Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 19, 2006

Potential Indonesia

tpi ok... mungkin advantage indon dari segi muka bumi dan kos buruh...

tpi kalau kaji balik kita ada banyak adavantage...
1-kuasa mmbeli rakyat m'sia lagi tinggi dari rakyat indonesia..means pasaran kita lagi besar dari indonesia....
2-kita tak ada bencana yg kerap seperti indon....jerebu/gempa bumi dan sebagainya...
3-prasarana dan sistem pengangkutan kita lagi bagus...

aku lgi suka kalau ada jugak perbandingan dgn singapore... at least kita tau di mana kita.....adakah skadar mengatasi myanmar..vietnam/kemboja??



maaf tapi nak komen sket psal beberapa perkara, dengan niat memberi perspektif yang lebih terang..

1-kuasa membeli rakyat indonesia lebih tinggi dari malaysia.. dengan pasaran kira2 40juta org (hanya dijakarta) dibandingkan dengan keseluruhan populasi malaysia.. dan masih banyak ruang ekonomi yang berpotensi untuk meningkat.. bermakna pasaran indonesia lebih besar dari malaysia.. sebab itu pelabur mula membanjiri indonesia..

2-kalau dulu kestabilan politik yang menjadi isu menghilangkan keyakinan pelabur, dan selepas itu masalah ancaman bom, adalah benar bencana alam yang sering berlaku sekarang menjadikan pelabur agak ragu2.. tetapi perlu diperingatkan bahawa bencana alam ini juga merupakan satu faktor yg menarik pelabur datang.. contohnya tsunami, penghancuran bandar secara total memberikan satu ruang besar yang berpotensi dalam pembangunan prasarana dan keperluan asas.. potensi yang sangat besar buat pelabur asing..

3-sistem pengangkutan dan prasarana yang tersedia ada merupakan kelebihan yang ada pada malaysia.. akan tetapi kos menggunakan sistem yg sedia ada juga semakin meningkat.. begitu juga dengan kadar upah yang semakin tinggi.. kerna itu ada pro dan kontra dalam isu ini..

adalah sangat jelas akan kemasukan pelabur asing ke indonesia, apalagi dengan kepimpinan presiden dan wakil presiden yang baru.. walaupun masih ada beberapa isu yang masih menjadi bebanan politik, tetapi hala tuju yang dirancang oleh SBY adalah jelas.. dan yang jelas pada pandangan aku sekarang, indonesia sedang mulai mengorak langkah.. perlahan tapi pasti..

malah syarikat2 gergasi malaysia sendiri sangat berminat mengatur kepemilikan saham di indonesia terutama dalam bidang petrolium, telekomunikasi dan perbankan.. terutama petronas, telekom malaysia dan maybank.. ini jelas menunjukkan potensi yang besar di indonesia.. tidak termasuk ribuan syarikat dari eropah, timur tengah dan amerika.

semua sebab ini belum lagi dicampur dengan kadar upah yang murah, kos yang lebih kecil, sumber galian yang semakin banyak ditemui, kebijakan2 baru pemerintah, kesungguhan dalam membanteras rasuah (malaysia jauh lebih baik dalam mengatasi masalah ini), semua ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi.. walaupun rakyat mereka sendiri masih mengeluh tentang byk isu domestik yg lain.. secara jujur, aku merasa pertumbuhan ekonomi mereka lebih baik dari malaysia..

dan pendapat aku ttg membuat perbandingan dengan singapura, adalah sia2.. sesungguhnya singapura sedang mulai merasai bahang bagaimana ekonomi mereka sudah mulai "stagnant".. potensi yang ada dalam negara mereka sudah hampir mencapai tahap tumpat dan mereka skrg sangat aktif mencari pasaran luar yang lebih luas.. singapura yang hanya merupakan 'trading nation' sudah mulai membeli saham2 penting di negara2 jiran.. terutama thailand dan indonesia.. melalui syarikat2 milik negara.. mereka tahu agak sukar menguasai saham dalam syarikat malaysia.. kerna itu mereka mulai mendahului dalam kepemilikan di negara tetangga yang lain..

vietnam dan myanmar punya potensi sendiri.. tapi mereka punya isu lain.. malaysia merupakan salah satu pemimpin ekonomi di rantau ini.. mengekalkan kedudukan adalah lebih sukar dari mencapainya.. bukan sekadar jadi tanggungjawab kerajaan, akan tetapi aku merasakan mentaliti rakyat malaysia secara domestik juga perlu diambilkira.. kenaikan gaji bukan solusi, tapi lebih menyumbang kepada inflasi.. dimana kedudukan org melayu dalam ekonomi malaysia? kita banyak di 'working class' tapi cukupkah sekadar memenuhi 'level' eksekutif? berapa ramai org melayu berada di 'level' kepimpinan? begitu juga di sektor awam.. walaupun jaga dan buruh kasar sudah hampir tiada org malaysia lagi.. perlukah kita jadi 'shopper citizen' saja? walau bagaimanapun isu domestik di malaysia, aku juga merasa bangga melihat kejayaan org malaysia terutama melayu di luar negeri..

ini hanya pandangan peribadi melalui pengamatan dan pengalaman..



[origin : Am I wrong?]


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl