Related Posts with Thumbnails

Monday, October 22, 2007

asas pelan kewangan peribadi


menginsafi akan kelemahan disiplin duit dan budaya kewangan di kalangan org melayu, mari kita sama2 melihat apakah yg dimaksudkan dengan perancangan kewangan.. kebanyakan dari kita sering memperkatakan tentang pelaburan dan 'passive-money', tetapi ramai pula yg tidak memahami akan maksud perancangan kewangan yg sebenar.. kerna itu kewangan kita masih sahaja tetap di takuk lama walaupun telah membuat pelaburan dan perniagaan.. mudah2an dapat memberi kefahaman sedikit sebanyak kepada kita semua.. insya-Allah..

beberapa pendapat mengatakan bahawa terdapat 3 elemen penting dlm perancangan kewangan.. asas yg pertama adalah perlindungan, kedua simpanan dan yg ketiga pelaburan.. harus dipahami bahawa kita kena menyediakan asas dahulu sebelum terus ke bahagian yg seterusnya..

yg pertama ialah perlindungan.. aset kita yg penting adalah diri kita sendiri.. kerna jika kita tidak mempunyai perlindungan (contoh: takaful)maka semua simpanan dan pelaburan kita akan habis digunakan lebih cepat dari yg kita jangkakan.. perlu juga kita fahami akan jenis2 perlindungan seperti kematian, penyakit kritikal, dan perubatan.. berbincanglah dengan agen2 takaful supaya mereka boleh menolong menjelaskan, supaya kita semua bertambah paham dan tahu perlindungan yg manakah yg kita perlukan.

yg kedua ialah simpanan.. adalah penting kita mempunyai 'cash buffer' (boleh dianggap sebagai simpanan jangka pendek) yg boleh menampung perbelanjaan (overhead) kita sekurang2nya 3-6 bulan.. setelah itu kita perlu untuk memikirkan ttg simpanan jangka pertengahan dan simpanan jangka panjang (persaraan).. untuk ini kita perlu lebih banyak berbincang dan mengumpul maklumat terutama pada agen2 pelaburan, eg 'mutual-fund', untuk membantu kita dalam memahami bagaimana cara untuk membuat simpanan yg optimum, terutama utk pelan pendidikan anak2 dan rancangan persaraan..

yg ketiga ialah pelaburan.. sangat penting aku nak ingatkan bahawa pelaburan hanyalah untuk mereka2 yg masih mempunyai lebihan wang setelah digunakan utk perbelanjaan bulanan, pelan takaful dan pelan simpanan.. dan sesungguhnya pelaburan memerlukan keberanian, disiplin dan kesabaran.. walaupun ianya sesuatu yg popular dan kedengaran hebat tetapi setiap dari kita harus tahu apa keperluan kewangan yg kita perlukan.. jangan sekadar terbuai dengan kisah2 untung yg dijaja oleh pegawai pemasaran..

malah sebelum kita memulakan apa2 saja pelan kewangan, yg paling penting ialah kita melihat dan mengkaji semula pola dan tabiat kewangan kita.. cuba senaraikan setiap pendapatan dan perbelanjaan harian kita sekurang2nya dalam masa 3 bulan untuk melihat secara terperinci akan kesihatan kewangan kita.. dan juga kita harus memulakan pelan untuk pembayaran hutang2 kita sebelum memulakan pelan kewangan yg lain2..

kita bukan sekadar nak lihat duit kita berkembang.. tapi yg lebih penting ialah kita perlu memahami akan maksud sebenar perancangan kewangan.. we have to educate the melayu about this to create the money-discipline and financial-culture..

pertama yg penting adalah memahami kesihatan kewangan kita.. dari sumber manakah pendapatan kita dan ke manakah kita belanjakan setiap bulan.. penting untuk kita fahami bahagian terbesar kategori perbelanjaan kita.. jika boleh senaraikan dengan terperinci segala keluar-masuk duit kita.. berapa bahagiankah yg kita gunakan untuk membayar hutang / pinjaman bank, perbelanjaan dapur, perbelanjaan barangan harian, peruntukan untuk anak2, belanja utk bekerja, belanja insuran / cukai jalan / minyak / servis kereta, perbelanjaan perubatan, bahagian untuk org tua, infaq n sedekah, perbelanjaan melancong dan balik kampung, dsb.. secara terperinci..

jangan hanya masukkan perbelanjaan yg besar2 sahaja, setiap perbelanjaan sekecil mana pun dapat memberi impak terhadap kesihatan kewangan kita.. belanja2 kecil inilah yg selalu menyebabkan kita tidak menyedari kemana perginya duit kita.. begitu juga dengan pembayaran tahunan.. lebih baik sesuatu yg kita bayar tahunan itu kita bahagikan dengan 12 bulan dan kita hitung sebagai perbelanjaan bulanan..

setelah kita melakukan penyenaraian ini, kita lihat setiap kategori perbelanjaan.. dengan ini kita dapat memahami kemana duit kita dibelanjakan.. selepas itu kita telitikan semula dan lihat mana yg penting dan mana yg tidak penting..

dalam membuat bajet tidak bermakna kita harus menghentikan sesuatu yg remeh tapi penting bagi kita.. yg penting adalah mengetahui berapa banyak yg boleh kita peruntukkan untuk setiap kategori.. dan jika kita terpaksa membuat perbelanjaan yg lebih untuk satu kategori maka kita harus tahu kategori yg mana yg perlu kita kurangkan.. kunci utamanya ialah berbelanja tidak melebihi apa yg kita mampu..

bahagian kedua ialah berkenaan dengan hutang.. isu ini biasanya tidak kita perbincangkan secara terbuka, tetapi selalu kita abaikan hingga kita terlupakan.. adalah penting untuk kita membayar hutang kita dengan kadar yg tetap dan segera.. elakkan tertangguh.. ini termasuk bil2 semasa; elektrik, air, cukai pintu, dsb.

ada pendapat mengatakan kita tidak boleh berhutang lebih dari 40% pendapatan kita.. dan harus kita ambil perhatian ialah pendapatan yg dimaksudkan ialah purata pendapatan bulanan selama 5 tahun ke belakang.. jangan menambah hutang yg tidak kita perlukan.. jika kita perlu, maka usahakan untuk menyelesaikan hutang yg lama sebelum memulakan hutang yg baru..

juga penting jika kita dapat mengenalpasti cara yg lebih efisien dan ekonomik tentang jangkamasa dan jumlah bayaran.. cuba ambil waktu untuk meneliti pilihan yg ada sebelum membuat keputusan untuk berhutang..

hutang kad kredit mudah menjerat kebanyakan dari kita.. jangan guna kalau tidak perlu.. dan bayar dalam kadar penuh sebelum faedah dikenakan.. jangan bayar hanya kadar minimum kerana kita akan kerugian lebih banyak lagi dalam jangkamasa yg lebih lama.. mungkin lebih baik kita menggunakan kad debit jika kita tidak mempunyai disipllin duit yg tinggi.. kita akan memperkatakan tentang kad kredit ini dengan lebih terperinci di waktu yg lain..

secara asas, kita simpulkan bahawa dalam membuat pelan kewangan peribadi, dua perkara penting yg perlu kita ambil kira sebelum kita mula merancang ialah kesihatan kewangan dan pengurusan hutang.. jika dua bahagian ini telah kita amankan maka bolehlah kita memulakan perancangan kewangan kita yg seterusnya..



[origin : Am I wrong? ]


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl