Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 21, 2010

mindsetting


aku dapat satu sms semalam berbunyi, "bantulah aku jadi orang yang sukses dalam segala hal, bimbinglah aku untuk bisa membahagiakan lahir batin buat keluargaku, aku ingin memiliki rumah, mobil dan uang yang cukup, bantu aku untuk percaya bahawa aku bisa memiliki semua itu"

aku pasti anda juga biasa mendengar rintihan, keluhan dan harapan dari orang di sekeliling anda. persoalannya adalah adakah kita sudah bersedia dan berapa jauh kita boleh membantu mereka? sorang sahabat pernah pesan kat aku, "don't start whatever you cannot finish"

perasan tak suatu masa dalam hidup anda, berat badan anda akan dalam range yang sama, sama seperti kewangan anda dan kebiasaan anda? ada perubahan sedikit2 tetapi akan tetap kembali ke keadaan yang sebelumnya.. anda boleh mengubah ini dengan memahami cara minda anda berfungsi dari perspektif yang sedikit berbeza dan mengubah pendekatan anda..

dalam kebanyakan masa, perubahan yang anda inginkan akan disabotaj oleh diri kita sendiri dengan memfokuskan minda kita tentang sesuatu yang tidak kita inginkan..

cuba anda bezakan antara dua ungkapan ini..

"aku tidak mahu lagi jadi orang miskin, berharap belas kasihan orang dan sering gagal dalam hidup"

dengan

"aku mahu jadi seorang yang sentiasa bertenaga dan kreatif menjana wang yang lebih banyak dan sentiasa berjaya dalam setiap perkara yang aku lakukan"

ini pernah berlaku dalam hidup aku.. ada suatu ketika dalam hidup aku, aku cuba fokus untuk membayar hutang.. aku tidak sedar bahawa minda bawah sedar aku distimulasi oleh perkataan 'hutang'.. dan apa yang berlaku ialah hutang aku bertambah malah hutang yang ada jadi tertunggak.. ketika aku menyedari servo-mechanism yang terhasil, aku mengubah fokus aku daripada 'membayar hutang' kepada 'mencari wang lebih banyak'.. dan alhamdulillah, hutang masih ada tetapi hidup semakin terarah ke arah peluang untuk menjana pendapatan berbanding menjana hutang sebelumnya.. minda bawah sedar boleh anda manipulasi untuk mendapatkan 'servo-mechanisme' yang anda inginkan.. (rujuk 'bukan nasib dan kebetulan')..

maka apabila ada yang datang meminta bantuan, aku hanya mereka tahu bahawa aku tidak boleh mengubah apa2 dalam hidup dia, dia kena lakukan sendiri.. dan apa saja hasilnya nanti akan bergantung pada bagaimana dia mampu mengubah apa yang dia percaya dalam dirinya..

aku belajar sesuatu dari isteriku semalam.. dia kata bila kita nak beli sesuatu, jangan cuba atur dari duit yang kita ada.. nih sama dgn yg aku sendiri pernah sebut dulu (rujuk 'berfikir dalam poket').. dia kata jangan kira apa yang ada dlm akaun, kita andaikan saja kita takda semua duit tuh dan benda nih penting, bagaimana kita nak cari duit untuk membelinya.. dia kata kita kena buat sesuatu guna modal yang kita ada, setelah dapat untungnya, tahan sedikit lagi, gunakan modal itu untuk jana wang yang kita perlukan untuk beli barang yang kita mahukan.. pemikiran yang hebat..

kesimpulan yang aku ambil ialah jika aku mahukan sesuatu jangan fikir sama ada aku mampu atau tidak, sebaliknya fikir bagaimana caranya untuk mendapatkan apa yang aku mahu tanpa mengurangkan sumber yang aku ada.. apa yang aku ada sekarang sememangnya sudah aku atur sebelumnya untuk menanggung 'overhead' semasa aku.. jika aku mahu menambah sesuatu dalam 'overhead' aku, maka aku perlu menjana sumber yang baru.. beza perspektif, beza cara dan hasil yang lebih baik.. subhanallah.. pencerahan..

maka sekarang bergantung pada aku, bagaimana aku mahu mengubah perspektif itu dalam minda aku.. segalanya terpulang pada diri aku sendiri.. jika aku tidak mahu mengubah kebiasaan berfikir menyelesaikan masalah dengan sumber yang ada kepada menyelesaikan masalah dengan sumber yang baru.. hidup aku akan terus seperti tikus yang berlari2 dalam gelung roda.. tiada perubahan, yang berhasil aku dapatkan hanya penat..

dengar apa kata hati anda ketika anda berkata dalam hati anda bahawa anda mahu kaya.. adakah diri anda mensabotaj kata2 itu dengan berbagai logik atau bersetuju dengannya.. mungkin anda perlu mengubah definisi kaya dahulu dalam diri anda sebelum dapat membenarkan minda anda menerimanya.. tanyakan terus mengapa dan kenapa...mengapa aku tidak mahu kaya? kenapa kaya itu jahat dan bahaya? bagaimana kaya boleh menjadikan aku orang yang sombong dan lupa Tuhan? adakah aku akan jadi begitu kalau aku kaya? apa yang aku mahu lakukan jika aku kaya? adakah aku akan berpegang pada kata2ku? maka kenapa aku tidak mahu kaya? setelah menjawab soalan2 yang sebegini barulah anda boleh bertanya pada diri anda, bagaimanakah caranya untuk kaya?

berubah itu mudah.. jika kita tahu apa yang mahu kita ubah dan kenapa kita nak mengubahnya.. anda adalah apa yang anda fikirkan.. mental positif akan terserlah dalam kelakuan anda.. anda mahu kaya tetapi anda merasa perasaan yang negatif ketika belanja kawan2 minum atau ketika bersedekah pada anak2 yatim, tanyakan pada diri anda, adakah ini mental orang kaya? adakah orang kaya menunggu orang lain menunggu orang lain membayar harga minumannya?

teringat kata2 seorang pemandu teksi, dalam perjalananku dari bandara soekarno-hatta ke kost ku di kuningan, "miskin itu nggak belajar aja pintar, apalagi kalau kita belajar"

read more...

Tuesday, April 13, 2010

Road to Millionaire : compounding saving


i found this technique when i was in one of Bpk Krishnamurti workshop.. he shared this in one of the paper sharing titled "NLP for Prosperity" during the 1st Indonesian NLP conference earlier this month..

the principle is simple.. start with whatever amount you confident and comfortable.. and discipline yourself to do the saving accordingly.. the earliest you can bank-in or transfer the saving is between 1 month.. so if you look at the table above, eventhough you have money to save immidiately (let say between the first month and second month), you still need to wait until next month..

by calculation, you can be a millionaire on your 17th savings.. pls take note that you will need more time (may take two or three month) to fulfill your next saving, especially when its getting bigger..

the concept is that if you can save the amount last month, you can save the same amount again this month, but let go double from last month, then add RM10, to show yourself that you can do more..

its the game of mind power.. just play along and follow through the process.. you'll learn a lot more than just simply being a millionaire.. let see if you can compromise your own mind and got the charisma of a millionaire by completing the task..

click
Go Double! if you want to read Bpk Krishnamurti own word on this technique.
read more...