Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label retirement. Show all posts
Showing posts with label retirement. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

Why we need to save?


the basic of economy planning in Quran..

The King of Egypt had a dream that Allah the Exalted made a reason for Yusuf's release from prison, with his honor and reputation preserved. When the king had this dream, he was astonished and fearful and sought its interpretation. He gathered the priests, the chiefs of his state and the princes and told them what he had seen in a dream, asking them to interpret it for him. They did not know its interpretation and as an excuse, they said,

[أَضْغَـثُ أَحْلَـمٍ]

(Mixed up false dreams), which you saw,

[وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ الاٌّحْلَـمِ بِعَـلِمِينَ]

(and we are not skilled in the interpretation of dreams.) They said, had your dream been a vision rather than a mixed up false dream, we would not have known its interpretation. The man who was saved from the two, who were Yusuf's companions in prison, remembered. Shaytan plotted to make him forget the request of Yusuf, to mention his story to the king. Now, years later, he remembered after forgetfulness and said to the king and his entourage,

[أَنَاْ أُنَبِّئُكُمْ بِتَأْوِيلِهِ]

(I will tell you its interpretation,) he interpretation of this dream,

[فَأَرْسِلُونِ]

(so send me forth.) to the prison, to Yusuf, the man of truth. So they sent him, and he said to Yusuf,

[يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا]

(O Yusuf, the man of truth! Explain to us..) and mentioned the king's dream to him.

This is when Yusuf, peace be upon him, told the interpretation of the dream, without criticizing the man for forgetting his request that he had made to him. Neither did he make a precondition that he be released before explaining the meaning. Rather, he said,

[تَزْرَعُونَ سَبْعُ سِنِينَ دَأَبًا]

(For seven consecutive years, you shall sow as usual) `you will receive the usual amount of rain and fertility for seven consecutive years.' He interpreted the cows to be years, because cows till the land that produce fruits and vegetables, which represent the green ears of corn in the dream. He next recommended what they should do during these fertile years,

[فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِى سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ]

(and that (the harvest) which you reap you shall leave it in the ears, (all) except a little of it which you may eat.) He said, `Whatever you harvest during those seven fertile years, leave it in the ears so as to preserve it better. This will help the harvest stay healthy longer, except the amount that you need to eat, which should not be substantial. Stay away from extravagance, so that you use what remains of the harvest during the seven years of drought that will follow the seven fertile years.' This was represented by the seven lean cows that eat the seven fat cows. During the seven years of drought, they will eat from the harvest they collected during the seven fertile years, as represented by the dry ears of corn in the dream. Yusuf told them that during these years, the remaining ears will not produce anything and whatever they try to plant, will not produce any harvest, so he said,

[يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ]

(which will devour what you have laid by in advance for them, (all) except a little of that which you have guarded (stored).) He delivered the good news to them that after the consecutive years of drought, there will come a fertile year, during which people will receive rain and the land will produce in abundance. The people will then press wine and oil as usual.

Tafsir Ibn Kathir on Surah Yusof: 43-49



does it match below economy theory?

read more...

Friday, February 1, 2008

passive income and retirement


talking bout passive income is not about being rich.. its about being financially free.. dan konsep nih pun bukan baru sebab org2 tua kampung aku semua dah buat.. contoh mudah.. masa muda keje kumpul duit, ada peluang beli tanah, tanam pokok kelapasawit, now diorg ari2 balik masjid dok kedai kopi minum teh, kelapasawit bagi kat org kerjakan, sebulan sekali gie amik duit.. kalo ikut term org muda, nih pun real-estate..


masalah utama bukan duit but how we wanna live our life.. insya-Allah..

aku nak tekankan sket kat sini ttg istilah bersara.. kita org melayu nih dididik oleh british.. bila citer psal bersara, yg terbayang dlm diri kita adalah makan pencen.. balik kampung buat rumah sebiji, gie buat keje kebun sikit2, pastuh dok rileks tunggu nak mati.. mentaliti camnih mmg dah tertanam dlm diri org melayu zaman berzaman.. sebab tuh bila aku sebut jom bersara awal, ramai gak kengkawan aku meloncat2.. apahal nak bersara awal kalo kita leh buat duit lagi..

maksud aku bila kita bersara maknanya kita ada pilihan untuk buat apa yg kita suka.. selagi kita tak financial free, kita terikat.. jangan kata nak gie kuau usrah 40 hari, nak duk masjid sehari suntuk pun tak sempat, solat pun tak berapa kusyu'.. dok teringat nak bagi nafkah anak bini..

yg aku sebut bersara ialah kita dah siapkan nafkah anak bini.. bila financial free barulaa kita leh kata harta makan 7 keturunan tak habis.. kalo diuruskan dengan betul.. biasanya 3 keturunan jer.. tapi nih kita citer bab lain..

so bila nafkah anak bini kita dah siap sedia, maka kita leh laa buat perkara2 fardhu kifayah.. takkan asik buat fardhu ain saja kan? kalo ikut Nabi saw umor 40 baginda dah mula mengasingkan diri.. kalo ikut zaman nih, umor 40 laa masa yg kiita dok pulun dunia..

bukan aku kata nak stop cari nafkah anak bini atau tak percaya pada rezeki.. tapi bila kita merancang dengan betul, maka hati kita lebih tenang beribadah.. tuh yg kita cari, ibadah jadi tenang.. kita nih kdg2 anak2 minta makan kfc pun dah mula kira duit dalam poket, solat pun dok teringat hutang bank ada tak bayar lagi, blum kira nak tuntut ilmu, mana ada masa kan?

maka bila kita bersara, kita boleh buat pilihan nih.. cam doc, nak bukak klinik free pun buleh.. kalo skrg mau pikir byk kali kan?

pendapat aku laa.. wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Monday, January 14, 2008

pelan bersara : antara rezeki, takdir dan usaha


maaf.. masa aku buka topik nih aku andaikan semua org paham bab rezeki nih.. maka benarlah rezeki tiap manusia nih Tuhan dah tetapkan.. kita cari atau tidak, Tuhan tetap sempurnakan rezeki setiap manusia sebelum manusia tuh mati.. tapi ini bukanlah satu alasan untuk kita tidak berusaha mencari rezeki..

seumpama kita melakukan perjalanan di padang pasir.. kita bawa minuman dan makanan sebagai usaha.. kita tidak menyandarkan rezeki kita pada makanan dan minuman yg kita bawa.. kalo kita kata kalo tak bawa minuman kita mati, silap2 jatuh syirik.. tapi sebagai usaha.. kerna walaupun takdir, qada dan qadar kita berjalan, Tuhan dah bagitau kita suruh berusaha.. nak kira hijrah Nabi saw ke Madinah bukanlah kerna takut dibunuh kerana ajal di tangan Tuhan, tetapi sebagai satu usaha yang mempunyai hikmahnya yg tersendiri.. kita berjalan atas takdir kita yg dah ditentukan oleh Tuhan..

bila kita citer bab mencari nafkah pula.. kalo rezeki dah tetap mengapa Nabi saw suruh2 jugak cari nafkah? sebab mencari itu pahala.. ibadah besar.. waima Nabi saw sendiri pernah bersabda adalah lebih baik anak2 kita ditinggalkan harta daripada dibiarkan melarat dan meminta-minta.. mmg benar zaman Nabi saw dan para sahabat, nafkah mereka hanya cukup untuk sehari.. esok cari lagi.. tak simpan makanan kat dapur.. tapi zaman itu dan zaman ini bagaimana? bukanlah aku kata jgn ikut sunnah Nabi saw tapi realiti ummah yg sudah jauh dari Nabi saw dan hidup pula dalam sistem yg bukan sistem Islam, manakah kaedah Islam yg membolehkan ummah Islam nih berdiri sama tinggi dengan dgn para kafirun.. zaman Nabi saw org leh ketuk pintu minta makanan.. zaman kita nih adik beradik pun kekadang buat tak nampak anak kita takder susu.. kita pun malu nak minta susu anak kat adik beradik..

jgn salah paham apa yg aku cakap, seolah matlamat menghalalkan cara, tapi aku berpegang pada pendapat bahawa kita nih hidup dlm sistem kafirun.. segala apa yg kita cari mmg kalo kita susur galur semuanya ada nilai subhah.. nih sama cam keje kerajaan.. adakah perlu kita berhenti kerja kerajaan kerana salah satu sumber kerajaan adalah cukai ke atas arak? sama cam kita kerja bila kita tahu nokia dapat projek kerna ada unsur2 rasuah.. aku rasa usul kaedah nih, lebih baik yg lebih arif tolong perjelaskan.. kalo aku yg citer kang bunyi cam ajaran sesat lak..

so pada pendapat aku, membuat perancangan persaraan bukanlah suatu yg para sahabat tak buat.. kalo tak takkan ada hukum faraid dan kaedah wasiat dlm Islam.. takkan ada hukum zakat, wakaf dan infaq.. sebab semua org Islam tak perlu cari harta.. mmg tak perlu cari harta utk kaya, tapi mencari itu adalah ibadah.. nak pahala.. walaupun pahala bukan jaminan syurga tapi kalo takder pahala lagi laa takder jaminan.. walaupun qada dan qadar itu di tangan Tuhan tapi Tuhan beri kita akal untuk berfikir dan membuat pilihan..

dalam menggunakan akal untuk membuat pilihan.. bukan membuat pilihan itu yg penting tapi memahami mengapa kita membuat pilihan tersebut.. sebab walau apa pun yg kita pilih itu dah mmg takdir yang ditetapkan-Nya.. begitu juga memahami mengapa kita perlu bersara awal..

to be frank, kita citer simpan RM200k utk dpt passive income RM2k sebulan, belumlaa boleh dudk goyang kaki.. yg kita citer nih ialah passive income untuk menghidupkan famili kita.. supaya kita terbebas dari tanggungan nafkah dunia, insya-Allah.. maknanya lepas so-called bersara tuh, kita hanya leh pikir psal diri kita sendiri saja.. masa tuh bolehlaa kita nak duduk masjid siang malam berzikir, nak merantau cari tok guru utk tambah ilmu, berkhidmat utk masyarakat, etc.. anak bini kita dah tak kita risaukan sangat..

realiti sekarang.. kecuali jalil (sebab buat masa nih aku tau dia sorg jer leh konsisten buat tak keje 40 hari tiap tahun), kita nih cakap saja tapi kita takleh nak buat.. nak gie jemaah kat masjid pun kekadang tak dapat psal keje.. nak buat qiamulail cari lailatul qadar pun ada kat site ada emergency call.. nak jengok mak bapak tiap hari tuh toksah kata laa.. kadang2 nak tengok anak membesar pun terlepas.. tau2 dah leh baca Quran sendiri.. tak dapat kita sebagai bapak nak ajar dari awal.. apalagi nak gie umrah tiap tahun, haji 5 tahun sekali?

nih aku terciter kat hamzi psal duit (maaf buat ko kompius ari tuh).. kita bukan cari duit.. kita cari rezeki.. rezeki tak semestinya duit.. yg kita citer bukan berapa banyak duit kita dah kumpul.. itu tak penting.. duit nih hanya tools.. tools kepada sistem ekonomi.. buat masa nih kita hidup dlm sistem kafirun.. ada sikit sistem Islam kita pakai laa.. tapi kebanyakan urusan ekonomi kita berjalan atas dasar sistem ekonomi kafirun.. bolehkah kita ubah? zaman daulah Islam boleh ubah sebab Islam yg menguasai.. skrg kita mahu tak mahu kena guna sistem kafirun.. kita tanak interest pun dia tetap bagi.. 0.02sen tiap bulan contohnya..

maka aku berpendapat kita guna sistem kafirun nih untuk kalahkan mereka.. bila kita dah menguasai sistem mereka, bila2 masa kita leh ubah polisi ekonomi dunia.. besar sangatlah pulak citer aku nih.. kita balik pada skop lebih kecil pada diri sendiri.. untuk keluar dari sistem yg mencengkam hidup kita, kita kena kuasai sistem mereka.. bila duit dah bukan kerisauan kita, maka hati kita lebih tenang beribadah.. kadang2 kita mmg tenang, tapi keluarga kita lak tak tenang.. kita leh rileks tak kerja 2-3 bulan tapi anak bini kita risau tgok duit kuau tak masuk2.. ini contoh aku laa.. aku try dua kali, simptom sama..

aku kata kat hamzi, duit nih cam dadah.. kita nih dah tahap ketagihan.. takder duit kalu rasa seram sejuk.. tidur malam pun tak lena.. ini sebab duit kontrol kita.. sama cam dadah.. sebab tuh kita kena kontrol duit.. supaya kita tak ketagih.. apalagi bila standard of living kita2 yg dalam nih dah meningkat sejak beberapa tahun nih.. kita sangguplah hidup kat kampung jaga ayam toreh getah, tapi adilkah kita seret keluarga kita sekali balik pada hidup tuh setelah kita angkat hidup mereka macam sekarang.. last2 kita lak jadi tak sekufu dgn dia.. ada kawan kata kawin dgn anak org kaya tak boleh suh dia duk umah setinggan, zalim.. sebab tuh kena cari yg sekufu..

perasan2 dah panjang pulak.. baik aku berenti.. kang cakap banyak2 melalut pulak.. apa yg aku sebut nih pendapat peribadi aku, kalo salah tolonglah nasihat aku.. aku tak pernah kata apa yg aku cakap nih betul.. betul pada yg rasa betul lah.. tak betul mintak maaf.. cuma bila ada yg sebut benda camnih aku pun cam biasalaa nak berpendapat jugak =D

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Thursday, August 9, 2007

persaraan: satu pilihan?


aku sokong bab retire at 40.. sebab itu pun target aku.. financially free at 40.. bersara nih bukan tentang berapa banyak kita kumpul tetapi berapa banyak yg kita kena maintain.. contohnya kalo kita ada passive income 10k pun tapi kalo lifestyle kita 20k tetap tak cukup.. apalagi bila makin tua, biaya kos perubatan bukan sikit2.. blum time tuh anak dah mula besar dan byk nak pakai duit terutama utk belajar..

ramai dari kita bila citer bersara nih, kita tgok berapa byk kita leh kumpul yang kita kata cukup.. saving is not the answer (pergh cakap omputih lak aku).. kalo kita bersara dengan simpanan, maknanya masa bersara kita akan korek bukit kita tuh.. untung kalo mati cepat sblm bukit habis.. kalo tiba2 macam2 dugaan Tuhan datang, bukit runtuh, masa tuh umur kita nak mintak keja blk pun dah susah..

pertama yang kita kena kaji bila nak buat plan retire nih ialah berapa banyak yg kita perlukan sebagai sara hidup harian.. kita toksah citer hutang, simpanan, dan segala macamnika benda tuh.. kita cuba estimate berapa banyak yg cukup utk kita maintain lifestyle kita.. dan sekaranglah masanya kita kena practise dan jadikan habit lifestyle yang kita nak tuh.. regardless income kita makin naik or makin turun.. kita hanya guna apa yang kita perlu sahaja..

duit nih bahaya.. macam dadah jugak.. ketagih.. tak caya cuba tengok masa kita ada duit.. happy jer.. bila takder duit kita terketar2, tak tidur malam, asik mood dtg bulan jer tiap hari, tak tentu arah jadinya.. kita ketagihan duit.. ada org cuba bagi aku paham ttg berfikir beyond duit.. buat masa nih aku pun tak clear lagi maksud dia.. so takleh nak komen..

satu lagi nak pesan jugak, ini org pesan kat aku so aku sampaikan kat korg pulak.. bila kita nak sesuatu, contoh nak bersara, nak berenti keje duk umah, nak naik haji waktu muda, nak kaya ker atau apa2laa.. kita kena doa mintak kat Tuhan tiap2 hari.. kena buat solat hajat sekerap mungkin.. bukan bila sakit teruk atau kena bala atau nak cari jodoh jer solat hajat.. kena jadikan habit.. mintak kat manusia kita tak malu, takkan minta kat Tuhan kita malu.. kita usaha macammana pun kalo Tuhan tanak bagi tak guna juga.. maka mintaklah kat Tuhan.. doa banyak2.. sebab doa tuh salah satu sebab mengubah takdir.. ada hadis tapi aku tak hafal..

pastuh satu lagi spouse, kalo pompuan nak berenti biasanya hubby ok jer.. lagi baik dah takder alasan penat nak layan suami.. tapi utk lelaki nak berhijrah status nih kena tengok spouse kita.. dia ready ke idak.. sebab hijrah nih bukan benda senang.. byk berkorban dan terkorban.. kalo dia tak ready maka kita kena readykan dia.. susah betul jadi lelaki.. dan hanya lelaki yg mengerti.. pokoknya wife kena betul2 paham apa kita nak buat.. dan bukan semua org lelaki beruntung.. so kena byk adjustment dan preparation..

kita nih selalu tengok org lain lebih baik dari kita.. baik tuh.. yg kita tak pasan ialah org lain pun tengok camtuh jugak.. cuma sama2 tak sebut sebab jaga ego masing2.. kita semua nih sama jer.. takder org lain yang lebih dari seorg yg lain.. walaupun sorg jadi doktor, sorg jadi lawyer, sorg meniaga, mengajar, dok rumah jaga anak.. regardless sorg ada master, sorg ada phd, sorg ada sijil spm saja.. tipuan dunia semua tuh..

semua kita nih ada purpose masing2.. dan setiap dari kita nih adalah penting dalam komuniti kita.. so kita kena hargai org lain dan kita kena hargai diri kita sama.. tak bolehlaa kita nak melarikan diri dgn ego kita sendiri.. kalo diorg hebat, kita pun hebat.. kalo dia kata kita tak hebat, dia pun tak hebat mana.. sebab resmi padi tunduk berisi, resmi tong kosong kelentong..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Wednesday, May 30, 2007

Takaful: risk management


dalam masa2 ke depan yang mendatang, insuran akan menjadi satu bentuk keperluan.. bukan lagi sekadar satu pilihan.. hanya saja org melayu belum dididik dengan lebih baik ttg sistem takaful.. suatu simpanan dalam bentuk perlindungan jangka panjang; sebagai salah satu harta yg bakal perlu diwasiatkan..

kita jengok sekejap konsep KWSP.. produk ini dilabelkan sebagai simpanan hari tua anda.. sejauh manakah kebenarannya? antara mula kerja seawal umur 20an hingga umur pencen sekitar 60an.. dalam jangkamasa 40tahun itu, sejauh manakah apresiasi/depresiasi yg terjadi pada tabungan KWSP kita? mengikut anggaran terkini, tabungan tersebut hanya cukup untuk sekitar 3-4 tahun, jika kita tidak menerima pencen..

kebanyakan dari kita merasakan apabila kita tua kita tak memerlukan duit yg banyak.. ini pemikiran yg sengaja dikelirukan.. perlu kita insafi bahawa di umur emas tersebutlah kita memerlukan banyak wang, terutama jika kita dibelit masalah kesihatan.. bukanlah satu rahsia akan peningkatan dalam perbelanjaan perubataan di zaman ini.. hanya kita sentuh kesihatan saja..

kita lihat pula konsep pelaburan amanah saham.. sangat baik.. dan lebih baik jika pelaburan kita dalam bentuk sijil.. maka kita boleh mendisiplinkan diri untuk hanya menggunakan dividen yg kita dapat sahaja.. maka sijil kita menjadi pelaburan jangka panjang dan boleh pula kita wasiatkan.. kalau kita simpan keluar-masuk, tak efisien pelaburan kita tuh.. itu nasihat pelabur kat aku..

kemudian kita lihat pula keperluan pendidikan untuk anak2 kita.. mungkin kalau 20 tahun dulu, rm100k dah leh antar anak belajar keluar negeri.. tapi skrg jangan mimpi.. nanti time anak2 kita lak kita leh mengigau.. silap kira untuk pendidikan dalam negeri pun kita sesak2 napas nak mengadakannya.. ini realiti..

waktu ini, kebanyakan syarikat insuran melindungi perkara2 ini; kesihatan, pelaburan dan pendidikan.. hanya saja sejauh mana ketiga2 perkara ini merupakan keperluan kepada semua org? malah ada yg tak memerlukan semuanya.. cukuplah sakit makan panadol, duit cukup buat belanja dapur dan takyah buang masa sekolah tinggi2.. di waktu ini semua yg tersebut adalah hanya pilihan..

di masa hadapan, seronokkah kita mendengar org melayu yg mempunyai penyakit kronik terpaksa minta sedekah secara nasional? org2 melayu yg miskin ditimpa bencana alam terpaksa menunggu kotak derma penuh? anak2 melayu yg berpotensi merayu2 di setiap masjid untuk mencukupi perbelanjaan mereka untuk melanjutkan pelajaran?

byk dari kita berpendapat kita perlu dilindungi jika kita membayar insuran.. ada kebenaran.. tapi kebenaran yg utama ialah kita melindungi org2 yg kita kasihi.. kita insurankan kereta, kerna kita sayangkan diri kita.. keter berlanggar, takyah susah2 kita nak repair.. kita insurankan rumah kita, kerna kita sayang diri kita, kerna jika apa2 sahaja berlaku pada barangan tersebut kita dilindungi.. taklaa cedera parah..

kita citer yg klise dulu.. kalau kita mati esok pagi, apa yg berlaku pada keluarga kita? berapa lama mereka nak bangun semula dan meneruskan survival? kita cari harta dengan matlamat.. 3 bulan lagi nak beli rumah.. 5 tahun lagi nak jadi jutawan.. senang anak bini aku.. kalo mati pun takla diorg melarat.. tapi apa jadi jika berlaku sebelum kita capai matlamat kita? apa perlindungan yg diorg ada? (bukan perlindungan yg kita ada!)

produk insuran nih sama saja.. cuma kita kurang didikan.. maka kita cubalah pahami dengan mudah.. apakah perlindungan yg kita perlukan untuk keluarga kita? kalau kita mati? kdg2 mati nih lagi senang nak cerita.. tp macammana kalau kita sakit bertahun2? dahlaa anak bini kita kena cari rezeki, belum citer penat nak jaga, kena pula cari lebih untuk biaya ubat kita.. benarkah kita menyediakan perlindungan buat mereka?

mari kita perlahan2 kira.. biasanya setiap keluarga yg kematian suami ambil masa lebih kurang paling cepat 1 tahun untuk pulih semula sepenuhnya.. bermakna kita perlu menyediakan satu 'buffer' pendapatan selama sekurang2nya 1 tahun.. adakah kita mampu untuk mengumpul dan mempertahankan simpanan tersebut?

katakanlah setiap keluarga sederhana memerlukan rm1000 sebulan utk 'overhead' bulanannya.. bermakna memerlukan sekurang2nya rm12,000 sebagai 'buffer' simpanan.. jika anda pelabur amanah saham, pastikan sijil anda bernilai sebegitu.. jika anda penyimpan, pastikan simpanan dalam bank anda bernilai serupa.. dan ini 'buffer' yg tidak boleh kita ganggu gugat.. adakah efisien jika ini bentuk 'buffer' kita?

kita cuba berkreatif sedikit.. punya simpanan rm12k yg mmg kita sediakan sebagai perlindungan kepada keluarga kita, kita beli sijil amanah saham, tiap tahun dapat dividen.. katakan untung lbh kurg 9% setahun.. rm1,080 setahun..

bagaimana jika kita guna dividen itu untuk beli polisi insuran untuk diri kita.. untuk byrn rm90/bulan kita boleh beli polisi bernilai lbh kurang rm60k.. bermakna 'buffer' yg pada mulanya hanya rm12k, kini telah anda kembangkan menjadi rm72k.. perlindungan buat keluarga kita..

ini contoh.. mungkin ada angka yg tak tepat.. dan mungkin ada method yg tak sesuai.. yg aku nak tekankan di sini ialah pentingnya perlindungan untuk keluarga kita.. kerna kita ada 'key-person' dlm organisasi rumahtangga..

aku lebih suka guna konsep 'risk-management'.. insuran bukan sekadar perlindungan atau pelaburan, tetapi juga adalah satu cara pengurusan risiko.. kita ambil insuran bukan supaya kita jadi lebih berani dlm hidup tetapi sebagai satu cara mengurangkan risiko.. meminimakan risiko supaya kita lebih tenang menjalani hidup.. insya-Allah..



[origin : Am I wrong?]

read more...