Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 1, 2006

mindset awareness


kita nih self-employed.. kita kena keje baru duit masuk.. kita takder pasif income.. tuh yang bila citer psal duit kita dok concentrate kat apa yang patut dan tak patut kita belanja.. kita dok adjust benda yang sama tiap2 bulan.. kalo nak pakai duit, kita cut belah mana yg tak patut.. rasa tak berapa nak pakai duit, kita pun enjoy laa serba sikit untuk self-appreciation.. tapi kita citer yg itu2 jugak..

satu tips org kaya (walaupun aku tahu byk yg kata dia tanak kaya, cuma nak 'senang'), diorg nih buat duit bukan waktu keje tapi waktu lapang diorg.. kita yg self-employed nih tak banyak waktu lapang.. dah laa sehari suntuk duk buat keje kat kantor.. ada tuh balik umah pun dok buat keje lagi.. kalo tak pun dok sembang psal keje lagi.. itu masalah kita sebagai self-employed, terlalu komited dengan keje kita.. end up kita takder masa untuk diri kita..

ada org kata kat aku, kita nih jadi sibuk psal kita 'malas'.. definisi malas dia ialah kita takmo pikir psal diri kita maka kita sibukkan diri dengan benda lain.. itu bergantung kepada camna kita nak tengok keadaan diri kita.. especially org cam kita yang selalu dok kata kita takder masa nak pikir psal investment, bisnes, pasif income, etc.. dahlaa kita takder kepakaran dalam bidang finansial, kita malas nak pikir.. so instead of kita sembang psal benda yang kita tak tahu, contoh psal duit, kita lebih prefer sembang psal benda yg kita tahu, contohnya keje kita.. semakin kita mengkhusus semakin kita terjerat..

satu lagi bab syukur, aku bukanlah nak suh semua org jadi tak bersyukur, tapi dah memang diketahui sikap org melayu, sama cam aku, cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada.. bukan aku kata kita kena tamak, cuma cuba kita lihat dari perspektif yang lain sket..

tiap hari kita dok citer org melayu nih lemah dalam ekonomi, byk org miskin, hidup cukup makan, semua kesengsaraan itu dan ini.. tapi apa yang kita leh buat? kita dok harap kerajaan tolong diorg.. bagi biasiswa, bagi bantuan, bagi subsidi, spital free, semua tuh kita dok suh kerajaan buat.. kalo tak pun kita dok kutuk jutawan melayu tanak tolong org melayu.. posisi kita di mana? tidakkah kita sebagai generasi melayu yang professional yang harusnya mengadakan semua fasiliti itu utk org melayu.. tapi apa yg kita buat? kita pun sama tumpang komplen saja.. tak buat apa pun.. sebab naiklaa minyak sampai RM2 pun tetap kita mampu bayar.. kita tak rasa camna nelayan yang dok harap subsidi minyak nak ke laut.. tapi kita komplen ikan mahal.. kita tunjuk ke mana? satu jari tunjuk kerajaan, kita lupa tiga jari tunjuk diri kita semula..

so konsep syukur nih camna? syukur dengan apa yang ada.. betul.. tapi kalo dah syukur janganlaa komplen.. bila dah komplen maknanya tak cukup.. bila kita komplen inflasi naik, kita jadi tak bersyukur ker?cuba pulak kita pikir camna nak turunkan kadar inflasi, bukan fikir apa yang kerajaan patut buat tapi apa yg boleh kita buat.. tapi cam biasa ada jugak bunyi kata 'kita nih org kecil, buat perubahan pun tak signifikan'.. betul pendapat tuh tapi yg kita nak ubah bkan sekarang.. yg kita nak ubah ialah nasib anak2 kita nanti.. kita nak ubah generasi bukan leh buat satu malam.. kita kena ambil masa, mula dengan kecik.. sikit2 lama2 jadi bukit..

kita semua nih bagus.. sangat bagus.. semua org melayu bagus.. tapi tak banyak yang hebat.. sebab kita tanak jadi hebat.. alasan paling klise.. takut riak.. kita org melayu mmg pandai bagi alasan.. sebab tuh DEB dah berpuluh tahun still melayu tak dapat nak achieve 30% ekonomi malaysia.. sebab kita cukup sekadar bagus.. kita tanak jadi hebat.. kita dok sebut apa hang tuah kata tapi kita tanak jadi hang tuah.. ada kawan kata, kita tak mampu.. belum cuba dah tak mampu.. maknanya belum gie perang dah kalah.. even if we lost a battle, doesn't mean we lost the war..

perjalanan melayu nih masih panjang.. cuma skrg nih hala tuju org melayu terletak pada tangan generasi kita.. apa yang berlaku pada generasi anak2 kita adalah disebabkan oleh kita.. bukan oleh bapa2 kita.. kita yang bertanggungjawab merubah kalau kita rasa perlu.. kalau tidak cukuplaa dengan apa yang org melayu ada sekarang..

contoh mudah laa.. dulu masa kita gaji ribu2, sedekah ikhlas tuh maknanya RM10 atau RM20, bila ekonomi kita meningkat, gaji belas dan puluh ribu, sedekah ikhlas kita adalah RM100.. its a 10% over 10% factor.. maksudnya kita semua tahu 10% dari pendapatn kita haruslah kita sedekahkan.. tapi kebayakan org hanya ikhlas bila sedekah 10% dari 10% yang perlu tuh.. ok cuba kita visualize camna keadaan kita untuk mengikhlaskan sedekah RM10,000.. tak boleh kah? rasa rugi laa pulak kan? sebab kita tadak RM 1 juta.. bila kata pendapatan sejuta nih lagi laa pening.. sebab itu semua dah over kita punya mindset.. kita rasa tak mungkin..

sama macam ko bagitau kat org kampung gaji ko bawah 10 ribu, diorg percaya lagi.. tapi kalo korang kata gaji berpuluh ribu sebulan, diorg gelak kat ko sebab dia kata ko pembohong.. ini berlaku sebab gaji puluh ribu nih dah melepasi logik diorg.. apalagi bila tengok kita still selekeh macam dulu, bawa keter kecik balik kampung.. diorg doubt mind diorg sendiri sebab diorg dah create logik dalam mindset diorg ttg org kaya nih camna.. so dia hanya kata ko banyak duit tapi tak kaya.. walaupun bila balik ko bagi kat dia rm100..

its all about mindset.. so mindset anak2 kita nih camna? kita nak diorg jadi macam kita jugak ker? atau kita hanya siapkan harta buat diorg tapi bukan ilmu dan mindset yang diperlukan? harta dunia nih depreciate.. walaupun org kata beli tanah/rumah takkan turun harga.. tapi lupakah kita pada bencana alam dan perang? semua nih takder makna.. yang penting adalah mindset dan ilmu.. kita kena readykan anak2 kita ttg bagaimana nak guna pancing, bukan setakat buatkan mereka kolam ikan..

ada org pesan kat aku, masa yang paling sesuai bersedekah adalah masa kita takder duit.. kalo tinggal rm10 dalam poket, ada lak org mintak sedekah dengan muka kesian, toksah bagi rm5, instead bagi jer rm10 tuh.. habiskan apa yg ada dalam poket ko.. sekali dengar cam ajaran sesat.. tapi dia citer lak nilai tindakan tuh.. dia kata bila kita takder duit, kita risau camna nak spend duit yang tinggal kat kita.. bila kita sedekah rm5, hati kita masih risau camna nak adjust rm5 yang tinggal.. soal hati nih.. tapi kalau kita sedekahkan rm10, poket kita dah kosong.. instead of kita pikir camna nak adjust duit yang kita ada, which is dah takder, kita kena pikir mana nak cari duit, nak isi balik poket kita.. so hati dan minda kita dah tak stuck dalam poket, sebaliknya hati dan minda kita dah mula tengok keliling dan mencari rezeki yang Tuhan sediakan untuk kita..

citer bab rezeki, Tuhan dah janji kata rezeki kita tetap. Tuhan takkan tarik nyawa kita selagi Dia tak sempurnakan rezeki kita.. ini janji Tuhan.. tapi kita was-was, sebab tuh kita asik dok risau psal duit kita.. ada org pulak guna ayat nih untuk bermalas-malasan.. ulat dalam batu pun hidup.. betul tuh tak salah.. so kalau kita nak rezeki kita batu, kita rehatlah.. kalo kita nak rezeki kita dalam bentuk boleh menolong org sama, maka kena usahalah.. usaha, tawakal, redha, syukur.. ada org tak usaha pun, terus bersyukur jer.. macam2 manusia nih.. so pendapat aku ialah bukan sekadar bagaimana nak uruskan rezeki kita (ini penting), tapi juga bagaimana kita nak dapatkan rezeki.. sebab aku rasa keje camnih sampai takder masa lak nak menuntut ilmu, sedangkan tuntut ilmu tuh wajib.. kalo ada pasif income, takyah risau psal dunia lagi (anak-isteri), so barulah concentrate benda akhirat.. itu pendapat aku laa.. tak setuju pun takpa.. nak komen lagi aku suka =D



[origin : Am I wrong?]

read more...

Sunday, April 30, 2006

..hanya selepas itu barulah kita bersyukur?


"Tiap kali org Melayu nak niaga, ada jer org yg amik kesempatan"

typical quote. maka benarlah antara penyakit orang melayu yang kronik ialah suka mengambil kesempatan. sudah sampai masa kita angkat penyakit nih untuk pengubatan supaya imunisasi hati dapat dilakukan untuk generasi kita seterusnya.

lihat sahaja bila ada antara kita yang baru dapat kerja, kita lak sibuk nak mintak dia belanja kita, padahal kita sendiri tahu untuk yang baru bekerja, gaji antara 1-3 bulan tuh laa yang penting untuk semua bentuk 'penyesuaian'. meh kita tukar, bila orang dapat kerja kita belanja dia.

sama gak, bila makan or shopping kat kedai orang yg kita kenal, mulalah mintak diskaun. yang lebih elok, tak mintak, tapi bila org tuh kira sama harga, dalam hati dan balik rumah kita umpat pulak dia kata kedekut dan berkira. kita ubah, bila bayar lebih kita suh dia 'keep the change'.

begitu jugak bila sampai harijadi kita, kita harap orang belanja dan bagi kita hadiah. kalo orang tak sambut kita anggap orang tak sayang kita. ini pun kita buat cara baru, kalau kita yang harijadi, kita belanja orang makan.

yang paling sedih, dalam bekerja asik sibuk nak naik gaji dan nak naik pangkat, padahal kerja masih ditakuk lama. bila dapat kerja banyak atau kerja susah sikit mula bandingkan gaji yang kita dapat dan disebalik kemungkinan kita menunjukkan kemampuan kita, kita salahkan semua orang disekeliling kita. my advice, take the job and do it beyond their expectation. make your superior surprise. bukan setakat amik kesempatan untuk bermalasan dengan alasan gaji kecik.

apalagi kesedihan dalam hati aku melihat orang Melayu berebut-rebutkan duit zakat. anak-anak yang berkereta besar dan berumah besar beriya-iya memperjuangkan ibu sendiri untuk mendapat duit zakat. kalau benar ibubapa kita miskin, kita harusnya berzakat pada mereka.

begitu juga bila orang-orang kaya melayu yang sibuk mahukan projek-projek kecik hingga peniaga-peniaga kecil tak berkesempatan. bila mereka dapat projek tuh sub pulak pada peniaga kecil dengan komisyen, apa jadi pada peniaga kecil? mereka pulak amik lagi kesempatan untuk kurangkan kos hingga kualiti jadi rendah. semua ambil kesempatan dengan alasan yang tersendiri.

pernah ada pemimpin nak cuit benda nih tapi dia cuit salah suis, dia cuit hak keistimewaan orang Melayu, so jadi isu lain laa pulak. dalam satu segi hak istimewa orang Melayu ini yang mengajar orang Melayu amik kesempatan. kita tetap nakkan biasiswa untuk anak kita sedangkan kita tahu ada orang lain yang lebih susah daripada kita perlukan peluang tuh. lebih parah lagi dah dapat biasiswa kita tanak bayar laa pulak.

hak keistimewaan orang Melayu dipertahankan untuk bantu orang Melayu, tapi malangnya banyak orang Melayu yang ambil kesempatan secara berlebihan. yang paling disedihkan ialah impaknya terhadap jatidiri orang Melayu.

kita akan mengambil kesempatan bila kita rasa kita lebih rendah dari orang lain, kita perlu subsidi, kita perlu orang belanja kita makan, kita perlu beli barang murah dengan harga yang lebih murah, bukan kerna kita mahu jadi istimewa tetapi kerna jatidiri kita rendah.

bila jatidiri kita rendah, kita tak tahu bagaimana nak selesaikan masalah. sama macam anak orang kaya yang tak tahu apa rasanya susah. setiap masa kita rasa kita akan dibantu, setiap masa kita akan rasa kita tak mampu. jadi kita akan terus menjadi bangsa yang meminta sedekah.

aku sangat setuju memang ada orang yang benar2 memerlukan bantuan. aku percaya dalam setiap rezeki kita ada bahagian untuk orang lain. meminta jika kita benar-benar susah adalah hak, tapi meminta dalam keadaan kita mampu meraihnya sendiri itu mengambil kesempatan. kita sentiasa rasa kita ada 'share' dalam setiap kejayaan orang lain.

sifat tamak yang ada dalam diri kita, kita labelkan dengan perkataan lain agar kita tidak merasa berdosa, agar kita merasa perlu orang yang berjaya dan kaya itu memberi sesuatu pada kita. kita merasa mereka punya lebih dan apa yang kita mintak itu kecil. persoalannya bukan besar atau kecil permintaan kita tapi sikap dan mentaliti kita. kita sering tidak berpuashati dengan apa yang kita ada, hingga kita mahukan apa yang orang lain punya. hanya selepas itu barulah kita bersyukur?



[origin : Am I wrong?]

read more...