apa yg Tuhan bagi kat kita tuh cukup tapi kita nih tak pernah puas.. sebab mentaliti kita adalah mentaliti makan gaji.. kita berfikir dalam poket kita..
tapi tak salah untuk menambahkan pendapatan.. cuma bukan dengan cara meminta2 dan bukan untuk tujuan kesenangan dunia.. kita doa minta murah rezeki, harta banyak, hidup senang, adalah supaya kita lebih tenang beribadah kepada-Nya.. bukan sekadar mengumpul harta untuk kepuasan diri.. kerna harta manusia sebenarnya ialah apa yang dia sedekahkan bukan apa yg dia kumpul untuk dirinya sendiri..
makan gaji nih meletakkan kita dalam zon selesa.. cukup bulan ada duit.. kerja kuat ker, kerja main2 ker, mengular ker, tetap hujung bulan ada duit.. bila kita berada di zon selesa maka kita akan perlahan2 jadi malas.. otak malas berfikir, badan malas tak bersemangat..
bila dah tiap bulan kita tahu ada jumlah tertentu dlm poket kita, maka kita pula mula bahagi2kan apa yg ada dlm poket kita.. utk bayar hutang, makan, belanja rumah, pendidikan anak, etc.. kita hanya uruskan dalam poket kita sahaja.. sehingga tiba2 harga barang naik, inflasi naik, belanja pendidikan dan perubatan naik.. reaksi tipikal kita ialah kita minta naik gaji.. trend nih berterusan hingga kita tak perasan bahawa gaji kecik dan gaji besar itu sama sahaja.. kita tetap tak boleh kaya bekerja dgn org..
beza antara kita org miskin dgn mereka org kaya adalah mentaliti.. contoh mudah, kalo kita rasa dah sampai masa perlu beli rumah, kita akan 'adjust' dari apa yg kita dapat.. 'adjust' atas 'payslip' sama ada cukup atau tidak nak buat dan bayar hutang beli rumah tiap bulan.. ini mentaliti org makan gaji..
orang kaya bertindak dengan cara lain.. jika mereka mahu beli rumah contohnya.. dia akan cipta satu pendapatan/'business' yang boleh beli dan biaya rumah tuh.. dia tak adjust apa yg ada dalam poket dia.. sebab tuh dia tak perlukan belanja tambahan.. dia 'create' benda lain yang boleh 'cover' 'expenses' baru dia.. sama2 dapat rumah tapi cara berbeza.. sebab mentaliti berbeza..
maka kita yang miskin nih pun kata, mana kita ada masa nak 'create' 'business' untuk tampung peningkatan perbelanjaan? maka benarlah, kerna masa kita dah habis kita peruntukkan untuk menjalankan 'business' org lain, iaitu majikan kita.. org kaya buat untung pada waktu lapang mereka, dan mereka punya banyak waktu lapang, dan kita hampir takder waktu lapang, pagi sampai petang kerja utk org, malam balik dah penat nak urus rumah pula.. begitulah tiap hari, hujung minggu kita pilih untuk berehat..'full schedule'..
satu lagi mentaliti org makan gaji nih ialah peningkatan perbelanjaan diri.. kita selalu anggap ini sebagai 'pay ourself'.. sebab kita penat bekerja maka kita kena 'entertaint' diri kita.. dan ada juga yg berpendapat bahawa tukar kereta dan berpakaian mewah adalah satu pelaburan dalam jatidiri untuk meningkatkan penampilan supaya lebih dihormati di tempat kerja.. how true is this?
pada kebiasaannya, yang berlagak hebat nih bukan org kaya.. itu hanya 'culture shock' org yg baru nak rasa kaya tuh camna.. or satu tipu muslihat / camourflage supaya org tak hina.. ini masalah jatidiri.. sebab tuh byk yg cakap tinggi dan berpenampilan hebat.. org yang betul2 kaya biasanya sederhana.. simple and low profile..
bertanya2 pula, macammana nak kaya? macammana nak punya mentaliti org kaya? ada sahabat aku cadangkan ikut cara Nabi saw tazkirah anak2 utk solat.. anak2 disuruh solat sejak umur awal, tapi bila sampai umur 10tahun kalo tak solat kita sebat.. kenapa pula nak paksa? bukankah nanti anak2 nih hanya akan berpura2?
disini rahsia satu quote yang aku dengar dari sahabat aku yg lain, 'fake it until we made it'.. maksud dia takpa kita berpura2 bersemangat.. kita tak kaya tapi kita kaji cara org kaya berfikir.. kita berfikir macam org kaya.. kita bertindak macam org kaya.. bukan ikut buta tapi kita ikut pastuh kita kaji dan selidik mengapa dan kenapa mereka buat begitu.. kita tengok cara org kaya berjalan dan bercakap.. kita ikut.. cara salam.. cara senyum.. tapi ikutlah sahaja yang baik, sebab kita nak keputusan yang baik pada diri kita.. kalo boleh kita ikut jadual harian dia, bangun pagi jam berapa, apa dia buat, siapa kawan2 dia, bagaimana dia pilih kawan, etc..
nih sama citer dgn taubat, jangan mengalah.. bila buat silap taubat.. buatlah walaupun sehari beratus kali.. tapi kalo kita selidik perlahan2.. jika kita buat taubat nih setiap kali buat dosa, kita akan semakin kurang buat dosa.. jadi dari sehari beratus kali, kurang jadi berpuluh, insya-Allah kita jadi semakin baik..
konsep yang sama kita 'apply' dlm sektor lain dlm hidup kita.. istiqamah.. org putih kata 'persistence'.. biar sikit tapi berterusan.. ini penting.. tak perlu buat benda besar, contoh nak ikut sunnah Nabi saw, ambik yg besar, poligami, pastuh kita pening sendiri, kita rosakkan sunnah yg indah.. sebab kita tak ukur baju dibadan sendiri.. kita pilih yang mudah.. pastuh kita tambah.. sedekah rm1 tiap minggu kat masjid, bulan depan cuba tambah jadi rm5, rm10, rm50 dan seterusnya.. insya-Allah Tuhan dah janji bahawa dia akan beri semula rezeki berlipat ganda daripada jumlah yang kita sedekahkan.. itu janji Tuhan, tapi byk dari kita tak percaya.. haah tapi tak buat.. takut miskin.. ini kerja setan..
balik pada citer asal, sebab tuh kalau kita tengok dengan hairan bagaimana org kaya nih bertambah kaya.. kita lupa yang 'expenses' dia tak bertambah, tapi 'income' dia bertambah.. 'expenses' dia statik sebab 'their additional expenses covered by their new business'.. our additional expenses covered by our new salary.. sebab tuh 'expenses' kita meningkat selaras dengan 'income' kita..
jadi apa yang perlu kita buat? skrg nih org melayu dah mulai sedar akan peranan 'financial planning'.. dalam 'financial planning' ada banyak bahagian.. yang pertama adalah kita.. mentaliti kita.. apa yang kita mahukan.. 'target' kita.. kemana kita nak pergi.. mana halatuju hidup kita.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand WHAT"..
yang kedua adalah kewangan semasa kita.. bagaimana pengurusan perbelanjaan kita.. berapa banyak yang kita nak/boleh simpan.. macammana kita nak tambahkan pendapatan.. macammana nak 'optimise'kan perbelanjaan.. apa yang perlu dan apa yg tak perlu.. kita kena senaraikan semua.. 'lifestyle' kita.. aset kita.. liabiliti kita.. kita kena paham apa yang kita ada.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand WHY"..
yang ketiga adalah strategi.. bagaimana kita nak melakukannya.. dalam nih kita cerita pelaburan, pengurusan risiko, simpanan, perniagaan, etc.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand HOW"
kita kena mula berfikir untuk diri kita sendiri.. org putih kata, 'mind our own business'.. selama nih kita sebokkan hal org lain.. sibukkan hal boss yang tak betul, sibukkan kahwin-cerai selebriti, sibukkan permainan politik kelas atas, sibukkan macammana nak bagi untung lagi kat majikan kita, tapi kita lupa nak sibukkan diri kita dengan pikir tentang diri kita.. kita cari 'escapisme' macam2 supaya kita tak pikir masalah kita.. alasan paling klise ialah takder masa nak pikir.. tapi sayangnya kita banyak masa nak pikir psal org lain.. org lain nak pikir ker psal diri kita?
[origin : Am I wrong?]