Related Posts with Thumbnails

Friday, January 2, 2009

kisah lanun kapal tangki dan pencuri handphone

pagi tadi kawan aku sibuk dok tunjuk kat berita tentera laut malaysia berjaya halau lanun teluk aden dari merompak kapal tangki india.. tahniah kepada pasukan tentera laut malaysia!

aku tunjuk pulak kat dia berita kat bahagian bawah nst tuh psal dua org budak pompuan kat kangar mencuri handphone sebab lapar.. bapaknya sakit mental, ibunya dipenjara kerana dadah, terpaksa tinggal dengan atuk-nenek.. mangsa curi tokeh salun tuh pun meleleh airmata mendengarnya, dan berkata sanggup bagi makan dan duit hanya saja kalau mereka meminta..

dah selalu sangat aku dengar ramai yg skeptikal bila org datang minta sedekah.. mmg tak dinafikan sebilangan peminta sedekah nih menipu ataupun didalangi oleh sindiket.. tapi bagaimana kalo yg meminta itu benar2 memerlukan? ini dilema kita..

begitu juga bila kita dihampiri oleh seseorg yg kelihatan sangat terdesak meminta bantuan kerana kehilangan dompet konon disamun dan segala macam cerita sedih.. yg pertama kita berfikir adalah sama ada kisah itu benar atau tidak.. kemudian kita akan bertanya lagi untuk mencari logik penceritaannya.. dan semuanya bergantung pada berapa pandai dia bercerita..

walaupun kita sendiri tahu bahawa logik itu tidak bermakna sentiasa benar dan tidak logik itu tidaklah semuanya tidak benar.. tapi yg paling kita tidak suka ialah merasa diri sendiri bodoh apabila kita merasa ditipu.. kerna itu walaupun kita dah beri, tetap jua kita mengenang2 agar hati kita yakin bahawa kita tidak ditipu..

persoalannya ialah bagaimana kalo kisah yg tak logik itu benar.. yg selalu aku takut ialah sebab aku tak tolong dia gie buat keje2 maksiat.. sebab tuh biasanya aku bagi jer walaupun aku rasa dia menipu.. sebab aku juga berpendapat dia mmg sangat terdesak hingga sanggup menipu.. moga Tuhan ampunkan dosa dia dan dosa aku..

teringat kata2 kawan aku masa dia bersungguh2 sorokkan kasut yg baru dibelinya kat bawah tangga masjid masa solat jumaat minggu lepas.. dia kata dia tak kisah kasut dia hilang tapi dia takut kasut barunya itu menyebabkan ada org nanti yg jadi bernafsu nak jadi pencuri dan kesian kalau org lain dapat dosa sebab mencuri kasut dia.. aku cakap kat dia, "dah tau camtuh apsal ko pakai kasut tuh gie masjid.." dia jawab, "kang ko kata aku kufur nikmat pulak".. hehe

berbalik kisah gadis pencuri handphone nih, aku teringat pertanyaan org umah aku tak lama dulu, "ada ker lagi org kat malaysia tak makan? yg terlebih makan banyak laa.."

masa tuh aku serba salah nak jawab.. masalahnya jika kita tahu ada org tak makan dan kita tak tolong dalam keadaan kita boleh menolong maka berdosa kita.. waima kita dah biasa dengar tentang bagaimana berdosanya kita kalo kita masak sedap dan baunya pergi ke rumah jiran yg lapar tapi kita tak hantar pun makanan pada dia..

Nabi saw sendiri kata kalo masak biar banyak kuah supaya lebih banyak org boleh makan.. betapa banyak pengkisahan sahabat2 Nabi saw yg keluar cari org miskin untuk makan bersama dan takkan makan selagi tak jumpa.. begitu juga tentang bagaimana keluarga Nabi saw boleh sedekahkan makanan pada org fakir walaupun itu merupakan makanan terakhir yg ada dalam rumah mereka..

ini semua kontrak sosial dan asas rezeki yg Tuhan kurniakan pada kita.. bahawa dalam setiap rezeki yg Tuhan beri pada kita itu ada hak org miskin.. sudahkah kita laksanakan hak yg diamanahkan oleh Tuhan pada kita?

seorg kawan aku yg lain pesan kalo sedekah berpada2.. janganlah sampai diri sendiri pun tak cukup.. walaupun pada amnya aku setuju tapi aku berpegang pada janji Tuhan, jika kita bersekah satu di jalan-Nya, maka Dia akan ganti sepuluh.. soalnya sekuat mana keyakinan kita pada janji Tuhan?

org kata takdir mmg tetap tapi kita kena usaha.. kalau tak usaha mana kita dapat.. aku tak kata tak betul ayat nih tapi aku juga berpendapat bahawa apa yg kita dapat nih bukan sebab usaha kita tapi sebab Tuhan nak beri.. kalau Tuhan tanak beri, usaha puluh tahun pun takkan dapat.. kalau Tuhan nak uji, kafir pun Dia bagi jadi kaya-raya.. usaha tuh bentuk ibadah kita pada-Nya.. bila ibadah maknanya kita tak perlukan balasan selain dari redha dan rahmat-Nya.. kalau tak usaha maknanya kita tak peduli pun pada-Nya, kita jadi sombong pada-Nya..

rezeki Tuhan nih datang berbagai bentuk.. contoh bila sebut psal makan, Tuhan bukan bagi rezeki dalam bentuk makanan saja, dapat makan alhamdulillah.. tapi ada org dapat rezeki makan dalam bentuk kenyang, tiba2 rasa kenyang alhamdulillah.. dua2 cukup tapi ada org tak puas, cekik dua belanga pun tak kenyang.. Tuhan tarik nikmat.. astaghfirullah..

sama juga kumpul harta, ada org dapat nikmat kumpul harta.. rumah besar, pakaian mewah, duit berlimpah.. alhamdulillah.. ada org dapat nikmat rasa harta.. rumah besar, pakaian mewah, hutang banyak.. dapat gaji cukup2 bayar hutang belanja sebulan.. alhamdulillah.. ada org pulak tak dapat rasa nikmat kumpul harta.. kumpul2 asik tak cukup, tak boleh beli harta, takleh kumpul duit, tapi makan pakai cukup.. alhamdulillah..

tapi nih semua harta dunia.. kawan aku kata tak penting sebab takleh bawak mati.. dia kata kalau nak kumpul harta kena kumpul harta yg boleh dibuat mati..

"aaa menarik nih.. cuba ko citer lagi," aku suka dengar bila dia membebel psal benda2 camnih..

"salah satu hadis masyhur psal harta selepas mati sebut yg menyelamatkan kita walaupun selepas kita mati ialah ilmu baik yg kita ajar, harta yg kita beri dijalan Allah swt dan anak yg soleh.. dah lengkap dah nih..," sambungnya dengan bersemangat..

"hidup kita nih kena tuntut ilmu.. wajib.. bila ada org tak tahu kena ajar.. wajib.. bila nampak benda salah, ini kita tahu sebab kita ada ilmu, kena betulkan, kena tegur.. wajib.. ini asas.. hidup tuh dakwah.. nak dakwah kena ada ilmu.. wajib.. jadi tiap hari kena tuntut ilmu dan bila dah kaya ilmu kena ajar ilmu.. kalau boleh sebut aku kata ada hak org bodoh dalm setiap ilmu ko tuh.. kena laksanakan hak.. sebab tuh dakwah nih wajib.. buat dapat pahala, tak buat dapat dosa.."

"ko nih pandai2 kuau fatwa sendiri," aku tegur dia..

"alhamdulillah.. tuh pahala tuh.. ko tegur aku psal ilmu.. supaya aku tak riak dan berlebih2an.." jawapan selambanya..

selepas menghirup kopi dia sambung lagi, "tapi ilmu tuh kena ada manfaat.. baru berterusan pahalanya.. kalo ilmu kita ajar jadi amalan org lagiii besar pahala.. sebab tuh kena hati2 ajar org takut org salah paham.. kang dosa pulak yg berterusan.."

"kalau Tuhan bagi duit banyak pulak macammana?" tanya aku sambil mengunyah roti banjir yg rasa sedap pulak pagi nih.. Tuhan bagi aku nikmat sedap.. alhamdulillah..

"lagi laa senang.. senang buat pahala dan senang buat dosa.."

"isk.. ko nih"

"betullaa.. cuba ko pikir kenapa begitu banyak nasihat dan teguran dalam Quran dan hadis psal org ada harta nih.. padahal pasal org miskin sikit saja.. maknanya Tuhan beri perhatian pada org kaya.. dan dikisahkan juga betapa besar pahala sedekah, waqaf dan infaq.. waima kata zakat tuh disebut beriringan dengan kata solat dlm banyak ayat dalam Quran.. dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.. org misekin camna nak bayar zakat?"

"itu benda biasa dengar yop.."

"mmg biasa dengar tapi org tak buat pun.. cuba ko tengok bila ko sebut pelaburan yg baik skrg ialah beli emas, apa kawan2 ko sebut? kalo beli emas kena zakat.. maksudnya apa? beli rumah takyah bayar zakat? simpan dlm unit trust tak payah bayar zakat? simpan dlm tabung haji takyah bayar zakat?"

"emm.. kena berbaik sangka tuan.. maksud diorg kalo masuk unit trust, tabung haji, asb tuh semua mmg dah siap2 potong zakat.. kalo beli emas takut terlupa bayar bila haul dah sampai.. maka sebab tuh diorg kata susah nak simpan emas.."

"subhanallah.. betul betul betul.. yg aku maksudkan ialah jangan takut bayar zakat.. malah patutnya bila buat pelan kewangan kena targetkan berapa zakat nak bayar tahun nih.. bukan berapa banyak leh kumpul.. zaman nih banyak org bayar zakat sebab nak elak cukai.. daripada bayar cukai baik bayar zakat, betul.. tapi niat bayar zakat tuh sebab nak elak cukai, org dah makin lupa konsep zakat yg sebenar.."

"zakat nih asas ekonomi Islam.. maksudnya dengan berkembang harta zakat nih maka lebih banyak yg boleh diperbuat untuk org Islam sesuai keperluan.. kalau mmg keperluan nak beri pelajaran pada org miskin, pusat zakat boleh buat sekolah berasrama khas utk org miskin, kalau org miskin perlukan kesihatan, buat hospital khas utk org miskin.. kalau keperluannya rumah, maka buatlah kawasan perumahan khas untuk org miskin.. bila dah buat semua nih maka dengan sendiri tiada org miskin yg homeless, bodoh dan sakit2.."

"zakat nih bukan setakat bagi makan minum dan hantar org gie mengaji kat arab saja.. bukan sekadar bagi beberapa ratus masa raya puasa dan raya haji.. asnaf zakat nih banyak dan pengurus zakat patut pikir jauh lagi.. bukan guna buat bangunan untuk pusat zakat dan belanja promosi saja.."

"sama juga dengan wakaf.. bukan setakat wakaf tanah kubur saja.. wakaf nih gunannya utk bangunkan fasiliti dan infrastruktur.. wakaf masjid dan rumah anak yatim.. wakaf buat jalan, wakaf kebun, wakaf air percuma, wakaf kitab, dan segala macam lagi.. kita kena jadi kreatif.."

"dan wakaf nih bukan lepas mati saja baru nak buat.. masa hidup nih kena buat.. nih harta sebenar kita.. kumpul duit banyak2 pastuh beli tanah dan wakafkan.. tapi org rasa rugi.. sebab penat2 kumpul pastuh bagi kat org.. org lebih suka beli harta banyak2, buat rumah besar2, beli keter mewah2, nih semua bukan harta.. penipuan dunia saja.. bukan kaya pun namanya.."

"sedekah pun satu hal.. kita nih bagi sedekah kat org miskin saja.. kat kawan2 tanak sedekah.. bila makan kat kedai kita kenen2 kawan suh bayar padahal bagi org makan tuh pahala besar.. patut berebut2 nak bayar sebab nak pahala.. lagi banyak kena bayar insya-Allah lagi banyak pahala.. tapi org kita nih tanak rugi di dunia.. padahal mudah buat sedekah nih.."

emm.. nih taktik nak suh aku bayar sarapan pagi laa nih.. tapi tak baik pulak pikir camtuh.. astaghfirullah..

"bila aku baca kisah org soleh yg boleh wakafkan kebun sebab mengganggu kyusu solat, aku malu pada diri sendiri.. kita nih nak sedekah RM10 setiap minggu kat masjid pun lama berfikir.. apalagi nak hulur RM50.. padahal solat kita nih kat masjid pun tak selalu sampai taraf kyusu'.."

"itu org kaya tuan.. kalo mmg duit cukup2 tiap bulan camna nak buat lagi.." aku enterframe kuliah pagi dia..

"nih aku cakap macam nih pasal kita nih org kaya laa.. ada ko tak makan dua hari? ada ko ikat batu ke perut macam para sahabat buat? ko makan tak bertambah tak sah.. pastuh ko nak mengaku miskin? jangan laa nak kata sederhana.. kita nih tak sampai tahap sederhana pun.. Nabi saw sendiri bersabda kata makan lebih dari dua kali sehari tuh dah berlebihan.."

"tapi realitinya mmg kita skrg nih kalo takder duit takleh nak hidup.. kalo ko nak suh aku sedekah banyak2 nanti aku menzalimi keluarga aku pulak.." aku cuba mencari maksud dalam ayat2 dia..

"tuh perkataan nafsu tuh bang.. tak percaya janji Tuhan ke? rezeki tuh tetap.. bila ada keperluan doa lah.. hanya doa tuh yg mengubah takdir.. bila doa pulak kena percaya laa.. bukan tawakal pastuh merungut.. bila Tuhan uji dengan kekurangan harta kita melenting2.. masa Tuhan duga dgn kekayaan kita senyum2 saja.. macammana kita nak mengaku kita nih org beriman? sahabat Nabi saw sendiri kata perkara yg paling menyenangkan hati tentang keluarganya ialah bila isterinya mengeluh tiada makanan di rumah.. maknanya senang hati tidak menanggung harta dunia.. lagi banyak harta kita kumpul lagi banyak kita kena jawab dgn Tuhan nanti.."

"kalo macam tuh habislah semua org Islam miskin?"

"org Islam kaya bukan individu.. nih kena paham.. apa guna sorg dua kaya tapi beribu2 yg lain miskin macam sekarang nih? dan aku pun bukan kata bangkang org cari harta.. cuma bila kita cari harta nih kita cari redha Tuhan.. kita cari harta bukan untuk diri kita sendiri tapi untuk ummah.. kita cari harta, buat sedekah, waqaf, infaq.. anak2 yatim terbela.. janda2 terpelihara.. org2 miskin terjaga.. ko tengok berapa ramai org miskin, org cacat, janda2, anak yatim yg merempat mintak sedekah.. kenapa nih semua berlaku? sebab kita cari harta untuk diri kita sendiri.. padahal Tuhan dah bagitau memberi harta ke jalan Allah swt, Tuhan ganti berganda2.. kita tak mahu yg berganda2 tuh tapi kita tetap mahu yg sejemput yg kita ada saja.."

"sama dengan konsep sosialis nih.."

"semua konsep dlm dunia nih kalau asasnya Islam elok jadinya.. sebab tuh ada beza antara muslim quote hadis dengan kafir quote Quran.. ada beza kita dipimpin oleh org Islam dengan dipimpin oleh harbi.. sebab nilai Islam dlm diri setiap org tuh berbeza.. mana boleh percaya org kafir sebut benda baik psal Islam.. kalo dia kata Islam tuh benar dan betul kenapa dia tak peluk Islam.. aku tau ko akan sebut dakwah kena berhikmah.. aku tutup kes yg nih.. hehe"

"satu lagi harta manusia ialah anak yg soleh.. nih harta besar nih.. kalo org melayu dah selalu jadikan alasan nak anak lelaki nih untuk kawin lagi.. penting anak nih sebab doa dan amalan anak sampai terus pada ibubapanya.. tapi kena bagi jadi anak soleh laa.. maknanya kita kena ajar bagi ilmu, kalau tak mampu carikan guru.. nih wajib.. tak buat berdosa.."

"tapi yg ramai skrg nih takut nak beranak.. takut tak cukup makan.. maka merancang.. takut diumpat org beranak pandai nak bagi makan tak pandai.. kita lawan takdir dengan makan ubat, inject, dan segala macam.. sebab apa? sebab kita rasa susah kalo anak ramai.. nak jaga anak ramai pun rasa susah tapi ramai kita nak jadi ketua, nak jadi pemimpin, nak tadbir org lagi banyak.. apa kehenyer yop?"

"ko tengok ulama zaman dulu.. isteri full quota.. anak punya laa ramai.. tak juga ada rumah besar2.. malah kdg2 berbulan2 tak jumpa salah satu isteri.. makan pun roti keras saja.. sebab apa nih? sebab nafsu? jangan ikut pikiran syaitan.. org yg soleh mmg kena isteri dan anak ramai.. berharap agar ada berkah dalam keturunannnya.. dan keturunannya itu moga2 jadi pelita buat masyarakat.."

"jadi paham kat sini.. nak kawin banyak tuh bukan sebab byk harta.. org kaya elok kawin banyak supaya dapat jaga lebih ramai wanita.. tapi syarat nak poligami nih bukan harta tapi soleh atau tidak.. tak soleh takleh kawin.. nanti yg ramai bukan penduduk syurga tapi memenuhkan neraka.. yg boleh adil tuh soleh, harta takleh adil.. kalo ko pikir2 nak kawin lagi ko pikir dulu ko nih dah masuk golongan solehin ker belum.. kalo idak malu kat Tuhan.. jaga satu pun tak tentu syurga apalagi kalau jaga ramai2.."

"aku pulak yg ko kenen.. belum pikir ke situ lagi pun.. tapi nih pun dah tetap kan.. rezeki, jodoh dan maut dah tetap di luh mahfuz.. kdg2 semua tuh Tuhan takdirkan ada sebab bukan saja2.. rancangan kita baik tapi rancangan Tuhan lebih baik lagi.."

"setuju aku.. aku nak sebut satu lagi.. bila dah anak ramai nih, maka kita kena jugak wakafkan anak2 ke jalan Allah swt.. kan elok kalo ada antara anak2 kita nih kita wakafkan jadi tahfiz.. lagi elok kalo semua.. tapi reailiti jugak ler tengok diri kita pun hapal surah lazim saja.. insya-Allah.. sama2 laa kita.."

"insya-Allah.. err.. nih dah dekat jam dua belas.. kita nih sarapan sampai ke tengahari.. elok nanti2 kita sambung tazkirah ko nih.. aku nak tengok anak2 aku kat umah kejap.. kang yg jantan tuh tak siap2 lagi nak gie solat jumaat.. ko tuh jangan lupa doa banyak2 bior jodoh cepat sampai.. biar ada byk harta dunia dan akhirat.."

"amin.. takpa.. ari nih aku bayor.. asik ko jer bayor tiap hari.. aku nak pahala jugak.. hehe"



[origin : Am I wrong? ]



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl