Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 30, 2010

negara berpendapatan tinggi?




"Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan." utusan malaysia 29/9/10

aku tahu nih.. senada dengan momokan nak buat malaysia jadi 'negara berpendapatan tinggi'.. nih apa maksud 'negara berpendapatan tinggi' nih? 'negara yg kdnk tinggi' ker atau 'negara yg boleh dapat gaji tinggi'? pastuh nak buat perbandingan matawang antara negara ker atau buat perbandingan taraf hidup dlm negeri?

rasionalnya, apa untungnya bila gaji kita naik 10% tapi harga barang naik 20%? ini yg kena tengok betul2. salah interpretasi org kita dgn isu 'gaji banyak' nih.. kita rasa bila gaji kita banyak 'kuasa membeli' kita tinggi.. realitinya, cuba bandingkan berapa banyak leh isi kereta sorong pasaraya tuh dgn RM200 hari ini berbanding 10 tahun dulu? sapa yg untung sbrnya bila gaji naik?

bila gaji naik mendadak, inflasi pun naik mendadak. apalagi bila org pulak tetiba sibuk menyimpan bagai nak rak, tanak belanja. (Oops! aku tak kata kita patut belanja bagai nak rak). ini yg terjadi ada dlm sistem ekonomi kapitalis yg kita faham nih.

kita tengok jer harga rumah yg melambung2 skrg nih. kita suka bila harga rumah kita naik. skrg2nya boleh re-finance dan amik duit lebih buat modal. yg kita lupa ialah awalnya kita bayar harga rumah tuh RM200,000 hutang, bila re-finance kita kena bayar harga rumah tuh RM400,000. masa beli dulu mmg kita untung, tapi kita dok kata kita beli dulu murah, skrg dah naik harga, lupa bila dah re-finance sebenarnya kita takleh kata kita untung lagi sebab kita pun bayar harga baru. been there, done that.

kalo kerajaan serius nak naikkan taraf hidup (bukan naikkan harga taraf hidup), patutnya fokus kat camna nak turunkan harga barang2. yg diorg buat skrg nih tak praktikal sebenarnya. cara yg popular skrg nih subsidi. ayam subsidi, beras subsidi, bawang subsidi, cili subsidi. yg kerajaan gie bagi bayar subsidi nih kat pengimport buat apa. sama juga harga tuh mahal sebenarnya. sebab tuh harga benih masih mahal, harga baja makin mahal, harga makanan ternakan mahal giler.

patutnya, kerajaan gunakan duit subsidi tuh utk tambah nilai sumber. cari inovasi macammana cara nak turunkan kos pengeluaran petani supaya petani2 malaysia lebih produktif. ini isu sebenar. kurangkan subsidi minyak, duit tuh jangan buat pelabuhan. apa kena mengena. bagi duit tuh kat universiti utk subsidi R&D camna nak buat keter yg kurang pakai minyak. pastuh suh proton buat keter tuh dan jual murah2 kat rakyat.

bila byk subsidi utk penyelidikan, barulah pakar2 malaysia yg kat luar tuh berminat nak balik. bukan suh balik bagi gaji tinggi pastuh biarkan tak tau nak keje apa. bila buat proposal ada saja masalah, takder bajet laa. nak suh pakar balik kena laa hargai ilmu diorg, bukan semata2 duit jer.

bila org beli keter murah, minyak pulak pakai sikit, kos pengangkutan hasil pertanian dan penternakan pun turun. bila kos turun, harga barang2 pun turun. bila harga barang turun, kuasa membeli naik. kalo kereta sorong kat pasaraya tuh boleh penuh hanya cuma bayar RM100, org tak kisah mintak gaji tinggi2.

proton rugi ker bila keter murah? barulah lbh byk laa org pakai proton.. rugi ker kalo sayur, beras, ayam terlampau banyak dlm negeri? kita eksport laa pulak. kalo satu ekar tanah leh menghasilkan dua kali ganda, maknanya kita produktif. org malaysia pun makan benda yg sihat2, tahap kesihatan naik. apa? hospital rugi?

nih satu lagi.. kita nih dipaksakan utk berbelanja skrg nih. berapa byk hospital canggih2 kat malaysia skrg nih? bangga betul kita. tapi org kita bila masuk hospital mesti kena mintak sedekah. bangga betul org kita dermawan. gie hospital kerajaan, makan ubat berbulan2 tak baik2, gie klinik makan ubat dua hari dah berlari. membazir jer ubat kerajaan. apsal jadi macam nih? nak kata hospital kerajaan buat untung, caj RM1 jer pendaftaran. apa agenda sebenarnya?

sama laa dgn barang makan, semua letak harga siling, nak makan beli jer, kalo idak jgn makan. yg kita citer nih bukan buah strawberry atau sirip ikan yu, tapi bawang, cili, beras, ikan, ayam, daging lembu.. barang asas yg mmg kita kena guna. nih teh tarik dan roti canai pun ada harga siling. barang naik harga tapi aku tgok petani dan nelayan sama gak duk umah buruk. sapa yg buat untung sebenarnya? kos sebelah mana yg kita kena bayar?

subsidi nih kena tgok laa.. mmg laa org melayu kena subsidi tapi benda yg membangun laa.. patutnya subsidi nih naikkan produktiviti, bila subsidi buat org jadi malas maknanya letak subsidi nih salah. jangan pulak sebab geram tak dapat subsidi kita kata hapuskan subsidi pulak. makin laa tak produktif. letak tempat betul. pastuh bila dah bagi pantau laa.. pantau nih bukan kata org melayu nak menipu tapi tolong tengok kot2 dia salah guna sebab tak pandai lagi. bukan susah2kan prosedur sampai org melayu minta tolong kat along.

jadi apa sebenarnya yg kita nak? gaji tinggi? pasan tak org kita nih belanja duit kat mana yg paling banyak? makan. tgok jer laa pasar ramadhan kemarin, segala macam aneka kuih ada. yg harga sama, makin kecik, yg makin besar harga pun besor. dulu aku RM20 penuh dah tangan aku. skrg nih rasanya macam banyak jer beli tapi sikit jer rupanya. kelapa dan gula pun susah. aku gie trengganu, kedai tanak jual gula kat org luar, dia kata dah sebulan xder stok gula. apalagi subsidi laa org melayu buat ladang tebu dan kilang gula. ada?

nih aku tulis nih bukan aku belajar ekonomi pun. hanya common sense. aku pun tak kata laa jangan mintak naik gaji atau jangan cari kerja yg gaji tinggi. aku pun tak kata jgn beli atau jgn simpan. aku hanya nak sebut bahawa bila kita kata gaji cukup2 makan tuh bukan psal gaji kita mmg tak cukup nak beli benda lain, tapi sebab benda2 yg kita perlu beli tuh dah overrated dan kita terpaksa beli jugak. nak gaji tinggi bukan nak dapat banyak duit tapi nak naikkan kuasa membeli. bila kuasa membeli kita tinggi baru taraf hidup pun membaik, nak naikkan kuasa beli nih tak semestinya kena naik gaji. gaji jadi USD3,000 pun kalo currency rate jatuh sampai 1:2.5 nak buat apa. baik gaji USD1,000 tapi currency rate 1:6.2 ada setuju? ;)




Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl