kekayaan yang sebenar bukanlah brapa byk yg kita kumpulkan..
tetapi brapa banyak yg kita sedekah/infaq kan..
Islam nih dah cantik.. kalo setiap dari kita perihatin dan memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat.. tidak akan ada org Islam yg melarat..
kita lihat konsep sedekah.. diriwayatkan bahawa Nabi saw pernah bersabda menunjukkan keutamaan sedekah.. mula2 pada ibu bapa, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, dan barulah ke masyarakat banyak.. kalau ini saja yg kita pegang, nescaya tidak ada kelompok dipersekelilingan kita yg melarat..
contoh paling mudah ttg sunnah ialah makan bersama2 org miskin.. pernah diriwayatkan Umar ra tidak akan makan jika dia tidak makan bersama2 org miskin.. kalau tidak ada org miskin, dia akan keluar rumah mencarinya.. sesungguhnya org miskin itu rahmat pada org kaya..
sama juga dengan pengkisahan bagaimana seorg sahabat terpaksa berkeliling kota mekah mencari2 org yg mahu menerima zakatnya hingga ke pagi.. jika kita mengamalkan konsep ekonomi Islam yg sebenarnya, insya-Allah, tidak akan ada umat Islam yg kelaparan dan melarat..
begitu juga konsep zakat.. melihat2 modus operandi golongan kristen dlm berdakwah, mereke menggunakan konsep zakat yg org Islam sendiri juga ada.. mualaf, org berhutang, musafir, yg berjihad di jalan Allah (termasuk para pendakwah dan yg belajar ke luar negeri).. juga berhak.. jika kita menggunakan institusi zakat ini dengan sebaiknya.. nescaya memudahkan org Islam secara keseluruhannya..
selama ini kita hanya memfokuskan zakat pada org fakir dan miskin saja.. yg paling kita fokuskan ialah mengutip.. tapi kita tak tahu kemana duit zakat diagihkan.. kdg2 kita jadi hairan, pusat zakat umum dpt kumpul zakat sangat banyak.. tapi masih byk pula org miskin yg melarat, rumah anak yatim yg serba kekurangan, pembinaan masjid minta derma tak cukup2, pelajar nak keluar belajar tak cukup duit, etc..
konsep ekonomi Islam sama nasib seperti sistem syariah kita.. kita leh buat undang2, kita buat sistem.. tapi pelaksanaan kita sangatlah terbatas.. sepertinya sistem syariah kita tidak dapat melindungi para wanita yg dianiayai, begitu juga sistem perbankan Islam yg lebih byk dimanipulasi oleh org bukan Islam, hingga konsep asal dan pelaksanaan jadi caca marba..
apa yg boleh kita pelajari dan kita perkasakan? ini yg harus kita bincangkan.. bagaimana caranya kita memantapkan sistem ekonomi Islam untuk menunjang sistem ekonomi org melayu.. sistem ekonomi Islam bukan sekadar sistem menumpukkan kekayaan, tapi merupakan sistem yg lebih lengkap dalam pemakmuran masyarakat dan pembangunan bangsa..
wallahualam..
[origin : Am I wrong?]