Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 25, 2007

Takaful : satu penjelasan


takaful dan insuran.. sama tapi tak serupa.. nih penting kena tahu.. sama cam beza antara ayam cucuk dgn ayam sembelih.. beza antara riba dan mudharabah..

dlm insuran, kita bayar untuk perlindungan.. contoh, kita bayar duit supaya kita dilindungi dari sebarang kemalangan, kalau malang kita dapat duit, kalau tak kemalangan poket kita yg malang.. ini yg buat dia jadi haram.. kena ingat insuran tuh haram..

konsep takaful adalah kita semua menyumbang dalam satu tabung, jadi bila ada salah seorg daripada ahli menyumbang tuh kemalangan, kita kongsi2 bagi kat dia, sama cam konsep khairat kematian.. ini yg buat takaful halal.. kena ingat takaful itu halal..

bila kita citer psal takaful, aku nak citer sket psal 'financial planning'.. perlindungan adalah asas paling dasar dlm pengurusan kewangan.. jika kita tak ada perlindungan, maka lebih baik lupakan tentang simpanan dan pelaburan.. kerana harta kita yg paling penting adalah diri kita sendiri.. jika diri kita tidak dilindungi maka jika sesuatu berlaku, simpanan dan pelaburan kita akan lenyap dalam masa yg sangat singkat.. ini antara sebab mengapa perlindungan takaful itu penting..

sebelum menyertai takaful, ada beberapa persoalan yg kita kena tanya pada diri kita sendiri:

1) adakah kita memerlukannya?
2) berapa banyak jumlah perlindungan yg kita perlukan?
3) berapa lama jangka masa perlindungan yg kita perlukan?
4) apa jenis takaful yg kita perlukan?

ini asas penting dlm pengambilan insuran/takaful.. perlu kita ingat bahawa tujuan asal kita menyertai adalah untuk perlindungan.. perlindungan terhadap siapa? perlindungan terhadap diri kita sebagai pencari nafkah kepada keuarga.. untuk melindungi org2 yg kita sayang jika berlaku sesuatu kepada kita..

sekali lagi, ini asas perlindungan, untuk melindungi diri org yg menafkahi keluarga supaya apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya, pampasan itu dapat melindungi org2 yg disayangi supaya boleh meneruskan hidup dan dinafkahi seperti biasa..

cuba hari ini kita lihat org2 yg kita sayangi.. isteri, suami, anak2, ibubapa, mertua.. apa yg akan berlaku pada mereka jika kita mati esok pagi.. apa pula yg berlaku pada mereka jika kita ditimpa musibah esok hari yg menyebabkan kita terpaksa terlantar berbulan2 atau mungkin selamanya.. bagaimana mereka mungkin untuk meneruskan hidup..

maka untuk menjawab soalan pertama.. kita tengok adakah kita telah menyiapkan keluarga kita jika kita mati esok? jika kita punya simpanan yg mencukupi dan pelaburan yg cukup untuk menafkahi mereka, maka kita tidak perlukan insuran..

hanya beza sikit dgn konsep takaful.. sepertimana khairat kematian.. ada pahala di dalamnya.. ia merupakan satu tabung untuk membantu antara sesama ahli jika ditimpa musibah.. maka kalo pun kita dah ada pelan kewangan yg mantap utk keluarga kita, aku anjurkan tak banyak sikit kena masuk.. anggap saja memenuhi fardhu kifayah..

tetapi jika kita belum ada pelan yg mantap, maka ini adalah keperluan utama dalam perancangan kewangan.. tidak guna segala pelaburan dan simpanan jika kita tidak melindungi aset kita yg paling penting, iaitu diri kita..

lupakan semua pelaburan dan simpanan, jika kita tidak ada perlindungan.. kerana semua simpanan kita akan dengan cepat terkuras apabila musibah menimpa diri kita.. kalo mati ada lebih baik, kalo sakit melarat, bayangkan berapa banyak belanja yg harus kita gunakan.. lihat saja bil hospital dan klinik yg semakin lama semakin mahal..

pada sesiapa yg belum mempunyai takaful, maka lihatlah anak2 dan isteri kita, dan cuba bayangkan apa yg akan berlaku jika kita sakit terlantar di hospital.. tega kah kita membiarkan mereka mengalami penderitaan akibat kecuaian kita dalam melindungi diri kita sendiri?

untuk jawapan yg kedua.. berapa banyak yg kita perlukan? ini yg banyak org tak paham dan main amik ikut bajet saja.. sebenarnya perlindungan adalah penting, kerana ia memainkan peranan yg besar apabila kita tidak dapat lagi menafkahi keluarga kita..

aku ada baca satu rumus yg agak baik untuk dijadikan panduan..

jika kita menafkahi keluarga kita sebanyak 500 sebulan maka kita memerlukan perlindungan 120k.. maka jika kita memerlukan 1k sebulan untuk menafkahi keluarga kita, bermakna kita memerlukan perlindungan sebesar 240k untuk diri kita.. (1000 / 500 = 2 >> 2 x 120k = 240k)

aku paham nilai ini terlalu besar dan agak membebankan pada kebanyakan org.. tapi rasionalnya ialah jika kita mati, pampasan yg diperolehi oleh org yg kita sayangi adalah 240k.. kita andaikan 240k ini disimpan dalam satu simpanan tetap yg boleh memberi keuntungan 5% setahun, bermakna keluarga kita boleh mengeluarkan 12k setahun, bermakna mereka mempunyai 1k setiap bulan.. sama seperti yg kita nafkahi mereka sebelumnya..

rasional yg sama boleh kita gunakan jika kita melabur dlm asb contohnya.. kita amik pukul rata dividen 8% setahun.. maksimum 200k boleh kita labur dlm asb.. bermakna dividen yg dibayar ialah 16k setahun, kurang lebih boleh menafkahi keluarga kita 1.3k sebulan..

jika kita sudah punya 200k dlm asb, kita tak perlukan insuran/takaful.. kerna jumlah yg ada dah mencukupi untuk menafkahi keluarga.. tetapi jika kita belum ada jumlah yg diperlukan, maka kita perlukan perlindungan takaful sehingga kita berjaya menyimpan sejumlah wang tersebut.. kerna jika apa2 berlaku kepada kita maka pampasan takaful cukup untuk diambil oleh keluarga kita dan dilabur dlm asb untuk mereka gunakan selama2nya..

atas sebab inilah aku berpendapat bahawa lebih perlu kita menyertai takaful sebelum mula menyimpan atau melabur...

untuk menjawab soalan yg ketiga.. berapa lama kita harus menyertai takaful? ini ada kaitan dengan jawapan kepada soalan yg kedua..

jika perlindungan yg kita perlukan adalah sehingga kita dapat mengumpulkan jumlah simpanan yg kita perlukan.. maka kita harus pelan kebelakang.. kita harus kira berapa lama yg kita perlukan untuk dapat menyimpan jumlah yg kita perlukan tuh..

secara lazimnya, kita perlukan perlindungan selagi kita masih bekerja.. kerna selagi kita masih bekerja, kita adalah aset dalam mencari sumber kewangan keluarga..

akan tetapi perlu juga kita ambil ingatan berkenaan dengan persoalan perbelanjaan perubatan.. kita akan ulas lebih lanjut dlm jawapan utk soalan ke empat..

apakah jenis perlindungan yg kita perlukan? soalan ini bergantung pada diri kita masing2.. ada beberapa jenis takaful, tapi kita bincang yg asas saja.. mungkin ada perbezaan dari segi penamaan..

jenis yg pertama adalah takaful hayat (life insurance).. ini penting sebagai perlindungan kepada aset penting keluarga, iaitu melindungi org yg menafkahi keluarga.. ini adalah jenis takaful yg kita bincangkan dalam jawapan untuk soalan kedua..

jenis yg kedua ialah takaful penyakit kritikal (critical illness).. perlindungan ini juga penting untuk org yg menafkahi keluarga.. jika berlaku musibah yg menyebabkan kita tidak dapat bekerja lagi.. juga yg kita bincangkan dalam jawapan kepada soalan ketiga..

jenis yg ketiga merupakan takaful perubatan (medical).. ada byk jenis tetapi yg popular adalah yg membayar untuk pesakit luar dan rawatan hospital.. ini penting terutama jika kita ditimpa musibah dan memerlukan rawatan menginap di hospital.. pihak takaful akan membayar semua kos dan bil hospital.. maka simpanan kita akan tetap selamat dan tidak digunakan..

terdapat pelan2 takaful yg merupakan kombinasi antara semua jenis takaful ini.. kita harus tahu apa yg kita perlukan dan menilai semula setiap jenis takaful tersebut untuk memenuhi keperluan kita..

kita harus benar2 paham akan setiap perlindungan yg ditawarkan.. cuba ambil masa untuk mengkaji semua pelan yg ada supaya dapat memenuhi kehendak kita.. jangan menyertai takaful yg tidak kita fahami.. lebih banyak bertanya tentang perlindungan yg akan kita dapati dalam setiap pelan takaful..

setelah memahami setiap garis panduan di atas, maka sekarang adalah masanya untuk kita melihat kemampuan kewangan kita.. ini penting kerana kita tidak dianjurkan untuk menghentikan takaful kita sebelum sampai masa yg kita tetapkan.. bertukar2 pelan juga adalah sesuatu yg perlu kita elakkan..

harus kita fahami bahawa pada kebiasaannya, pada beberapa tahun awal, kebanyakan premium yg kita bayar akan pergi kepada agen takaful sebagai komisyen mereka.. jika kita memberhentikan atau menukar pelan maka kita akan mendapati bahawa nilai sebenar (cash value) dlm pelan takaful kita hanya sedikit..

kerna itu adalah penting untuk kita mengambil masa mengkaji dan memahami setiap pelan takaful yg ingin kita sertai, sebelum kita bersetuju menurunkan tandatangan kita.. jangan terlalu bergantung pada agen.. kita seharusnya mempercayai diri kita sendiri dalam membuat keputusan.. jika perlu, bertanyalah pada beberapa agen takaful yg berlainan sebelum membuat keputusan..

berbalik pada persoalan, jika kemampuan kewangan kita tidak mencukupi untuk kita mendapatkan perlindungan yg kita perlukan.. ambil dahulu pelan yg kita mampu.. dan dikemudian hari jika pendapatan kita bertambah (kenaikan gaji, bonus, dll) maka barulah kita tambah dengan pelan yg lain.. mungkin juga kita ambil perlindungan yg sedikit dahulu.. dan setelah beberapa waktu, kita tambahkan premium takaful sehingga mencukupi jumlah yg kita perlukan.

kita bertanggungjawab atas setiap tindakan kita.. jgn terlalu terbuai dengan berbagai pelan menarik yg ditawarkan oleh agen takaful.. kita harus memahami apa yg kita perlukan.. dan kita harus mendapat perlindungan yg setimpal dengan premium yg kita bayar..

sekali lagi, takaful itu penting sebelum kita membuat pelan kewangan yg lain.. cuba ambil seberapa banyak nasihat dan info dari agen takaful yg berdekatan.. dan yg lebih penting takaful juga merupakan satu ibadah fardhu kifayah.. jika kita benar2 sayangkan keluarga kita, kita tidak akan menunggu2 lebih lama untuk menyertai takaful.. kerna musibah dan maut tidak memberi amaran akan kedatangannya..

harap ini dapat memberi panduan pada sesiapa yg belum menyertai takaful dan juga pada yg telah menyertai takaful untuk mengkaji semua perlindungan mereka.. insya-Allah..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Monday, October 22, 2007

asas pelan kewangan peribadi


menginsafi akan kelemahan disiplin duit dan budaya kewangan di kalangan org melayu, mari kita sama2 melihat apakah yg dimaksudkan dengan perancangan kewangan.. kebanyakan dari kita sering memperkatakan tentang pelaburan dan 'passive-money', tetapi ramai pula yg tidak memahami akan maksud perancangan kewangan yg sebenar.. kerna itu kewangan kita masih sahaja tetap di takuk lama walaupun telah membuat pelaburan dan perniagaan.. mudah2an dapat memberi kefahaman sedikit sebanyak kepada kita semua.. insya-Allah..

beberapa pendapat mengatakan bahawa terdapat 3 elemen penting dlm perancangan kewangan.. asas yg pertama adalah perlindungan, kedua simpanan dan yg ketiga pelaburan.. harus dipahami bahawa kita kena menyediakan asas dahulu sebelum terus ke bahagian yg seterusnya..

yg pertama ialah perlindungan.. aset kita yg penting adalah diri kita sendiri.. kerna jika kita tidak mempunyai perlindungan (contoh: takaful)maka semua simpanan dan pelaburan kita akan habis digunakan lebih cepat dari yg kita jangkakan.. perlu juga kita fahami akan jenis2 perlindungan seperti kematian, penyakit kritikal, dan perubatan.. berbincanglah dengan agen2 takaful supaya mereka boleh menolong menjelaskan, supaya kita semua bertambah paham dan tahu perlindungan yg manakah yg kita perlukan.

yg kedua ialah simpanan.. adalah penting kita mempunyai 'cash buffer' (boleh dianggap sebagai simpanan jangka pendek) yg boleh menampung perbelanjaan (overhead) kita sekurang2nya 3-6 bulan.. setelah itu kita perlu untuk memikirkan ttg simpanan jangka pertengahan dan simpanan jangka panjang (persaraan).. untuk ini kita perlu lebih banyak berbincang dan mengumpul maklumat terutama pada agen2 pelaburan, eg 'mutual-fund', untuk membantu kita dalam memahami bagaimana cara untuk membuat simpanan yg optimum, terutama utk pelan pendidikan anak2 dan rancangan persaraan..

yg ketiga ialah pelaburan.. sangat penting aku nak ingatkan bahawa pelaburan hanyalah untuk mereka2 yg masih mempunyai lebihan wang setelah digunakan utk perbelanjaan bulanan, pelan takaful dan pelan simpanan.. dan sesungguhnya pelaburan memerlukan keberanian, disiplin dan kesabaran.. walaupun ianya sesuatu yg popular dan kedengaran hebat tetapi setiap dari kita harus tahu apa keperluan kewangan yg kita perlukan.. jangan sekadar terbuai dengan kisah2 untung yg dijaja oleh pegawai pemasaran..

malah sebelum kita memulakan apa2 saja pelan kewangan, yg paling penting ialah kita melihat dan mengkaji semula pola dan tabiat kewangan kita.. cuba senaraikan setiap pendapatan dan perbelanjaan harian kita sekurang2nya dalam masa 3 bulan untuk melihat secara terperinci akan kesihatan kewangan kita.. dan juga kita harus memulakan pelan untuk pembayaran hutang2 kita sebelum memulakan pelan kewangan yg lain2..

kita bukan sekadar nak lihat duit kita berkembang.. tapi yg lebih penting ialah kita perlu memahami akan maksud sebenar perancangan kewangan.. we have to educate the melayu about this to create the money-discipline and financial-culture..

pertama yg penting adalah memahami kesihatan kewangan kita.. dari sumber manakah pendapatan kita dan ke manakah kita belanjakan setiap bulan.. penting untuk kita fahami bahagian terbesar kategori perbelanjaan kita.. jika boleh senaraikan dengan terperinci segala keluar-masuk duit kita.. berapa bahagiankah yg kita gunakan untuk membayar hutang / pinjaman bank, perbelanjaan dapur, perbelanjaan barangan harian, peruntukan untuk anak2, belanja utk bekerja, belanja insuran / cukai jalan / minyak / servis kereta, perbelanjaan perubatan, bahagian untuk org tua, infaq n sedekah, perbelanjaan melancong dan balik kampung, dsb.. secara terperinci..

jangan hanya masukkan perbelanjaan yg besar2 sahaja, setiap perbelanjaan sekecil mana pun dapat memberi impak terhadap kesihatan kewangan kita.. belanja2 kecil inilah yg selalu menyebabkan kita tidak menyedari kemana perginya duit kita.. begitu juga dengan pembayaran tahunan.. lebih baik sesuatu yg kita bayar tahunan itu kita bahagikan dengan 12 bulan dan kita hitung sebagai perbelanjaan bulanan..

setelah kita melakukan penyenaraian ini, kita lihat setiap kategori perbelanjaan.. dengan ini kita dapat memahami kemana duit kita dibelanjakan.. selepas itu kita telitikan semula dan lihat mana yg penting dan mana yg tidak penting..

dalam membuat bajet tidak bermakna kita harus menghentikan sesuatu yg remeh tapi penting bagi kita.. yg penting adalah mengetahui berapa banyak yg boleh kita peruntukkan untuk setiap kategori.. dan jika kita terpaksa membuat perbelanjaan yg lebih untuk satu kategori maka kita harus tahu kategori yg mana yg perlu kita kurangkan.. kunci utamanya ialah berbelanja tidak melebihi apa yg kita mampu..

bahagian kedua ialah berkenaan dengan hutang.. isu ini biasanya tidak kita perbincangkan secara terbuka, tetapi selalu kita abaikan hingga kita terlupakan.. adalah penting untuk kita membayar hutang kita dengan kadar yg tetap dan segera.. elakkan tertangguh.. ini termasuk bil2 semasa; elektrik, air, cukai pintu, dsb.

ada pendapat mengatakan kita tidak boleh berhutang lebih dari 40% pendapatan kita.. dan harus kita ambil perhatian ialah pendapatan yg dimaksudkan ialah purata pendapatan bulanan selama 5 tahun ke belakang.. jangan menambah hutang yg tidak kita perlukan.. jika kita perlu, maka usahakan untuk menyelesaikan hutang yg lama sebelum memulakan hutang yg baru..

juga penting jika kita dapat mengenalpasti cara yg lebih efisien dan ekonomik tentang jangkamasa dan jumlah bayaran.. cuba ambil waktu untuk meneliti pilihan yg ada sebelum membuat keputusan untuk berhutang..

hutang kad kredit mudah menjerat kebanyakan dari kita.. jangan guna kalau tidak perlu.. dan bayar dalam kadar penuh sebelum faedah dikenakan.. jangan bayar hanya kadar minimum kerana kita akan kerugian lebih banyak lagi dalam jangkamasa yg lebih lama.. mungkin lebih baik kita menggunakan kad debit jika kita tidak mempunyai disipllin duit yg tinggi.. kita akan memperkatakan tentang kad kredit ini dengan lebih terperinci di waktu yg lain..

secara asas, kita simpulkan bahawa dalam membuat pelan kewangan peribadi, dua perkara penting yg perlu kita ambil kira sebelum kita mula merancang ialah kesihatan kewangan dan pengurusan hutang.. jika dua bahagian ini telah kita amankan maka bolehlah kita memulakan perancangan kewangan kita yg seterusnya..



[origin : Am I wrong? ]

read more...