Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 16, 2007

dilema ekonomi melayu


Pada zaman kesultanan Melayu, orang melayu terlibat sepenuhnya dalam bidang pemasaran, perniagaan kecil, import-eksport, dan pengeluaran barang2. sama seperti kegiatan ekonomi sekarang cuma penduduk kecil, kawasan terhad dan tiada org2 cina.

pekan2 melayu yg awal berdekatan dengan sungai, sebagai jalan perhubungan, yang umumnya pekan pasar yang ditadbir oleh pembesar melayu. raja2 melayu tinggal di bandar2 besar, bandar pelabuhan.

waktu pedagang india dan arab tiba di tanah melayu, kesultanan dah berkembang agak pesat dlm perniagaan dan industri, dan ada kemudahan dan kakitangan untuk import-eksport. kegiatan raja dlm perniagaan lebih melibatkan kutipan barangan daripada rakyat dan menukarkan barangan tersebut dengan barangan yg dibawa oleh peniaga luar. maka raja dan pembesar istana dapat byk pakaian dan perhiasan. baki barangan dipasarkan kepada rakyat.

kewujudan matawang menjadikan perniagaan lebih sofistikated. dengan melihat wang syiling awal org melayu ada pengaruh arab dan india, maka boleh kita andaikan perdagangan sofistikated menggunakan wang sudah wujud ketika org cina datang ke tanah melayu.

org arab dan india mengubah corak perdagangan di negeri2 melayu lama. mereka bermastautin dan berkahwin dengan pembesar2 melayu hingga dianggap sebagai org melayu. kebijaksanaan mereka ini yg mmg dah berpengalaman menyebabkan mereka menguasai perniagaan. raja2 dah tak terlibat secara langsung dengan perniagaan, dan rakyat mendapat khidmat dari pekedai dan peniaga yg cekap yg mereka anggap sebangsa walaupun asal keturunan berbeza.

pedagang cina terpaksa menetap di tanah melayu kerna pelayaran mereka yg bergantung pada angin monsun. dengan ini memunculkan pusat2 perdagangan yg dikendalikan oleh org cina.

mulanya mereka hanya bertindak sebagai agen kepada rakan2 mereka, jual barangan dari negeri china dan beli barangan tempatan utk dibawa pulang kenegeri mereka. perniagaan sofistikated menjadikan mereka kaya dan berpengaruh.

raja2 mendapati org cina berguna, menjadikan negeri melayu kaya dan terkenal dengan aktiviti2 mereka. mereka memberi hadiah yg mahal2 pada pemerintah, menyebabkan hubungan semakin rapat dan prasangka mulai berkurang terhadap mereka.

lama2 org2 cina bukan sahaja giat meniaga tapi juga bekerja di pusat2 perniagaan dan turut memulakan perniagaan kedai runcit mereka. kejayaan kedai2 runcit menyebabkan kemasukan lebih ramai org cina, dan sistem kedai runcit menjalar ke seluruh pelusuk tanah melayu.

ciri ini semakin menjadi2 dgn kedatangan org eropah. org2 eropah menggunakan org cina ini kerana org cina boleh bertutur bahasa tempatan dan mempunyai hubungan dan kemudahan yang membolehkan org eropah memeras kesultanan melayu. orang cina juga menyedari keuntungan yg mereka perolehi, maka terjalin hubungan baik antara org cina dan org eropah. semakin banyak org cina masuk ke tanah melayu.

bila british mengambil alih kuasa dari org portugis dan belanda, org cina yang menjadi kaya dibawah perlindungan org britishturuyt menjadi pelanggan utama barang dagangan british. pasaran bagi barangan british semakin luas dan menguntungkan.

kedatangan peniaga cina diikuti dgn pekerja mahir dan kuli2 tidak mahir. british melihat ini sebagai kewujudan masyarakat yg lebih teratur dan sofistikated, memudahkan british menjalankan perniagaan mereka.

kemasukan beramai2 ini mengancam melayu, tersisih dari lapangan perniagaan, kemudian dalam kerja2 mahir, dan akhirnya dalam bidang kerja2 tidak mahir. dan org melayu juga mulai terpaksa meninggalkan bandar2, kecuali yg bekerja dgn kerajaan. apabila nilai harga tanah naik, berbagai sewa dan cukai juga naik, org melayu terpaksa menjual tanah mereka di bandar dan membeli tanah yg lebih murah di luar bandar.

pola sosio-ekonomi berubah, tambahan pula dasar Perbandaran dan Majlis Bandaran menetapkan supaya rumah dibina dari batu dan menurut perancangan teratur serta mempunyai kemudahan2 moden menyingkirkan saki baki org melayu yg cuba bertahan di bandar2. Di Kuala Lumpur, pihak berkuasa Perbandaran menyedari hakikat ini dan cuba menggariskan kawasan tanah simpanan org melayu supaya mereka tidak terusir terus dari bandar, tapi ditempat2 lain, british tidak mempedulikan nasib org2 melayu.

menjelang tahun 1930an, menyedari dilema ekonomi melayu dah semakin kompleks, pegawai2 tinggi melayu mula merancang mencuba menarik semula org2 melayu memasuki bidang ekonomi, tapi usaha mereka terbatas kerna tiada kuasa, dan sikap terlalu merendah diri kepada british. yg wujud sekadar jualan di pekan sehari.

bila jepun menakluk tanah melayu, beribu2 org melayu kehilangan pekerjaan. kerana terdesak mereka cuba menjaja kecil2an, menginsafkan mereka dilema ekonomi melayu yg semakin tenat.

malangnya kesedaran ini bukan membuatkan org2 melayu lebih berazam, sebaliknya hilang minat. mereka mahu kembali ke kehidupan yg mudah dengan bekerja tetap di bawah pemerintahan british. makanya bila british kembali berkuasa, org2 melayu meninggalkan kegiatan ekonomi dan kembali bekerja dengan british.

bila timbul isu malayan union, dan ketika kelihatan tanda2 kuasa politik melayu dikembalikan, org2 melayu mulai tertumpu semula kepada bidang perniagaan. tetapi perniagaan org2 cina yg tergencat oleh inflasi, kekurangan barangan, dan monopoli pihak jepun, kembali memulih dengan cepat. pemulihan org cina bermula dengan kegiatan 'pasar gelap' dan mendapat kontrak yg amat banyak dari british.

org melayu tidak mengetahui dan keliru dengan selok belok perniagaan selepas perang, tidak arif dalam memberi rasuah dan lain2 cara putar belit. dan apabila golongan berpelajaran bekerja semula dengan kerajaan, mereka terlepas peluang untuk menjadi kaya dan memperbaiki kedudukan dalam bidang perniagaan.

apabila pentadbiran british tamat, org2 melayu sedar bahawa org2 cina menguasai semua perniagaan yg tidak lagi diusahakan oleh gedung2 perniagaan british yg besar. org2 melayu terus mencuba dengan menubuhkan syarikat2 awam. kelemahan dan saingan hebat dari syarikat2 bukan melayu menyebabkan akhirnya modal org melayu habis dan org tidak mempercayai lagi kepada penganjur2 syarikat, maka tergendalalah segala usaha menubuhkan syarikat baru.

sesudah itu org melayu sedar akan peranan bank sebagai sumber modal. kecuali 2-3 bank yg dikendalikan oleh org cina, lain2 bank di tanah melayu adalah milik british. dan semua bank enggan melayan permintaan org melayu, dan kemasukan org melayu ke dunia perniagaan tersekat.

akhirnya wujud Bank Kebangsaan Melayu, malangnya perniagaan bank ini lebih kepada semangat nasionalis daripada kebijaksanaan dlm perniagaan. dan akhirnya bank ini ditutup. sewaktu bank ini wujud, tak banyak dapat menolong org melayu, tetapi apabila ia tutup org melayu semakin lemah dalam perniagaan di tanah air sendiri.

krisis cina-melayu, membuatkan british mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA). RM 5juta diperuntukkanutk memajukan perusahaan tradisional serta menolong org melayu meniaga dengan menyediakan modal dan nasihat kepakaran.

walaubagaimanapun, apabila org2 melayu hendak menceburi bidang pernigaan seperti perlombongan dan pengangkutan, mereka akan ditanya sama ada mempunyai pengalaman atau tidak. sudah tentu org2 melayu yg tersisih dari dunia perniagaan oleh british dan cina tidak mempunyai pengalaman, dan jawapan ini dijadikan alasan mengapa org melayu tidak mendapat kontrak atau lesen, maka selama2nya lah melayu tidak mempunyai pengalaman.

british pula menetapkan bahawa wang 5juta akan ditadbir oleh seorang pemimpin melayu dengan syarat org2 melayu perlu bersikap lebih liberal dan bekerjasama dengan british.

akhirnya RIDA menjadi seolah2 badan kebajikan. bantuan tidak diberikan kepada peniaga melayu yg berkemampuan, sebaliknya diberikan kepada org2 yg kurang berada yg masih teragak2 untuk meniaga. alasannya ialah RIDA berpendapat tujuannya bukan untuk menolong golongan berada menjadi kaya. ini mewujudkan persaingan antara peniaga2 melayu yg sudah berjaya dengan peniaga2 yg dibantu oleh RIDA. walaupun begitu, RIDA lebih berjaya di bidang pendidikan.

selepas british memberi wang dan melantik org2 melayu utk mentadbirkan perbadanan ekonomi ini, british terus menarik diri. british berpendapat kalau org2 melayu tidak mencapai kemajuan dengan RIDA, maka itu salah org melayu sendiri. british mempunyai niat yg lain, bukan untuk pemulihan ekonomi. hasrat british tercapai apabila org melayu setuju bekerjasama dgn pihak cina untuk memudahkan pengisytiharan darurat.

RIDA tidak mencapai kejayaan yg diharapkan tetapi berjaya mengubah pemikiran org melayu di bidang ekonomi. walaupun kerajaan tidak bertanggungjawab langsung menolong org melayu, tapi sekurang2nya org melayu boleh menuntut agar kerajaan tidak menghalang usaha mereka dengan helah2 kurang penagalaman dan kurang modal. RIDA juga mengingatkan org cina, bahawa org melayu dan kerajaan tidak mahu melihat org melayu tersisih dari bidang perniagaan.

Prinsip menolong org melayu bukan lagi dianggap bersifat perkauman, tetapi diterima sebagai langkah yg perlu untuk kestabilan negara. dasar kerajaan dapat menyelamatkan berjuta2 wang org melayu, contohnya tanah rizab melayu yg kaya dgn bijih timah tidak boleh ditukar dengan tanah hutan yg tidak berharga tanpa diberitahu dahulu tujuannya kepada org melayu, serta kouta pekerja melayu dlm industri dan pemilikan tanah. buat kali pertamanya, suara Dewan Perniagaan Melayu dianggap suara peniaga2 melayu walaupun ahli2nya hanya terdiri dari peniaga2 kecil dan penjaja2.

kemerdekaan tanah melayu, yg sangat diinginkan org melayu, diharapkan dapat mewujudkan kerajaan yg mempunyai lebih suara melayu akan bersikap lebih liberal dlm membantu org2 melayu dlm bidang perniagaan dan lain2 bidang.

malangnya hanya sebahagian kecil harapan org melayu dipenuhi, sebaliknya tanah melayu yg merdeka telah membuka peluang yg tidak terbatas pada taukeh2 cina untuk mengumpul harta.

walaupun byk agensi kerajaan ditubuhkan utk menolong org melayu tetapi matlamat kerajaan digagalkan oleh kecurangan org melayu sendiri dan cengkaman syarikat2 cina yg bersekutu.

akan tetapi kedudukan istimewa org melayu dapat juga menembusi keutuhan kedudukan ekonomi org2 bukan melayu. salah satu dasar kerajaan ialah perlantikan org2 melayu menjadi pengarah dalam syarikat2 besar milik bukan melayu.

walaupun pengarah2 melayu ini tidak melabur satu sen pun, malah ada yg tidak mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan penting kepada syarikat. seolah2 menjual nama dan mengambil keuntungan dari dasar kerajaan, tetapi ini merupakan salah satu cara merapatkan jurang perbezaan dengan bukan melayu.

harapannya ialah pengarah2 ini mendapat pendedahan, pengalaman dan mempelajari selok belok perniagaan. dan mereka ini juga diharapkan dapat mengelakkan prasangka dengan mengambil lebih ramai pekerja2 melayu.

walaupun pada mulanya hakikat ini tidak adil, kalaulah segelintir org melayu ini tidka kaya, nescaya org2 melayu yg miskin juga tidak akan menikmati keuntungannya. org cina akan terus hidup di rumah mewah dan menganggap org melayu hanya layak menjadi pemandu mereka sahaja. maka perlu ada org kaya melayu ini.

org kaya melayu ini diharapkan menjadi sumber modal dan kepimpinan dalam bidang perniagaan, status yg kurang terdapat pada org2 melayu sebelum ini. dilihat pada situasi terkini, pengarah2 melayu sekarang bukan sahaja lebih baik dari pengarah2 dari golongan awal, malah banyak yg lebih berkaliber dari org2 bukan melayu.

ini titik perjalanan awal ekonomi org melayu. bekerja dengan syarikat2 besar merupakan satu cara untuk meningkatkan pengalaman dan kepandaian dalam diri org melayu. org2 melayu pada zaman ini seharusnya berazam lebih tinggi untuk memimpin syarikat2, melebarkan perniagaan keluarga, meningkatkan jaringan ekonomi, dan berkongsi pengalaman dalam selok belok perniagaan, sambil turut sama memberi sokongan, dorongan dan bantuan kepada org2 melayu yang mahu berusaha untuk mencetak kejayaan bersama.

kejayaan org melayu terletak pada org melayu itu sendiri.


[origin : Am I wrong?]


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl