Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label debt. Show all posts
Showing posts with label debt. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

perancangan harta utk akhirat


"org kita nih bila sebut wasiat jer citer harta.."

"habis tuh? apa yg ko maksudkan dengan wasiat? bukan wasiat tuh peninggalan 1/3 harta utk bukan waris ker?"

"haa.. betul laa tuh.. what i mean is the whole estate planning exercise.. kita anggap laa yg kita sebut wasiat nih adalah perancangan harta dan hutang setelah mati.."

"hutang pun masuk gak?"

"ye laa.. yg penting bagi kita bila kita mati ialah hutang, bukan harta yg kita tinggalkan.. tapi siapa yg akan pastikan hutang2 kita dibayar.. hutang bank takpa diorg akan amik terus dari freeze estate.. hutang yg lain? hutang dengan org, hutang dengan Tuhan.."

"freeze? maksud ko?"

"bila kita mati, semua harta atas nama kita akan freeze.. takleh akses.. malah rumah yg keluarga kita tinggal pun sebenarnya freeze cuma kerajaan bagi duduk sementara nak settlekan semua tuh.."

"kan ada amanah raya?"


"amanah raya tuh administrator jer.. basically dia hanya uruskan faraidh jer.."

"tak paham aku.. apa yg perlu sangat buat wasiat? kan ada faraidh?"

"mungkin kalo ko ada anak lelaki atau bapa atau isteri satu benda nih tak masalah sangat.. tapi camna kalo ko takder anak lelaki, bapak dah meninggal, isteri lebih dari satu, byk benda yg jadi kelam-kabut psal byk yg berhak untuk menuntut.. sama juga kalo org yg jenis harta letak nama bini.. tup-tup bini yg mati dulu, jgn hingat dia dapat semua harta tuh.."

"oo.. complicated nyer?"

"simple jer.. contoh aku bagitau kalo ko mati isteri ko dapat berapa dari harta ko? bahagian dia 1/6 kan? tapi katakan ko ada mak bapak dan dua anak, satu lelaki satu perempuan.. bahagian sebenar isteri hanya 9/72 tau.. kalau jumlah harta ko 72k, bini ko cuma dapat 9k jer.. tuh belum kira kalau nenek atau datuk ko hidup lagi.. diorg pun silap2 ada hak atas harta ko.."

"kalau semua ok tak masalah.. cuma nih perancangan mati.. utk akhirat.. kena betul2.. macam kat isteri, camna kita nak tinggalkan lebih kat isteri? ada cara.. camna kalo kita nak bagi lebih kat anak kita yg cacat? ada kaedah.."

"tapi yg aku nak citer kat sini ialah perancangan yg perlu utk kita yg mati nih.."

"harta bukan boleh bawak mati.."

"sebab tuh kena rancang harta sblm mati.. org melayu nih diajar cari harta.. belajar pandai2 nanti dapat keje bagus.. amalan macam2 nak bagi jadi kaya.. tapi kita tak diajar cara sebenar mengurus kekayaan.. yg kita diajar cuma sedekah kat masjid, anak yatim, bayar zakat.. bila mati harta pusaka jadi harta puaka.. keluarga rosak psal harta yg kita tinggalkan.. masalahnya bukan harta tapi kita tak buat perancangan utk diorg.. main tinggal wasiat pun tak betul.. tak ikut syariah dan tak valid dlm mahkamah.."

"maksud ko camna tuh?"

"bila kita mati yg paling penting apa? hutang kan? hutang kena bayar, tak bayar di dunia kita kena tanggung kat akhirat.. hutang bank takpa dah clear, camna hutang dgn org, haji yg belum kita buat, fidyah yg belum kita bayar.. waris kita tahu tak semua nih? sebab tuh dlm wasiat kena mention semua hutang2 nih.."

"oo macam tuh ker? barulaa mati dalam imaaann.. hehe"

"ko kena ingat Nabi saw dah sebut.. tidak akan berlalu 2 malam seorg muslim tidak menulis wasiat.. ko dah tulis wasiat blum?"

"aiseh.. wasiat aku penuh hutang jer laa.. hehe"

"tuh yg elok.. bagi peringatan kat kita yg kena bayar hutang cepat masa hidup nih.. blum tentu esok kita leh bangun.."

"emm... nih yg ko sebut merancang harta utk akhirat?"

"supaya nanti kat padang mahsyar taklaa kita huru-hara cari org nak bayar hutang.. masa tuh nak bayar pakai apa? habis pahala yg ciput tuh kena bayar hutang dunia.."

"masuk akal.. masuk akal.. aku setuju dgn ko kali nih"


[origin : Am I wrong? ]

read more...

Saturday, January 24, 2009

back door to riba?


dogma ekonomi Islam

"aku tak paham apa yg depa sibuk sangat psal ekonomi Islam. kalo betul ekonomi Islam tuh penting sangat, dah tentu masa Allah swt bagi Nabi saw pilihan, Nabi saw dah pilih dah harta kekayaan supaya Islam jadi kuat," haluan bicara malam mulai berubah arah.. raut wajah kawan aku mulai menunjukkan keseriusan berbanding pecah tawanya yg menggegar sejak dari awal malam tadi..

"semua nih mengarut saja.. hang tengok cam perbankan Islam, most of it is just a back door to riba.. nak bagi cantik depa bubuh laa akad laa apa laa.. mengarut.."

ahaa.. buat kali pertama aku mendengar pendapat sebegini di kalangan kelompok kawan2 ku yg ini.. selama ini aku pikir hanya aku saja yg berpikiran begitu.. almaklum kebiasaannya aku di hentam kira dan kanan jika aku mempersoalkan kosmetik Islam yg ditampal pada perkara2 yg aku rasa tidak ada jiwa Islam..

kosmetika perbankan Islam

sepertinya pertama kali aku melihat perjanjian pinjaman peribadi yg dikatakan mengikut Islam, aku menggeleng kepala membaca klausa bagaimana pinjaman peribadi itu disandarkan pada pembelian sejumlah saham dan kemudiannya saham itu diakad akan dijual semula kepada bank dengan sekian harga yg lebih tinggi pada suatu masa di hadapan.. sungguh jelas penipuan.. asas Islam itu jujur.. namun yg mereka sebut akad ini jelas sesuatu yg mengarut dan tidak masuk akal aku ketika itu.. sekadar membenarkan faedah yg lebih tinggi atas nama Islam.. itu harga yg kita bayar atas kejahilan kita..

begitu juga aku merasa tertipu oleh perbankan Islam apabila membaca lebih teliti perkara2 yg sebenarnya berlaku ketika pembelian rumah.. betapa rumah yg kita beli itu ditaksirkan semula dengan harga pada waktu akan datang, mengikut jangka waktu pinjaman kita.. maka kerna itu rumah seharga 200k apabila ditaksirkan semula dengan harga 20 tahun lagi akan bernilai 400k, maka kita pula akan membayar hutang kepada bank pada harga taksiran hadapan itu..

"lagu mana kita nak taksir benda yg belum ada nih? benda nih zaman Nabi saw dah tunjuk dah, kalau kita nih pi beli pokok kurma, tapi dok ada putik, harga pokok tuh tak masuk putik, nanti bila putik tuh berbuah, buah tuh hak org yg jual pokok tuh kat kita.." walaupun aku mengakui tak pernah mendengar hadis ini, namun dari kerut didahinya aku dapat melihat keyakinannya pada sesuatu..

konsep musyarakah?

"yg aku penah dengaq ada satu komuniti di long island yg buat benda nih dengan betul.. depa nih professional mmg ada banyak duit laa.. depa panggil benda nih musyakarah.. depa buat lagu nih" seperti kawan2 yg lain, aku juga memfokuskan fikiranku pada buah butir perkataannya..

"katakan kita nak beli rumah, kita mampu bayaq 10% jadi 90% nih komuniti yg bayaq.. kita dok rumah nih dan bayaq sewa katakan 1000.. tapi kita ada share 10%, jadi kita bayaq sewa 900 saja sebab 10% tuh hak kita.. jadi bila kita ada duit lagi, kita nak beli lagi share rumah tuh.. rumah tuh ditaksirkan lagi pada harga semasa pada waktu tuh.. pastuh kita bayaq share yg patut kita bayaq pada harga masa tuh.. katakan kita bayaq lagi 10%, jadi kita dah ada 20% pemilikan rumah tuh.. jadi sewa kita pun bayaq hanya 80%, sebab 20% tuh hak kita.. dan begitu seterusnya sampai kita dapat beli hak pemilikan penuh rumah.."

subhanallah, inilah indah Islam.. perkataan ini benar berbanding konsep2 mudharabah bank2 yg berlabel Islam yg semakin popular menjual produk2 yg semakin mengelirukan..

perang ke atas riba

"riba nih bukan benda kecik hang tau.. riba nih bukan sekadar haram tapi lagi teruk dari haram.. Tuhan dan Nabi saw kata apa kat riba nih? kalau babi Nabi saw kata haram saja, yg nih Tuhan isytihar perang.. kalau nak kata macammana hina riba nih, sama dengan bersetubuh dengan mak kita sendiri.. aku pun tak tau nak pikiaq apa lagi yg lebih teruk dari tuh.."

aku dapat lihat perkataan dia menyerap pada beberapa org kawan2 ku yg lain.. aku mengangguk2 setuju dengan pendapat kawan aku tuh, manakan tidak diisytihar perang, aku pernah membaca satu riwayat yg mengatakan dosa bersetubuh dengan ibu sendiri itu umpama dosa membunuh 40 (atau mungkin 70) org nabi.. umpama menyebabkan 40-70 bangsa di dunia terus sesat dari menerima hidayah Allah swt..

penilaian semula halal-haram

teringat pulak aku perihal bagaimana pentarafan halal itu dilakukan oleh panel syariah malaysia.. tentang bagaimana rupanya ada perkara2 yg tertakluk dibawah klausa 10%, 20% dan 30%, maka jika perkara2 haram itu tidak melebihi penetapan tersebut maka panel syariah akan menganggap produk itu boleh menggunakan nama Islam dan dianggap menepati syariah.. ini undang2 yg jelas tertulis sebagai panduan, bukan sekadar ijma panel syariah sahaja..

dan ini dapat memecah kebuntuan yg menyesakkan kepalaku kebelakangan ini.. bukan sekadar tentang bagaimana aku tidak mahu meninggalkan hutang pada keluargaku, tetapi jauh dari itu adakah harta yg akan kutinggalkan ini halal sepenuhnya.. dan betapa aku memikirkan keadaan hatiku yg tidak tenteram ini mungkinkah disebabkan oleh harta2 yg tidak halal.. moga Tuhan memberi petunjuk padaku..

"eh.. jomlaa kita balik.. dah pukui brapa nih, aku tak isya lagi.." andai saja aku dapat merasakan urgency yg serupa dalam hatiku.. serentak itu kami mula bersalaman dan mengucap selamat tinggal.. sekurang2nya satu kusut terlerai dalam hatiku, aku dapat yakin betapa bukan aku sendirian dalam perkara ini, dan benarlah kata2 bahawa seorg sahabat itu penyuluh ketika gelap.. semuanya semakin terang.. alhamdulillah..



[origin : Am I wrong? ]
read more...