Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label rat race. Show all posts
Showing posts with label rat race. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

mindsetting


aku dapat satu sms semalam berbunyi, "bantulah aku jadi orang yang sukses dalam segala hal, bimbinglah aku untuk bisa membahagiakan lahir batin buat keluargaku, aku ingin memiliki rumah, mobil dan uang yang cukup, bantu aku untuk percaya bahawa aku bisa memiliki semua itu"

aku pasti anda juga biasa mendengar rintihan, keluhan dan harapan dari orang di sekeliling anda. persoalannya adalah adakah kita sudah bersedia dan berapa jauh kita boleh membantu mereka? sorang sahabat pernah pesan kat aku, "don't start whatever you cannot finish"

perasan tak suatu masa dalam hidup anda, berat badan anda akan dalam range yang sama, sama seperti kewangan anda dan kebiasaan anda? ada perubahan sedikit2 tetapi akan tetap kembali ke keadaan yang sebelumnya.. anda boleh mengubah ini dengan memahami cara minda anda berfungsi dari perspektif yang sedikit berbeza dan mengubah pendekatan anda..

dalam kebanyakan masa, perubahan yang anda inginkan akan disabotaj oleh diri kita sendiri dengan memfokuskan minda kita tentang sesuatu yang tidak kita inginkan..

cuba anda bezakan antara dua ungkapan ini..

"aku tidak mahu lagi jadi orang miskin, berharap belas kasihan orang dan sering gagal dalam hidup"

dengan

"aku mahu jadi seorang yang sentiasa bertenaga dan kreatif menjana wang yang lebih banyak dan sentiasa berjaya dalam setiap perkara yang aku lakukan"

ini pernah berlaku dalam hidup aku.. ada suatu ketika dalam hidup aku, aku cuba fokus untuk membayar hutang.. aku tidak sedar bahawa minda bawah sedar aku distimulasi oleh perkataan 'hutang'.. dan apa yang berlaku ialah hutang aku bertambah malah hutang yang ada jadi tertunggak.. ketika aku menyedari servo-mechanism yang terhasil, aku mengubah fokus aku daripada 'membayar hutang' kepada 'mencari wang lebih banyak'.. dan alhamdulillah, hutang masih ada tetapi hidup semakin terarah ke arah peluang untuk menjana pendapatan berbanding menjana hutang sebelumnya.. minda bawah sedar boleh anda manipulasi untuk mendapatkan 'servo-mechanisme' yang anda inginkan.. (rujuk 'bukan nasib dan kebetulan')..

maka apabila ada yang datang meminta bantuan, aku hanya mereka tahu bahawa aku tidak boleh mengubah apa2 dalam hidup dia, dia kena lakukan sendiri.. dan apa saja hasilnya nanti akan bergantung pada bagaimana dia mampu mengubah apa yang dia percaya dalam dirinya..

aku belajar sesuatu dari isteriku semalam.. dia kata bila kita nak beli sesuatu, jangan cuba atur dari duit yang kita ada.. nih sama dgn yg aku sendiri pernah sebut dulu (rujuk 'berfikir dalam poket').. dia kata jangan kira apa yang ada dlm akaun, kita andaikan saja kita takda semua duit tuh dan benda nih penting, bagaimana kita nak cari duit untuk membelinya.. dia kata kita kena buat sesuatu guna modal yang kita ada, setelah dapat untungnya, tahan sedikit lagi, gunakan modal itu untuk jana wang yang kita perlukan untuk beli barang yang kita mahukan.. pemikiran yang hebat..

kesimpulan yang aku ambil ialah jika aku mahukan sesuatu jangan fikir sama ada aku mampu atau tidak, sebaliknya fikir bagaimana caranya untuk mendapatkan apa yang aku mahu tanpa mengurangkan sumber yang aku ada.. apa yang aku ada sekarang sememangnya sudah aku atur sebelumnya untuk menanggung 'overhead' semasa aku.. jika aku mahu menambah sesuatu dalam 'overhead' aku, maka aku perlu menjana sumber yang baru.. beza perspektif, beza cara dan hasil yang lebih baik.. subhanallah.. pencerahan..

maka sekarang bergantung pada aku, bagaimana aku mahu mengubah perspektif itu dalam minda aku.. segalanya terpulang pada diri aku sendiri.. jika aku tidak mahu mengubah kebiasaan berfikir menyelesaikan masalah dengan sumber yang ada kepada menyelesaikan masalah dengan sumber yang baru.. hidup aku akan terus seperti tikus yang berlari2 dalam gelung roda.. tiada perubahan, yang berhasil aku dapatkan hanya penat..

dengar apa kata hati anda ketika anda berkata dalam hati anda bahawa anda mahu kaya.. adakah diri anda mensabotaj kata2 itu dengan berbagai logik atau bersetuju dengannya.. mungkin anda perlu mengubah definisi kaya dahulu dalam diri anda sebelum dapat membenarkan minda anda menerimanya.. tanyakan terus mengapa dan kenapa...mengapa aku tidak mahu kaya? kenapa kaya itu jahat dan bahaya? bagaimana kaya boleh menjadikan aku orang yang sombong dan lupa Tuhan? adakah aku akan jadi begitu kalau aku kaya? apa yang aku mahu lakukan jika aku kaya? adakah aku akan berpegang pada kata2ku? maka kenapa aku tidak mahu kaya? setelah menjawab soalan2 yang sebegini barulah anda boleh bertanya pada diri anda, bagaimanakah caranya untuk kaya?

berubah itu mudah.. jika kita tahu apa yang mahu kita ubah dan kenapa kita nak mengubahnya.. anda adalah apa yang anda fikirkan.. mental positif akan terserlah dalam kelakuan anda.. anda mahu kaya tetapi anda merasa perasaan yang negatif ketika belanja kawan2 minum atau ketika bersedekah pada anak2 yatim, tanyakan pada diri anda, adakah ini mental orang kaya? adakah orang kaya menunggu orang lain menunggu orang lain membayar harga minumannya?

teringat kata2 seorang pemandu teksi, dalam perjalananku dari bandara soekarno-hatta ke kost ku di kuningan, "miskin itu nggak belajar aja pintar, apalagi kalau kita belajar"

read more...

Sunday, June 28, 2009

menafkahi keperluan?


asas dasar kapitalis ialah mencipta keperluan.. dan asas dasar ekonomi ialah semakin byk keperluan manusia, maka semakin byk peluang perniagaan terbuka, semakin besar pulalah keuntungan kepada peniaga..

disambut pula pendapat pakar ekonomi, bahawa pembangunan tamadun sesebuah bangsa bergantung pada keperluan bangsa itu sendiri.. jika secara budayanya, bangsa itu tidak memerlukan byk keperluan, ia akan cenderung menjadi bangsa 'pemalas' berbanding bangsa yang 'bekerja keras' untuk memenuhi segala keperluannya.. maka budaya 'kerja keras' ini bergantung pada budaya 'keperluan' sesebuah bangsa..

dicontohkan, sepertinya org asli di negara kita yg hidup 'aman' dan 'selesa' dengan rumah sekadar tempat perlindungan, baju sekadar menutup badan, makan apa adanya sekadar kenyang, keperluan mereka yang tidak banyak ini menyebabkan mereka mudah terpuaskan.. jika punya duit banyak juga mereka tetap hidup seperti adanya dan tidak tahu kemana mahu dibelanjakan duit tersebut sewajarnya..

dari perspektif kebanyakan dari kita, 'kecemburuan' kita melihat 'ketenangan' hidup mereka justeru membuat kita melabel mereka dgn kata-kata 'pemalas' dan 'tidak mahu berubah'.. berbanding 'tamadun' dan budaya kita yang bekerja keras siang dan malam mencari 'kemajuan' dalam hidup kita..

dan begitulah budaya kerja kita sekarang telah disusun oleh penjajah beratus tahun dahulu.. bermula dari revolusi perancis lagi.. bahawa kita harus punya sijil sekolah utk dapat pekerjaan yg baik dgn pendapatan yg baik.. bila sudah bekerja dan ada keinginan menikah, kita perlu kumpul duit utk kenduri kahwin.. setelah itu kumpul duit lagi utk beli rumah dan kereta.. seterusnya bila punya anak, kumpul duit lagi utk anak.. setelah itu naik gaji, keperluan naik lagi, kumpul lagi, begitulah tanpa kesudahan.. terus bergerak dalam lingkaran 'rat race' yg kita cipta sendiri..

rutin kerja kebanyakan dari kita ialah dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang.. lima hari seminggu.. menyisakan 2 hari sabtu dan ahad untuk dimanfaatkan berehat dan bersama isteri dan anak2.. ini tidak termasuk jika hujung minggu itu ada pula acara keluarga.. begitu 'keras'nya kita 'bekerja' menafkahi keluarga.. masa hidup kita adalah tempat kerja dan rumah.. itulah keutamaan kita.. inilah budaya hidup kita terkini..

apalah lagi yang boleh kita perbuat dicelah2 kesibukan kita itu? hampir tidak ada.. balik umah pun dah penat.. kdg2 ujung minggu pun kita masih penat.. kalo adapun, hanya mendapat keutamaan kedua.. 'part-time'.. separuh masa, separuh hati..

arakian aku teringat akan satu hadis berkenaan tijarah yg mafhumnya mengatakan bahawa nabi saw paling tidak suka ialah org yg pertama memasuki pasar dan org itulah yg terakhir keluar dari pasar..

apa sebenarnya keperluan kita? dan berapa ramai dari kita bersetuju dgn kenyataan bahawa keperluan kita sentiasa bertambah, dan penambahan itu takkan menjadi kurang, sehingga sesuatu berlaku pada situasi kerja kita.. bila tiada barulah kita menyusun semula keutamaan kita dan memangkas 'keperluan' yg bukan 'keperluan' kita..

inilah kekuatan 'power of suggestion' atau pengiklanan para kapitalis.. menambah keinginan dan keperluan kita.. bukan perlu kerana kita punya lebih duit tapi mmg sudah ditanam dalam minda bawah sedar kita dari awal akan keseronokan yg menimbulkan kemahuan.. maka nanti disaat ada kesempatan, kemahuan itu akan menjadi keperluan.. kerna itu yg minda bawah sedar kita percaya..

apa yg mahu aku perkatakan disini ialah berbaloikah segala 'kerja keras' kita tersebut berbanding 'keperluan' kita.. adakah sebenarnya 'kerja keras' kita itu untuk memenuhi 'keperluan' atau sekadar memuaskan ego kita sendiri? sementelah benarkah kita hanya sekadar mencari nafkah?



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Monday, February 4, 2008

berfikir di dalam poket


kita nih hidup dgn pilihan.. dari bangun tidur sampailaa tido balik.. itulah masalah bila kita akal.. kena memilih.. berbeza dgn malaikat.. kawan aku kata kita nih berjalan atas takdir.. atas perjanjian yg dah termaktub di luh mahfuz... aku tak pandai nak 'elaborate'.. tapi aku nak 'share' lagi pendapat sorang lagi kawan aku.. dia kata kita nih bila masuk bab rezeki, kita berfikir di dalam kocek..

kita akan sentiasa mengira2 berapa duit yg kita ada dan kita 'adjust'2 apa nak belanja.. begitulah tiap bulan.. mmg cukup.. tapi cukup2.. sebab kita hanya mengira yg kita ada.. ini tak kena mengena dgn 'being realistic'.. ini persoalan konsep..

katakan dlm kocek kita ada RM10, kita tgh dok minum teh kat kedai tepi jalan, tiba2 datang org mintak sedekah.. apa kita nak buat? ada org akan tak bagi.. sama ada buat bodoh atau suh org mintak sedekah tuh pegi.. kebiasaannya bagi terpaksa.. kira2 berapa nak bagi.. puratanya sebab dlm kocek ada RM10 maka leh laa bagi RM1 atau RM2.. ada yg siap mintak mamak tukarkan duit.. dan ada pulak yg raba2 dlm poket, tak tengok tapi leh kira duit dlm poket, dok cari2 duit seringgit.. ini mentaliti kita..

bila ada benda yg kita kena belanjakan maka kita akan kembali kepada penghasilan kita.. ini mmg ikut ilmu ekonomi.. berbelanja ikut pendapatan.. kalo terlebih belanja nak cari nahas namanya.. bila kita kata bajet, maknanya kena potong perbelanjaan yg sedia ada.. kurangkan mana patut.. in one sense, ikut ilmu ekonomi mmg betul.. tapi kita akan 'stuck' dlm situasi nih selama-lamanya..

balik pada citer kawan aku, maka aku pun tanyalah apa yg dia buat.. dia kata sedekahkan semua, tinggalkan duit nak bayar teh saja.. argumentasi dia ialah bila kita dah takder duit, barulah kita akan mencari2 sumber mana nak dapat duit.. selagi ada duit dlm poket kita, walaupun tinggal RM2, kita tetap dok 'adjust' duit tuh.. bila dah takder baru kita guna akal mana nak cari.. "berpikir di luar kocek"..

nih aku teringat masa sembang dgn ben dali kat jakarta.. dah panjang2 citer last2 dia tanya aku, "so kenapa ko tak buat?".. terkedu kejap aku.. mmg itulah persoalan sepanjang zaman aku.. aku takder "drive".. macam citer kawan aku tadi, kita kena posisikan diri kita dlm keadaan terdesak, barulah leh kuau dr 'rat race' (favourite term kiyosaki :-))..

maka bila kak lia kata camna kalo ari nih hantar surat resign, its depends.. mungkin natijahnya positif dan mungkin juga negatif buat satu jangkamasa.. yg aku percaya ialah org akan jadi luarrrbiasa bila dia terdesak.. nak desak diri sendiri yg takut nih.. almaklum kita nih semua byk komitmen.. pada aku bukan 'comfort zone'.. cuma rasa takder 'option'.. takut seribu macam sebab.. tapi kita dok kata rezeki di tangan Tuhan.. sama lah macam aku nih..

pada aku yg paling penting ialah pelan.. mmg skrg nih kita keje.. tapi apa jadi bila sesuatu berlaku pada syarikat yg kita bekerja.. katakan ekonomi merudum cam dulu.. or bangunan kita keje tuh terbakar.. or syarikat kena amik alih dgn pengurusan lain.. merging.. mmg betul kita leh bagi 1001 macam alasan nak pertahankan kestabilan syarikat yg kita bekerja.. sama cam kawan2 aku dulu..

masa kitorg semua di'transfer' dari sapura ke nokia.. hampir semua org sangat yakin.. sampai berlambak2laa kengkawan aku beli rumah dekat2 dengan cyberjaya.. pastuh tiba2 nokia decide not to have internal engineers.. apa yg berlaku ialah nokia 'terminate' semua engineers.. yg tinggal hanya management team.. so engineers works as external.. bukan semua lak tuh yg dapat kontrak.. bottom line is anything can happen.. tapi the good thing is now most of veteran sapura tuh terlambak ke merata tempat.. having good life and good money..

but then.. same thing happens.. all end up in same rat race.. sebab tuh aku buka citer nih.. nak mintak tolong idea dari kawan2 semua.. sebab yg dlm grup aku tuh semuanya mamat teknikal yg mmg tak tau benda psal business atau investment.. semua main hentam ikut suka saja.. mana yg dapat kawin dgn bankers/accountant mmg tenang2 aja.. yg kawin dgn misi, kerani, dsb tuh dok main agak2 saja.. ikut kempen nasional saja.. maka tuh laa aku mintak tolong kawan2 yg dok ada dlm nih bagi nasiat kat aku, supaya aku pun leh kongsi dgn kawan2 aku.. kalo melayu tak tolong melayu, sapa lagi yg nak tolong melayu kan?

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...