Related Posts with Thumbnails

Friday, August 1, 2008

to have control and freedom


kebergantungan pada org lain

secara jujur, aku rasa sudah sepatutnya rakyat malaysia kembali semula ke arah memperkukuh 'ekonomi saradiri'.. kita skrg terlalu bergantung pada org lain utk cari makan.. ini semua berlaku selepas wujud penjajahan dimana org2 melayu diambil bekerja di pejabat2 penjajah..

selepas beberapa generasi, org melayu dah jadi tak pandai nak bercucuk tanam, berternak dan cari ikan.. bekerja dgn org menjadi suatu kebanggaan dan merendahkan tahap pekerjaan golongan tani dan ternak.. konon petani dan penternak 'kais pagi makan pagi' walhal yg bekerja juga 'kais petang makan petang'..

benarkah ekonomi kita meningkat? atau kebergantungan kita pada org lain yg meningkat? kita kena harap pelabur asing masuk dan beri kerja kat kita.. bkankah ini bentuk penjajahan baru? dan kita mengharap org luar datang dan guna negara saja, asalkan kita dapat apa yg kita nak?

ekonomi saradiri

apa yg aku maksudkan ialah memperkukuh 'ekonomi saradiri' utk mengurangkan kebergantungan pada org lain.. bukan menutup terus hubungan luar..

aku memberi contoh ternak dan tani kerana itu asas keperluan.. dan itu jugalah yg mencekik kebanyakan dari kita dewasa ini.. bukankah disebalik polemik harga minyak yg kita risaukan ialah kenaikan harga barang keperluan, dimana terdapatnya harga kawalan yg menunjukkan kekurangan sumber dalam pasaran.. jika ada sumber yg cukup maka tiadalah perlu harga dikawal kerajaan.. ini contoh..

'ekonomi saradiri' juga boleh dimaksudkan sebagai kebolehan mengadakan apa saja keperluan.. kalo tak pandai, kita belajar dan kaji.. ini antara sebab kita jemput pelabur datang.. mungkin saja org anggap sebab nak wujudkan pekerjaan tetapi yg lebih penting ialah 'pemindahan teknologi'..

pelaburan mengikut keperluan

yg menjadi persoalan ialah berapa ramai org tempatan dapat akses pada teknologi baru yg dibawa? dan berapa ramai yg mampu berinovasi mencipta teknologi sendiri yg berkemungkinan lebih baik..

aku amik contoh proton.. mmg kebykan org rasa proton diwujudkan utk bermegah2 hingga dilabel sebagai salah satu projek mega.. tapi yg ramai dari kita tak nampak ialah kemampuan jurutera tempatan dalam menghasilkan enjin kereta..

kita buat kerjasama dgn mitsubishi dengan harapan 'technology transfer' berlaku tapi bukanlah semudah itu.. kerna itu proton beralih pula membeli saham dlm syarikat automobil lain, walaupun secara politik kita diperlihatkan berlakunya 'pengambilan keuntungan' oleh kelompok tertentu..

kita membida penganjuran formula 1, kita labur buat 'racing circuit', satu lagi projek mega, memang membazir pada org kampung, tapi yg kita tak tahu involvement jurutera tempatan dalam pengkajian lebih dalam tentang kejuruteraan automobil..

mengapa kita buat semua nih? kerna kita merasa kereta adalah keperluan dalam negeri.. hampir semua org pakai kereta.. jika kita terus mengimport kereta bermakna kita hanya akan terus menerus bergantung pada teknologi org lain.. lihat saja kemunculan beberapa innovator tempatan yg berupaya menggunakan sumber dalam negeri untuk teknologi 'bio-diesel'..

bertanya pula mengapa perlu kita melabur sebegitu banyak berbanding lebih mudah membiayai beberapa jurutera utk bekerja dgn syarikat asing dalam teknologi yg kita perlukan.. masalahnya ialah kontrol.. hanya pemilik syarikat yg mempunyai kontrol terhadap teknologi syarikat..

yg org kita perlukan ialah pendedahan untuk mencetus keinginan.. lihat saja apa yg berlaku dlm teknologi nuklear negara.. kita punya ramai pakar nuklear tetapi kita tak mempunyai reaktor nuklear komersil.. maka ilmu tanpa 'lapangan' yg sesuai tidak akan dimaksimakan.. dan kerajaan dah buat keputusan nuklear belum jadi keperluan..

desakan untuk berinovasi

kalo kita cuba lihat dari perspektif yg sedikit berlainan, dasar tutup pintu china telah menghasilkan kebolehan org tempatan mereka dalam mengadakan barangan alternatif terhadap pasaran dunia.. apa yg berlaku di jepun selepas di'pulau'kan selepas perang dunia ke-2, mereka muncul sebagai satu bangsa yg mampu menghasilkan teknologi sendiri..

kita pernah buat kempen beli barang buatan malaysia.. apa yg jadi? siapa yg produce barangan tempatan? sapa yg belajar atau 'beli' teknologi? apa industri org melayu? ini yg harus kita kaji semula dan cari jalan memperbaikinya.. begitu juga apa yg berlaku dlm gagasan hub-halal.. siapa yg menguasai pasaran hub-halal malaysia?

aku melihat kecenderungan pemikiran dlm melayu yg berasa tiada keperluan membuat invention dan inovasi kerna semuanya telah tersedia ada.. kita 'makan disuap' dan menerima sahaja.. yg kita ada hanya teknologi copycat saja.. sorg buka kedai makan, berderet meniaga kedai makan di tempat yg sama.. satu kedai jual sate, semua kedai akan jual sate..

kerna itu aku melihat persoalan kita masih ditahap ilmu.. kita takder ilmu kerna kita hanya ikut tanpa mengkaji.. kerna pada kita ilmu ekonomi ialah ilmu cari duit.. kita berniaga sebab nak untung.. kita nak untung dgn cara yg paling mudah.. sebab kita tanak belajar dan mengkaji..

bekerja meningkatkan kecekapan

ini sindrom keliru yg berlaku dlm masyarakat melayu zaman berzaman.. contohnya seorang petani tanak anaknya jadi petani.. dia nak anaknya jadi lebih baik.. dia nak anak dia bekerja.. adakah lebih baik berubah dari bekerja sendiri kepada bekerja dgn org? bukankah sepatutnya jika bapanya petani kecil2an, dia mengharap anaknya menjadi petani yg mentadbir ladang2 dan estet2.. atau adakah org melayu tidak pernah bangga dgn apa yg dilakukannya?

aku dah pernah sebut, kita bekerja dgn org untuk meng'upgrade'kan kebolehan dan ilmu kita.. dan aku boleh bersetuju pendapat yg mengatakan bekerja dgn org lain untuk tujuan kumpul modal atau untuk menguasai syarikat.. mmg betul kita cari makan dengan bekerja tetapi itu seharusnya solusi sementara.. pada pendapat aku setiap individu perlu mempunyai sasaran utk menjadi bos pada diri sendiri.. atau dalam ayat awal aku, mengurangkan kebergantungan pada org lain.. to have control and freedom..

mencuba untuk berubah

pada awal era industrialisasi malaysia, keperluan utama negara ketika itu ialah menyediakan pekerjaan.. matlamat utamanya berjaya tetapi apa yg berlaku ketika era inflasi ialah kita mempunyai lambakan penganggur skil rendah.. begitu juga yg berlaku ketika era ekonomi merudum yg menyebabkan banyak syarikat luar menarik semula pelaburan mereka.. mengapa kita terlalu bergantung pada pelabur luar?

kita tidak akan mempunyai kawalan dan kebebasan jika kita tidak berupaya menafkahi diri kita sendiri.. secara mikro kita lihat situasi dlm keluarga kita.. secara makro kita lihat fungsi pemimpin dlm mentadbir ekonomi negara..

jika ketua keluarga terlalu bergantung pada bantuan luar, bagaimanakah ahli keluarga yg lain harus bertindak? begitu juga berlaku jika negara terlalu bergantung pada pelabur luar, maka bagaimanakah kita harus bersikap? adakah kita terus-terusan mendesak dan mengharap perubahan? atau adakah seharusnya kita memikirkan sesuatu dan mencuba perubahan?

pada pendapat aku, sudah sampai masa kita tidak membiarkan diri kita terus mengharap guruh di langit dan sentiasa bersiap sedia untuk menumpahkan air di tempayan.. kita perlu mentadbir air di tempayan dengan lebih baik.. kita tidak boleh berjaya jika kita terus-terusan mencuba menggunakan kaedah yg sama.. jika kita terpaksa menjadi bahan eksprimen utk generasi seterusnya, jika ia berbaloi, mengapa tidak?

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl