Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label riba. Show all posts
Showing posts with label riba. Show all posts

Saturday, January 24, 2009

back door to riba?


dogma ekonomi Islam

"aku tak paham apa yg depa sibuk sangat psal ekonomi Islam. kalo betul ekonomi Islam tuh penting sangat, dah tentu masa Allah swt bagi Nabi saw pilihan, Nabi saw dah pilih dah harta kekayaan supaya Islam jadi kuat," haluan bicara malam mulai berubah arah.. raut wajah kawan aku mulai menunjukkan keseriusan berbanding pecah tawanya yg menggegar sejak dari awal malam tadi..

"semua nih mengarut saja.. hang tengok cam perbankan Islam, most of it is just a back door to riba.. nak bagi cantik depa bubuh laa akad laa apa laa.. mengarut.."

ahaa.. buat kali pertama aku mendengar pendapat sebegini di kalangan kelompok kawan2 ku yg ini.. selama ini aku pikir hanya aku saja yg berpikiran begitu.. almaklum kebiasaannya aku di hentam kira dan kanan jika aku mempersoalkan kosmetik Islam yg ditampal pada perkara2 yg aku rasa tidak ada jiwa Islam..

kosmetika perbankan Islam

sepertinya pertama kali aku melihat perjanjian pinjaman peribadi yg dikatakan mengikut Islam, aku menggeleng kepala membaca klausa bagaimana pinjaman peribadi itu disandarkan pada pembelian sejumlah saham dan kemudiannya saham itu diakad akan dijual semula kepada bank dengan sekian harga yg lebih tinggi pada suatu masa di hadapan.. sungguh jelas penipuan.. asas Islam itu jujur.. namun yg mereka sebut akad ini jelas sesuatu yg mengarut dan tidak masuk akal aku ketika itu.. sekadar membenarkan faedah yg lebih tinggi atas nama Islam.. itu harga yg kita bayar atas kejahilan kita..

begitu juga aku merasa tertipu oleh perbankan Islam apabila membaca lebih teliti perkara2 yg sebenarnya berlaku ketika pembelian rumah.. betapa rumah yg kita beli itu ditaksirkan semula dengan harga pada waktu akan datang, mengikut jangka waktu pinjaman kita.. maka kerna itu rumah seharga 200k apabila ditaksirkan semula dengan harga 20 tahun lagi akan bernilai 400k, maka kita pula akan membayar hutang kepada bank pada harga taksiran hadapan itu..

"lagu mana kita nak taksir benda yg belum ada nih? benda nih zaman Nabi saw dah tunjuk dah, kalau kita nih pi beli pokok kurma, tapi dok ada putik, harga pokok tuh tak masuk putik, nanti bila putik tuh berbuah, buah tuh hak org yg jual pokok tuh kat kita.." walaupun aku mengakui tak pernah mendengar hadis ini, namun dari kerut didahinya aku dapat melihat keyakinannya pada sesuatu..

konsep musyarakah?

"yg aku penah dengaq ada satu komuniti di long island yg buat benda nih dengan betul.. depa nih professional mmg ada banyak duit laa.. depa panggil benda nih musyakarah.. depa buat lagu nih" seperti kawan2 yg lain, aku juga memfokuskan fikiranku pada buah butir perkataannya..

"katakan kita nak beli rumah, kita mampu bayaq 10% jadi 90% nih komuniti yg bayaq.. kita dok rumah nih dan bayaq sewa katakan 1000.. tapi kita ada share 10%, jadi kita bayaq sewa 900 saja sebab 10% tuh hak kita.. jadi bila kita ada duit lagi, kita nak beli lagi share rumah tuh.. rumah tuh ditaksirkan lagi pada harga semasa pada waktu tuh.. pastuh kita bayaq share yg patut kita bayaq pada harga masa tuh.. katakan kita bayaq lagi 10%, jadi kita dah ada 20% pemilikan rumah tuh.. jadi sewa kita pun bayaq hanya 80%, sebab 20% tuh hak kita.. dan begitu seterusnya sampai kita dapat beli hak pemilikan penuh rumah.."

subhanallah, inilah indah Islam.. perkataan ini benar berbanding konsep2 mudharabah bank2 yg berlabel Islam yg semakin popular menjual produk2 yg semakin mengelirukan..

perang ke atas riba

"riba nih bukan benda kecik hang tau.. riba nih bukan sekadar haram tapi lagi teruk dari haram.. Tuhan dan Nabi saw kata apa kat riba nih? kalau babi Nabi saw kata haram saja, yg nih Tuhan isytihar perang.. kalau nak kata macammana hina riba nih, sama dengan bersetubuh dengan mak kita sendiri.. aku pun tak tau nak pikiaq apa lagi yg lebih teruk dari tuh.."

aku dapat lihat perkataan dia menyerap pada beberapa org kawan2 ku yg lain.. aku mengangguk2 setuju dengan pendapat kawan aku tuh, manakan tidak diisytihar perang, aku pernah membaca satu riwayat yg mengatakan dosa bersetubuh dengan ibu sendiri itu umpama dosa membunuh 40 (atau mungkin 70) org nabi.. umpama menyebabkan 40-70 bangsa di dunia terus sesat dari menerima hidayah Allah swt..

penilaian semula halal-haram

teringat pulak aku perihal bagaimana pentarafan halal itu dilakukan oleh panel syariah malaysia.. tentang bagaimana rupanya ada perkara2 yg tertakluk dibawah klausa 10%, 20% dan 30%, maka jika perkara2 haram itu tidak melebihi penetapan tersebut maka panel syariah akan menganggap produk itu boleh menggunakan nama Islam dan dianggap menepati syariah.. ini undang2 yg jelas tertulis sebagai panduan, bukan sekadar ijma panel syariah sahaja..

dan ini dapat memecah kebuntuan yg menyesakkan kepalaku kebelakangan ini.. bukan sekadar tentang bagaimana aku tidak mahu meninggalkan hutang pada keluargaku, tetapi jauh dari itu adakah harta yg akan kutinggalkan ini halal sepenuhnya.. dan betapa aku memikirkan keadaan hatiku yg tidak tenteram ini mungkinkah disebabkan oleh harta2 yg tidak halal.. moga Tuhan memberi petunjuk padaku..

"eh.. jomlaa kita balik.. dah pukui brapa nih, aku tak isya lagi.." andai saja aku dapat merasakan urgency yg serupa dalam hatiku.. serentak itu kami mula bersalaman dan mengucap selamat tinggal.. sekurang2nya satu kusut terlerai dalam hatiku, aku dapat yakin betapa bukan aku sendirian dalam perkara ini, dan benarlah kata2 bahawa seorg sahabat itu penyuluh ketika gelap.. semuanya semakin terang.. alhamdulillah..



[origin : Am I wrong? ]
read more...

Monday, October 13, 2008

capitalist in motion



in reply to "Krisis ekonomi: suatu kupasan ringkas"

its all about paper money.. first, they turn gold to paper money (which is actually credit note), when theres not enough money then the brilliant american turn the real credit note to bond.. then they make profit out of the bond..

this is part of the modern economy (capitalisme) which used riba as the fundamental.. even the now so-called Islamic banking doesn't have the soul of Islam.. its merely a pork with a halal stamping.. just beware..

Allah swt already warned us, the kafirun will never follow Islam.. they only mimick Islam to destroy it..

wallahualam..




[origin : Am I wrong? ]

read more...

Friday, September 8, 2006

Stuck in system? wheres the way out?


instrumen pelaburan dan sistem kewangan konvensional berunsurkan riba dan perjudian.

ini dilema para muslimin, terutama pelabur Islam.. juga dilema perbankan Islam.. kerna sistem ekonomi dimonopoli oleh para kafirun.. even duit yang kita guna juga byk unsur riba tanpa kita sedari.. kita dok tukar duit kat money changer atau thru transfer sama cam kita meniaga forex.. ini antara sebab kenapa kita promote halal hub (bukan ala khairy) dan dinar currency (bukan ala negara arab).. ini semua untuk set-up sistem ekonomi..

sama macam negara, kalo kita tak dapat perintah negara, kita tak dapat tukar unsur2 asas yg tidak Islamik untuk implement syariah law. sama dengan ekonomi, kalo kita tak kontrol ekonomi, susah (bukan tak mungkin) kita nak implement dan survive economically.. we already in the system yg dah membarah dalam hidup kita.. kita dah almost impossible untuk avoid melainkan takluk dan tukar (pada pendapat aku yg bodoh nih)..

kalau sistem ekonomi para kafirun, mestilaa takder penasihat syariah.. pasti laa sistem dia sistem kafirun.. diorg manipulate sistem ekonomi, kita dalam sistem tuh, kita pun dimanipulasi.. cuba tengok rumah yg kita beli.. kadang2 sedih bank yg kata kita guna perbankan Islam, tapi ternyata sistem tuh tidak mendukung kita, malah menjadikan kita seolah2 semakin rugi, inikah risiko? sedangkan nilai harta secara umum semakin naik?

sama cam org kata boikot nokia psal nokia ada kat israel.. boikot barang yahudi.. tapi kita dok guna sistem yg yahudi nih cipta.. internet yahudi.. software yahudi.. nak pakai yg tak yahudi, nokia tak bagi pulak, kata tak ikut spec.. tak keje kang takder duit, pakai duit, guna sistem diorg lak.. ada duit kena simpan bank, simpan Bank Islam, tabung haji, depreciate pulak, sebab duit tuh sendiri sebahagian dari sistem kafirun.. so kemana kita nak berlindung? ini dilema kita..

cukupkah sekadar dilema dan terus hanyut? atau apa yg harus kita lakukan? bila duit kita depriciate, manakala para kafirun berjaya dalam sistem kapitalis diorg, kita makin jauh, kerna sistem mereka semakin kental, sedang sistem kita statik.. aku tak kata sistem ekonomi Islam statik, tapi pelaksanaannya.. kerna malah para banker sendiri tak benar2 paham sistem perekonomian Islam.. maka dimana posisi kita? apa situasi kita?

aku byk lihat para muslimin mmg sangat cekap untuk menilai dan memberi hukum.. sangat bagus.. menunjukkan kita semakin paham akan fiqh ekonomi.. jadi kita makin jelas kedudukan kita dimana.. tapi aku jarang lihat solusi.. yang aku selalu dengar simpan.. pada aku kalo simpan dalam bentuk emas atau pelaburan lain sangat bagus.. tapi kalau simpan duit sama saja laa kita sokong sistem kewangan kafirun.. kalo nilai duit boleh diperdagangkan maknanya duit kita nih takder makna.. kita tak boleh ikut sistem Islam tapi pakai tool kafir (pada pendapat aku yg dungu laa).. duit tuh tools org kafir.. so apa tools org Islam? mana solusi?

sebab tuh aku berpendapat lebih baik simpan harta dalam bentuk bahan galian (cam emas, perak,etc) atau dalam bentuk sumber agro (cth hadis sebut tamar, gandum dan garam) atau dalam bentuk hartanah (supaya kita leh wakafkan bila ada kesempatan) atau perniagaan berbentuk servis (cth pengangkutan, marketing). tapi persoalannya berapa banyak dari kita yg berfikir ke arah ini dan berapa banyak dari kita yang sanggup?

kita dok sebut rezeki di tangan Tuhan.. apa maknanya? pastuh kita pun sebut wallahualam..



[origin : Am I wrong?]


read more...