kenapa kita kena keje dgn org? setakat nih yg aku terpikir hanya ada dua sebab.. satu, sebab nak 'upgrade' nilai diri kita dan dua, sebab nak kumpul modal..
dan aku juga paham kalo org tak setuju dan rujuk kes org keje sampai pencen.. bagi aku org yg keje sampai pencen nih ialah org yg diasuh di era revolusi industri.. zaman tuh mmg sangat dititikberatkan soal kesetian dan 'seniority'.. lagi lama keje makna lagi setia dan dianggap lebih berpengalaman serta lebih layak untuk naik pangkat..
tapi zaman kita nih era revolusi maklumat.. its not about who you work for and its all about who you are and what you can do.. dititikberatkan soal potensi dan 'competency'..
contohnya, kalo dulu pindah2 tempat keje dianggap sebagai tak tetap hati dan dipandang negatif.. batu kalo asik bergolek ikut arus takkan berlumut.. tetapi skrg berpindah tempat keje dipandang positif dan dalam banyak situasi dianggap bijak..
bila kita keje dgn org, kita belajar.. bukan sekadar belajar benda teknikal yg kita kena tahu tapi juga 'process flow' dan tatacara syarikat, selain kita belajar cara berkomunikasi dengan lebih baik, 'problem solving', serta membina 'network' untuk diri kita..
maka kita akan dapat lebih banyak pengalaman dan ilmu jika kita berada dalam beberapa syarikat yg berlainan.. seumpama jauh berjalan luas pengalaman.. jaringan kita juga berkembang.. kita bertemu, berkenalan dan berinteraksi dengan lebih ramai org..
pada dasarnya, kita akan mulakan karier kita dalam bidang teknikal, contohnya.. setelah beberapa ketika, kita akan tingkatkan diri kita dengan dalam bidang pengurusan.. kalo dulu kita adalah 'member of the team', kemudian kita akan jadi 'leader of the team'.. dari bidang teknikal ke bidang pengurusan.. ini contoh..
ini semua bergantung pada halatuju karier kita.. setiap dari kita harus ada matlamat dlm karier.. apa yg kita mahu dlm hidup kita.. kalo kita lebih selesa berada di dalam kedudukan kita sekarang, maka tidak perlulah kita bersungut dan mengeluh akan keadaan kita..
sepertimana contoh rancangan persaraan.. ianya bermula dengan matlamat ('target') apa yg mahu kita capai.. kita kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang.. ini sama dengan rancangan bekerja.. kita kena merancang sejauh manakah kita mahu pergi dlm karier kita..
secara umum, kalo kita mahu hidup selesa maka kita kena buat keje yg kita ada 'passion'.. kita kena cari 'passion' kita dimana.. kemudian kita rancang bagaimana nak dapatkan apa yg kita mahu..
kita 'shortcut' sket.. bab dua kumpul modal.. maka kita kena rancang kewangan kita.. dari gaji kita bulan2 camna kita nak kumpul modal.. kalo kita tahu gaji yg kita dapat skrg tidak akan dapat merealisasikan matlamat yg kita mahukan, maka sudah sampai masa kita menilai semula diri kita dan mencari peluang..
tapi perlu diingat, antara kedua2 sebab nih kdg2 kita kena 'trade-off'.. ada waktu kita kena korban gaji tak cukup sebab kita perlukan kerja tuh utk meningkatkan kemahiran kita.. maka kita kena sabar sekejap.. ini bergantung pada 'judgement' masing2..
ramai org kata nak keje tetap untuk 'job security'.. pada pendapat aku, in todays world, theres no such thing as job security.. masa diorg nak pakai, mmglaa diorg akan jaga.. tapi kalo diorg tanak pakai, diorg akan buang bila2 masa saja.. regardless your loyalty, commitment and seniority.. i've learnt it, hard way..
'job security' nih hanya bila kita keje dgn kerajaan.. itu pun bergantung pada permainan politik kita.. kalo kita rajin menjilat dan jadi 'yes man', maka jalan kita meningkat amatlah cerah.. kalo kerajaan tukar, nasib kita pun belum tau lagi.. wallahualam, aku tak penah keje kerajaan tapi begitulah yg aku tgok keadaan sepupu2 kau..
ada kawan aku berpendapat.. keje yg sebenar ialah keje untuk diri sendiri.. ini keje 'full time'.. keje dgn org nih hanya 'part time' tapi dia amik banyak masa kita.. bila kita takder masa utk diri kita, maka keje 'full time' kita tak berkembang.. kita kena 'mind our own business' dan berenti jaga tepi kain ekonomi org lain.. kata dia laa..
macammana pun, semuanya bergantung pada diri kita sendiri.. ianya berkenaan dengan apa yg kita mahukan dan sejauh mana ia benar2 kita mahukan.. adakah cita2 kita itu suatu cita2 atau hanya sekadar angan2.. sejauh mana komitmen kita mengejar apa yg kita mahu atau kita tak kisah sangat kalau kita berada di takuk yg sama.. maka bila kita merungut dan mengeluh, adakah kerna kita mahu mencari solusi dan memperbaiki diri atau sekadar nak org kesian pada diri kita sendiri.. kita yg boleh ubah diri kita, bukan org lain..
wallahualam..
[origin : Am I wrong? ]