Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label energy. Show all posts
Showing posts with label energy. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

negara berpendapatan tinggi?




"Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan." utusan malaysia 29/9/10

aku tahu nih.. senada dengan momokan nak buat malaysia jadi 'negara berpendapatan tinggi'.. nih apa maksud 'negara berpendapatan tinggi' nih? 'negara yg kdnk tinggi' ker atau 'negara yg boleh dapat gaji tinggi'? pastuh nak buat perbandingan matawang antara negara ker atau buat perbandingan taraf hidup dlm negeri?

rasionalnya, apa untungnya bila gaji kita naik 10% tapi harga barang naik 20%? ini yg kena tengok betul2. salah interpretasi org kita dgn isu 'gaji banyak' nih.. kita rasa bila gaji kita banyak 'kuasa membeli' kita tinggi.. realitinya, cuba bandingkan berapa banyak leh isi kereta sorong pasaraya tuh dgn RM200 hari ini berbanding 10 tahun dulu? sapa yg untung sbrnya bila gaji naik?

bila gaji naik mendadak, inflasi pun naik mendadak. apalagi bila org pulak tetiba sibuk menyimpan bagai nak rak, tanak belanja. (Oops! aku tak kata kita patut belanja bagai nak rak). ini yg terjadi ada dlm sistem ekonomi kapitalis yg kita faham nih.

kita tengok jer harga rumah yg melambung2 skrg nih. kita suka bila harga rumah kita naik. skrg2nya boleh re-finance dan amik duit lebih buat modal. yg kita lupa ialah awalnya kita bayar harga rumah tuh RM200,000 hutang, bila re-finance kita kena bayar harga rumah tuh RM400,000. masa beli dulu mmg kita untung, tapi kita dok kata kita beli dulu murah, skrg dah naik harga, lupa bila dah re-finance sebenarnya kita takleh kata kita untung lagi sebab kita pun bayar harga baru. been there, done that.

kalo kerajaan serius nak naikkan taraf hidup (bukan naikkan harga taraf hidup), patutnya fokus kat camna nak turunkan harga barang2. yg diorg buat skrg nih tak praktikal sebenarnya. cara yg popular skrg nih subsidi. ayam subsidi, beras subsidi, bawang subsidi, cili subsidi. yg kerajaan gie bagi bayar subsidi nih kat pengimport buat apa. sama juga harga tuh mahal sebenarnya. sebab tuh harga benih masih mahal, harga baja makin mahal, harga makanan ternakan mahal giler.

patutnya, kerajaan gunakan duit subsidi tuh utk tambah nilai sumber. cari inovasi macammana cara nak turunkan kos pengeluaran petani supaya petani2 malaysia lebih produktif. ini isu sebenar. kurangkan subsidi minyak, duit tuh jangan buat pelabuhan. apa kena mengena. bagi duit tuh kat universiti utk subsidi R&D camna nak buat keter yg kurang pakai minyak. pastuh suh proton buat keter tuh dan jual murah2 kat rakyat.

bila byk subsidi utk penyelidikan, barulah pakar2 malaysia yg kat luar tuh berminat nak balik. bukan suh balik bagi gaji tinggi pastuh biarkan tak tau nak keje apa. bila buat proposal ada saja masalah, takder bajet laa. nak suh pakar balik kena laa hargai ilmu diorg, bukan semata2 duit jer.

bila org beli keter murah, minyak pulak pakai sikit, kos pengangkutan hasil pertanian dan penternakan pun turun. bila kos turun, harga barang2 pun turun. bila harga barang turun, kuasa membeli naik. kalo kereta sorong kat pasaraya tuh boleh penuh hanya cuma bayar RM100, org tak kisah mintak gaji tinggi2.

proton rugi ker bila keter murah? barulah lbh byk laa org pakai proton.. rugi ker kalo sayur, beras, ayam terlampau banyak dlm negeri? kita eksport laa pulak. kalo satu ekar tanah leh menghasilkan dua kali ganda, maknanya kita produktif. org malaysia pun makan benda yg sihat2, tahap kesihatan naik. apa? hospital rugi?

nih satu lagi.. kita nih dipaksakan utk berbelanja skrg nih. berapa byk hospital canggih2 kat malaysia skrg nih? bangga betul kita. tapi org kita bila masuk hospital mesti kena mintak sedekah. bangga betul org kita dermawan. gie hospital kerajaan, makan ubat berbulan2 tak baik2, gie klinik makan ubat dua hari dah berlari. membazir jer ubat kerajaan. apsal jadi macam nih? nak kata hospital kerajaan buat untung, caj RM1 jer pendaftaran. apa agenda sebenarnya?

sama laa dgn barang makan, semua letak harga siling, nak makan beli jer, kalo idak jgn makan. yg kita citer nih bukan buah strawberry atau sirip ikan yu, tapi bawang, cili, beras, ikan, ayam, daging lembu.. barang asas yg mmg kita kena guna. nih teh tarik dan roti canai pun ada harga siling. barang naik harga tapi aku tgok petani dan nelayan sama gak duk umah buruk. sapa yg buat untung sebenarnya? kos sebelah mana yg kita kena bayar?

subsidi nih kena tgok laa.. mmg laa org melayu kena subsidi tapi benda yg membangun laa.. patutnya subsidi nih naikkan produktiviti, bila subsidi buat org jadi malas maknanya letak subsidi nih salah. jangan pulak sebab geram tak dapat subsidi kita kata hapuskan subsidi pulak. makin laa tak produktif. letak tempat betul. pastuh bila dah bagi pantau laa.. pantau nih bukan kata org melayu nak menipu tapi tolong tengok kot2 dia salah guna sebab tak pandai lagi. bukan susah2kan prosedur sampai org melayu minta tolong kat along.

jadi apa sebenarnya yg kita nak? gaji tinggi? pasan tak org kita nih belanja duit kat mana yg paling banyak? makan. tgok jer laa pasar ramadhan kemarin, segala macam aneka kuih ada. yg harga sama, makin kecik, yg makin besar harga pun besor. dulu aku RM20 penuh dah tangan aku. skrg nih rasanya macam banyak jer beli tapi sikit jer rupanya. kelapa dan gula pun susah. aku gie trengganu, kedai tanak jual gula kat org luar, dia kata dah sebulan xder stok gula. apalagi subsidi laa org melayu buat ladang tebu dan kilang gula. ada?

nih aku tulis nih bukan aku belajar ekonomi pun. hanya common sense. aku pun tak kata laa jangan mintak naik gaji atau jangan cari kerja yg gaji tinggi. aku pun tak kata jgn beli atau jgn simpan. aku hanya nak sebut bahawa bila kita kata gaji cukup2 makan tuh bukan psal gaji kita mmg tak cukup nak beli benda lain, tapi sebab benda2 yg kita perlu beli tuh dah overrated dan kita terpaksa beli jugak. nak gaji tinggi bukan nak dapat banyak duit tapi nak naikkan kuasa membeli. bila kuasa membeli kita tinggi baru taraf hidup pun membaik, nak naikkan kuasa beli nih tak semestinya kena naik gaji. gaji jadi USD3,000 pun kalo currency rate jatuh sampai 1:2.5 nak buat apa. baik gaji USD1,000 tapi currency rate 1:6.2 ada setuju? ;)



read more...

Thursday, June 5, 2008

krisis tenaga?


ramalan dah jadi kenyataan.. yg nyatanya kita masih di situ juga.. citerlaa apa pun, kita tetap beli minyak tuh.. nak demo? aku rasa takkan jadi sehebat 'panic buying' malam tadi.. stesen minyak sesak sampai ke lebuhraya.. hebat penangan pak lah.. baru kita tau apa yg pak lah boleh buat.. sekali dia terjaga dari tidur dan bukak mulut, terus naik 40% petrol, 63% diesel, cover 2 tahun tak naik.. pastuh buat kelakar nak bagi rebat.. amende laa tuh.. kan lebih senang hapuskan cukai jalan jer.. bingung..

keter buruk aku pakai minyak lbh kurang 30liter, tangki penuh, boleh pakai seminggu, RM60.. mulai minggu nih isi sama tapi RM80.. naik RM20.. sebulan kena 'extra' RM80.. setahun habis RM960 sebab tolong kerajaan kurangkan subsidi.. rebat RM625.. makna baki RM335 setahun, sebulan RM28, sehari RM1..

keter baru sket jiran aku pakai lbh krg 50liter seminggu, tangki penuh, pakai seminggu, RM100.. skrg isi sama tapi RM139.. naik RM39.. sebulan kena 'extra' RM156.. setahun habis RM1,872 sebab tolong kerajaan tolong rakyat.. dapat 'discount' cukai jalan RM200.. makna 'extra' RM1,672 setahun, sebulan RM139, sehari RM5.. tapi dia org kerajaan dah naik gaji tahun lepas lbh krg RM300.. jadinya dia masih ada untung sebelum tolak 'tax' dan epf sebanyak RM161..

ini hakikatnya.. tapi realitinya kena 'extra' lagi kat benda lain yg ikut naik tak tentu pasal dek harga minyak naik.. ini yg lagi haru.. sama macam citer beras yg aku citer kemaren.. kalo margin untung dah lebih dari 300%, apsal lak beras naik harga, nasi sepinggan pun naik harga? ini 'trend' ekonomi kita.. ikut spekulasi.. pastuh panik tak tentu hala.. pada aku kenaikan harga minyak nih hanya akan 'effect' pengguna biasa saja.. kita2 nih yg jadi kuli.. yg tokeh2 'transportation' masih dapat 'special rate'.. nelayan pun sama.. tapi kalo ikan tak naik harga kang rasa cam tak kena jer..

kalo ikut aku alang2 bagi subsidi 0.30sen tuh, baik takyah bagi langsung.. apa makna 0.30sen berbanding 0.78sen tuh.. kan bagus hapuskan terus subsidi minyak.. pastuh tak payah dok ungkit2 lagi kerajaan tolong rakyat dengan subsidi.. menyampah aku dengar.. ari tuh dah tipu kata pendidikan malaysia percuma.. nih nak kelentong apa lagi tatau.. nak 'review' tiap bulan.. maknanya kalo ikut 'trend' spekulasi minyak akan naik terus tahun nih.. maknanya minyak pun akan naik harga terus.. lebih rasional dengar kata pak shahrir, hingga ogos nanti harga minyak akan jadi RM4.00/liter.. nih baru betul.. sebab tuh baik takyah bagi subsidi skrg, tapi nanti kalo naik lagi baru subsidi..

pastuh kerajaan 'forecast' pertumbuhan ekonomi 5% tahun nih.. pakar ekonomi kat dlm bank pulak kata inflasi akan naik 'double' jadi 6%.. nih apa citer? 'forecast' cantik kerajaan tuh nak gula2kan rakyat supaya org senang hati, 'forecast' seram org bank pulak nak gulai2kan rakyat nak naikkan BLR supaya leh untung lagi banyak.. yg dok kecoh sapa? kita laa yg terloncat2 dgn spekulasi org2 pintar dan bijaksana..

apa yg paling teruk yg akan berlaku? demontrasi? bakar stesen minyak? mogok parking keter depan pejabat pak lah? takkan berlaku dlm malaysia.. kecuali org bukan melayu buat.. org melayu skrg keris dah termasuk cucuk kelangkang sendiri.. boleh jerit2 maki hamun dan merungut keluh kesah.. tapi takkan buat apa2.. kita tgok nanti camna kerajaan pakatan rakyat tolong org dlm negeri yg dia ada kuasa.. kita tgoklaa kalo dia ada kuasa dan modal.. tapi rasanya tak jauh beza dgn reaksi kita.. reaksi org yg mulut ternganga tapi tangan terikat..

maka benarlah kata pak lah.. kalo dah pandai ubah sokongan maka pandailah ubah cara hidup.. kata hari tuh perjuangan maka bayarlah harga perjuangan tuh.. pandai pak lah.. kita jugak yg bodoh.. diam2 dia tidur dapat ilham dlm mimpi rupanya..masalahnya kita pun tak berapa paham maksud ubah cara hidup tuh.. pada kita ubah cara hidup makna kena tingkatkan pendapatan dan gaya.. sebab yg kita paham ubah cara kena ubah jadi lebih baik.. tapi apa pulak maksud lebih baik tuh.. pening..

rasanya sebab minyak mahal nih, campur lak dgn letrik pun nak naik jugak (aku rasa kat kampung yg rumah org tua2 jer duduk yg bil letrik kurang dari RM43).. maka kita 'declare' jer yg malaysia tgh krisis tenaga.. sebab tenaga mahal maka kena jimat tenaga.. dari jimat minyak nak jalan2 balik kampung, kita pakai 'teleconference' jer.. sebab tariff 'telco' jer yg turun.. keje pun dari rumah jer.. 'meeting' pun 'online'.. malam lepas isya' terus 'light off' takyah tengok tv lagi.. kalo nak bersembang dgn kawan2, toksah gie kedai kopi, kita bersembang kat simpang jalan yg ada lampu 'free'.. atau lebih meriah kita lepak masjid jer sampai puas.. kita pun kena jalan pelan2 sebab nak 'save' tenaga badan, kalo jimat tenaga badan, kita kurang makan, sakit pun kurang, kurang gie spital.. spital pun leh tutup awal.. kalo tak banyak org sakit tak banyak pakai ubat.. subsidi ubat (ada ker?) pun kurang.. jimat kerajaan, sentosa negara.. lagi cantik kena kurangkan 'office hour' sebab nak jimat tenaga negara.. org lebih banyak masa dgn keluarga.. aman malaysia..

'bottom line', kalo ikut sejarah takkan jadi apa2 naik harga minyak nih.. naik laa berapa banyak pun.. takkan ada org jual keter mahal dan beli keter murah.. takkan ada org jual motor dan naik beskal.. tuh semua cakap masa marah jer.. dua bulan lagi semua akan jadi macam tak ada apa2 berlaku.. letrik naik pun, org tetap juga nengok astro 24jam tak tidor.. macammana dia tiba2 panas, macam tuh jugak laa dia tiba2 sejuk.. cuma syok ada modal bersembang jer.. tapi tatau laa kalo org malaysia dah pandai buat revolusi.. wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Wednesday, February 20, 2008

krisis tenaga dunia?


[quote="joedett"]

Ok,mengikut statistik simpanan minyak Malaysia tinggal 3billion tong shj,pengeluaran kita 600-700ribu tong lebih sehari.Aku pun silap tulis kat atas tu sehari ku kata setahun(tp dah edit dah).Jadi setahun kita akan keluarkan lebihkurang 250juta tong minyak dan bermakna juga dalam masa 10-12 tahun lagi simpanan minyak kita akan kering kontang!

Jadi krisis kekeringan telaga2 minyak adalah krisis global,trend semasa dunia.Harga minyak dunia mencanak2 naik dan tahun ini dijangka harganya bermain di sekitar $80-100 lebih sedangkan ketika dinaikkan kali terakhir dulu di Malaysia harganya cuma $78(antara harga tertinggi ketika itu).Harga utk hari ini saja adalah $93 setong.Jadi kalau kita boleh maintain harga pada harga sekarang ini buat setahun dua ini pun sudah lebih drp baik,tapi utk menurunkannya adalah kurang masuk dek akal.


bukan ker zaman dolu2 org kat tanah melayu nih tak pakai minyak.. sama gak dgn duit.. dulu tak laku duit kertas nih..kalo emas pun org kaya2 jer simpan, itu pun bukan leh wat per, leh tunjuk2 saja sebab org pun tak berapa peduli..

sama cam citer ayam, sama cam citer gula, minyak masak, beras, dsb.. alasan utama kita gunapakai ialah benda tuh keperluan kepada kita di zaman ini.. zaman ini.. bukan zaman dulu dan bukan zaman akan datang..

pada aku yg penting ialah tanah utk bercucuk tanam.. bila isuk2 apa2 jadi.. contoh paling mudah perang.. mustahil ker perang tahun depan? kalo perang camna kita nak makan? itu keperluan.. tapi byk org kata tak mampu.. cukup sekadar beli sebiji rumah sekangkang kera.. lebih mahal dari harga tanah 3 ekar.. boleh pulak..

skrg nih kita cakap keperluan, sebab naik keter/motor gie keje.. pakai minyak.. dan pegi keje lak pun sebab kita dah terperangkap dlm sistem yg dok ada nih.. hanya untuk survivalisme.. konon zaman maju.. katakanlah kita nih tak mampu beli motor/kete, camna kita nak gie keje.. haa.. ada kawan kata keter/motor tuh kan kemudahan.. lerr.. tadi kata keperluan, skrg jadi kemudahan lak?

krisis tenaga dunia kononnya.. sapa yg sebut krisis nih? kita ikut2 saja.. cam biasa.. org gelabah kita gelabah.. betullah kita berada di zaman keliru.. mengelirukan dan dikelirukan..

aku rasa kita toksah pikir jauh2.. we take one thing at a moment.. kalo pun bekalan minyak nak habis, dia tetap akan habis.. buat laa camna pun.. takkan kita nak demo kat petronas suh korek minyak tuh sikit2? lagi laa cepat naik harga kan? maka tak salahlah kita minta kerajaan kontrol jangan naikkan harga minyak.. sebab untung atau tidak petronas tuh bukan ada kena mengena 'direct' dgn kita.. tapi naik harga minyak tuh mmg byk impak pada masyarakat..

haa.. peduli apa semua tuh.. kalo esok2 abih dia naik harga gak.. biar laa dia tak naik skrg.. masuk akal atau tidak itu bukan masalah.. small deal.. tapi harga barang2 makanan naik sampai tahap tak masuk akal, haa itu masalah.. big deal.. kapitalis mmg pandai putar belit situasi nak 'create' kesedaran konon.. padahal mereka cuma 'create' alasan.. supaya kita setuju dgn tindakan diorg.. sama gak laa macam org politik.. pandai berjanji dan pandai bagi alasan..

amacam? leh tak aku cakap macam nih joedett? heheh



[origin : Am I wrong? ]

read more...