Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label banking. Show all posts
Showing posts with label banking. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

kapitalis gila




aku ada satu idea gila.

dua minggu lepas aku baca dlm harakah ada iklan nak jual tanah satu lot RM29ribu (kalau tak salah ingatan aku) sebagai pelaburan utk diwaqafkan semula utk pembinaan sekolah (atau mungkin rumah anak yatim.. maaf aku kurang ingat). agak2nya mmasuk akal tak kalau aku buat pinjaman kat bank utk beli lot tanah tuh? agak2 ada tak bank yg nak bagi aku buat pinjaman tuh?

aku kata gila, sebab mengikut ajaran ekonomi kapitalis, kita kena lihat dimana untungnya pelaburan itu kepada kita, kerana dlm setiap pelaburan dasarnya adalah mendapat keuntungan. aku kata gila, sebab mengikut ajaran sekularisme, kita boleh bersedeqah, waqaf dan infaq hanya bila kita ada kelebihan dari rezeki kita.

sahabat aku kata idea tuh cerdas, cuma mana ada bank yg tidak diurus oleh kapitalis? aku tetap kata gila sebab sistem ekonomi yg aku faham hanya sistem kapitalis, sistem perbankan Islam yg aku kaji pun semuanya adaptasi dari sistem kapitalis, dan konsep sedeqah, waqaf dan infaq yg aku faham pun dari institusi pendidikan sekular. nak buat hutang utk diri sendiri pun pening, ini pulak nak buat hutang utk bagi kat org. kompem gila.

dan aku rasa korg pun gila kalo setuju dgn idea gila aku nih. sanggupkah korg berusaha cari duit, kumpul harta, buat perniagaan yg menguntungkan hanya dgn niat supaya boleh bayar zakat lebih banyak? waqaf yg kita semua faham ialah buat masjid, rumah anak yatim dan tanah kubur. mana ada org buat waqaf sekolah, hospital dan tapak pasar malam? boleh ker kita buat sekolah tapi tak caj? buat klinik modal besar, belajar jadi doktor lama dan banyak belanja, pastuh nak dipercumakan? kan rugi bila kita buat tapak pasar malam pastuh tak sewakan padahal diorg tuh meniaga jugak.. lagipun kan kita dah bayar zakat. betul? sahabat aku kata tak betul.. cis..

sahabat aku kata, "zakat tuh keluarkan (bukan beri atau bayar) harta org lain yg ada dalam harta kita supaya kita tak termakan hak org lain. sedeqah, waqaf, infaq itu baru bahagian dari harta kita. keuntungan bukan keutamaan dalam perniagaan Islam. business is about serving the people. bila maksud melayani masyarakat maknanya ialah silaturrahim. dalam silaturrahim ada rezeki. dan rezeki setiap kita nih dah tetap di luh mahfudz. ini fundamental ekonomi Islam."

dia tanya aku kenapa harga makanan di gerai makan di pasaraya (food court) lebih mahal dari harga makanan yg sama yg dijual di pasar malam? aku kata kos sewa tapak beza. dia tanya adakah harga makanan akan lebih murah jika ada tempat meniaga yg tak kena bayar sewa? aku faham arah tujuan soalan dia.. hanya saja aku kata apa untungnya pada aku yg tuan punya tapak tuh? dia kata aku dapat makan murah sepanjang hidup. dan bukan aku saja tapi semua org lain juga. malah harga barang2 yg lain juga boleh jadi lebih murah sebab tak ada kos tapak. yg meniaga pun boleh jual lebih banyak sebab ramai org datang beli sebab lebih murah dari tempat lain. bila dah jual banyak, maka pengeluar pun boleh keluarkan lebih banyak. kalau tempat lain naik seringgit mungkin kat tempat tuh naik dua posen saja.. emm..

yg penting infrastruktur semuanya percuma. macam tv. kan tak bayar servis tv, macammana syarikat tv buat untung? sebab makin banyak org tgok siaran dia, dia ada potensi kuasa beli (buying power).. prasarana percuma, tapi org jual tv, org iklan barang dlm tv.. padahal pengguna tak bayar apa pun utk servis siaran tuh. sama macam google, yahoo, youtube, facebook yg buat pengasasnya jadi jutawan. makanya kenapa pulak koneksi internet kita kena bayar?

kerajaan buat jalanraya sebab ada keuntungan. bukan untung sebab boleh buat pondok tol, nih sepatutnya tak perlu sebab keuntungan yg lebih besar adalah pembangunan yg terhasil akibat dari kewujudan jalanraya tersebut. ekonomi berkembang kerna banyak tempat boleh terhubung. sama macam patutnya internet itu percuma, tak perlu bayar servis, sebab pelayan internet (service provider) boleh buat lebih banyak untung dari pembangun kandungan (content provider).

ini maksud 'ada rezeki dlm silaturrahim'. buat untung tuh sekali, tapi kalau kita jaga silaturrahim, akan ada urusniaga berkali2. org beli barang bukan psal barang kita bagus atau tidak, sebab byk org lain jual benda yg sama jugak, tapi sebab org tuh suka nak beli dgn kita. kalau barang kita mahal pun, kalau silaturrahim kita baik, org tetap beli. sebab org beli bukan sebab dia mampu atau tidak, tapi sebab dia nak beli atau tidak. melencung lak citer aku. balik asal.

sahabat aku buka citer masa Nabi saw wafat, masa tgh sakit kuat tuh, baginda tanya fatimah ra ada lagi tak duit dia, baginda suh fatimah ra amik dan sedeqahkan. logiknya kalo zaman kita nih, kita mati tinggalkan banyak harta utk anak bini kita, sampai kdg2 anak bini kita pun tak tahu kita ada harta di negeri hindustan, gohead-gostan dan negeri setan. patutkah kita waqaf dan hibah semua harta kita sebelum kita meninggalkan dunia? supaya sepeser duit pun kita tak kena jawab kat akhirat nanti sebab semua dah bagi? kita akan kata Nabi saw tuh rasul, Allah swt jaga keluarga dia. mana masuk akal kita nak buat sebijik cam Nabi saw, kan kita nih bukan nabi, tapi... kalau kita mati bukan Tuhan juga yg jaga keluarga kita ke?

dlm byk citer sahabat kita tau ramai sahabat tuh sebenarnya kaya-raya.. duit beribu2 dinar dan tanah luas tak terukur. tapi camna leh ada citer Nabi saw hanya ada 2 jubah saja. macammana penduduk baitul muqaddis boleh tak kenal yg mana satu Umar ra dan yg mana satu pembantunya? apahal Usman ra dan jutawan2 arab yg lain berebut2 nak beli perigi hanya untuk diwaqafkan semula pada jemaah.. akal kita kata itu sahabat, kita nih jauh beribu keturunan dari diorg.. mana masuk akal hari nih kita saja2 nak taja anak jiran miskin kita yg pandai gie belajar luar negeri, anak kita pun belum tentu dia taja bila nak belajar nanti. salah2 jadi fitnah pulak.

tapi mmg aku pun sendiri kadang2 malu bila pergi rumah anak yatim dan beri sedekah yg tak lebih mahal dari harga kasut aku. nak bagi derma kat org pun baju yg buruk2 dan tak pakai, padahal itu semua kalo tak sedeqah jadi sampah jer dlm rumah aku, jadi kain buruk. sifir mudahnya kita nih hanya sedeqah sampah dan kain buruk yg kita tanak jer. astaghfirullah. kalo Nabi saw singgah rumah aku hari ini, silap2 aku lari pintu dapur, maluuuu..


minggu lepas aku jumpa sorg sahabat baru balik dari uk, punya laa bertimbun2 buku dia bawa balik. dia kata murah saja kat sana, buku terpakai, tapi nampak elok jer kat mata aku. dia kata dia beli buku tebal2 tuh harga satu pound jer. isk.. kat kedai buku malaysia, yg tak laku pun depa dok jual rm10.. dia kata psal org melayu tak suka membaca, jadi buku yg berputar nih kurang. org melayu suka beli buku pastuh simpan kat rak. kdg2 Quran yg dah beli 3 tahun pun masih cantik macam baru beli semalam. ntah berapa kali jer buka agaknya. kat uk, kata dia, org jual semula murah2 dgn tujuan utk tukar2 buku, dah habis satu buku dia jual, beli buku lain pulak. org melayu simpan buku untuk makanan anai2, pastuh yg paling kejam kata dia, org melayu bakar buku.

teringat buku2 aku yg dekat 30 kotak aku bungkus tahun lepas simpan kat umah mak aku. kalo aku buat perpustakaan umum pun bagus, nak kena simpan duit beli rumah kecik laa plak utk waqaf jadi khutub khanah. tapi apahal lak aku nak beli perpustakaan, bagi jer laa kat perpustakaan, tapi lagi kampung aku mana ada perpustakaan, yg paling dekat pun 40km kat pekan nun.. dua kali tukar bas baru sampai. pastuh apahal lak waqaf perpustakaan, baik aku buat waqaf masjid.. tapi aku nak buat waqaf sebab nak kongsi buku. kompius eh.

balik pada citer sahabat aku tuh, dia kata org Islam satu dunia nih susah parah miskin papa kedana bukan sebab takder org Islam kaya, tapi sebab semuanya kapitalis. tengok cara makan jer kita dah tau kapitalis, makan sendiri2 sepinggan sorang2.. kita nak makan sepinggan dgn org lain, pakai tangan, rasa geli laa pulak kengkadang.. nak minum dari satu cawan yg sama, macam bercinta laa pulak.. padahal semua nih sunnah.. nih nak citer psal apa sebenarnya nih?

pokoknya nak bermati2an kumpul utk beli waqaf, beri sedeqah, atau jadi kaya sebab nak kuaukan zakat banyak tuh keje gila.. kalo bukan untuk diri kita tak perlulah nak bersusah payah.. lainlah mmg kita dapat untung banyak.. dah kaya barulah pikir benda2 tuh semua, masa2 rasa miskin nih kita beli jer apa yg kita suka sampai termuntah.. masa duit sikit2 nih laa beli baju mahal, keter cantik, rumah besar, jalan2 makan angin luar angkasa.. kalo esok2 kita dah kaya raya, maksudnya dah bosan beli baju, keter, rumah dan makan kari kepala gajah seminggu sekali, barulah kita fikir2kan nak buat sedeqah atau nak beli waqaf, sebab masa tuh barulah namanya ada lebihan dalam rezeki kita..

zaman nih zaman dimana semua org dah jadi gila, dan hidup waras di kalangan org gila, bermakna kitalah yg gila.. kerna kita tidak mengikut kelaziman masyarakat, atau dlm kata yg lebih memberi makna, kita tidak mengikut norma2 kegilaan yg sudah normal, dan dlm keadaan waras kita terpaksa mengakui betapa gilanya kita.

wallahualam.


read more...

Saturday, January 24, 2009

back door to riba?


dogma ekonomi Islam

"aku tak paham apa yg depa sibuk sangat psal ekonomi Islam. kalo betul ekonomi Islam tuh penting sangat, dah tentu masa Allah swt bagi Nabi saw pilihan, Nabi saw dah pilih dah harta kekayaan supaya Islam jadi kuat," haluan bicara malam mulai berubah arah.. raut wajah kawan aku mulai menunjukkan keseriusan berbanding pecah tawanya yg menggegar sejak dari awal malam tadi..

"semua nih mengarut saja.. hang tengok cam perbankan Islam, most of it is just a back door to riba.. nak bagi cantik depa bubuh laa akad laa apa laa.. mengarut.."

ahaa.. buat kali pertama aku mendengar pendapat sebegini di kalangan kelompok kawan2 ku yg ini.. selama ini aku pikir hanya aku saja yg berpikiran begitu.. almaklum kebiasaannya aku di hentam kira dan kanan jika aku mempersoalkan kosmetik Islam yg ditampal pada perkara2 yg aku rasa tidak ada jiwa Islam..

kosmetika perbankan Islam

sepertinya pertama kali aku melihat perjanjian pinjaman peribadi yg dikatakan mengikut Islam, aku menggeleng kepala membaca klausa bagaimana pinjaman peribadi itu disandarkan pada pembelian sejumlah saham dan kemudiannya saham itu diakad akan dijual semula kepada bank dengan sekian harga yg lebih tinggi pada suatu masa di hadapan.. sungguh jelas penipuan.. asas Islam itu jujur.. namun yg mereka sebut akad ini jelas sesuatu yg mengarut dan tidak masuk akal aku ketika itu.. sekadar membenarkan faedah yg lebih tinggi atas nama Islam.. itu harga yg kita bayar atas kejahilan kita..

begitu juga aku merasa tertipu oleh perbankan Islam apabila membaca lebih teliti perkara2 yg sebenarnya berlaku ketika pembelian rumah.. betapa rumah yg kita beli itu ditaksirkan semula dengan harga pada waktu akan datang, mengikut jangka waktu pinjaman kita.. maka kerna itu rumah seharga 200k apabila ditaksirkan semula dengan harga 20 tahun lagi akan bernilai 400k, maka kita pula akan membayar hutang kepada bank pada harga taksiran hadapan itu..

"lagu mana kita nak taksir benda yg belum ada nih? benda nih zaman Nabi saw dah tunjuk dah, kalau kita nih pi beli pokok kurma, tapi dok ada putik, harga pokok tuh tak masuk putik, nanti bila putik tuh berbuah, buah tuh hak org yg jual pokok tuh kat kita.." walaupun aku mengakui tak pernah mendengar hadis ini, namun dari kerut didahinya aku dapat melihat keyakinannya pada sesuatu..

konsep musyarakah?

"yg aku penah dengaq ada satu komuniti di long island yg buat benda nih dengan betul.. depa nih professional mmg ada banyak duit laa.. depa panggil benda nih musyakarah.. depa buat lagu nih" seperti kawan2 yg lain, aku juga memfokuskan fikiranku pada buah butir perkataannya..

"katakan kita nak beli rumah, kita mampu bayaq 10% jadi 90% nih komuniti yg bayaq.. kita dok rumah nih dan bayaq sewa katakan 1000.. tapi kita ada share 10%, jadi kita bayaq sewa 900 saja sebab 10% tuh hak kita.. jadi bila kita ada duit lagi, kita nak beli lagi share rumah tuh.. rumah tuh ditaksirkan lagi pada harga semasa pada waktu tuh.. pastuh kita bayaq share yg patut kita bayaq pada harga masa tuh.. katakan kita bayaq lagi 10%, jadi kita dah ada 20% pemilikan rumah tuh.. jadi sewa kita pun bayaq hanya 80%, sebab 20% tuh hak kita.. dan begitu seterusnya sampai kita dapat beli hak pemilikan penuh rumah.."

subhanallah, inilah indah Islam.. perkataan ini benar berbanding konsep2 mudharabah bank2 yg berlabel Islam yg semakin popular menjual produk2 yg semakin mengelirukan..

perang ke atas riba

"riba nih bukan benda kecik hang tau.. riba nih bukan sekadar haram tapi lagi teruk dari haram.. Tuhan dan Nabi saw kata apa kat riba nih? kalau babi Nabi saw kata haram saja, yg nih Tuhan isytihar perang.. kalau nak kata macammana hina riba nih, sama dengan bersetubuh dengan mak kita sendiri.. aku pun tak tau nak pikiaq apa lagi yg lebih teruk dari tuh.."

aku dapat lihat perkataan dia menyerap pada beberapa org kawan2 ku yg lain.. aku mengangguk2 setuju dengan pendapat kawan aku tuh, manakan tidak diisytihar perang, aku pernah membaca satu riwayat yg mengatakan dosa bersetubuh dengan ibu sendiri itu umpama dosa membunuh 40 (atau mungkin 70) org nabi.. umpama menyebabkan 40-70 bangsa di dunia terus sesat dari menerima hidayah Allah swt..

penilaian semula halal-haram

teringat pulak aku perihal bagaimana pentarafan halal itu dilakukan oleh panel syariah malaysia.. tentang bagaimana rupanya ada perkara2 yg tertakluk dibawah klausa 10%, 20% dan 30%, maka jika perkara2 haram itu tidak melebihi penetapan tersebut maka panel syariah akan menganggap produk itu boleh menggunakan nama Islam dan dianggap menepati syariah.. ini undang2 yg jelas tertulis sebagai panduan, bukan sekadar ijma panel syariah sahaja..

dan ini dapat memecah kebuntuan yg menyesakkan kepalaku kebelakangan ini.. bukan sekadar tentang bagaimana aku tidak mahu meninggalkan hutang pada keluargaku, tetapi jauh dari itu adakah harta yg akan kutinggalkan ini halal sepenuhnya.. dan betapa aku memikirkan keadaan hatiku yg tidak tenteram ini mungkinkah disebabkan oleh harta2 yg tidak halal.. moga Tuhan memberi petunjuk padaku..

"eh.. jomlaa kita balik.. dah pukui brapa nih, aku tak isya lagi.." andai saja aku dapat merasakan urgency yg serupa dalam hatiku.. serentak itu kami mula bersalaman dan mengucap selamat tinggal.. sekurang2nya satu kusut terlerai dalam hatiku, aku dapat yakin betapa bukan aku sendirian dalam perkara ini, dan benarlah kata2 bahawa seorg sahabat itu penyuluh ketika gelap.. semuanya semakin terang.. alhamdulillah..



[origin : Am I wrong? ]
read more...