islam kaya, tapi sebab semuanya kapitalis. tengok cara makan jer kita dah tau kapitalis, makan sendiri2 sepinggan sorang2.. kita nak makan sepinggan dgn org lain, pakai tangan, rasa geli laa pulak kengkadang.. nak minum dari satu cawan yg sama, macam bercinta laa pulak.. padahal semua nih sunnah.. nih nak citer psal apa sebenarnya nih?

pokoknya nak bermati2an kumpul utk beli waqaf, beri sedeqah, atau jadi kaya sebab nak kuaukan zakat banyak tuh keje gila.. kalo bukan untuk diri kita tak perlulah nak bersusah payah.. lainlah mmg kita dapat untung banyak.. dah kaya barulah pikir benda2 tuh semua, masa2 rasa miskin nih kita beli jer apa yg kita suka sampai termuntah.. masa duit sikit2 nih laa beli baju mahal, keter cantik, rumah besar, jalan2 makan angin luar angkasa.. kalo esok2 kita dah kaya raya, maksudnya dah bosan beli baju, keter, rumah dan makan kari kepala gajah seminggu sekali, barulah kita fikir2kan nak buat sedeqah atau nak beli waqaf, sebab masa tuh barulah namanya ada lebihan dalam rezeki kita..

zaman nih zaman dimana semua org dah jadi gila, dan hidup waras di kalangan org gila, bermakna kitalah yg gila.. kerna kita tidak mengikut kelaziman masyarakat, atau dlm kata yg lebih memberi makna, kita tidak mengikut norma2 kegilaan yg sudah normal, dan dlm keadaan waras kita terpaksa mengakui betapa gilanya kita.

wallahualam.


read more...

Friday, January 2, 2009

kisah lanun kapal tangki dan pencuri handphone

pagi tadi kawan aku sibuk dok tunjuk kat berita tentera laut malaysia berjaya halau lanun teluk aden dari merompak kapal tangki india.. tahniah kepada pasukan tentera laut malaysia!

aku tunjuk pulak kat dia berita kat bahagian bawah nst tuh psal dua org budak pompuan kat kangar mencuri handphone sebab lapar.. bapaknya sakit mental, ibunya dipenjara kerana dadah, terpaksa tinggal dengan atuk-nenek.. mangsa curi tokeh salun tuh pun meleleh airmata mendengarnya, dan berkata sanggup bagi makan dan duit hanya saja kalau mereka meminta..

dah selalu sangat aku dengar ramai yg skeptikal bila org datang minta sedekah.. mmg tak dinafikan sebilangan peminta sedekah nih menipu ataupun didalangi oleh sindiket.. tapi bagaimana kalo yg meminta itu benar2 memerlukan? ini dilema kita..

begitu juga bila kita dihampiri oleh seseorg yg kelihatan sangat terdesak meminta bantuan kerana kehilangan dompet konon disamun dan segala macam cerita sedih.. yg pertama kita berfikir adalah sama ada kisah itu benar atau tidak.. kemudian kita akan bertanya lagi untuk mencari logik penceritaannya.. dan semuanya bergantung pada berapa pandai dia bercerita..

walaupun kita sendiri tahu bahawa logik itu tidak bermakna sentiasa benar dan tidak logik itu tidaklah semuanya tidak benar.. tapi yg paling kita tidak suka ialah merasa diri sendiri bodoh apabila kita merasa ditipu.. kerna itu walaupun kita dah beri, tetap jua kita mengenang2 agar hati kita yakin bahawa kita tidak ditipu..

persoalannya ialah bagaimana kalo kisah yg tak logik itu benar.. yg selalu aku takut ialah sebab aku tak tolong dia gie buat keje2 maksiat.. sebab tuh biasanya aku bagi jer walaupun aku rasa dia menipu.. sebab aku juga berpendapat dia mmg sangat terdesak hingga sanggup menipu.. moga Tuhan ampunkan dosa dia dan dosa aku..

teringat kata2 kawan aku masa dia bersungguh2 sorokkan kasut yg baru dibelinya kat bawah tangga masjid masa solat jumaat minggu lepas.. dia kata dia tak kisah kasut dia hilang tapi dia takut kasut barunya itu menyebabkan ada org nanti yg jadi bernafsu nak jadi pencuri dan kesian kalau org lain dapat dosa sebab mencuri kasut dia.. aku cakap kat dia, "dah tau camtuh apsal ko pakai kasut tuh gie masjid.." dia jawab, "kang ko kata aku kufur nikmat pulak".. hehe

berbalik kisah gadis pencuri handphone nih, aku teringat pertanyaan org umah aku tak lama dulu, "ada ker lagi org kat malaysia tak makan? yg terlebih makan banyak laa.."

masa tuh aku serba salah nak jawab.. masalahnya jika kita tahu ada org tak makan dan kita tak tolong dalam keadaan kita boleh menolong maka berdosa kita.. waima kita dah biasa dengar tentang bagaimana berdosanya kita kalo kita masak sedap dan baunya pergi ke rumah jiran yg lapar tapi kita tak hantar pun makanan pada dia..

Nabi saw sendiri kata kalo masak biar banyak kuah supaya lebih banyak org boleh makan.. betapa banyak pengkisahan sahabat2 Nabi saw yg keluar cari org miskin untuk makan bersama dan takkan makan selagi tak jumpa.. begitu juga tentang bagaimana keluarga Nabi saw boleh sedekahkan makanan pada org fakir walaupun itu merupakan makanan terakhir yg ada dalam rumah mereka..

ini semua kontrak sosial dan asas rezeki yg Tuhan kurniakan pada kita.. bahawa dalam setiap rezeki yg Tuhan beri pada kita itu ada hak org miskin.. sudahkah kita laksanakan hak yg diamanahkan oleh Tuhan pada kita?

seorg kawan aku yg lain pesan kalo sedekah berpada2.. janganlah sampai diri sendiri pun tak cukup.. walaupun pada amnya aku setuju tapi aku berpegang pada janji Tuhan, jika kita bersekah satu di jalan-Nya, maka Dia akan ganti sepuluh.. soalnya sekuat mana keyakinan kita pada janji Tuhan?

org kata takdir mmg tetap tapi kita kena usaha.. kalau tak usaha mana kita dapat.. aku tak kata tak betul ayat nih tapi aku juga berpendapat bahawa apa yg kita dapat nih bukan sebab usaha kita tapi sebab Tuhan nak beri.. kalau Tuhan tanak beri, usaha puluh tahun pun takkan dapat.. kalau Tuhan nak uji, kafir pun Dia bagi jadi kaya-raya.. usaha tuh bentuk ibadah kita pada-Nya.. bila ibadah maknanya kita tak perlukan balasan selain dari redha dan rahmat-Nya.. kalau tak usaha maknanya kita tak peduli pun pada-Nya, kita jadi sombong pada-Nya..

rezeki Tuhan nih datang berbagai bentuk.. contoh bila sebut psal makan, Tuhan bukan bagi rezeki dalam bentuk makanan saja, dapat makan alhamdulillah.. tapi ada org dapat rezeki makan dalam bentuk kenyang, tiba2 rasa kenyang alhamdulillah.. dua2 cukup tapi ada org tak puas, cekik dua belanga pun tak kenyang.. Tuhan tarik nikmat.. astaghfirullah..

sama juga kumpul harta, ada org dapat nikmat kumpul harta.. rumah besar, pakaian mewah, duit berlimpah.. alhamdulillah.. ada org dapat nikmat rasa harta.. rumah besar, pakaian mewah, hutang banyak.. dapat gaji cukup2 bayar hutang belanja sebulan.. alhamdulillah.. ada org pulak tak dapat rasa nikmat kumpul harta.. kumpul2 asik tak cukup, tak boleh beli harta, takleh kumpul duit, tapi makan pakai cukup.. alhamdulillah..

tapi nih semua harta dunia.. kawan aku kata tak penting sebab takleh bawak mati.. dia kata kalau nak kumpul harta kena kumpul harta yg boleh dibuat mati..

"aaa menarik nih.. cuba ko citer lagi," aku suka dengar bila dia membebel psal benda2 camnih..

"salah satu hadis masyhur psal harta selepas mati sebut yg menyelamatkan kita walaupun selepas kita mati ialah ilmu baik yg kita ajar, harta yg kita beri dijalan Allah swt dan anak yg soleh.. dah lengkap dah nih..," sambungnya dengan bersemangat..

"hidup kita nih kena tuntut ilmu.. wajib.. bila ada org tak tahu kena ajar.. wajib.. bila nampak benda salah, ini kita tahu sebab kita ada ilmu, kena betulkan, kena tegur.. wajib.. ini asas.. hidup tuh dakwah.. nak dakwah kena ada ilmu.. wajib.. jadi tiap hari kena tuntut ilmu dan bila dah kaya ilmu kena ajar ilmu.. kalau boleh sebut aku kata ada hak org bodoh dalm setiap ilmu ko tuh.. kena laksanakan hak.. sebab tuh dakwah nih wajib.. buat dapat pahala, tak buat dapat dosa.."

"ko nih pandai2 kuau fatwa sendiri," aku tegur dia..

"alhamdulillah.. tuh pahala tuh.. ko tegur aku psal ilmu.. supaya aku tak riak dan berlebih2an.." jawapan selambanya..

selepas menghirup kopi dia sambung lagi, "tapi ilmu tuh kena ada manfaat.. baru berterusan pahalanya.. kalo ilmu kita ajar jadi amalan org lagiii besar pahala.. sebab tuh kena hati2 ajar org takut org salah paham.. kang dosa pulak yg berterusan.."

"kalau Tuhan bagi duit banyak pulak macammana?" tanya aku sambil mengunyah roti banjir yg rasa sedap pulak pagi nih.. Tuhan bagi aku nikmat sedap.. alhamdulillah..

"lagi laa senang.. senang buat pahala dan senang buat dosa.."

"isk.. ko nih"

"betullaa.. cuba ko pikir kenapa begitu banyak nasihat dan teguran dalam Quran dan hadis psal org ada harta nih.. padahal pasal org miskin sikit saja.. maknanya Tuhan beri perhatian pada org kaya.. dan dikisahkan juga betapa besar pahala sedekah, waqaf dan infaq.. waima kata zakat tuh disebut beriringan dengan kata solat dlm banyak ayat dalam Quran.. dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.. org misekin camna nak bayar zakat?"

"itu benda biasa dengar yop.."

"mmg biasa dengar tapi org tak buat pun.. cuba ko tengok bila ko sebut pelaburan yg baik skrg ialah beli emas, apa kawan2 ko sebut? kalo beli emas kena zakat.. maksudnya apa? beli rumah takyah bayar zakat? simpan dlm unit trust tak payah bayar zakat? simpan dlm tabung haji takyah bayar zakat?"

"emm.. kena berbaik sangka tuan.. maksud diorg kalo masuk unit trust, tabung haji, asb tuh semua mmg dah siap2 potong zakat.. kalo beli emas takut terlupa bayar bila haul dah sampai.. maka sebab tuh diorg kata susah nak simpan emas.."

"subhanallah.. betul betul betul.. yg aku maksudkan ialah jangan takut bayar zakat.. malah patutnya bila buat pelan kewangan kena targetkan berapa zakat nak bayar tahun nih.. bukan berapa banyak leh kumpul.. zaman nih banyak org bayar zakat sebab nak elak cukai.. daripada bayar cukai baik bayar zakat, betul.. tapi niat bayar zakat tuh sebab nak elak cukai, org dah makin lupa konsep zakat yg sebenar.."

"zakat nih asas ekonomi Islam.. maksudnya dengan berkembang harta zakat nih maka lebih banyak yg boleh diperbuat untuk org Islam sesuai keperluan.. kalau mmg keperluan nak beri pelajaran pada org miskin, pusat zakat boleh buat sekolah berasrama khas utk org miskin, kalau org miskin perlukan kesihatan, buat hospital khas utk org miskin.. kalau keperluannya rumah, maka buatlah kawasan perumahan khas untuk org miskin.. bila dah buat semua nih maka dengan sendiri tiada org miskin yg homeless, bodoh dan sakit2.."

"zakat nih bukan setakat bagi makan minum dan hantar org gie mengaji kat arab saja.. bukan sekadar bagi beberapa ratus masa raya puasa dan raya haji.. asnaf zakat nih banyak dan pengurus zakat patut pikir jauh lagi.. bukan guna buat bangunan untuk pusat zakat dan belanja promosi saja.."

"sama juga dengan wakaf.. bukan setakat wakaf tanah kubur saja.. wakaf nih gunannya utk bangunkan fasiliti dan infrastruktur.. wakaf masjid dan rumah anak yatim.. wakaf buat jalan, wakaf kebun, wakaf air percuma, wakaf kitab, dan segala macam lagi.. kita kena jadi kreatif.."

"dan wakaf nih bukan lepas mati saja baru nak buat.. masa hidup nih kena buat.. nih harta sebenar kita.. kumpul duit banyak2 pastuh beli tanah dan wakafkan.. tapi org rasa rugi.. sebab penat2 kumpul pastuh bagi kat org.. org lebih suka beli harta banyak2, buat rumah besar2, beli keter mewah2, nih semua bukan harta.. penipuan dunia saja.. bukan kaya pun namanya.."

"sedekah pun satu hal.. kita nih bagi sedekah kat org miskin saja.. kat kawan2 tanak sedekah.. bila makan kat kedai kita kenen2 kawan suh bayar padahal bagi org makan tuh pahala besar.. patut berebut2 nak bayar sebab nak pahala.. lagi banyak kena bayar insya-Allah lagi banyak pahala.. tapi org kita nih tanak rugi di dunia.. padahal mudah buat sedekah nih.."

emm.. nih taktik nak suh aku bayar sarapan pagi laa nih.. tapi tak baik pulak pikir camtuh.. astaghfirullah..

"bila aku baca kisah org soleh yg boleh wakafkan kebun sebab mengganggu kyusu solat, aku malu pada diri sendiri.. kita nih nak sedekah RM10 setiap minggu kat masjid pun lama berfikir.. apalagi nak hulur RM50.. padahal solat kita nih kat masjid pun tak selalu sampai taraf kyusu'.."

"itu org kaya tuan.. kalo mmg duit cukup2 tiap bulan camna nak buat lagi.." aku enterframe kuliah pagi dia..

"nih aku cakap macam nih pasal kita nih org kaya laa.. ada ko tak makan dua hari? ada ko ikat batu ke perut macam para sahabat buat? ko makan tak bertambah tak sah.. pastuh ko nak mengaku miskin? jangan laa nak kata sederhana.. kita nih tak sampai tahap sederhana pun.. Nabi saw sendiri bersabda kata makan lebih dari dua kali sehari tuh dah berlebihan.."

"tapi realitinya mmg kita skrg nih kalo takder duit takleh nak hidup.. kalo ko nak suh aku sedekah banyak2 nanti aku menzalimi keluarga aku pulak.." aku cuba mencari maksud dalam ayat2 dia..

"tuh perkataan nafsu tuh bang.. tak percaya janji Tuhan ke? rezeki tuh tetap.. bila ada keperluan doa lah.. hanya doa tuh yg mengubah takdir.. bila doa pulak kena percaya laa.. bukan tawakal pastuh merungut.. bila Tuhan uji dengan kekurangan harta kita melenting2.. masa Tuhan duga dgn kekayaan kita senyum2 saja.. macammana kita nak mengaku kita nih org beriman? sahabat Nabi saw sendiri kata perkara yg paling menyenangkan hati tentang keluarganya ialah bila isterinya mengeluh tiada makanan di rumah.. maknanya senang hati tidak menanggung harta dunia.. lagi banyak harta kita kumpul lagi banyak kita kena jawab dgn Tuhan nanti.."

"kalo macam tuh habislah semua org Islam miskin?"

"org Islam kaya bukan individu.. nih kena paham.. apa guna sorg dua kaya tapi beribu2 yg lain miskin macam sekarang nih? dan aku pun bukan kata bangkang org cari harta.. cuma bila kita cari harta nih kita cari redha Tuhan.. kita cari harta bukan untuk diri kita sendiri tapi untuk ummah.. kita cari harta, buat sedekah, waqaf, infaq.. anak2 yatim terbela.. janda2 terpelihara.. org2 miskin terjaga.. ko tengok berapa ramai org miskin, org cacat, janda2, anak yatim yg merempat mintak sedekah.. kenapa nih semua berlaku? sebab kita cari harta untuk diri kita sendiri.. padahal Tuhan dah bagitau memberi harta ke jalan Allah swt, Tuhan ganti berganda2.. kita tak mahu yg berganda2 tuh tapi kita tetap mahu yg sejemput yg kita ada saja.."

"sama dengan konsep sosialis nih.."

"semua konsep dlm dunia nih kalau asasnya Islam elok jadinya.. sebab tuh ada beza antara muslim quote hadis dengan kafir quote Quran.. ada beza kita dipimpin oleh org Islam dengan dipimpin oleh harbi.. sebab nilai Islam dlm diri setiap org tuh berbeza.. mana boleh percaya org kafir sebut benda baik psal Islam.. kalo dia kata Islam tuh benar dan betul kenapa dia tak peluk Islam.. aku tau ko akan sebut dakwah kena berhikmah.. aku tutup kes yg nih.. hehe"

"satu lagi harta manusia ialah anak yg soleh.. nih harta besar nih.. kalo org melayu dah selalu jadikan alasan nak anak lelaki nih untuk kawin lagi.. penting anak nih sebab doa dan amalan anak sampai terus pada ibubapanya.. tapi kena bagi jadi anak soleh laa.. maknanya kita kena ajar bagi ilmu, kalau tak mampu carikan guru.. nih wajib.. tak buat berdosa.."

"tapi yg ramai skrg nih takut nak beranak.. takut tak cukup makan.. maka merancang.. takut diumpat org beranak pandai nak bagi makan tak pandai.. kita lawan takdir dengan makan ubat, inject, dan segala macam.. sebab apa? sebab kita rasa susah kalo anak ramai.. nak jaga anak ramai pun rasa susah tapi ramai kita nak jadi ketua, nak jadi pemimpin, nak tadbir org lagi banyak.. apa kehenyer yop?"

"ko tengok ulama zaman dulu.. isteri full quota.. anak punya laa ramai.. tak juga ada rumah besar2.. malah kdg2 berbulan2 tak jumpa salah satu isteri.. makan pun roti keras saja.. sebab apa nih? sebab nafsu? jangan ikut pikiran syaitan.. org yg soleh mmg kena isteri dan anak ramai.. berharap agar ada berkah dalam keturunannnya.. dan keturunannya itu moga2 jadi pelita buat masyarakat.."

"jadi paham kat sini.. nak kawin banyak tuh bukan sebab byk harta.. org kaya elok kawin banyak supaya dapat jaga lebih ramai wanita.. tapi syarat nak poligami nih bukan harta tapi soleh atau tidak.. tak soleh takleh kawin.. nanti yg ramai bukan penduduk syurga tapi memenuhkan neraka.. yg boleh adil tuh soleh, harta takleh adil.. kalo ko pikir2 nak kawin lagi ko pikir dulu ko nih dah masuk golongan solehin ker belum.. kalo idak malu kat Tuhan.. jaga satu pun tak tentu syurga apalagi kalau jaga ramai2.."

"aku pulak yg ko kenen.. belum pikir ke situ lagi pun.. tapi nih pun dah tetap kan.. rezeki, jodoh dan maut dah tetap di luh mahfuz.. kdg2 semua tuh Tuhan takdirkan ada sebab bukan saja2.. rancangan kita baik tapi rancangan Tuhan lebih baik lagi.."

"setuju aku.. aku nak sebut satu lagi.. bila dah anak ramai nih, maka kita kena jugak wakafkan anak2 ke jalan Allah swt.. kan elok kalo ada antara anak2 kita nih kita wakafkan jadi tahfiz.. lagi elok kalo semua.. tapi reailiti jugak ler tengok diri kita pun hapal surah lazim saja.. insya-Allah.. sama2 laa kita.."

"insya-Allah.. err.. nih dah dekat jam dua belas.. kita nih sarapan sampai ke tengahari.. elok nanti2 kita sambung tazkirah ko nih.. aku nak tengok anak2 aku kat umah kejap.. kang yg jantan tuh tak siap2 lagi nak gie solat jumaat.. ko tuh jangan lupa doa banyak2 bior jodoh cepat sampai.. biar ada byk harta dunia dan akhirat.."

"amin.. takpa.. ari nih aku bayor.. asik ko jer bayor tiap hari.. aku nak pahala jugak.. hehe"



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Saturday, August 4, 2007

jihad memartabatkan ekonomi ummah


ramai dari kita cari harta kekayaan untuk diri sendiri.. walaupun mulut dok sebut psal anak bini.. itu hanya alasan.. dan itulah masalah pokok dalam mencari rezeki..

kita buat jihad ekonomi, bukan semata2 untuk kita bergaya dan berbangga dgn pencapaian dan keuntungan yg kita dapat.. tapi untuk memertabatkan semula ekonomi Islam..

kita lihat dimana kedudukan Islam sekarang? tak perlu cakap kekuatan untuk membangun negara, malah banyak org2 Islam yang melarat tidak terbantu.. ini adalah tanggungjawab kita.. ingat hadis sebut lebih kurang maksud, kita nih tak boleh kenyang dalam keadaan ada jiran kita lapar.. definisi jiran pulak ialah dalam perimeter 40 buah rumah..

kita citer macam2 tapi bila lihat org susah kita tak boleh bantu.. apa fungsi kita sebagai manusia? sebagai saudara seagama? bila org mintak sedekah, kita berkilah2 dok cari duit kecil.. pasal apa? anak2 yatim dan janda2 terbiar, tanggungjawab kerajaan saja kah?

kalo kita baca kisah2 para sahabat atau kisah2 nabi, bila org mintak sedekah kat dia, dia sanggup pi jual diri dia jadi hamba, dan duit tuh bagi kat org yg mintak sedekah tadi utk beli makanan.. kita sanggup ker buat camtuh? bukan kecik citer sedekah nih.. dan itu baru citer sedekah.. dan kita bagi alasan, itu org soleh.. nabi dan para sahabat.. kita jauh dari nabi.. kalau pun kita jauh, bukankah mereka tuh yang perlu kita ikut? ker patutnya yg bukan nabi dan sahabat tuh ikut cara kita?

kita bagi alasan kalo kaya nanti lupa Tuhan.. mula tinggal solat dan berjinak2 dgn maksiat.. kita dah penah kaya ker untuk tahu bahawa kita akan jadi camtuh? itu org lain, yg Tuhan tunjukkan pada kita untuk buat pedoman.. dan masa miskin nih kyusu' ke solat kita bila teringat isteri dan anak2 kita minta sesuatu yang takleh kita nak adakan? tenangkah hati kita bila teringat kita takleh nak bagi apa yang mak bapak kita minta? tapi tetap teguh dgn alasan kita, takpa aku miskin tak kacau org, kalau kaya nanti aku lupa Tuhan.. belum kaya dah tau diri kita akan lupa Tuhan.. tak perlu kaya bang kalo nak lupa Tuhan..

kita kerja susah payah cari duit untuk apa? untuk hidup? untuk sara anak isteri? supaya nanti anak2 kita bila besar diorg tak susah? demi masa depan keluarga? apa maksudnya tuh? ker utk ego kita sendiri? mungkinkah untuk kita berbangga bila org puji anak isteri kita? mungkinkah ssebagai alasan supaya kita leh dapat apa yang kita sendiri mahu? atau mungkinkah sekadar mengisi masa lapang?

kita kerja cari rezeki untuk menafkahi anak isteri kerna itu adalah ibadah.. seorg suami yang keluar rumah mencari rezeki dengan niat untuk menafkahi keluarganya dapat pahala macam pahala jihad.. sebab tuh isteri kena redha.. bukan kecik punya citer nih.. wajib..

maka bila dah namanya jihad, kena laa sungguh2.. walaupun kecil tapi kena berterusan.. istiqamah.. ini Tuhan suka.. Tuhan tidak akan bosan dengan apa yang kita kerjakan sehingga kita bosan dengan apa yang kita lakukan..

dan kena paham pula, kalau tanggungjawab isteri di rumah, tanggungjawab suami bukan sekadar di rumahnya tetapi uga dalam masyarakat.. tak boleh kita dok harap org lain yg buat fardu kifayah, kita tumpang saja.. lebih2 lagi dlm keadaan masyarakat kita sekarang yg kita sendiri pandai sebut dan kutuk.. tapi mana tanggungjawab kita?

kita kena buat sesuatu.. kalau dulu org perang politik.. bom sana sini.. sana mati sini cedera parah.. tapi perang zaman ini ialah perang ekonomi.. lihat bagaimana negara timur tengah huru hara tapi tak berani nak buat apa2.. sebab realiti kita lihat mereka negara kaya, tapi realiti mereka yang kita tak tahu ialah ekonomi mereka dlm genggaman yahudi..

sama gak dlm skop kita malaysia.. kita dok sebut melayu jual barang mahal, melayu meniaga selalu telingkup, tak pandai, asik sibuk nak untung, etc.. itu semua adalah persepsi kita.. yang kita tak nampak ialah semua jaringan perniagaan nih dikuasai oleh bangsa pendatang.. kita org melayu kalo meniaga kecil2an takpa, tapi kalau kita buat meniaga komersil besar2an mati kita kena main dengan diorg.. ini bukan cerita dongeng..

yg herannya, yg tanam/ternak/usaha melayu dan yg beli pun melayu.. tapi jaringan tuh dikuasai oleh bangsa pendatang.. bila barang bagus bangsa pendatang nih dapat nama, bila barang tak elok dia kata org melayu yg buat tak elok.. kita melayu terima saja.. kita dok kata kalau cina tutup kedai mati melayu tak makan, tapi kita tak tahu bahawa kalau melayu tak beli kat cina, tutup kedai cina..

kalau modal org melayu tak besar, macammana kita nak bersaing dengan bangsa pendatang nih? kalau jaringan org melayu lemah bagaimana kita nak bangunkan ekonomi kita? kalo zaman dulu siapa kuat dialah kudrat, tapi zaman kita nih duit adalah kuasa (money is power).. lihat bagaimana para kafirun jatuhkan ekonomi negara2 rantau asia tenggara.. berapa banyak org Islam jatuh miskin dan melarat? skrg pun kita dok rasa lagi bahangnya..

adakah kita patut bertenang2 saja walaupun kita di'serang'? kita kena bangkit.. kita kena naikkan semula ekonomi Islam.. ekonomi dengan mualamat Islam.. kita tolak semua sistem yang tak ikut syariah.. kita pindahkan semua modal kita yang berada di luar pelaburan Islam ke sistem Islam.. biar mereka yg ikut kita.. kita tolak sumer yg takder tanda halal.. kita penuhkan kedai2 melayu..

kita sama2 meniaga.. mana meniaga yang cina dok buat kita buat.. bila pejabat kita nak cari barang or nak cari org utk lakukan sesuatu, kita utamakan melayu.. tak cantik sikit takpa laa.. kurang bagus sikit kita coverlah.. tapi kita ingatkan mereka nih juga mengapa kita amik/tawarkan pada mereka.. supaya kita kerja nih kita kena ingat selalu bahawa kita sedang berjihad.. bila jihad kena sungguh2 takleh main2.. kalau tidak nanti kalau mati tak syahid..

wallahualam..



[origin : Am I wrong?]

read more...

Tuesday, August 1, 2006

mindset awareness


kita nih self-employed.. kita kena keje baru duit masuk.. kita takder pasif income.. tuh yang bila citer psal duit kita dok concentrate kat apa yang patut dan tak patut kita belanja.. kita dok adjust benda yang sama tiap2 bulan.. kalo nak pakai duit, kita cut belah mana yg tak patut.. rasa tak berapa nak pakai duit, kita pun enjoy laa serba sikit untuk self-appreciation.. tapi kita citer yg itu2 jugak..

satu tips org kaya (walaupun aku tahu byk yg kata dia tanak kaya, cuma nak 'senang'), diorg nih buat duit bukan waktu keje tapi waktu lapang diorg.. kita yg self-employed nih tak banyak waktu lapang.. dah laa sehari suntuk duk buat keje kat kantor.. ada tuh balik umah pun dok buat keje lagi.. kalo tak pun dok sembang psal keje lagi.. itu masalah kita sebagai self-employed, terlalu komited dengan keje kita.. end up kita takder masa untuk diri kita..

ada org kata kat aku, kita nih jadi sibuk psal kita 'malas'.. definisi malas dia ialah kita takmo pikir psal diri kita maka kita sibukkan diri dengan benda lain.. itu bergantung kepada camna kita nak tengok keadaan diri kita.. especially org cam kita yang selalu dok kata kita takder masa nak pikir psal investment, bisnes, pasif income, etc.. dahlaa kita takder kepakaran dalam bidang finansial, kita malas nak pikir.. so instead of kita sembang psal benda yang kita tak tahu, contoh psal duit, kita lebih prefer sembang psal benda yg kita tahu, contohnya keje kita.. semakin kita mengkhusus semakin kita terjerat..

satu lagi bab syukur, aku bukanlah nak suh semua org jadi tak bersyukur, tapi dah memang diketahui sikap org melayu, sama cam aku, cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada.. bukan aku kata kita kena tamak, cuma cuba kita lihat dari perspektif yang lain sket..

tiap hari kita dok citer org melayu nih lemah dalam ekonomi, byk org miskin, hidup cukup makan, semua kesengsaraan itu dan ini.. tapi apa yang kita leh buat? kita dok harap kerajaan tolong diorg.. bagi biasiswa, bagi bantuan, bagi subsidi, spital free, semua tuh kita dok suh kerajaan buat.. kalo tak pun kita dok kutuk jutawan melayu tanak tolong org melayu.. posisi kita di mana? tidakkah kita sebagai generasi melayu yang professional yang harusnya mengadakan semua fasiliti itu utk org melayu.. tapi apa yg kita buat? kita pun sama tumpang komplen saja.. tak buat apa pun.. sebab naiklaa minyak sampai RM2 pun tetap kita mampu bayar.. kita tak rasa camna nelayan yang dok harap subsidi minyak nak ke laut.. tapi kita komplen ikan mahal.. kita tunjuk ke mana? satu jari tunjuk kerajaan, kita lupa tiga jari tunjuk diri kita semula..

so konsep syukur nih camna? syukur dengan apa yang ada.. betul.. tapi kalo dah syukur janganlaa komplen.. bila dah komplen maknanya tak cukup.. bila kita komplen inflasi naik, kita jadi tak bersyukur ker?cuba pulak kita pikir camna nak turunkan kadar inflasi, bukan fikir apa yang kerajaan patut buat tapi apa yg boleh kita buat.. tapi cam biasa ada jugak bunyi kata 'kita nih org kecil, buat perubahan pun tak signifikan'.. betul pendapat tuh tapi yg kita nak ubah bkan sekarang.. yg kita nak ubah ialah nasib anak2 kita nanti.. kita nak ubah generasi bukan leh buat satu malam.. kita kena ambil masa, mula dengan kecik.. sikit2 lama2 jadi bukit..

kita semua nih bagus.. sangat bagus.. semua org melayu bagus.. tapi tak banyak yang hebat.. sebab kita tanak jadi hebat.. alasan paling klise.. takut riak.. kita org melayu mmg pandai bagi alasan.. sebab tuh DEB dah berpuluh tahun still melayu tak dapat nak achieve 30% ekonomi malaysia.. sebab kita cukup sekadar bagus.. kita tanak jadi hebat.. kita dok sebut apa hang tuah kata tapi kita tanak jadi hang tuah.. ada kawan kata, kita tak mampu.. belum cuba dah tak mampu.. maknanya belum gie perang dah kalah.. even if we lost a battle, doesn't mean we lost the war..

perjalanan melayu nih masih panjang.. cuma skrg nih hala tuju org melayu terletak pada tangan generasi kita.. apa yang berlaku pada generasi anak2 kita adalah disebabkan oleh kita.. bukan oleh bapa2 kita.. kita yang bertanggungjawab merubah kalau kita rasa perlu.. kalau tidak cukuplaa dengan apa yang org melayu ada sekarang..

contoh mudah laa.. dulu masa kita gaji ribu2, sedekah ikhlas tuh maknanya RM10 atau RM20, bila ekonomi kita meningkat, gaji belas dan puluh ribu, sedekah ikhlas kita adalah RM100.. its a 10% over 10% factor.. maksudnya kita semua tahu 10% dari pendapatn kita haruslah kita sedekahkan.. tapi kebayakan org hanya ikhlas bila sedekah 10% dari 10% yang perlu tuh.. ok cuba kita visualize camna keadaan kita untuk mengikhlaskan sedekah RM10,000.. tak boleh kah? rasa rugi laa pulak kan? sebab kita tadak RM 1 juta.. bila kata pendapatan sejuta nih lagi laa pening.. sebab itu semua dah over kita punya mindset.. kita rasa tak mungkin..

sama macam ko bagitau kat org kampung gaji ko bawah 10 ribu, diorg percaya lagi.. tapi kalo korang kata gaji berpuluh ribu sebulan, diorg gelak kat ko sebab dia kata ko pembohong.. ini berlaku sebab gaji puluh ribu nih dah melepasi logik diorg.. apalagi bila tengok kita still selekeh macam dulu, bawa keter kecik balik kampung.. diorg doubt mind diorg sendiri sebab diorg dah create logik dalam mindset diorg ttg org kaya nih camna.. so dia hanya kata ko banyak duit tapi tak kaya.. walaupun bila balik ko bagi kat dia rm100..

its all about mindset.. so mindset anak2 kita nih camna? kita nak diorg jadi macam kita jugak ker? atau kita hanya siapkan harta buat diorg tapi bukan ilmu dan mindset yang diperlukan? harta dunia nih depreciate.. walaupun org kata beli tanah/rumah takkan turun harga.. tapi lupakah kita pada bencana alam dan perang? semua nih takder makna.. yang penting adalah mindset dan ilmu.. kita kena readykan anak2 kita ttg bagaimana nak guna pancing, bukan setakat buatkan mereka kolam ikan..

ada org pesan kat aku, masa yang paling sesuai bersedekah adalah masa kita takder duit.. kalo tinggal rm10 dalam poket, ada lak org mintak sedekah dengan muka kesian, toksah bagi rm5, instead bagi jer rm10 tuh.. habiskan apa yg ada dalam poket ko.. sekali dengar cam ajaran sesat.. tapi dia citer lak nilai tindakan tuh.. dia kata bila kita takder duit, kita risau camna nak spend duit yang tinggal kat kita.. bila kita sedekah rm5, hati kita masih risau camna nak adjust rm5 yang tinggal.. soal hati nih.. tapi kalau kita sedekahkan rm10, poket kita dah kosong.. instead of kita pikir camna nak adjust duit yang kita ada, which is dah takder, kita kena pikir mana nak cari duit, nak isi balik poket kita.. so hati dan minda kita dah tak stuck dalam poket, sebaliknya hati dan minda kita dah mula tengok keliling dan mencari rezeki yang Tuhan sediakan untuk kita..

citer bab rezeki, Tuhan dah janji kata rezeki kita tetap. Tuhan takkan tarik nyawa kita selagi Dia tak sempurnakan rezeki kita.. ini janji Tuhan.. tapi kita was-was, sebab tuh kita asik dok risau psal duit kita.. ada org pulak guna ayat nih untuk bermalas-malasan.. ulat dalam batu pun hidup.. betul tuh tak salah.. so kalau kita nak rezeki kita batu, kita rehatlah.. kalo kita nak rezeki kita dalam bentuk boleh menolong org sama, maka kena usahalah.. usaha, tawakal, redha, syukur.. ada org tak usaha pun, terus bersyukur jer.. macam2 manusia nih.. so pendapat aku ialah bukan sekadar bagaimana nak uruskan rezeki kita (ini penting), tapi juga bagaimana kita nak dapatkan rezeki.. sebab aku rasa keje camnih sampai takder masa lak nak menuntut ilmu, sedangkan tuntut ilmu tuh wajib.. kalo ada pasif income, takyah risau psal dunia lagi (anak-isteri), so barulah concentrate benda akhirat.. itu pendapat aku laa.. tak setuju pun takpa.. nak komen lagi aku suka =D



[origin : Am I wrong?]

read more...