Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 31, 2008

teori gula sekilo beras sekampit


aku citer balik contoh yg aku penah bagi dulu.. citer beras sekampit..

nih dah ujung bulan, sama ada dah dapat gaji atau gaji dah nak kuau atau gaji dah abih, kita cuba buat camnih utk kaji kemampuan kita.. beli beras sekampit dan cari org susah utk disedekahkan.. kalo tak jumpa gie hantar umah anak yatim.. sekampit jer.. toksah banyak2.. 5kg ke, 10kg ke, terpulang pada kekuatan kita menahan geletar kuau duit dari poket..

pastuh tgok ada tak yg kurang dlm bulan depan nih.. maksud aku jadi makin susah tak hidup kita psal dah bagi org beras sekampit nih.. kalo rasa takder perubahan pada poket, bulan depan naikkan jadi 2 kampit.. bulan seterusnya tambah lagi sekampit.. sampai satu tahap kita rasa dia memberi kesan pada poket kita..

kalo dengan sekampit beras dah terasa pedih dlm poket.. beli sekilo gula.. sama jugak.. bulan depan tambah sekilo lagi.. sampai rasa poket tersepit..

kalo sekilo gula pun kita dah rasa sesak napas.. maknanya kita org miskin.. bagitau kawan2 kat sini, supaya senang kawan2 bantu antar beras ke rumah.. adab sedekah kena sedekah dgn org yg rapat dgn kita.. sedekah kat ibu bapa, keluarga, saudara mara, jiran, sahabat, baru org2 jauh dari kita.. nih cara Islam jaga jemaah..


itu cara individu lah.. kalo secara berkumpulan lagi banyaklah boleh buat.. contohnya dalam satu perkumpulan melayu leh buat satu dana amanah yg pegang tabung infaq dari ahli2nya.. cuma mmg masalah zaman berzaman ialah cara nak urus dana nih.. baik dari segi 'fund raising', 'maintaining account', 'legal issue', sampailaa pada 'management personnel'.. aku tau susahnya camna sebab aku dah cuba buat banyak kali.. mmg bukan senang nak buat baik nih..

kata sorg kawan aku, "sebab kita dah mmg terjerat dlm sistem yg dah ada skrg, kenapa tidak kita manipulasikan sistem yg ada utk faedah jemaah.." dia kata lagi, "contohnya kalau kapitalis buat duit ikut sistem ekonomi yg ada, kita pun patut ada gabungan ekonomi yg jana duit utk kurangkan kekangan ekonomi pada jemaah.." tak paham aku apa yg dia cuba sebut nih..

dia sambung, "contohnya, kita buat perniagaan yg 'serve' keperluan jemaah, sama mcm arqam buat dulu, atau kita buat cam 'fund manager' labur dlm saham2 syariah, keuntungan hujung tahun kita tak bagi kat 'sharepartner', kita bagi kat umah anak yatim ker, atau kat sekolah2 pondok ker, dsu.. dengan cara itu tak perlu lagi anak2 yatim dan sekolah2 pondok nih asik dok mintak sedekah kat tepi jalan.."

aku kata org dah buat dah.. kawan aku balas balik kat aku, "yg buat org kasta kaya kelas tinggi jer.. org macam kita cakap saja tapi tak buat.. kita dok seronok tgok org derma tapi kita simpan duit dlm poket.."

aku cuba kata bahawa org macam kita nih masih sengal2 nak isi perut sendiri camna nak buat.. lagipun sedekah seciput nak boleh jadi apa.. tak memberi impak yg berkesan.. lagipun mana ada org nak meniaga sebab nak bagi untung kat org lain..

dengan selamba kawan aku sental aku, "kalo masih pikir perut sendiri, toksah laa citer psal jemaah.. Islam nak tergolek ker apa ker toksah nak buat bunyi macam2.. kita mmg pikir diri sendiri saja selama nih.. kita dok harap org lain buat utk jemaah.." aku kompius dgn apa yg dia cuba nak sampaikan.. persoalan aku ialah bagaimana kita nak tolong org bila kita rasa diri kita pun tak stabil..

aku jalan2 ke satu tempat, aku terpandang sorg buta dok sorong sorang yg lumpuh atas kerusi roda.. teringat citer org buta dokong org lumpuh nak pegi makan kenduri.. 'favourite old time story' atuk aku.. cuma zaman berbeza maka org lumpuh dok atas kerusi roda laa tak perlu didokong.. the rest of the story is the same..

setiap kita ada kelemahan.. yg menjadi masalah kita sekarang ialah kita terlalu membicarakan kelemahan setiap dari kita.. setiap dari kita pandai tunjuk kelemahan org lain.. kita tutup2 kelemahan kita supaya kita rasa kita tak lemah.. kalo kita tak lemah maka secara mental kita takkan perbaiki kelemahan kita..

ada pula dari kalangan kita dok sibuk nak perbaiki kelemahan diri sendiri sampai tak nampak kekuatan diri sendiri.. kita fokus kat lemah maka secara mental kita akan 'burden' dgn lemah yg kita ada sampai kita sendiri rasa tak berdaya..

Nabi saw dah pernah bersabda, muslim nih macam batu bata nak tegak rumah.. setiap dari kita memperkuat sesama kita.. org melayu kata bersatu teguh bercerai roboh.. kita kena perkuatkan sesama kita.. saling mengisi kelemahan yg kita nampak pada saudara kita dengan kekuatan yg kita ada.. sebab tuh penting kita tau kekuatan kita dimana..

bukan semua org pandai ilmu ekonomi, begitu juga bukan semua org boleh jadi pentadbir, penyusun strategi, menjaga kewangan.. malah yg meniaga pun bukan semua meniaga benda yg sama.. kita kena saling mengisi antara satu sama lain..

begitu juga dalam citer kaya nih.. kita semua dok tgok diri kita miskin.. semua org jadi miskin.. yg mengaku 'middle class' tuh pun sebenarnya rasa miskin.. sebab kita buat semua tuh utk diri kita sendiri.. kita cari duit utk diri kita sendiri.. sebab kita nak untung tuh utk diri kita sendiri.. kita nak duit..

katakanlah kita ramai2 dlm gabungan nih kumpul duit sama2 beli tanah sawah beberapa relong dan upah org usahakan sawah tuh.. bila tuai hasil kita jual, duit modal amik balik, baki beras yg untung tuh kita bagi sesama kita.. kita dah tak risau psal beras lagi..

atau kita kumpul sama2 buat ladang lembu, bila jual kita amik modal yg perlu dan baki kita buat korban tiap tahu.. dah tak risau tahun nih boleh korban ke idak.. ini contoh..

sama juga, kita beli rumah kedai dan meniaga, untungnya kita bahagi beberapa persen ke umah anak yatim tiap2 bulan.. kita dah tak risau kita boleh sedekah ke idak.. anak2 yatim pun terjaga.. tak payah citerlaa berapa besar pahala jaga anak yatim nih..

semua nih hanya perlu 'one lump-sum' modal untuk mulakan dan maintain hingga 'break-event'.. pastuh perniagaan tuh sendiri akan jana pendapatan sendiri utk bayar org yg urus dan usahakan.. malah kalo kita pandai sket, kita amik sikit dari keuntungan yg ada utk buat projek lain pula..

nih semua contoh.. aku percaya yg dok ada dlm nih bergeliga semua.. macam2 idea ada.. cuma fundamentalnya aku nak tekankan di sini ialah kita kena saling mengisi kelemahan sesama kita.. mungkin itulah yg kawan aku cuba sampaikan..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Tuesday, May 27, 2008

changing the rules of being rich


masalah org melayu ialah kebergantungan pada duit.. atas cara org moden sebut kebergantungan pada ekonomi.. dan aku rasa ramai dari kita akan berpendapat bahawa duit takleh menjamin bahagia tapi bahgia takleh terjamin tanpa duit.. ini kekangan mental kita.. ini yg musuh2 kita nak kita percaya.. kekuatan dan kekuasaan duit dlm hidup kita..

dari segi ideologi, kita dah zaman berzaman diceritakan pertentangan antara demokrasi vs komunisme.. seolah2 hanya ada dua ideologi saja yg boleh kita pegang.. walhal kedua2 ideologi tuh sesat belaka.. nih keras bahasa aku guna nih.. tapi mmg begitulah realitinya..

dan pula dari segi ekonomi, zaman berzaman kita hanya terdedah pada teori 'economist' vs 'capitalist'.. dan pada aku dua2 teori nih pun sesat juga.. jadi kalo semua sesat apa lagi yg tak sesat..

umumnya kita semua mengkastakan masyarakat pada 3 kelompok.. kelas kaya, kelas menengah dan kelas miskin.. yg kita paham semakin besar jurang kelas kaya dan kelas miskin maka semakin tidak stabil sesuatu masyarakat.. paling jelas ialah apa yg berlaku di negara2 dunia ketiga, atau yg lebih lembut negara2 membangun..

secara perbandingan kita lihat pengkastaan ekonomi di tanah melayu.. org melayu kebanyakannya berada dlm kelas menengah dan kelas miskin.. dan kita semua setuju kelas kaya nih cina saja yg banyak, sebab diorg pandai meniaga.. dan kebanyakan org melayu mmg rendah diri dan berpuashati kalo berada dlm kelas menengah..

bila berlaku krisis kasta nih dlm soal pembahagian kek ekonomi tanah melayu, cerdik pandai melayu nih kata kita perlu lebih banyak melayu dlm kasta kaya.. maka berbagai2 rancangan dijalankan untuk menaikkan ekonomi org melayu.. terkini kita ada 9 orang jutawan melayu dlm "top 40 the richest man in Malaysia"..

7. Syed Mokhtar AlBukhary ($2 billion)
11. Azman Hashim ($600 million)
23. Mustapha Kamal Abu Bakar ($235 million)
25. Seri Eleena Raja Azlan Shah ($228 million)
28. Mokhzani Mahathir ($220 million)
30. Abdul Hamed Sepawi ($200 million)
31. Kamarudin Meranun ($190 million)
37. Ahmayuddin bin Ahmad ($140 million)
38. Hamdan Mohamad ($135 million)

bermakna dlm kasta kaya raya nih org melayu ada 22.5% dengan total pegangan kekayaan $3.9 billion.. sayangnya walaupun india cuma ada 12.5% (5 org) dlm senarai nih tapi mereka memegang kekayaan $8.3 billion.. 10% lebih tinggi dari kekayaan org2 melayu dalam kasta ekonomi kelas tingi nih..

balik pada rancangan yg nak menaikkan ekonomi org melayu nih, pada pendapat aku kita berjalan di lorong yg sedikit melencong..

selama nih kita sering fokus pada proses membasmi kemiskinan dengan cara menjadikan org miskin naik kasta.. pendapat peribadi aku ini hanya bertujuan supaya org yg kasta lebih tinggi juga naik kasta.. dan ini menyebabkan kasta akan tetap tapi berbeza harga.. kalo dulu had kemiskinan adalah pendapatan RM 500 sebulan sekarang nih pula pendapatan RM 1,000 dianggap berada dalam kasta miskin..

semakin banyak kekayaan terkumpul maka semakin naik inflasi.. ini yg menyebabkan sampai bila pun kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah kasta ekonomi nih.. sebab semua org akan terus berlumba2 cari harta sebab nak naikkan taraf keluarga..

bila kasta kaya nih bertambah, maka keperluan pun bertambah.. kalo dulu keperluan hanya naik motor, bila dah ada duit banyak keter pulak jadi keperluan.. kalo dulu rumah kampung itu keperluan, bila dah ada harta, rumah besar pulak yg jadi keperluan.. bercantik2 pun jadi keperluan.. malu laa org kaya hidang dlm pinggan plastik, kena beli pinggan seramik.. ini dah bukan sekadar kehendak tapi keperluan.. sebab ianya berlaku bukan sekadar takut org caci dan kutuk tapi sebab dlm proses ekonomi org kaya kena 'spend more'.. kalo tak nanti jadi kedekut..

ini yg buat inflasi naik setiap tahun sebab makin ramai org yg jadi kaya.. tiap tahun naik gaji.. takkan nak mintak turun gaji, tak sesuai dgn konsep ekonomi.. takkan kita yg keje teruk2 pastuh nak bela org miskin yg kita pandang memang pemalas.. rasa menzalimi diri sendiri.. ini yg ada dlm pikiran kita..

aku punya pendapat berbeza dlm isu nih.. aku rasa selama nih kita silap kerana terlalu fokus nak buat org miskin hidup senang.. sedangkan seharusnya kita fokus pada pentadbiran kekayaan..

maka sepatutnya bukan kita jadikan org miskin itu kaya tapi sebaliknya kita perlu jadikan org kaya itu miskin.. dan aku rasa ini bersesuaian dgn fundamental Islam.. kita tgok apa yg Nabi saw dan para sahabat buat..

pada zaman para sahabat, bukan sedikit dari mereka yg kaya tapi mereka tidak bermewah2.. malah ramai dari mereka yg menginfaqkan seluruh kekayaan mereka untuk org2 muslim.. dan ini pula tidak menjadikan mereka miskin..

mereka mencari harta kerana nak lebih pahala.. lagi banyak harta lagi banyak sedekah.. berlumba2 utk buat sedekah dan infaq.. sebab tuh mereka tidak terlalu 'profit oriented'.. mereka berniaga untuk 'serve' ummah.. nak sediakan keperluan org lain.. bukan jual benda yg org lain tak perlukan..

ini beza dgn zaman kita nih.. kita cari harta utk diri sendiri.. konon utk menafkahi keluarga.. sebab tuh ada dari kita meniaga psal nak untung semata.. kita jual makanan pada org yg dah kenyang.. kita jual keter pada org yg dah ada keter..

yang perlu kita perbuat ialah mencari jalan menyediakan wadah untuk kasta kaya dan pertengahan nih 'membuang' duit mereka.. kita kena ada satu kaedah dimana bila org2 kaya nih dapat lebih jer dia akan terus bagi yg lebih tuh kat satu tempat tuh..

kalo zaman Nabi saw dan para sahabat dulu, ada perbendaharaan yg jaga dan tadbir harta2 infaq nih.. bila Nabi saw kata siapa beli perigi utk org Islam jaminan pahala, semua org kaya berlumba2 nak beli perigi tuh.. perbendaharaan zakat dan infaq yg besar nih yg digunakan utk maslahat ummah.. ini yg 'support' dakwah, org2 yg belajar, org miskin, janda2 yg banyak anak, mualaf, dsb..

kita pun ada pusat zakat.. harta juta2.. siap meniaga lagi, beli harta, buat untung.. tapi siapa bela org miskin? ramai juga org miskin tak makan.. ramai lagi yg merempat tak berumah.. nih susah nak komen..

cuma yg aku nak tegaskan kat sini, setiap dari org melayu kena ada satu wadah.. setiap kumpulan buat satu wadah yg boleh kita infaqkan.. bila naik gaji, kita infaq gaji kita yg baru naik tuh ke tempat nih.. bila meniaga untung lebih, yg lebih tuh kita terus infaq ke tabung tuh..

dan yg jaga tabung nih pulak kena betul2 laa kerana Allah swt.. sebab tanggungjawabnya berat.. itu yg khalifah boleh padam lampu tanak pakai minyak negara bila bincang psal hal keluarga..

apa pulak tujuannya buat camnih? bila kita dah tak heran psal duit nih.. kita cari byk2 hanya supaya kita leh infaq lebih banyak.. maka duit nih takder nilai di hati kita.. inflasi tak naik.. kita pun tak beli kat kafir sebab kafir lebih murah.. kita dah tak kisah murah mahal nih asalkan beli kat muslim sebab ada pahala yg berpanjangan..

secara keseluruhannya ini sistem Islam.. fundamental Islam kita tak cari harta utk kita kumpulkan buat diri sendiri.. kita hanya nak cari pahala.. lagi banyak dapat lagi banyak pahala..

dan lagi kita menghargai org miskin.. kita tak kata org miskin untung pasal dia tak keja tapi dapat makan.. tapi kita seronok sebab bila ramai org miskin maknanya kita boleh sedekah lagi banyak.. makin bertambah2 pahala kita..

sebab tuh Nabi saw kata org miskin nih nikmat buat org kaya.. bukan sebab kita rasa kita hidup lebih baik, tapi psal kita ada tempat nak buat pahala lebih banyak.. kalo dah takder org miskin, kita yg susah.. sapa nak terima zakat dan sedekah kita.. maka kita akan terus jaga org miskin nih..

org miskin pula akan rasa dia rugi.. dia tak dapat buat pahala lebih banyak macam org kaya.. maka dia akan berzikir dan berdoa.. lebih2 lagi doa utk org yg bantu dia.. bertambah2 lagi kebaikan utk org kaya.. nih baru nama kaya.. kaya di dunia dan kaya di akhirat..

maka sekarang nih ada dua benda besar kita kena buat.. satu nak ubah mentaliti kita terhadap pencarian harta nih.. kena kikiskan karat dlm hati kita yg tegar dlm mencintai harta dunia sehingga kita sendiri takut miskin..

dan dua, kita kena sama2 pikir menyediakan wadah yg sesuai dlm komuniti kita sendiri supaya kita leh salurkan harta kita yg berlebihan tuh utk maslahat ummah.. kita kena berentilah harap kerajaan buat benda nih sebab diorg tuh pakai penasihat ekonomi dari universiti kafir.. kalau kita nak Islam kita kena buat sendiri..

itu pendapat aku laa..
wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...