Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 21, 2010

mindsetting


aku dapat satu sms semalam berbunyi, "bantulah aku jadi orang yang sukses dalam segala hal, bimbinglah aku untuk bisa membahagiakan lahir batin buat keluargaku, aku ingin memiliki rumah, mobil dan uang yang cukup, bantu aku untuk percaya bahawa aku bisa memiliki semua itu"

aku pasti anda juga biasa mendengar rintihan, keluhan dan harapan dari orang di sekeliling anda. persoalannya adalah adakah kita sudah bersedia dan berapa jauh kita boleh membantu mereka? sorang sahabat pernah pesan kat aku, "don't start whatever you cannot finish"

perasan tak suatu masa dalam hidup anda, berat badan anda akan dalam range yang sama, sama seperti kewangan anda dan kebiasaan anda? ada perubahan sedikit2 tetapi akan tetap kembali ke keadaan yang sebelumnya.. anda boleh mengubah ini dengan memahami cara minda anda berfungsi dari perspektif yang sedikit berbeza dan mengubah pendekatan anda..

dalam kebanyakan masa, perubahan yang anda inginkan akan disabotaj oleh diri kita sendiri dengan memfokuskan minda kita tentang sesuatu yang tidak kita inginkan..

cuba anda bezakan antara dua ungkapan ini..

"aku tidak mahu lagi jadi orang miskin, berharap belas kasihan orang dan sering gagal dalam hidup"

dengan

"aku mahu jadi seorang yang sentiasa bertenaga dan kreatif menjana wang yang lebih banyak dan sentiasa berjaya dalam setiap perkara yang aku lakukan"

ini pernah berlaku dalam hidup aku.. ada suatu ketika dalam hidup aku, aku cuba fokus untuk membayar hutang.. aku tidak sedar bahawa minda bawah sedar aku distimulasi oleh perkataan 'hutang'.. dan apa yang berlaku ialah hutang aku bertambah malah hutang yang ada jadi tertunggak.. ketika aku menyedari servo-mechanism yang terhasil, aku mengubah fokus aku daripada 'membayar hutang' kepada 'mencari wang lebih banyak'.. dan alhamdulillah, hutang masih ada tetapi hidup semakin terarah ke arah peluang untuk menjana pendapatan berbanding menjana hutang sebelumnya.. minda bawah sedar boleh anda manipulasi untuk mendapatkan 'servo-mechanisme' yang anda inginkan.. (rujuk 'bukan nasib dan kebetulan')..

maka apabila ada yang datang meminta bantuan, aku hanya mereka tahu bahawa aku tidak boleh mengubah apa2 dalam hidup dia, dia kena lakukan sendiri.. dan apa saja hasilnya nanti akan bergantung pada bagaimana dia mampu mengubah apa yang dia percaya dalam dirinya..

aku belajar sesuatu dari isteriku semalam.. dia kata bila kita nak beli sesuatu, jangan cuba atur dari duit yang kita ada.. nih sama dgn yg aku sendiri pernah sebut dulu (rujuk 'berfikir dalam poket').. dia kata jangan kira apa yang ada dlm akaun, kita andaikan saja kita takda semua duit tuh dan benda nih penting, bagaimana kita nak cari duit untuk membelinya.. dia kata kita kena buat sesuatu guna modal yang kita ada, setelah dapat untungnya, tahan sedikit lagi, gunakan modal itu untuk jana wang yang kita perlukan untuk beli barang yang kita mahukan.. pemikiran yang hebat..

kesimpulan yang aku ambil ialah jika aku mahukan sesuatu jangan fikir sama ada aku mampu atau tidak, sebaliknya fikir bagaimana caranya untuk mendapatkan apa yang aku mahu tanpa mengurangkan sumber yang aku ada.. apa yang aku ada sekarang sememangnya sudah aku atur sebelumnya untuk menanggung 'overhead' semasa aku.. jika aku mahu menambah sesuatu dalam 'overhead' aku, maka aku perlu menjana sumber yang baru.. beza perspektif, beza cara dan hasil yang lebih baik.. subhanallah.. pencerahan..

maka sekarang bergantung pada aku, bagaimana aku mahu mengubah perspektif itu dalam minda aku.. segalanya terpulang pada diri aku sendiri.. jika aku tidak mahu mengubah kebiasaan berfikir menyelesaikan masalah dengan sumber yang ada kepada menyelesaikan masalah dengan sumber yang baru.. hidup aku akan terus seperti tikus yang berlari2 dalam gelung roda.. tiada perubahan, yang berhasil aku dapatkan hanya penat..

dengar apa kata hati anda ketika anda berkata dalam hati anda bahawa anda mahu kaya.. adakah diri anda mensabotaj kata2 itu dengan berbagai logik atau bersetuju dengannya.. mungkin anda perlu mengubah definisi kaya dahulu dalam diri anda sebelum dapat membenarkan minda anda menerimanya.. tanyakan terus mengapa dan kenapa...mengapa aku tidak mahu kaya? kenapa kaya itu jahat dan bahaya? bagaimana kaya boleh menjadikan aku orang yang sombong dan lupa Tuhan? adakah aku akan jadi begitu kalau aku kaya? apa yang aku mahu lakukan jika aku kaya? adakah aku akan berpegang pada kata2ku? maka kenapa aku tidak mahu kaya? setelah menjawab soalan2 yang sebegini barulah anda boleh bertanya pada diri anda, bagaimanakah caranya untuk kaya?

berubah itu mudah.. jika kita tahu apa yang mahu kita ubah dan kenapa kita nak mengubahnya.. anda adalah apa yang anda fikirkan.. mental positif akan terserlah dalam kelakuan anda.. anda mahu kaya tetapi anda merasa perasaan yang negatif ketika belanja kawan2 minum atau ketika bersedekah pada anak2 yatim, tanyakan pada diri anda, adakah ini mental orang kaya? adakah orang kaya menunggu orang lain menunggu orang lain membayar harga minumannya?

teringat kata2 seorang pemandu teksi, dalam perjalananku dari bandara soekarno-hatta ke kost ku di kuningan, "miskin itu nggak belajar aja pintar, apalagi kalau kita belajar"

read more...

Tuesday, April 13, 2010

Road to Millionaire : compounding saving


i found this technique when i was in one of Bpk Krishnamurti workshop.. he shared this in one of the paper sharing titled "NLP for Prosperity" during the 1st Indonesian NLP conference earlier this month..

the principle is simple.. start with whatever amount you confident and comfortable.. and discipline yourself to do the saving accordingly.. the earliest you can bank-in or transfer the saving is between 1 month.. so if you look at the table above, eventhough you have money to save immidiately (let say between the first month and second month), you still need to wait until next month..

by calculation, you can be a millionaire on your 17th savings.. pls take note that you will need more time (may take two or three month) to fulfill your next saving, especially when its getting bigger..

the concept is that if you can save the amount last month, you can save the same amount again this month, but let go double from last month, then add RM10, to show yourself that you can do more..

its the game of mind power.. just play along and follow through the process.. you'll learn a lot more than just simply being a millionaire.. let see if you can compromise your own mind and got the charisma of a millionaire by completing the task..

click
Go Double! if you want to read Bpk Krishnamurti own word on this technique.
read more...

Tuesday, March 2, 2010

TKI : losses or opportunities?



Negara Penempatan Tenaga Kerja Indonesia (TKI)

Malaysia 1,200,000 orang
Arab Saudi 927,500 orang
Taiwan 130,000 orang
Hong Kong 120,000 orang
Singapura 80,150 orang
Kuwait 61,000 orang
UAE 52,350 orang
Brunei Darussalam 40,450 orang
Jordan 38,000 orang
Qatar 24,590 orang
Bahrain 6,500 orang

Sektor Kerja TKI
Perkebunan, manufaktur, penata laksana rumah tangga, perawat, konstruksi

data: Media Indonesia, Maret 2010

How much of the remittance were from Malaysia?
What can this statistic tell us?
How do you interpret this data?


read more...

Friday, July 3, 2009

What is your risk tolerance?


i just took the Risk Tolerance Quiz at MSN Money..
and here are the result:

Your score for risk capacity is 27

With a score between 22 and 29, you have a moderate capacity for risk. You might consider a balanced portfolio, spread between stocks and bonds. Aim for nearly half your portfolio in bonds, with one third of that in very short-term bonds of one to three years, a third in three to five year bonds and a third in five to 10 year bonds. Another 25 percent might go in large company U.S. stocks and 10 to 15 percent in small company stocks. The remainder should be invested overseas with a sprinkling of it in emerging markets. Professional investors estimate that a worst-case scenario for the portfolio just described is that it would be down 11 percent in a year.

Your score for risk tolerance is 37

With a tolerance of 33 to 41, you have a healthy tolerance for risk, but your capacity suggests you may need to consider a moderately risky investment strategy. You may want to consider a portfolio in which about half of the investments are in less risky investments like bonds, combined with investments in large-company U.S. stocks and international funds.

then i took another Investment Risk Tolerance Quiz at Rutgers, The State University of New Jersey.
and the result:

Your Score: 32
You have an above-average tolerance for risk.

Example of common investment:
•Convertible bonds
•High-yield (junk) bond funds
•Large-cap stocks and funds
•S&P 500 & Wilshire 5000 stock index funds
•Variable annuities invested in large-cap stock sub-accounts


not a bad advice rite?
then you should take the quiz too.. ;)
there are a lot of tools to explore..

read more...

gold dinar vs fiat money


masa aku mula nak tulis entry nih, aku cuba untuk merujuk akan segala terma dan istilah dan mendapatkan berbagai maklumat utk mendokong apa yg aku nak tulis.. dan aku terfikir, adakah aku menulis kerna aku nak org percaya dan setuju dgn pendapat aku? itu mencuit naluriku dan akhirnya aku memilih utk menulis secara alami mengikut perspektif aku sendiri.. you may have your own opinion, but this one is mine..

dalam hidup moden, wang adalah inti kepada semua perkara.. dan itu bukan terobosan baru pengetahuan.. wang perlu untuk mengisi keperluan berurusniaga.. asal urusniaga ini ialah pertukaran barang.. nelayan punya lebihan tangkapan bertukar dengan petani yang mempunyai simpanan hasil.. persoalannya ialah apa nisbah yang menjadikan pertukaran itu adil..

apapun, pertukaran itu adalah sempurna antara barang dengan barang.. diteruskan pula di zaman keagungan Islam dengan menjadikan emas dan perak sebagai dasar pertukaran.. dinar dan dirham yg mempunyai nilai sebenar menjadi bahan yg mahu dimiliki senilai dengan barangan lain..

setelah perang dunia 2, apa yg diperkenalkan oleh sistem bretton-wood, sistem wang kertas, atau dikenali sebagai wang fiat, mula diperakui dan dikawalselia oleh bank dunia.. us dollar menjadi asas dengan penilaian sepertiga dari nilai emas.. maksudnya duit kertas sekeping itu adalah jaminan bahawa sesiapa yg memilikinya boleh menukarkannya kepada emas yg senilai dengannya..

tapi bijaksana amerika yg hapuskan sistem tuh pada tahun 1971, membolehkan federal reserve cetak lebih banyak wang kertas.. walaupun warganegara amerika tidak boleh menukar wang kertas tersebut kepada emas, tetapi federal reserve memberi perakuan bahawa warganegara lain masih boleh menukar wang kertas dollar kepada emas.. namun melihat bagaimana ganasnya pasaran matawang, aku tak rasa itu boleh berlaku lagi..

apa sebenarnya wang kertas nih? jaminan kerajaan? satu lagi bentuk 'surat hutang'? sandarannya apa? teringat masa jepun duk pakai duit jepun.. lepas jepun balik berguni2 duit jepun takder nilai.. masa ringgit float dgn dollar, habis tak laku duit malaysia nak tukar kat money-changer luar.. riyal iran tak laku kat luar.. rubel russia money-changer tak terima.. berguni duit som uzbek aku gendong nak bayar bil usd1,500 jer.. hanya contoh kecil..

federal reserve terus mencetak duit fiat nih.. aku rasa takkan lama sebelum jadi macam kat eropah sblm zaman revolusi perancis dan hyper-inflation lepas perang dunia 1.. ditambah dgn perniagaan matawang yang semakin hari semakin penuh dgn haloba nafsu serakah manusia yg mengagungkan kehidupan materialistik..

duit kertas nih surat hutang.. bila surat hutang makna ada untung atas nilainya.. dlm kata lain ada unsur2 riba.. ulama2 pernah bersidang psai duit fiat nih.. dah mmg boleh jatuh hukum haram, tapi dok psal maslahat muamalat, takder pilihan lain, terpaksa bagi hukum duit fiat nih sama hukum dgn emas dan perak..

jadi dalam kurun waktu skrg nih, simpan duit dlm bentuk nilai duit fiat nih adalah perkara yg mulai tak masuk akal.. dalam satu detik, apa sahaja boleh berlaku menyebabkan segala simpanan kita tuh tidak mempunyai nilai.. kita harus kembali semula pada nilai sebenar..

jika mahu menyimpan.. simpanlah emas dan perak.. bukan duit.. jika anda punya duit, tukarkan dengan barang yg nilaitaranya jelas.. menyimpan dgn cara beli properti atau beli saham.. sebab saham tuh nilainya ialah pegangan kepentingan dalam syarikat bukan nilainya dlm bentuk wang kertas.. saham itu pegangan hakmilik terhadap perniagaan..

setiap pelaburan adalah simpanan.. dan setiap satunya punya risiko tersendiri.. apaun pilihan anda, memilihlah dengan bijak.. simpan duit secukup untuk dibelanjakan.. jika mahukan simpanan yg lebih bijak, pilihlah simpanan yg benar2 mempunyai nilai.. dan yang paling mudah ialah simpanlah dalam bentuk emas dan perak.. itu adalah nilai sebenar.. dan duit itu hanya punya nilai jika dibelanjakan dan bukan ketika disimpan.. pilihan itu milik anda..


[origin : Am I wrong?]

read more...

Wednesday, July 1, 2009

lebih cepat lebih baik



"Produsen harus membuat produk yang harus bisa memenangkan persaingan dengan tiga syarat, yaitu lebih baik, lebih cepat diperoleh dan harus lebih murah dijual kepada konsumen. Sedangkan dari sisi konsumen, produk nasional itu harus digunakan dan kita semua harus memiliki komitmen menggunakan produksi sendiri. Adapun pemerintah juga harus memiliki komitmen yang tegas untuk mengatur dengan regulasi yang baik dan berpihak kepada produksi nasional."


Jusof Kalla, wapres NKRI, menegaskan kepentingan tiga sisi (pengeluar, pengguna dan pemerintah) yang diperlukan untuk pemerkasaan pengeluaran dalam negeri, dalam seminar yang bertemakan 'Kebangkitan Produk Industri Dalam Negeri' di Jakarta pada 5 Mei 2009.


[origin : Am I wrong? ]
read more...

sold!






"Kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur"

Harapan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, berkenaan pemansuhan syarat wajib pemilikan 30% ekuiti bumiputra bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) ketika memberi ucaptama pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB, di Kuala Lumpur, semalam.


[origin : Am I wrong? ]
read more...

Sunday, June 28, 2009

menafkahi keperluan?


asas dasar kapitalis ialah mencipta keperluan.. dan asas dasar ekonomi ialah semakin byk keperluan manusia, maka semakin byk peluang perniagaan terbuka, semakin besar pulalah keuntungan kepada peniaga..

disambut pula pendapat pakar ekonomi, bahawa pembangunan tamadun sesebuah bangsa bergantung pada keperluan bangsa itu sendiri.. jika secara budayanya, bangsa itu tidak memerlukan byk keperluan, ia akan cenderung menjadi bangsa 'pemalas' berbanding bangsa yang 'bekerja keras' untuk memenuhi segala keperluannya.. maka budaya 'kerja keras' ini bergantung pada budaya 'keperluan' sesebuah bangsa..

dicontohkan, sepertinya org asli di negara kita yg hidup 'aman' dan 'selesa' dengan rumah sekadar tempat perlindungan, baju sekadar menutup badan, makan apa adanya sekadar kenyang, keperluan mereka yang tidak banyak ini menyebabkan mereka mudah terpuaskan.. jika punya duit banyak juga mereka tetap hidup seperti adanya dan tidak tahu kemana mahu dibelanjakan duit tersebut sewajarnya..

dari perspektif kebanyakan dari kita, 'kecemburuan' kita melihat 'ketenangan' hidup mereka justeru membuat kita melabel mereka dgn kata-kata 'pemalas' dan 'tidak mahu berubah'.. berbanding 'tamadun' dan budaya kita yang bekerja keras siang dan malam mencari 'kemajuan' dalam hidup kita..

dan begitulah budaya kerja kita sekarang telah disusun oleh penjajah beratus tahun dahulu.. bermula dari revolusi perancis lagi.. bahawa kita harus punya sijil sekolah utk dapat pekerjaan yg baik dgn pendapatan yg baik.. bila sudah bekerja dan ada keinginan menikah, kita perlu kumpul duit utk kenduri kahwin.. setelah itu kumpul duit lagi utk beli rumah dan kereta.. seterusnya bila punya anak, kumpul duit lagi utk anak.. setelah itu naik gaji, keperluan naik lagi, kumpul lagi, begitulah tanpa kesudahan.. terus bergerak dalam lingkaran 'rat race' yg kita cipta sendiri..

rutin kerja kebanyakan dari kita ialah dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang.. lima hari seminggu.. menyisakan 2 hari sabtu dan ahad untuk dimanfaatkan berehat dan bersama isteri dan anak2.. ini tidak termasuk jika hujung minggu itu ada pula acara keluarga.. begitu 'keras'nya kita 'bekerja' menafkahi keluarga.. masa hidup kita adalah tempat kerja dan rumah.. itulah keutamaan kita.. inilah budaya hidup kita terkini..

apalah lagi yang boleh kita perbuat dicelah2 kesibukan kita itu? hampir tidak ada.. balik umah pun dah penat.. kdg2 ujung minggu pun kita masih penat.. kalo adapun, hanya mendapat keutamaan kedua.. 'part-time'.. separuh masa, separuh hati..

arakian aku teringat akan satu hadis berkenaan tijarah yg mafhumnya mengatakan bahawa nabi saw paling tidak suka ialah org yg pertama memasuki pasar dan org itulah yg terakhir keluar dari pasar..

apa sebenarnya keperluan kita? dan berapa ramai dari kita bersetuju dgn kenyataan bahawa keperluan kita sentiasa bertambah, dan penambahan itu takkan menjadi kurang, sehingga sesuatu berlaku pada situasi kerja kita.. bila tiada barulah kita menyusun semula keutamaan kita dan memangkas 'keperluan' yg bukan 'keperluan' kita..

inilah kekuatan 'power of suggestion' atau pengiklanan para kapitalis.. menambah keinginan dan keperluan kita.. bukan perlu kerana kita punya lebih duit tapi mmg sudah ditanam dalam minda bawah sedar kita dari awal akan keseronokan yg menimbulkan kemahuan.. maka nanti disaat ada kesempatan, kemahuan itu akan menjadi keperluan.. kerna itu yg minda bawah sedar kita percaya..

apa yg mahu aku perkatakan disini ialah berbaloikah segala 'kerja keras' kita tersebut berbanding 'keperluan' kita.. adakah sebenarnya 'kerja keras' kita itu untuk memenuhi 'keperluan' atau sekadar memuaskan ego kita sendiri? sementelah benarkah kita hanya sekadar mencari nafkah?



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Saturday, June 27, 2009

Koperasi HPA umum dividen 14%


"Dividen empat peratus lebih tinggi
berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007"


Pengumuman ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor. Dipetik dari DuniaHerbaHPA.com



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Saturday, June 20, 2009

What is your net worth position?


below are the median net worth of American family by group..
based on 2004 statistic by Federal Reserved
but still interesting to be use as a benchmark..
are you in right track?




read more...