mmg Islam nih dah lengkap serba serbi.. kekayaan yg dianjurkan oleh Islam bukan untuk kenikmatan dunia melainkan untuk meraih rahmat di akhirat..
ada beberapa punca kita terkeliru dlm bab harta.. antaranya ialah sistem hidup masakini.. aliran modenisasi telah menyebabkan kita terperangkap dlm sistem kapitalis.. satu sistem yg sarat dgn urusan untung dan rugi waima dlm hal keperluan asas.. di zaman ini kita hampir tidak boleh hidup tanpa membayar.. hinggakan kita merasa tidak boleh meneruskan hidup lagi jika tidak mempunyai wang.. kerna sistem ini kita telah perlahan2 menjadi hamba wang..
malah sistem sedekah yg kita praktikkan sekarang lebih kepada unsur kasihan daripada tanggungjawab.. kita tidak lagi melihat peminta sedekah, anak2 yatim, janda2, dan org miskin sebagai tanggungjawab kita.. kita memberi sedekah hanya sebatas kerna kesedaran sosial.. kerna jika kita melihat sebagai tanggungjawab maka sudah tentu kita akan menyedekahkan apa yg hak kepada yg hak, sepertimana dikisahkan Aisyah ra (ke Fatimah ra, harap betulkan jika salah) memberi kurma yg ada dalam rumahnya pada pengemis yg datang hingga tinggal sebahagian kecil untuk dimakan oleh keluarganya..
dan antara sebab lain ialah kita dari kecil dididik dan diajar bagaimana mencari rezki.. belajar sampai universiti supaya dapat kerja yg gaji banyak.. bercita2 tinggi untuk mendapat status dalam masyarakat.. kita dah ditanam konsep yg begini sejak dari kita kecil..
tapi banyak dari kita tidak diajar bagaimana mengendalikan harta yg kita perolehi dlm pencarian kita.. di sini wujud kekeliruan dan pertentangan dalam jiwa kita.. kita merasa kita berhak seluruhnya terhadap apa yg kita perolehi.. ini yg mewujudkan sistem meritokrasi yg sangat disokong oleh para kapitalis.. siapa yg berusaha, dialah yg patut dapat.. dan kita melihat ianya sebagai satu kebenaran..
para sahabat Nabi saw dulu semuanya kaya tapi tiada harta kerna harta mereka telah diinfaqkan kepada seluruh org Islam.. kerna itu tiada kemelaratan berlaku.. tidak ada org miskin yg ditindas dengan sengaja.. dengarkan kisah Umar ra yg memikul sendiri guni gandum dan menguli sendiri tepung utk memberi makan org miskin kerana rasa tanggungjawabnya sebagai khalifah..
yg penting pada zaman ini ialah masyarakat Islam mempunyai sistem ekonomi mereka sendiri dan menghindar kebergantungan kepada bangsa lain.. Nabi saw wujudkan pasar Islam kerana ini, walhal pasar yahudi dah wujud ketika itu.. jika kita bergantung secara ekonomi pada bangsa lain, maka seperti skrg, kita terpaksa bergantung pada sistem ekonomi mereka.. sedang para kafir itu tidak akan bersenang hati selagi kita tidak mengikuti cara mereka..
pengwujudan hartawan2 melayu merupakan kunci kepada kebangkitan sistem ekonomi melayu.. hartawan2 ini diharap menjadi tunggak dlm membentuk sistem yg baru yg selaras dengan kehendak org melayu, iaitu Islam.. mungkin kita lihat byk yg jadi kaya-raya tuh dengan cara tak betul, tapi haruslah kita insafi bahawa dalam setandan pisang tidaklah semuanya masak.. kita mengharap andai ada satu saja yg menjadi mutiara sudahlah memadai..
secara dasarnya, mewujudkan sistem ekonomi Islam adalah tanggungjawab kita bersama.. bukan sekadar kesedaran.. adalah menjadi satu tanggungjawab kita membantu dan berurusniaga semampunya dengan org2 Islam.. terokai bidang2 yg mana terlihat kekurangan pembabitan org Islam.. buka perniagaan dan implementasikan cara Islam.. bukan untuk menguasai tetapi untuk menghilangkan kebergantungan pada org kafir.. ini penting..
[origin : Am I wrong?]