Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 9, 2007

persaraan: satu pilihan?


aku sokong bab retire at 40.. sebab itu pun target aku.. financially free at 40.. bersara nih bukan tentang berapa banyak kita kumpul tetapi berapa banyak yg kita kena maintain.. contohnya kalo kita ada passive income 10k pun tapi kalo lifestyle kita 20k tetap tak cukup.. apalagi bila makin tua, biaya kos perubatan bukan sikit2.. blum time tuh anak dah mula besar dan byk nak pakai duit terutama utk belajar..

ramai dari kita bila citer bersara nih, kita tgok berapa byk kita leh kumpul yang kita kata cukup.. saving is not the answer (pergh cakap omputih lak aku).. kalo kita bersara dengan simpanan, maknanya masa bersara kita akan korek bukit kita tuh.. untung kalo mati cepat sblm bukit habis.. kalo tiba2 macam2 dugaan Tuhan datang, bukit runtuh, masa tuh umur kita nak mintak keja blk pun dah susah..

pertama yang kita kena kaji bila nak buat plan retire nih ialah berapa banyak yg kita perlukan sebagai sara hidup harian.. kita toksah citer hutang, simpanan, dan segala macamnika benda tuh.. kita cuba estimate berapa banyak yg cukup utk kita maintain lifestyle kita.. dan sekaranglah masanya kita kena practise dan jadikan habit lifestyle yang kita nak tuh.. regardless income kita makin naik or makin turun.. kita hanya guna apa yang kita perlu sahaja..

duit nih bahaya.. macam dadah jugak.. ketagih.. tak caya cuba tengok masa kita ada duit.. happy jer.. bila takder duit kita terketar2, tak tidur malam, asik mood dtg bulan jer tiap hari, tak tentu arah jadinya.. kita ketagihan duit.. ada org cuba bagi aku paham ttg berfikir beyond duit.. buat masa nih aku pun tak clear lagi maksud dia.. so takleh nak komen..

satu lagi nak pesan jugak, ini org pesan kat aku so aku sampaikan kat korg pulak.. bila kita nak sesuatu, contoh nak bersara, nak berenti keje duk umah, nak naik haji waktu muda, nak kaya ker atau apa2laa.. kita kena doa mintak kat Tuhan tiap2 hari.. kena buat solat hajat sekerap mungkin.. bukan bila sakit teruk atau kena bala atau nak cari jodoh jer solat hajat.. kena jadikan habit.. mintak kat manusia kita tak malu, takkan minta kat Tuhan kita malu.. kita usaha macammana pun kalo Tuhan tanak bagi tak guna juga.. maka mintaklah kat Tuhan.. doa banyak2.. sebab doa tuh salah satu sebab mengubah takdir.. ada hadis tapi aku tak hafal..

pastuh satu lagi spouse, kalo pompuan nak berenti biasanya hubby ok jer.. lagi baik dah takder alasan penat nak layan suami.. tapi utk lelaki nak berhijrah status nih kena tengok spouse kita.. dia ready ke idak.. sebab hijrah nih bukan benda senang.. byk berkorban dan terkorban.. kalo dia tak ready maka kita kena readykan dia.. susah betul jadi lelaki.. dan hanya lelaki yg mengerti.. pokoknya wife kena betul2 paham apa kita nak buat.. dan bukan semua org lelaki beruntung.. so kena byk adjustment dan preparation..

kita nih selalu tengok org lain lebih baik dari kita.. baik tuh.. yg kita tak pasan ialah org lain pun tengok camtuh jugak.. cuma sama2 tak sebut sebab jaga ego masing2.. kita semua nih sama jer.. takder org lain yang lebih dari seorg yg lain.. walaupun sorg jadi doktor, sorg jadi lawyer, sorg meniaga, mengajar, dok rumah jaga anak.. regardless sorg ada master, sorg ada phd, sorg ada sijil spm saja.. tipuan dunia semua tuh..

semua kita nih ada purpose masing2.. dan setiap dari kita nih adalah penting dalam komuniti kita.. so kita kena hargai org lain dan kita kena hargai diri kita sama.. tak bolehlaa kita nak melarikan diri dgn ego kita sendiri.. kalo diorg hebat, kita pun hebat.. kalo dia kata kita tak hebat, dia pun tak hebat mana.. sebab resmi padi tunduk berisi, resmi tong kosong kelentong..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Monday, August 6, 2007

jihad ekonomi : bangun bersama


untuk membangun ekonomi, kita kena bangun bersama2.. kita kena bergerak sebagai satu kumpulan.. kita mulakan dengan kumpulan2 kecil.. kemudian bergabung menjadi kumpulan yang lebih besar.. dan seterusnya kita semua berada dalam kelompok yg sama..

mula2 Arqam nih dulu pun org tak kisah sangat.. hanya saja bila ekonomi mereka mulai kuat, maka dengan pasti para kafirun pun kena cari jalan jatuhkan kelompok nih.. aku bukan nak komen psal kepercayaan mereka, aku cuma melihat dari perspektif ekonomi..

kita org melayu nih kalo meniaga kecil2an, berternak kecil2an, bertani kecil2an, kecil2 yang tidak mengganggu ekonomi para kafirun, insya-Allah kita boleh berjaya..

tapi kalau kita nak meniaga besar2an, menternak/bertani secara komersil besar2an.. sehingga para kafirun merasa boleh tergugat, macam2 dugaan akan kita dapat.. para kafirun nih akan berusaha macam2 teknik dan strategi utnuk pastikan kita tutup/bankrap.. dari strategi busuk persaingan tak sihat hinggalah strategi politik..

sebab tuh hati2 kalo nak buat besar2an.. kena pastikan jaringan kita kuat atau dibelakang kita ada satu 'kuasa' yang kuat dan dapat melindungi kita.. dalam beberapa kes, org melayu berstrategi membuat 'partnership' dgn para kafirun.. alhamdulillah, ramai yang berhasil dan berjaya meninggalkan 'partner' mereka..

ini masa kita gunakan mereka.. jgn biar mereka gunakan kita sahaja.. kita kena tahu dan paham ratio keuntungan mereka.. macammana mereka untung, dan bagaimana mereka melakukannya.. sebab itu kalo kita buat partnership, jgn duduk goyang kaki, tapi kena buat semua kerja, kita biarkan dia duduk tak buat keje, amik semua ilmu dia, biar org kata kita jadi kuli org kafir, tapi dalam diri kita, kita tahu apa yang kita buat dan mengapa kita buat.. ini strategi..

perlahan2 kita beri kontrak atau beli barang dari org melayu.. kita tolong bangsa kita.. amik yg kecik2 pun takpa, tapi kena pastikan ada org melayu dlm jaringan mereka.. dan secara berjajar, kita cipta jaringan org melayu sendiri.. dan kita perlahan2 naikkan jaringan melayu sambil kita tinggalkan jaringan para kafirun..

bila Nabi saw berhijrah ke madinah, antara yang awal dia buat selain bina masjid ialah buat pasar utk org Islam.. dan semua org Islam berurusniaga dipasar tersebut.. selepas pembangunan masjid, bangunkan ekonomi.. kerna kita tak boleh berjaya kalau kita bergantung pada org lain..

dulu masa mula2 Arqam meniaga pun hanya org Arqam yang beli.. nak jual kat kedai takleh.. perlahan2 baru masuk market.. tapi kena istiqamah.. sikit tapi berterusan.. insya-Allah Tuhan bantu.. tak sure psal al-Jenderami maka takleh nak komen, but i do like the idea..

kat malaysia, mana pasar yang boleh kita pastikan hanya org melayu yang meniaga? tapi senang2 kita leh jumpa pasar yang hanya cina meniaga.. alasan psal ada babi.. sebab tuh melayu takder.. para kafirun nih guna babi supaya kita tak rasa diorg salah buat pasar khusus org dia saja meniaga.. pastuh harga barang beza lak tuh..

kita buat tanda halal, kita andaikan bolehlaa ini jadi satu jalan utk org melayu meningkat.. kita leh pergi global market.. org melayu pun hanya akan beli yg bertanda halal, masuk kedai yang bertanda halal, etc.. tapi sedihnya para kafirun nih masuk juga pasaran nih.. malah sekarang nih kalau kita bercita2 utk memasuki jalur jaringan halal ke timur tengah, kita akan terkejut menyedari bahawa jaringan itu juga dikuasai oleh para kafirun..

tapi kita takleh jadikan benda nih melemahkan diri kita.. mari kita buat sama2.. mula 'create' grup bisnes kita sendiri.. mulakan dgn kawan2 rapat.. kalo belum meniaga pun takpa.. tapi kita mula jumpa secara berkala, seminggu sekali contohnya, utk berbincang psal sektor perniagaan dan pelaburan.. we have to create business environment around us.. mungkin sambil2 citer apa bisnes yang boleh kita buat dan apa kursus yang boleh kita hadiri, kita campur sket psal hal2 agama dan sirah, insya-Allah ada berkah dalam setiap pertemuan ilmu..

banyak benda leh buat kat malaysia tuh.. cuma kita nak buat dgn tak buat jer.. tapi kalo nak 'magic money', cepat kaya, etc.. tuh baik gie main judi kat genting atau makan riba jadi along.. ada cara dan jalan, slow but sure, menunjukkan bahawa kita masih boleh dan mampu.. insya-Allah..



[origin : Am I wrong?]

read more...

Saturday, August 4, 2007

jihad memartabatkan ekonomi ummah


ramai dari kita cari harta kekayaan untuk diri sendiri.. walaupun mulut dok sebut psal anak bini.. itu hanya alasan.. dan itulah masalah pokok dalam mencari rezeki..

kita buat jihad ekonomi, bukan semata2 untuk kita bergaya dan berbangga dgn pencapaian dan keuntungan yg kita dapat.. tapi untuk memertabatkan semula ekonomi Islam..

kita lihat dimana kedudukan Islam sekarang? tak perlu cakap kekuatan untuk membangun negara, malah banyak org2 Islam yang melarat tidak terbantu.. ini adalah tanggungjawab kita.. ingat hadis sebut lebih kurang maksud, kita nih tak boleh kenyang dalam keadaan ada jiran kita lapar.. definisi jiran pulak ialah dalam perimeter 40 buah rumah..

kita citer macam2 tapi bila lihat org susah kita tak boleh bantu.. apa fungsi kita sebagai manusia? sebagai saudara seagama? bila org mintak sedekah, kita berkilah2 dok cari duit kecil.. pasal apa? anak2 yatim dan janda2 terbiar, tanggungjawab kerajaan saja kah?

kalo kita baca kisah2 para sahabat atau kisah2 nabi, bila org mintak sedekah kat dia, dia sanggup pi jual diri dia jadi hamba, dan duit tuh bagi kat org yg mintak sedekah tadi utk beli makanan.. kita sanggup ker buat camtuh? bukan kecik citer sedekah nih.. dan itu baru citer sedekah.. dan kita bagi alasan, itu org soleh.. nabi dan para sahabat.. kita jauh dari nabi.. kalau pun kita jauh, bukankah mereka tuh yang perlu kita ikut? ker patutnya yg bukan nabi dan sahabat tuh ikut cara kita?

kita bagi alasan kalo kaya nanti lupa Tuhan.. mula tinggal solat dan berjinak2 dgn maksiat.. kita dah penah kaya ker untuk tahu bahawa kita akan jadi camtuh? itu org lain, yg Tuhan tunjukkan pada kita untuk buat pedoman.. dan masa miskin nih kyusu' ke solat kita bila teringat isteri dan anak2 kita minta sesuatu yang takleh kita nak adakan? tenangkah hati kita bila teringat kita takleh nak bagi apa yang mak bapak kita minta? tapi tetap teguh dgn alasan kita, takpa aku miskin tak kacau org, kalau kaya nanti aku lupa Tuhan.. belum kaya dah tau diri kita akan lupa Tuhan.. tak perlu kaya bang kalo nak lupa Tuhan..

kita kerja susah payah cari duit untuk apa? untuk hidup? untuk sara anak isteri? supaya nanti anak2 kita bila besar diorg tak susah? demi masa depan keluarga? apa maksudnya tuh? ker utk ego kita sendiri? mungkinkah untuk kita berbangga bila org puji anak isteri kita? mungkinkah ssebagai alasan supaya kita leh dapat apa yang kita sendiri mahu? atau mungkinkah sekadar mengisi masa lapang?

kita kerja cari rezeki untuk menafkahi anak isteri kerna itu adalah ibadah.. seorg suami yang keluar rumah mencari rezeki dengan niat untuk menafkahi keluarganya dapat pahala macam pahala jihad.. sebab tuh isteri kena redha.. bukan kecik punya citer nih.. wajib..

maka bila dah namanya jihad, kena laa sungguh2.. walaupun kecil tapi kena berterusan.. istiqamah.. ini Tuhan suka.. Tuhan tidak akan bosan dengan apa yang kita kerjakan sehingga kita bosan dengan apa yang kita lakukan..

dan kena paham pula, kalau tanggungjawab isteri di rumah, tanggungjawab suami bukan sekadar di rumahnya tetapi uga dalam masyarakat.. tak boleh kita dok harap org lain yg buat fardu kifayah, kita tumpang saja.. lebih2 lagi dlm keadaan masyarakat kita sekarang yg kita sendiri pandai sebut dan kutuk.. tapi mana tanggungjawab kita?

kita kena buat sesuatu.. kalau dulu org perang politik.. bom sana sini.. sana mati sini cedera parah.. tapi perang zaman ini ialah perang ekonomi.. lihat bagaimana negara timur tengah huru hara tapi tak berani nak buat apa2.. sebab realiti kita lihat mereka negara kaya, tapi realiti mereka yang kita tak tahu ialah ekonomi mereka dlm genggaman yahudi..

sama gak dlm skop kita malaysia.. kita dok sebut melayu jual barang mahal, melayu meniaga selalu telingkup, tak pandai, asik sibuk nak untung, etc.. itu semua adalah persepsi kita.. yang kita tak nampak ialah semua jaringan perniagaan nih dikuasai oleh bangsa pendatang.. kita org melayu kalo meniaga kecil2an takpa, tapi kalau kita buat meniaga komersil besar2an mati kita kena main dengan diorg.. ini bukan cerita dongeng..

yg herannya, yg tanam/ternak/usaha melayu dan yg beli pun melayu.. tapi jaringan tuh dikuasai oleh bangsa pendatang.. bila barang bagus bangsa pendatang nih dapat nama, bila barang tak elok dia kata org melayu yg buat tak elok.. kita melayu terima saja.. kita dok kata kalau cina tutup kedai mati melayu tak makan, tapi kita tak tahu bahawa kalau melayu tak beli kat cina, tutup kedai cina..

kalau modal org melayu tak besar, macammana kita nak bersaing dengan bangsa pendatang nih? kalau jaringan org melayu lemah bagaimana kita nak bangunkan ekonomi kita? kalo zaman dulu siapa kuat dialah kudrat, tapi zaman kita nih duit adalah kuasa (money is power).. lihat bagaimana para kafirun jatuhkan ekonomi negara2 rantau asia tenggara.. berapa banyak org Islam jatuh miskin dan melarat? skrg pun kita dok rasa lagi bahangnya..

adakah kita patut bertenang2 saja walaupun kita di'serang'? kita kena bangkit.. kita kena naikkan semula ekonomi Islam.. ekonomi dengan mualamat Islam.. kita tolak semua sistem yang tak ikut syariah.. kita pindahkan semua modal kita yang berada di luar pelaburan Islam ke sistem Islam.. biar mereka yg ikut kita.. kita tolak sumer yg takder tanda halal.. kita penuhkan kedai2 melayu..

kita sama2 meniaga.. mana meniaga yang cina dok buat kita buat.. bila pejabat kita nak cari barang or nak cari org utk lakukan sesuatu, kita utamakan melayu.. tak cantik sikit takpa laa.. kurang bagus sikit kita coverlah.. tapi kita ingatkan mereka nih juga mengapa kita amik/tawarkan pada mereka.. supaya kita kerja nih kita kena ingat selalu bahawa kita sedang berjihad.. bila jihad kena sungguh2 takleh main2.. kalau tidak nanti kalau mati tak syahid..

wallahualam..



[origin : Am I wrong?]

read more...

Wednesday, August 1, 2007

pengurusan kewangan : antara cukup dan puas


apa yg Tuhan bagi kat kita tuh cukup tapi kita nih tak pernah puas.. sebab mentaliti kita adalah mentaliti makan gaji.. kita berfikir dalam poket kita..

tapi tak salah untuk menambahkan pendapatan.. cuma bukan dengan cara meminta2 dan bukan untuk tujuan kesenangan dunia.. kita doa minta murah rezeki, harta banyak, hidup senang, adalah supaya kita lebih tenang beribadah kepada-Nya.. bukan sekadar mengumpul harta untuk kepuasan diri.. kerna harta manusia sebenarnya ialah apa yang dia sedekahkan bukan apa yg dia kumpul untuk dirinya sendiri..

makan gaji nih meletakkan kita dalam zon selesa.. cukup bulan ada duit.. kerja kuat ker, kerja main2 ker, mengular ker, tetap hujung bulan ada duit.. bila kita berada di zon selesa maka kita akan perlahan2 jadi malas.. otak malas berfikir, badan malas tak bersemangat..

bila dah tiap bulan kita tahu ada jumlah tertentu dlm poket kita, maka kita pula mula bahagi2kan apa yg ada dlm poket kita.. utk bayar hutang, makan, belanja rumah, pendidikan anak, etc.. kita hanya uruskan dalam poket kita sahaja.. sehingga tiba2 harga barang naik, inflasi naik, belanja pendidikan dan perubatan naik.. reaksi tipikal kita ialah kita minta naik gaji.. trend nih berterusan hingga kita tak perasan bahawa gaji kecik dan gaji besar itu sama sahaja.. kita tetap tak boleh kaya bekerja dgn org..

beza antara kita org miskin dgn mereka org kaya adalah mentaliti.. contoh mudah, kalo kita rasa dah sampai masa perlu beli rumah, kita akan 'adjust' dari apa yg kita dapat.. 'adjust' atas 'payslip' sama ada cukup atau tidak nak buat dan bayar hutang beli rumah tiap bulan.. ini mentaliti org makan gaji..

orang kaya bertindak dengan cara lain.. jika mereka mahu beli rumah contohnya.. dia akan cipta satu pendapatan/'business' yang boleh beli dan biaya rumah tuh.. dia tak adjust apa yg ada dalam poket dia.. sebab tuh dia tak perlukan belanja tambahan.. dia 'create' benda lain yang boleh 'cover' 'expenses' baru dia.. sama2 dapat rumah tapi cara berbeza.. sebab mentaliti berbeza..

maka kita yang miskin nih pun kata, mana kita ada masa nak 'create' 'business' untuk tampung peningkatan perbelanjaan? maka benarlah, kerna masa kita dah habis kita peruntukkan untuk menjalankan 'business' org lain, iaitu majikan kita.. org kaya buat untung pada waktu lapang mereka, dan mereka punya banyak waktu lapang, dan kita hampir takder waktu lapang, pagi sampai petang kerja utk org, malam balik dah penat nak urus rumah pula.. begitulah tiap hari, hujung minggu kita pilih untuk berehat..'full schedule'..

satu lagi mentaliti org makan gaji nih ialah peningkatan perbelanjaan diri.. kita selalu anggap ini sebagai 'pay ourself'.. sebab kita penat bekerja maka kita kena 'entertaint' diri kita.. dan ada juga yg berpendapat bahawa tukar kereta dan berpakaian mewah adalah satu pelaburan dalam jatidiri untuk meningkatkan penampilan supaya lebih dihormati di tempat kerja.. how true is this?

pada kebiasaannya, yang berlagak hebat nih bukan org kaya.. itu hanya 'culture shock' org yg baru nak rasa kaya tuh camna.. or satu tipu muslihat / camourflage supaya org tak hina.. ini masalah jatidiri.. sebab tuh byk yg cakap tinggi dan berpenampilan hebat.. org yang betul2 kaya biasanya sederhana.. simple and low profile..

bertanya2 pula, macammana nak kaya? macammana nak punya mentaliti org kaya? ada sahabat aku cadangkan ikut cara Nabi saw tazkirah anak2 utk solat.. anak2 disuruh solat sejak umur awal, tapi bila sampai umur 10tahun kalo tak solat kita sebat.. kenapa pula nak paksa? bukankah nanti anak2 nih hanya akan berpura2?

disini rahsia satu quote yang aku dengar dari sahabat aku yg lain, 'fake it until we made it'.. maksud dia takpa kita berpura2 bersemangat.. kita tak kaya tapi kita kaji cara org kaya berfikir.. kita berfikir macam org kaya.. kita bertindak macam org kaya.. bukan ikut buta tapi kita ikut pastuh kita kaji dan selidik mengapa dan kenapa mereka buat begitu.. kita tengok cara org kaya berjalan dan bercakap.. kita ikut.. cara salam.. cara senyum.. tapi ikutlah sahaja yang baik, sebab kita nak keputusan yang baik pada diri kita.. kalo boleh kita ikut jadual harian dia, bangun pagi jam berapa, apa dia buat, siapa kawan2 dia, bagaimana dia pilih kawan, etc..

nih sama citer dgn taubat, jangan mengalah.. bila buat silap taubat.. buatlah walaupun sehari beratus kali.. tapi kalo kita selidik perlahan2.. jika kita buat taubat nih setiap kali buat dosa, kita akan semakin kurang buat dosa.. jadi dari sehari beratus kali, kurang jadi berpuluh, insya-Allah kita jadi semakin baik..

konsep yang sama kita 'apply' dlm sektor lain dlm hidup kita.. istiqamah.. org putih kata 'persistence'.. biar sikit tapi berterusan.. ini penting.. tak perlu buat benda besar, contoh nak ikut sunnah Nabi saw, ambik yg besar, poligami, pastuh kita pening sendiri, kita rosakkan sunnah yg indah.. sebab kita tak ukur baju dibadan sendiri.. kita pilih yang mudah.. pastuh kita tambah.. sedekah rm1 tiap minggu kat masjid, bulan depan cuba tambah jadi rm5, rm10, rm50 dan seterusnya.. insya-Allah Tuhan dah janji bahawa dia akan beri semula rezeki berlipat ganda daripada jumlah yang kita sedekahkan.. itu janji Tuhan, tapi byk dari kita tak percaya.. haah tapi tak buat.. takut miskin.. ini kerja setan..

balik pada citer asal, sebab tuh kalau kita tengok dengan hairan bagaimana org kaya nih bertambah kaya.. kita lupa yang 'expenses' dia tak bertambah, tapi 'income' dia bertambah.. 'expenses' dia statik sebab 'their additional expenses covered by their new business'.. our additional expenses covered by our new salary.. sebab tuh 'expenses' kita meningkat selaras dengan 'income' kita..

jadi apa yang perlu kita buat? skrg nih org melayu dah mulai sedar akan peranan 'financial planning'.. dalam 'financial planning' ada banyak bahagian.. yang pertama adalah kita.. mentaliti kita.. apa yang kita mahukan.. 'target' kita.. kemana kita nak pergi.. mana halatuju hidup kita.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand WHAT"..

yang kedua adalah kewangan semasa kita.. bagaimana pengurusan perbelanjaan kita.. berapa banyak yang kita nak/boleh simpan.. macammana kita nak tambahkan pendapatan.. macammana nak 'optimise'kan perbelanjaan.. apa yang perlu dan apa yg tak perlu.. kita kena senaraikan semua.. 'lifestyle' kita.. aset kita.. liabiliti kita.. kita kena paham apa yang kita ada.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand WHY"..

yang ketiga adalah strategi.. bagaimana kita nak melakukannya.. dalam nih kita cerita pelaburan, pengurusan risiko, simpanan, perniagaan, etc.. bahagian nih sahabat aku sebut, "to understand HOW"

kita kena mula berfikir untuk diri kita sendiri.. org putih kata, 'mind our own business'.. selama nih kita sebokkan hal org lain.. sibukkan hal boss yang tak betul, sibukkan kahwin-cerai selebriti, sibukkan permainan politik kelas atas, sibukkan macammana nak bagi untung lagi kat majikan kita, tapi kita lupa nak sibukkan diri kita dengan pikir tentang diri kita.. kita cari 'escapisme' macam2 supaya kita tak pikir masalah kita.. alasan paling klise ialah takder masa nak pikir.. tapi sayangnya kita banyak masa nak pikir psal org lain.. org lain nak pikir ker psal diri kita?



[origin : Am I wrong?]

read more...