Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 26, 2007

mentaliti makan gaji


kita tak kaya2 nih psal kita sibuk cari untuk sedap diri sendiri.. teringat soklan kawan aku..

"bila ko tinggal duit RM5 jer dlm poket.. pastuh ada sorg mintak sedekah kat ko.. apa ko nak buat?"

"mmg byk org akan kata bagi RM1 simpan yg lain utk makan dsb.. tapi kalo ikut aku bagi jer semua.."

"mentaliti kita nih mentaliti makan gaji.. kita berpikir di dalam poket.. kita sentiasa bajetkan apa yg ada kat kita.. sebab tuh cukup bulan dapat gaji.. tgh bulan dah selesai bagi2.. bila rasa duit tak cukup kita mintak naik gaji pulak.. gaji naik barang naik.. dan cycle puh ikut lagi.."

"bila kita bagi semua.. poket kosong.. baru kita berpikir diluar poket.. baru kita mula meneroka dan berkreatif.. baru kita pikir mana nak cari duit utk makan dsb.."

"inilah hasil penjajahan.. dan kita masih terjajah.. merdeka raga belum merdeka akal.."

terfikir2 maka ada kebenaran dalam kata2 temanku tersebut.. kita hanya berfikir didalam poket kita sahaja.. sebab tuh bila ada tuntutan tambahan kita jadi pening nak cari kat mana.. secara bertahun2 kita dilatih untuk berfikir dlm poket..

waktu sekolah kita diberi duit belanja tiap hari.. dari duit tersebut kita agih2kan apa nak makan waktu rehat nanti.. begitulah sehingga selesai pengajian di institusi yg lebih tinggi.. bila bekerja pula, kita diberi gaji bulanan.. kita agih2kan pula belanja bulanan kita.. kita mula berhutang mengikut apa yg ada dalam poket kita.. kita selamanya berfikir di dalam poket.. ini 'comfort zone' kita.. dlm poket..

sememangnya kita tidak pernah dididik utk berfikir di luar poket.. melihat peluang dan mempergunakan sebaik mungkin.. bukan sekadar menunggu, kita mencari peluang, malah mencipta peluang.. ini mentaliti yg tidak ada dalam kebanyakan org kita..



[origin : Am I wrong?]


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl