Related Posts with Thumbnails

Friday, November 28, 2008

mengenali Amanah Saham RM1.00/unit


Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) adalah salah satu dari 4 produk [selain Amanah Sham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Didik (ASD)] yg diurus oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), yg dimiliki oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB), yg dijual pada harga tetap RM1.00 dan dibuka pada pelabur yang berumur 6 bulan ke atas..

ASW 2020 dilancarkan pada 28/8/96 dengan saiz 3 billion unit memperlihatkan kouta bukan bumiputera habis terjual dalam masa 27 minit.. pada 2007 terdapat dua kali penambahan saiz dana, pada bulan september sebanyak 2 billion unit dengan had pelaburan 20k per pelabur dan pada bulan mac sebanyak 1 billion dengan had pelaburan 50k per pelabur.. menjadikan jumlah dana sebanyak 9.42 billion.. purata pendapatan sejak dilancarkan ialah 7.74 sen per unit..

pada 27/11/08, PNB menambah dana tersebut sebanyak 1 billion dengan kouta 51:49 dan had pelaburan 10k per pelabur.. dan 490jt unit kouta non-bumiputera habis terjual dalam masa 6jam 10minit.. menjadikan total akaun pelabur non-bumiputera meningkat kepada 70,713 dengan 27,479 akaun baru dibuka semalam..

fenomena yg sama berlaku ketika penambahan dana ASD yg terakhir sebanyak 488jt unit dan dijangka mendapat sambutan yang sama apabila dana ASM ditambah sebanyak 1 billion unit pada 1/12/08 akan datang.. penambahan dana ASM itu merupakan pertambahan ke 5 sejak 20/4/2000 yang kan menjadikan jumlah dana menjadi 7.2 billion unit.. had pelaburan maksimum sebanyak 10k unit akan dikenakan bagi setiap akaun dalam tempoh tawaran antara 1/12/08 hingga 7/12/08, dan selepas tempoh itu had pelaburan maksimum akan dihapuskan..

ASM juga telah mencatat rekod pada penambahan terakhir pada julai 2007 dimana 500 jt unit habis dalam masa 39 minit.. pada waktu pelancarannya, 2 billion unit habis terjual dlm masa 21 hari dan pada jun 2000, 1 billion unit tambahannya habis terjual dalam masa 4 bulan.. purata pendapatan ASM sejak pelancarannya ialah 7.12 sen per unit..

PNB ditubuhkan sebagai satu badan yg ditubuhkan oleh kerajaan untuk mempromosikan pelaburan di kalangan bumiputera, dengan melancarkan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai produk awalnya.. ASW 2020 dan ASM dilancarkan sebagai memenuhi permintaan kaum bukan bumiputera, atau mungkinkah untuk bersaing mengimbangi kelambanan pertumbuhan dana yg khusus untuk bumiputera?

berikut adalah beberapa maklumat mengikut master propektus 2007 (sehingga 31/5/2007) untuk sama2 mengenali dana yg berharga tetap ini:


Dana: Amanah Saham Bumiputera
Tarikh dilancar: 02 Januari 1990
Syarat: Warganegara Malaysia (Bumiputera sahaja)
Akaun Dewasa: 18 tahun ke atas
Akaun Remaja: 12 tahun ke atas
Pelaburan max: 200,000 (akaun remaja 10,000)
Jumlah dilanggan: 53.53 billion
Jumlah dijual: unlimited
Purata pendapatan selama 5 tahun (2002-2006): 7.21 (bonus:1.80)


Dana: Amanah Saham Wawasan 2020
Tarikh dilancar: 28 Ogos 1996
Syarat: Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa: 18 tahun ke atas
Akaun Remaja: 6 bulan ke atas
Pelaburan max: bergantung pada jumlah dana dijual
Jumlah dilanggan: 5.12 billion
Jumlah dijual: 7.35 billion
Purata pendapatan selama 5 tahun (2002-2006): 6.95


Dana: Amanah Saham Malaysia
Tarikh dilancar: 20 April 2000
Syarat: Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa: 18 tahun ke atas
Akaun Bijak: 6 bulan ke atas
Pelaburan max: bergantung pada jumlah dana yg dijual
Jumlah dilanggan: 5.28 billion
Jumlah dijual: 7.7 billion
Purata pendapatan selama 5 tahun (2002-2006): 6.87


Dana: Amanah Saham Didik
Tarikh dilancar: 20 Januari 2001
Syarat: Warganegara Malaysia (Bumiputera sahaja)
Akaun Dewasa: 18 tahun ke atas
Akaun Bijak: 6 bulan ke atas
Pelaburan max: bergantung pada jumlah dana yg dijual
Jumlah dilanggan: 1.58 billion
Jumlah dijual: 3 billion
Purata pendapatan selama 5 tahun (2002-2006): 7.16 (dividen istimewa:0.4)



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Tuesday, November 11, 2008

takaful itu fardhu?


1-takaful bukan insuran, walaupun disinonimkan untuk memudahkan org paham fungsi asas dan juga untuk mudahkan salesman jual produk;

2-insuran tuh umpama bayar kongsi gelap untuk jaga kita, jika apa2 berlaku pada kita maka kita akan dilindungi, kalo tak jadi apa2 takder apa2 laa, sebab tuh org rasa rugi amik insuran jika tak pernah sakit;

3-takaful adalah konsep tabungan umpama tabung khairat kematian, jika ada sesiapa yg ditimpa musibah, maka duit tabung diberikan untuk meringankan penderitaan, maka kalo kita tak sakit pun kita rasa tak rugi sebab ada pahala menyertai takaful;

4-duit dlm tabung takaful nih diniagakan supaya ada keuntungan, supaya terus berkembang lagi tabung nih, lebih banyak faedah utk peserta;

5-kalo betul2 ikut konsep takaful nih, semua kena tanggungjawab, semua muslim kena menyertai takaful, kerna ini adalah satu cara kita saling menjaga sesama kita, maka nanti tak perlulah yg ditimpa musibah meminta2 sedekah, ini cara ekonomi Islam;

6-konsep asasnya sama dgn zakat, tabungan bersama, cuma zakat tuh tabung org kaya untuk org miskin, kalo org yg tak kaya dan tak miskin nih kita gunapakai takaful;

7-bila guna konsep Islam, kita nih kena urus cara Islam juga, peserta pun kena pegang kaedah Islam juga, kita masuk takaful nih cari pahala, jual takaful pun cari pahala, sebab setiap bantuan kepada org yg ditimpa musibah itu kita ada kongsi pahala sebab duit kita pun ada dalam tabung tuh;

8-ini yg kita kena bezakan dengan amik insuran, bila masuk takaful, keutamaan ialah pahala bukan untung rugi lagi, rezeki itu rahsia Tuhan, kita usaha cari pahala dan berkah dalam rezeki;

9-masalah di zaman duit nih, org tanak pahala, tengok org susah kata kesian tapi masa sedekah dok cekau cari duit kecik, takut rasa tak ikhlas, tapi masa bagi pun dah rasa terpaksa;

10-apa yg kita paham bab ekonomi nih ialah buat untung untuk diri sendiri, ini syllabus ekonomi yg kita paham, yg kita lupa dlm Islam, untung tuh untuk jemaah, lagi banyak kita beri lagi banyak pahala, lagi banyak kita simpan lagi banyak kita akan disoal di akhirat;

11-org tak minat masuk takaful sebab dia rasa rugi, dia rasa rugi sebab yg dia paham psal takaful ialah insuran, yg dia paham psal insuran ialah bila mati baru dapat duit, kalau dia mati yg untung org yg hidup, tapi dia lupa kalau hidup mcm org mati dan menyusahkan org hidup macammana pulak, kita hanya pikir syiok diri kita sendiri;

12-satu lagi yg buat org tak minat masuk takaful ialah meluat dgn salesman, asik dok suruh masuk, tapi kita selalu dimomokkan masa nak buat claim subhanallah bukan main susah, ini bukan masalah takaful, ini masalah agen takaful;

13-mana2 takaful sama sahaja, walaupun salesman kata produk dia lebih baik dari yg lain, hakikatnya sama, yg penting org muslim kena sertai takaful, dan kalo nak sertai bukan sekadar nak pilih apa polisi dan syarikat yg mana;

14-antara yg kena teliti ialah agen, lebih baik sertai takaful dengan agen yg kita dah kenal, dah jadi kawan, senang nak dihubungi dan mmg dah mesra dgn kita, ini penting sebab kalo apa2 hal senang kita nak hubungi dia, dan dia pun tau kalo apa2 jadi pada kita, takyah kita susah2 nak bagitau dia;

15-kemudian kena paham polisi yg kita nak amik, jgn main ikut saja apa yg agen cakap, sebab polisi nih kita yg kena terangkan pada agen apa bentuk perlindungan yg kita mahu, bukan agen yg bagitau kita apa yg kita perlu, lepas kita bagitau maka barulah agen akan usulkan produk mana yg sesuai mengikut pelan kita, begitu juga persoalan berapa banyak yg kita perlukan, bukan main agak2 tapi kena pelan yg rasional;

16-ramai org rasa berat nak bayar takaful sebab mereka rasa tak penting macam bayar hutang bank, yg kita lupa ialah ini satu cara kita bayar pada diri kita dan keluarga kita, kalo kita rasa diri kita dan keluarga kita tak penting maka lebih baik tak sertai langsung, kita tak mahu tau apa yg akan jadi pada keluarga kita jika kita mati esok pagi, bukan masalah kita, tapi kita dok sebut laa selalu konon kita sayang keluarga kita, bohong saja, kita cuma kata sayang sebab kita yg perlukan diorg, kita bagi nafkah sebab kita perlukan diorg, sebab kalo kita rasa diorg perlukan kita, maka kita akan usaha persiapkan mereka untuk setiap kemungkinan yg boleh kita fikirkan;

17-kita nih byk yg angan2 saja, nak hidup senang tapi tak sanggup berkorban, nak tolong org tapi tak sanggup susahkan diri sendiri, sebab tuh jemaah kita tak kuat, saf kita longgar, kita cakap tapi kita tanak buat, org tua2 kata berilmu tapi tak beramal, nih sama lah, amar ma'aruf nahi mungkar, tapi kita buat dengan nafsu;

18-dah melalut, balik semula citer takaful, ini bukan sekadar kaedah nak melindungi keluarga kita, nih kena paham, bukan melindungi kita tetapi melindungi keluarga kita jika berlaku sesuatu kepada kita yg menafkahi mereka, bukan tak percaya qada qadar tapi mencari pahala dalam usaha;

19-takaful juga adalah satu kaedah saling menjaga dalam jemaah, semakin besar tabung takaful bermakna semakin kuat ekonomi kita, maka kita dah turut sama menjaga anak2 yatim dan janda2;

20-dan disatu pihak lagi, pengurus dan salesman takaful juga kena paham tanggungjawab, makna kata jika mereka tidak amanah bermakna mereka makan harta anak2 yatim dan janda2, pikirkanlah pula beri makan anak bini harta anak yatim, camna kita nak jawab kat akhirat nanti?

wallahualam..

[in reply in melayu.com on
perspeksi golongan muda terhadap insuran(takaful)]



[origin : Am I wrong? ]

read more...