asas dasar kapitalis ialah mencipta keperluan.. dan asas dasar ekonomi ialah semakin byk keperluan manusia, maka semakin byk peluang perniagaan terbuka, semakin besar pulalah keuntungan kepada peniaga..
disambut pula pendapat pakar ekonomi, bahawa pembangunan tamadun sesebuah bangsa bergantung pada keperluan bangsa itu sendiri.. jika secara budayanya, bangsa itu tidak memerlukan byk keperluan, ia akan cenderung menjadi bangsa 'pemalas' berbanding bangsa yang 'bekerja keras' untuk memenuhi segala keperluannya.. maka budaya 'kerja keras' ini bergantung pada budaya 'keperluan' sesebuah bangsa..
dicontohkan, sepertinya org asli di negara kita yg hidup 'aman' dan 'selesa' dengan rumah sekadar tempat perlindungan, baju sekadar menutup badan, makan apa adanya sekadar kenyang, keperluan mereka yang tidak banyak ini menyebabkan mereka mudah terpuaskan.. jika punya duit banyak juga mereka tetap hidup seperti adanya dan tidak tahu kemana mahu dibelanjakan duit tersebut sewajarnya..
dari perspektif kebanyakan dari kita, 'kecemburuan' kita melihat 'ketenangan' hidup mereka justeru membuat kita melabel mereka dgn kata-kata 'pemalas' dan 'tidak mahu berubah'.. berbanding 'tamadun' dan budaya kita yang bekerja keras siang dan malam mencari 'kemajuan' dalam hidup kita..
dan begitulah budaya kerja kita sekarang telah disusun oleh penjajah beratus tahun dahulu.. bermula dari revolusi perancis lagi.. bahawa kita harus punya sijil sekolah utk dapat pekerjaan yg baik dgn pendapatan yg baik.. bila sudah bekerja dan ada keinginan menikah, kita perlu kumpul duit utk kenduri kahwin.. setelah itu kumpul duit lagi utk beli rumah dan kereta.. seterusnya bila punya anak, kumpul duit lagi utk anak.. setelah itu naik gaji, keperluan naik lagi, kumpul lagi, begitulah tanpa kesudahan.. terus bergerak dalam lingkaran 'rat race' yg kita cipta sendiri..
rutin kerja kebanyakan dari kita ialah dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang.. lima hari seminggu.. menyisakan 2 hari sabtu dan ahad untuk dimanfaatkan berehat dan bersama isteri dan anak2.. ini tidak termasuk jika hujung minggu itu ada pula acara keluarga.. begitu 'keras'nya kita 'bekerja' menafkahi keluarga.. masa hidup kita adalah tempat kerja dan rumah.. itulah keutamaan kita.. inilah budaya hidup kita terkini..
apalah lagi yang boleh kita perbuat dicelah2 kesibukan kita itu? hampir tidak ada.. balik umah pun dah penat.. kdg2 ujung minggu pun kita masih penat.. kalo adapun, hanya mendapat keutamaan kedua.. 'part-time'.. separuh masa, separuh hati..
arakian aku teringat akan satu hadis berkenaan tijarah yg mafhumnya mengatakan bahawa nabi saw paling tidak suka ialah org yg pertama memasuki pasar dan org itulah yg terakhir keluar dari pasar..
apa sebenarnya keperluan kita? dan berapa ramai dari kita bersetuju dgn kenyataan bahawa keperluan kita sentiasa bertambah, dan penambahan itu takkan menjadi kurang, sehingga sesuatu berlaku pada situasi kerja kita.. bila tiada barulah kita menyusun semula keutamaan kita dan memangkas 'keperluan' yg bukan 'keperluan' kita..
inilah kekuatan 'power of suggestion' atau pengiklanan para kapitalis.. menambah keinginan dan keperluan kita.. bukan perlu kerana kita punya lebih duit tapi mmg sudah ditanam dalam minda bawah sedar kita dari awal akan keseronokan yg menimbulkan kemahuan.. maka nanti disaat ada kesempatan, kemahuan itu akan menjadi keperluan.. kerna itu yg minda bawah sedar kita percaya..
apa yg mahu aku perkatakan disini ialah berbaloikah segala 'kerja keras' kita tersebut berbanding 'keperluan' kita.. adakah sebenarnya 'kerja keras' kita itu untuk memenuhi 'keperluan' atau sekadar memuaskan ego kita sendiri? sementelah benarkah kita hanya sekadar mencari nafkah?
[origin : Am I wrong? ]