skip to main |
skip to sidebar
"manusia nih pelik kan.. dia suka benda yg bukan dia punya.."
"nih ko nak konar kemana lak nih?"
"contoh macam harta kita nih laa.. nih semua bukan milik kita tapi amanah daripada Allah swt.. ko ingat hadis psal pahala selepas mati.. anak yg soleh, harta dijalan kebaikan dan ilmu yg bermanfaat.. dan harta nih juga antara soalan utama bila kita disoal kat akhirat nanti, kemana kamu belanjakan.."
"betul tuh.. org tak pasan harta nih lebih banyak pahala kita dapat masa kita spend.. bukan masa kita earn.. cari nafkah nih pahala.. makna masa kita kumpul harta nih dapatlah pahala usaha, harta tuh takder pahala utk kita.. yg paling penting ialah apa yg kita buat dengan harta yg kita kumpul tuh.. how we redistribute wealth.. bila kita spend baru lagi banyak pahala kita dapat.. sedekah org miskin.. waqaf anak yatim.."
"Islam condemn harta yg disimpan statik.. sebab tuh kalo simpan saja tak buat apa2, kena bayar zakat.."
"tau apa beza antara sedekah dengan hadiah? sedekah tuh beri untuk org yg kita nak tolong.. hadiah tuh beri pada org yg kita nak muliakan.."
"banyak instrumen pengagihan harta sebenarnya dalam Islam.. zakat, sedeqah, hadiah, waqf, wasiyyah, hibah.."
"tapi mana ada org yg suka2 bagi kat org.. dia mesti kira apa yg untuk dia dulu.."
"ini yg org tak paham.. kalo org paham konsep harta dalam Islam nih, org takkan sayang nak simpan harta.. dia akan cari harta dan beri untuk Islam.."
"cari harta tak salah.. yg jadi persoalannya ialah bagaimana kita menguruskan harta.. bila citer menguruskan harta, kita citer tentang pengagihan harta.. bukan nak agih2 antara keluarga saja tapi juga untuk jemaah.."
"nak tinggalkan utk keluarga pun tak cukup, camna nak beri kat org pulak?"
"ini penting kita merancang.. konsep merancang harta nih patutnya bukan setakat merancang macammana kita nak dapat kumpul harta utk kita anak-beranak tapi juga merancang bagaimana kita boleh cari modal untuk buat sesuatu demi kepentingan jemaah.."
"kita sorg jer buat mana aci.."
"nih masalahnya.. kalau semua org dok sebut macam tuh, sapa yg nak mula? sampai kesudah pun tak selesai masalah.."
"tapi yg org dok sibuk citer skrg nih psal hak.. berebut warisan lah, harta sepencarian lah.."
"nih nak kena sebut jugak nih.. harta sepencarian nih takder dalam Islam.. benda nih hanya adat org melayu yg dah dianggap sebagai undang2 Islam.. takder nas"
"cuma kena anggap macam nih.. tugas seorg isteri tuh layan suami.. tuh jer keje isteri.. jadi bila isteri masak, kemas rumah, basuh baju, jaga anak.. suami nih kira berhutang dengan isteri.. hehe"
"yang jadi complicated ialah bila suami bagi kebenaran isteri keluar bekerja.. duit yg isteri dapat tuh siapa yg berhak?"
"ini org pompuan selalu sebut.. duit laki duit isteri, duit isteri duit isteri.. hahaha"
"sebenarnya betul.. kalo suami tak bagi syarat psal pendapatan isteri.. kecuali kalau suami kata awal pergi keje dan dapat duit itu utk keluarga.. bila macam nih maka suami pun boleh tuntut harta sepencarian dari harta isteri.."
"marah org pompuan dengar tuh.. hahahhaaa"
"benda nih jadi lagi complicated bila isteri gaji lebih besar dari suami.. lagi haru kes house-husband.. bini keje laki duk umah.. sebab tuh penting merancang.."
"pendapat aku, harta sepencarian nih penting kena declare terutama utk org yg berpoligami.. sebelum kawin satu lagi, declare dulu bahagian harta sepencarian utk isteri yg ada, baru laa yg mati tuh tak rasa nak hidup balik.. hehe"
"kita tahu bila kita mati harta freeze kan? kurang2 6 bulan baru settle.. nih asas kenapa kena ada cash buffer 6 bulan.. tapi rasanya berapa ramai org pasan kalau kita disahkan mental tak sihat cam nyanyuk atau gila dan juga dalam kondisi kritikal cam koma pun semua harta kita akan freeze.."
"haa.. habis tuh apa jadi? camna nak buat?"
"ada laa cara.. cuma yg aku nak emphasized kalau kita nih merancang dari awal, takder laa menyusahkan org2 yg kita sayang.."
"masalahnya benda2 camnih ramai org tak tahu.."
"aku tau org melayu mmg tak penah diajar psal pengurusan harta.. sebab tuh ramai yg tak tau.. yg tau pun tak buat apa2 sebab org lain tak komplen.. nak komplen camna kalo tak tahu.. haha"
[origin : Am I wrong? ]
read more...
"org kita nih bila sebut wasiat jer citer harta.."
"habis tuh? apa yg ko maksudkan dengan wasiat? bukan wasiat tuh peninggalan 1/3 harta utk bukan waris ker?"
"haa.. betul laa tuh.. what i mean is the whole estate planning exercise.. kita anggap laa yg kita sebut wasiat nih adalah perancangan harta dan hutang setelah mati.."
"hutang pun masuk gak?"
"ye laa.. yg penting bagi kita bila kita mati ialah hutang, bukan harta yg kita tinggalkan.. tapi siapa yg akan pastikan hutang2 kita dibayar.. hutang bank takpa diorg akan amik terus dari freeze estate.. hutang yg lain? hutang dengan org, hutang dengan Tuhan.."
"freeze? maksud ko?"
"bila kita mati, semua harta atas nama kita akan freeze.. takleh akses.. malah rumah yg keluarga kita tinggal pun sebenarnya freeze cuma kerajaan bagi duduk sementara nak settlekan semua tuh.."
"kan ada amanah raya?"
"amanah raya tuh administrator jer.. basically dia hanya uruskan faraidh jer.."
"tak paham aku.. apa yg perlu sangat buat wasiat? kan ada faraidh?"
"mungkin kalo ko ada anak lelaki atau bapa atau isteri satu benda nih tak masalah sangat.. tapi camna kalo ko takder anak lelaki, bapak dah meninggal, isteri lebih dari satu, byk benda yg jadi kelam-kabut psal byk yg berhak untuk menuntut.. sama juga kalo org yg jenis harta letak nama bini.. tup-tup bini yg mati dulu, jgn hingat dia dapat semua harta tuh.."
"oo.. complicated nyer?"
"simple jer.. contoh aku bagitau kalo ko mati isteri ko dapat berapa dari harta ko? bahagian dia 1/6 kan? tapi katakan ko ada mak bapak dan dua anak, satu lelaki satu perempuan.. bahagian sebenar isteri hanya 9/72 tau.. kalau jumlah harta ko 72k, bini ko cuma dapat 9k jer.. tuh belum kira kalau nenek atau datuk ko hidup lagi.. diorg pun silap2 ada hak atas harta ko.."
"kalau semua ok tak masalah.. cuma nih perancangan mati.. utk akhirat.. kena betul2.. macam kat isteri, camna kita nak tinggalkan lebih kat isteri? ada cara.. camna kalo kita nak bagi lebih kat anak kita yg cacat? ada kaedah.."
"tapi yg aku nak citer kat sini ialah perancangan yg perlu utk kita yg mati nih.."
"harta bukan boleh bawak mati.."
"sebab tuh kena rancang harta sblm mati.. org melayu nih diajar cari harta.. belajar pandai2 nanti dapat keje bagus.. amalan macam2 nak bagi jadi kaya.. tapi kita tak diajar cara sebenar mengurus kekayaan.. yg kita diajar cuma sedekah kat masjid, anak yatim, bayar zakat.. bila mati harta pusaka jadi harta puaka.. keluarga rosak psal harta yg kita tinggalkan.. masalahnya bukan harta tapi kita tak buat perancangan utk diorg.. main tinggal wasiat pun tak betul.. tak ikut syariah dan tak valid dlm mahkamah.."
"maksud ko camna tuh?"
"bila kita mati yg paling penting apa? hutang kan? hutang kena bayar, tak bayar di dunia kita kena tanggung kat akhirat.. hutang bank takpa dah clear, camna hutang dgn org, haji yg belum kita buat, fidyah yg belum kita bayar.. waris kita tahu tak semua nih? sebab tuh dlm wasiat kena mention semua hutang2 nih.."
"oo macam tuh ker? barulaa mati dalam imaaann.. hehe"
"ko kena ingat Nabi saw dah sebut.. tidak akan berlalu 2 malam seorg muslim tidak menulis wasiat.. ko dah tulis wasiat blum?"
"aiseh.. wasiat aku penuh hutang jer laa.. hehe"
"tuh yg elok.. bagi peringatan kat kita yg kena bayar hutang cepat masa hidup nih.. blum tentu esok kita leh bangun.."
"emm... nih yg ko sebut merancang harta utk akhirat?"
"supaya nanti kat padang mahsyar taklaa kita huru-hara cari org nak bayar hutang.. masa tuh nak bayar pakai apa? habis pahala yg ciput tuh kena bayar hutang dunia.."
"masuk akal.. masuk akal.. aku setuju dgn ko kali nih"
[origin : Am I wrong? ]
read more...
pelasterian instrumen ekonomi Islam..
salah satu sumber asas ekonomi Islam ialah zakat.. zakat bukan sekadar dikumpul tetapi digunakan sepenuhnya.. mewujudkan perkampungan org miskin yg dibantu penuh rumah dan pembangunan ekonomi untuk rakyat yg daif dan tidak berumah.. pembinaan hospital pakar dan sekolah berasrama khusus untuk org miskin dengan prasarana yg sebaik yg ditawarkan oleh institusi swasta.. dengan cara ini setiap zakat yg terkumpul dapat disalurkan dengan lebih cekap dan berkesan..
begitu pula halnya dengan institusi infaq dan waqaf yg harus menjadi suatu peluang yg ditunggu2 oleh setiap rakyat dalam membina kemakmuran ummah.. semua ini adalah apparatus yg boleh memperkukuh ekonomi ummah dan meleraikan kebergantungan pada yang lain..
benarlah sukar untuk kita menerima namun beginilah pendapatku.. bahawasanya apa sahaja yg kita perkerjakan itu adalah menjadi hak kita untuk menikmati keuntungannya.. namun dlm Islam harta dunia ini hanyalah amanah dan dipinjamkan oleh Allah swt, maka kerna itu nanti kita akan dipersoalkan akan tentang kemanakah kita belanjakan harta2 tersebut.. adapun apa yg kita dapatkan itu bukanlah kerna usaha kita tapi kerna rahmat Tuhan semata2.. adalah benar segala takdir itu adalah milik Tuhan dan Tuhan akan memberikan rahmat-Nya pada yg berusaha bukan sekadar berharap dalam malas.. namun masih janji Tuhan bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki hamba-Nya sebelum dijemput maut..
perihal harta yg ditinggalkan
ramai yg suka meriwayatkan hadis yg mengisahkan nasihat Nabi saw kepada Saad bin Waqas ra, "adalah lebih baik meninggalkan harta kepada anak2 kamu daripada membiarkan dia miskin dan meminta2".. tapi ramai yg tidak tahu siapa Saad bin Waqas ra dan mengapa Nabi saw menasihatkan begitu kepadanya, sedangkan kita sedar dan faham bahawa Nabi saw tidak meninggalkan apa2 kepada isteri dan anak2nya ketika baginda wafat.. adapun Saad bin Waqas ra itu adalah seorang yg kaya tetapi dia mahu menghibahkan semua hartanya kepada Islam.. kerna itu beliau ditegur oleh Nabi saw kerana tidaklah adil membiarkan anak2 beliau dalam kemiskinan sedangkan sebelum itu tidaklah mereka pernah tidak cukup makan.. meletakkan hak pada tempatnya..
jika kita telusuri hidup Nabi saw dan para sahabat ra yg begitu takut dipersoalkan tentang harta yg dikumpulnya.. hingga Nabi saw sendiri mengingatkan bahawa setiap org harus membuat wasiat sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. membawa makna setiap dari kita harus melihat semula harta yg kita kumpul sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. bukan untuk kita menghitung2 kekayaan apalagi bermegah2.. tetapi supaya kita menginsafi bahawa perlunya kita mewasiatkan 1/3 daripada harta kita untuk Islam.. bukan sibuk membahagi2kan harta dikalangan waris kerna hak waris sudah terperlihara dalam faraid..
maka berpendapat juga aku bahawa walaupun 2.5% itu hak zakat yang khusus asnafnya, namun ada lagi 1/3 bahagian dalam harta kita yg sebenarnya perlu kita kembalikan kepada ummah.. hak waris adalah 2/3 bahagian setelah ditolak zakat dan pembahagian faraid bukan menunjukkan harta untuk pemilikan sebaliknya atas hak untuk dipertanggungjawabkan..
kapitalis Islam..
ini beza langit dan bumi antara sistem modal kapitalis yg menjunjung demokrasi dan sistem modal dalam Islam.. dalam sistem ekonomi moden yg kita paham dan ikut, betapa dimana ada kehendak di situ ada pasaran, maka berniagalah mendapat untung dan modal terkumpul pada individu.. dlm sistem ekonomi Islam, dengan berbagai instrumen seperti zakat, infaq, waqaf dan sedekah, kapital ekonomi berada pada ummah, bukan pada individu..
jika kita mahu melakukan sesuatu, modal itu boleh diberi dari ummah, maka berkreatiflah kita melipatgandakan modal tersebut, namun setelah itu kita kembalikan ia semula kepada ummah melalui instrumen yg wujud.. sekali lagi, modal itu pada dana ummah, baitul-mal, dsb.. bukan individu.. dengan itu seluruh ummah mengecapinya dan bukan dimegah2kan oleh sekelompok kasta tinggi dalam masyarakat..
sosialis Islam..
adalah benar ada yg mengaitkan keserupaan sistem ini denga sistem sosialis yg didukung oleh hampir semua negara komunis terutama rusia dan china.. pokok asas yg penting dlm sistem ini ialah pentadbir, atau yg kita sebut khalifah.. kegagalan sistem komunis kerana tiadanya jiwa Islam dlm pentadbiran dan pelaksanaan.. kerna itu sekali lagi kita tekankan bahawa ekonomi adalah urusan kedua selepas kita perkukuh urusan wahid iaitu kekuatan persaudaraan..
dan pertanyaannya sekali lagi ialah selepas perbincangan panjang, selepas faham dan selepas melihat pilihan yg kita ada.. bolehkah kita melakukannya? dan aku sangat teruja dengan pendapat sahabatku.. "walaupun mungkin bukan dalam generasi yg ini, tetapi kita perlulah memulakannya.. masih banyak kelemahan di dalamnya yg perlu dibahas dan diperincikan lagi.. dan jangan lupa menyiapkan generasi seterusnya yg lebih mampu melakukannya dari kita.. ini tanggungjawab kita sebagai generasi pencetus.. insya-Allah.."
[origin : Am I wrong? ]
read more...