Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label plan. Show all posts
Showing posts with label plan. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

lebih cepat lebih baik



"Produsen harus membuat produk yang harus bisa memenangkan persaingan dengan tiga syarat, yaitu lebih baik, lebih cepat diperoleh dan harus lebih murah dijual kepada konsumen. Sedangkan dari sisi konsumen, produk nasional itu harus digunakan dan kita semua harus memiliki komitmen menggunakan produksi sendiri. Adapun pemerintah juga harus memiliki komitmen yang tegas untuk mengatur dengan regulasi yang baik dan berpihak kepada produksi nasional."


Jusof Kalla, wapres NKRI, menegaskan kepentingan tiga sisi (pengeluar, pengguna dan pemerintah) yang diperlukan untuk pemerkasaan pengeluaran dalam negeri, dalam seminar yang bertemakan 'Kebangkitan Produk Industri Dalam Negeri' di Jakarta pada 5 Mei 2009.


[origin : Am I wrong? ]
read more...

Wednesday, February 13, 2008

dilema ekonomi melayu?


asal bangsa melayu nih bangsa yang 'simple' dan cintakan kedamaian.. maksud, dia tak buat sesuatu untuk diri sendiri.. sebab tuh bila kita citer psal bisnes nih hanya sekitar 'nak tolong melayu'.. kalo ikut pendapat kumpulan 'revolusi mental' dato' senu dulu, mindset 'nak tolong melayu' nih yg menyebabkan org melayu tak teruja utk maju.. dia lebih suka org lain yg maju.. contohnya macam nak jadi imam solat.. kiri tolak kanan, kanan tolak kiri, semua takmo jadi imam..

niat 'nak tolong melayu' nih asal mula kenapa ramai org melayu beranggapan bahawa melayu kena bersatu baru boleh maju.. sedangkan yg penting dlm satu kumpulan ialah individu.. setiap dari kita kena jadi individu yg kuat sebelum kita nak bentuk bangsa yg kuat..

maka cara yg berkesan ialah menimbulkan 'desakan'.. pepatah 'pahat dengan penukul' mmg asal bunyinya negatif tapi kalo kita semua jadi 'penukul' pada org melayu maka semua 'pahat' melayu berjalan.. tapi kena mula dengan tukul 'pahat' sendiri dulu.. bunyi cam propaganda kan?

aku citer dlm grup aku laa.. ada satu ketika tuh tiba2 semua rasa melayu kena bersatu dlm satu kumpulan.. macam cina dengan persatuannya.. bila melayu bergerak dlm kumpulan maka lebih banyak benda boleh direalisasikan.. tapi lepas beberapa tahun kitorg ada cuba beberapa benda tapi hasilnya tak begitu menggalakkan.. mungkin ini yg dikatakan oleh kumpulan 'revolusi mental' tentang realistik.. bila kita kata kita nak tolong org kita takkan boleh dedikasi dan komited dlm satu jangka waktu yg panjang.. sebab secara realistik manusia tidak akan tolong org lain selama2nya..

bila aku kaji2 balik, aku lihat individu dlm kumpulan tuh yg tak sekuat yg dijangkakan.. bila duit tgh banyak memanglah berapi2 tapi bila diuji, kita akan mula meng'asing'kan diri.. maka itu aku merasakan kena undur setapak kebelakang.. perkuatkan individu.. sebab tuh dari konsep 'venture' aku mula ujakan 'personal financing'.. untuk memperkuatkan individu..

masalah kita yg utama org melayu nih ada dua yg besar, amuk dan latah.. bila org citer psal 'financial freedom' semua org dok pikir psal berhenti keje dan meniaga.. sementelah sifirnya semudah cari modal dan melabur.. ini bahagian I yg disebut oleh kiyosaki.. ini matlamat dia.. sama ada 'employed', 'self-employed' atau 'business', yg penting ialah cari modal dan posisikan diri kita sebagai 'investor'..

yg paling kita tak perasan ialah tidak ada cara lain dalam mengumpul modal selain menyimpan.. bila citer simpanan pulak, kebanyakan org melayu hanya teringat bank simpanan nasional yg merujuk pada akaun simpanan.. bila kerajaan buat asb, barulah org melayu pandai menyimpan.. kena paham nih, kebanyakan org melayu hanya menyimpan dlm asb bukan melabur.. pastuh kita ada tabung haji, koperasi bank rakyat, dsb. instrumen yg paling berjaya ialah tabung haji, sebab tujuannya jelas.. itu pun kebanyakan org melayu masukkan duit utk gie haji pada saat2 akhir bila dah dapat surat tabung haji..

persoalannya ialah mengapa org melayu tidak komited dlm menyimpan? ramai org akan tunjuk buka dalil kata Islam tak galakkan kita mengumpul harta.. maka benarlah miskin itu utama untuk diri kita tapi ramai yg lupa bahawa kaya itu penting utk komuniti.. Daulah Islam diterajui oleh khalifah yang 'humble' tapi punya sumber yang besar untuk menaiktarafkan org miskin, sehingga dikisahkan tentang bagaimana susahnya seorg sahabat mencari2 org yang sanggup menerima zakat dari dirinya..

pada pendapat aku, Islam bukan faktor mengapa melayu tak menyimpan.. tapi sifat melayu itu sendiri.. org melayu melihat kekayaan itu sebagai satu 'sumpahan'.. bila kita kaya, kita akan jadi kedekut, tamak, dan seribu satu label negatif terhadap kekayaan.. tapi macam aku pernah kata dulu, sayangnya yg berkata macam nih bukan org kaya.. yg patut melihat kekayaan sebagai label negatif adalah org kaya bukan org miskin.. maka terserlah satu sifat melayu yg perlu kita nilai semula iaitu angan-angan..

kita belum kaya tapi kita dah berangan jadi org kaya dan merasakan bila kita kaya kita jadi tamak dan kedekut.. realitinya, yg banyak aku 'observe' ialah org miskin itu yg tamak dan kedekut.. org yg betul2 kaya dia tak kisah psal duit.. malah org2 kaya yg banyak diperas dan ditipu.. dan yg ramai dari kita yg rasa org tuh kaya sebenarnya belum kaya.. cuba kita baca kisah2 org yg betul2 kaya.. tak nampak label negatif berbanding dengan org yg tak berapa kaya dan yg miskin..

dalam berangan-angan pula, melayu banyak yg berangan negatif.. kalo ada angan positif, kita akan diperlekehkan.. ini satu lagi sifat melayu yg disebut iri hati.. baru kawan kita berangan kita dah sakit hati, jadi iri hati.. maka bila angan jadi kenyataan kita tingkatkan jadi dengki.. sebab kita tak ada apa yg kawan kita ada.. kita marah pada diri kita sendiri tapi kita tanak salahkan diri sendiri.. lebih mudah kita salahkan org lain..

iri hati nih sebenarnya sifat positif, tapi kita lebih suka jadikannya negatif.. byk sifat melayu tuh positif sebenarnya, hanya cara kita melihat tuh yg jadi negatif.. sebab tuh kumpulan 'revolusi mental' berpendapat yang paling utama ialah mengubah persepsi dan perspektif org melayu dapat mengubah mindset org melayu.. mengenali kelemahan dan mengubahnya menjadi kekuatan.. dan ini bukan sekadar retorik..

sebelum revolusi perancis, barat dikatakan mengalami zaman kegelapan.. berbanding dengan Islam ketika itu.. apa yg berlaku pada masa itu ialah perubahan persepsi dengan berbagai teori2 baru ttg kemajuan.. hanya saja barat melakukannya tanpa tujuan yg tepat, maka kemajuan mereka hanya diukur dengan kebendaan.. berbanding dengan melayu yg berpaksikan Islam, jika kita merubah persepsi kita berlandaskan Islam, maka kita juga boleh keluar dari 'kegelapan'..

jangan salah anggap kata aku suh tafsir semula konsep Islam pula.. malah yg aku cuba ujakan ialah memperkuat budaya melayu dengan Islam.. secara berzaman budaya kita telah lari dari konsep asal.. asas budaya melayu adalah berpandukan adatullah.. berpaksikan Islam tapi zaman berzaman penjajah mentafsirkan semula budaya melayu itu sebagai campuran berbagai ragam ikut-ikutan dan bukan Islam.. persepsi melayu
terhadap bangsa melayu juga berubah..

kita balik semula pada agenda ekonomi kita.. ini antara sebab mengapa tiba2 (walaupun dah lama) aku mula mengujakan 'personal financing'.. bila individu dah mapan, maka kita tidak akan teragak2 lagi untuk melakukan sesuatu yg lebih besar untuk komuniti.. perasaan 'tenang' dan 'damai' ttg ekonomi rumahtangga nih penting diwujudkan sebelum kita memulakan agenda yg lebih besar..

aku rasa dah sampai masa kita buka citer yg positif psal melayu..
bila dengar org melayu berangan, kita sokong dan uja dia utk jadikan kenyataan..
bila dengar org melayu merungut, kita tunjukkan kekuatan dia dan pujuk dia supaya tak putus asa..

bila kita citer byk sangat yg negatif, 'inferiority complex' org melayu bertambah2..
dah cukup dah tv dok citer yg buruk2 psal melayu..
pendapat aku laa..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Thursday, August 9, 2007

persaraan: satu pilihan?


aku sokong bab retire at 40.. sebab itu pun target aku.. financially free at 40.. bersara nih bukan tentang berapa banyak kita kumpul tetapi berapa banyak yg kita kena maintain.. contohnya kalo kita ada passive income 10k pun tapi kalo lifestyle kita 20k tetap tak cukup.. apalagi bila makin tua, biaya kos perubatan bukan sikit2.. blum time tuh anak dah mula besar dan byk nak pakai duit terutama utk belajar..

ramai dari kita bila citer bersara nih, kita tgok berapa byk kita leh kumpul yang kita kata cukup.. saving is not the answer (pergh cakap omputih lak aku).. kalo kita bersara dengan simpanan, maknanya masa bersara kita akan korek bukit kita tuh.. untung kalo mati cepat sblm bukit habis.. kalo tiba2 macam2 dugaan Tuhan datang, bukit runtuh, masa tuh umur kita nak mintak keja blk pun dah susah..

pertama yang kita kena kaji bila nak buat plan retire nih ialah berapa banyak yg kita perlukan sebagai sara hidup harian.. kita toksah citer hutang, simpanan, dan segala macamnika benda tuh.. kita cuba estimate berapa banyak yg cukup utk kita maintain lifestyle kita.. dan sekaranglah masanya kita kena practise dan jadikan habit lifestyle yang kita nak tuh.. regardless income kita makin naik or makin turun.. kita hanya guna apa yang kita perlu sahaja..

duit nih bahaya.. macam dadah jugak.. ketagih.. tak caya cuba tengok masa kita ada duit.. happy jer.. bila takder duit kita terketar2, tak tidur malam, asik mood dtg bulan jer tiap hari, tak tentu arah jadinya.. kita ketagihan duit.. ada org cuba bagi aku paham ttg berfikir beyond duit.. buat masa nih aku pun tak clear lagi maksud dia.. so takleh nak komen..

satu lagi nak pesan jugak, ini org pesan kat aku so aku sampaikan kat korg pulak.. bila kita nak sesuatu, contoh nak bersara, nak berenti keje duk umah, nak naik haji waktu muda, nak kaya ker atau apa2laa.. kita kena doa mintak kat Tuhan tiap2 hari.. kena buat solat hajat sekerap mungkin.. bukan bila sakit teruk atau kena bala atau nak cari jodoh jer solat hajat.. kena jadikan habit.. mintak kat manusia kita tak malu, takkan minta kat Tuhan kita malu.. kita usaha macammana pun kalo Tuhan tanak bagi tak guna juga.. maka mintaklah kat Tuhan.. doa banyak2.. sebab doa tuh salah satu sebab mengubah takdir.. ada hadis tapi aku tak hafal..

pastuh satu lagi spouse, kalo pompuan nak berenti biasanya hubby ok jer.. lagi baik dah takder alasan penat nak layan suami.. tapi utk lelaki nak berhijrah status nih kena tengok spouse kita.. dia ready ke idak.. sebab hijrah nih bukan benda senang.. byk berkorban dan terkorban.. kalo dia tak ready maka kita kena readykan dia.. susah betul jadi lelaki.. dan hanya lelaki yg mengerti.. pokoknya wife kena betul2 paham apa kita nak buat.. dan bukan semua org lelaki beruntung.. so kena byk adjustment dan preparation..

kita nih selalu tengok org lain lebih baik dari kita.. baik tuh.. yg kita tak pasan ialah org lain pun tengok camtuh jugak.. cuma sama2 tak sebut sebab jaga ego masing2.. kita semua nih sama jer.. takder org lain yang lebih dari seorg yg lain.. walaupun sorg jadi doktor, sorg jadi lawyer, sorg meniaga, mengajar, dok rumah jaga anak.. regardless sorg ada master, sorg ada phd, sorg ada sijil spm saja.. tipuan dunia semua tuh..

semua kita nih ada purpose masing2.. dan setiap dari kita nih adalah penting dalam komuniti kita.. so kita kena hargai org lain dan kita kena hargai diri kita sama.. tak bolehlaa kita nak melarikan diri dgn ego kita sendiri.. kalo diorg hebat, kita pun hebat.. kalo dia kata kita tak hebat, dia pun tak hebat mana.. sebab resmi padi tunduk berisi, resmi tong kosong kelentong..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...