Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 24, 2009

back door to riba?


dogma ekonomi Islam

"aku tak paham apa yg depa sibuk sangat psal ekonomi Islam. kalo betul ekonomi Islam tuh penting sangat, dah tentu masa Allah swt bagi Nabi saw pilihan, Nabi saw dah pilih dah harta kekayaan supaya Islam jadi kuat," haluan bicara malam mulai berubah arah.. raut wajah kawan aku mulai menunjukkan keseriusan berbanding pecah tawanya yg menggegar sejak dari awal malam tadi..

"semua nih mengarut saja.. hang tengok cam perbankan Islam, most of it is just a back door to riba.. nak bagi cantik depa bubuh laa akad laa apa laa.. mengarut.."

ahaa.. buat kali pertama aku mendengar pendapat sebegini di kalangan kelompok kawan2 ku yg ini.. selama ini aku pikir hanya aku saja yg berpikiran begitu.. almaklum kebiasaannya aku di hentam kira dan kanan jika aku mempersoalkan kosmetik Islam yg ditampal pada perkara2 yg aku rasa tidak ada jiwa Islam..

kosmetika perbankan Islam

sepertinya pertama kali aku melihat perjanjian pinjaman peribadi yg dikatakan mengikut Islam, aku menggeleng kepala membaca klausa bagaimana pinjaman peribadi itu disandarkan pada pembelian sejumlah saham dan kemudiannya saham itu diakad akan dijual semula kepada bank dengan sekian harga yg lebih tinggi pada suatu masa di hadapan.. sungguh jelas penipuan.. asas Islam itu jujur.. namun yg mereka sebut akad ini jelas sesuatu yg mengarut dan tidak masuk akal aku ketika itu.. sekadar membenarkan faedah yg lebih tinggi atas nama Islam.. itu harga yg kita bayar atas kejahilan kita..

begitu juga aku merasa tertipu oleh perbankan Islam apabila membaca lebih teliti perkara2 yg sebenarnya berlaku ketika pembelian rumah.. betapa rumah yg kita beli itu ditaksirkan semula dengan harga pada waktu akan datang, mengikut jangka waktu pinjaman kita.. maka kerna itu rumah seharga 200k apabila ditaksirkan semula dengan harga 20 tahun lagi akan bernilai 400k, maka kita pula akan membayar hutang kepada bank pada harga taksiran hadapan itu..

"lagu mana kita nak taksir benda yg belum ada nih? benda nih zaman Nabi saw dah tunjuk dah, kalau kita nih pi beli pokok kurma, tapi dok ada putik, harga pokok tuh tak masuk putik, nanti bila putik tuh berbuah, buah tuh hak org yg jual pokok tuh kat kita.." walaupun aku mengakui tak pernah mendengar hadis ini, namun dari kerut didahinya aku dapat melihat keyakinannya pada sesuatu..

konsep musyarakah?

"yg aku penah dengaq ada satu komuniti di long island yg buat benda nih dengan betul.. depa nih professional mmg ada banyak duit laa.. depa panggil benda nih musyakarah.. depa buat lagu nih" seperti kawan2 yg lain, aku juga memfokuskan fikiranku pada buah butir perkataannya..

"katakan kita nak beli rumah, kita mampu bayaq 10% jadi 90% nih komuniti yg bayaq.. kita dok rumah nih dan bayaq sewa katakan 1000.. tapi kita ada share 10%, jadi kita bayaq sewa 900 saja sebab 10% tuh hak kita.. jadi bila kita ada duit lagi, kita nak beli lagi share rumah tuh.. rumah tuh ditaksirkan lagi pada harga semasa pada waktu tuh.. pastuh kita bayaq share yg patut kita bayaq pada harga masa tuh.. katakan kita bayaq lagi 10%, jadi kita dah ada 20% pemilikan rumah tuh.. jadi sewa kita pun bayaq hanya 80%, sebab 20% tuh hak kita.. dan begitu seterusnya sampai kita dapat beli hak pemilikan penuh rumah.."

subhanallah, inilah indah Islam.. perkataan ini benar berbanding konsep2 mudharabah bank2 yg berlabel Islam yg semakin popular menjual produk2 yg semakin mengelirukan..

perang ke atas riba

"riba nih bukan benda kecik hang tau.. riba nih bukan sekadar haram tapi lagi teruk dari haram.. Tuhan dan Nabi saw kata apa kat riba nih? kalau babi Nabi saw kata haram saja, yg nih Tuhan isytihar perang.. kalau nak kata macammana hina riba nih, sama dengan bersetubuh dengan mak kita sendiri.. aku pun tak tau nak pikiaq apa lagi yg lebih teruk dari tuh.."

aku dapat lihat perkataan dia menyerap pada beberapa org kawan2 ku yg lain.. aku mengangguk2 setuju dengan pendapat kawan aku tuh, manakan tidak diisytihar perang, aku pernah membaca satu riwayat yg mengatakan dosa bersetubuh dengan ibu sendiri itu umpama dosa membunuh 40 (atau mungkin 70) org nabi.. umpama menyebabkan 40-70 bangsa di dunia terus sesat dari menerima hidayah Allah swt..

penilaian semula halal-haram

teringat pulak aku perihal bagaimana pentarafan halal itu dilakukan oleh panel syariah malaysia.. tentang bagaimana rupanya ada perkara2 yg tertakluk dibawah klausa 10%, 20% dan 30%, maka jika perkara2 haram itu tidak melebihi penetapan tersebut maka panel syariah akan menganggap produk itu boleh menggunakan nama Islam dan dianggap menepati syariah.. ini undang2 yg jelas tertulis sebagai panduan, bukan sekadar ijma panel syariah sahaja..

dan ini dapat memecah kebuntuan yg menyesakkan kepalaku kebelakangan ini.. bukan sekadar tentang bagaimana aku tidak mahu meninggalkan hutang pada keluargaku, tetapi jauh dari itu adakah harta yg akan kutinggalkan ini halal sepenuhnya.. dan betapa aku memikirkan keadaan hatiku yg tidak tenteram ini mungkinkah disebabkan oleh harta2 yg tidak halal.. moga Tuhan memberi petunjuk padaku..

"eh.. jomlaa kita balik.. dah pukui brapa nih, aku tak isya lagi.." andai saja aku dapat merasakan urgency yg serupa dalam hatiku.. serentak itu kami mula bersalaman dan mengucap selamat tinggal.. sekurang2nya satu kusut terlerai dalam hatiku, aku dapat yakin betapa bukan aku sendirian dalam perkara ini, dan benarlah kata2 bahawa seorg sahabat itu penyuluh ketika gelap.. semuanya semakin terang.. alhamdulillah..



[origin : Am I wrong? ]
read more...

Thursday, January 22, 2009

Peluang atau Tanggungjawab?


Statistik syarikat pengeluar produk halal di Malaysia


(sumber: Persatuan Pengguna Pulau Pinang)


ps: should i say more?



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Wednesday, January 21, 2009

the illusion of money

sejarah wang

ada tukang sejarah kata istilah 'money' tuh diambil dari perkataan 'monere' dalam bahasa latin bermaksud 'peringatan', 'amaran' atau 'arahan'.. ada kaitan dengan dewi greek yg diberi nama Juno Moneres (juga disebut Juno Moneta).. kata moneres dlm nama dewi kemakmuran nih pula membawa maksud 'tersendiri' atau 'unik'..

mengikut buku hikayat herodotus, org2 lydian yg mula2 sekali guna syiling emas dan perak, lebih kurang sekitar 650-600 BC.. awal dari itu digunakan istilah 'shekel' yg merupakan unit berat dan matawang purba digunakan di mesopotamia sekitar 3000BC.. ia merujuk pada ukuran berat barli berbanding nilai bahan lain seperti emas, perak, besi, dsb. sama macam ukuran british pound yg pada awalnya merujuk pengiraan yg senilai dengan satu paun perak.. sama macam masa bank of england cetak 'goldsmithnotes' yg bertulis "(I) promise to pay the bearer on demand the sum of (...) pounds (i.e. in gold)".. ini antara cerita awal duit dan wang kertas..

penggunaan wang kertas yg awal ditemui dalam tamadun china seawal kurun ke 9 hingga kurun ke 15, yg akhirnya hilang selepas tahun 1455, memperlihatkan bagaimana penggunaan wang kertas telah menyebabkan inflasi yg teruk..

apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan wang? definisi yg diterima ialah "apa sahaja yang diterima sebagai bayaran untuk barangan dan perkhidmatan dan pembayaran semula hutang"..

apa itu wang?

"apa citer ko sebenarnya nih?" tanya aku pada kawan aku sorg nih.. intelek betul bunyinya petang nih..

"apa sebenarnya yg kita gunakan dalam sistem ekonomi kita skrg nih?" dia bertanya semula kepada aku..

wang merujuk pada barang.. ini berevolusi dari sistem barter yg digunakan pada awal wujud urusniaga antara manusia.. bermakna kalau dulu, contohnya, nelayan akan menukar beberapa ekor ikannya dengan petani untuk beberapa sukatan hasil tanaman.. makna bila guna wang, kita guna barang utk ditukar dgn barang yg senilai dengannya.. kalo kita ada kambing, kita guna kambing.. makna mudahnya, bagi penternak ayam, ayamlah matawangnya, bagi petani gandum, gandumlah matawangnya, bagi nelayan, ikanlah matawangnya.. simple..

evolusi wang kertas

maka berevolusi lagi bila semua org bersetuju bahawa perak itu berharga maka semua barangan keperluan tadi dinilaikan semula kepada perak.. maknanya sekati perak boleh dapat berapa banyak ayam, gandum atau ikan.. maka org simpan perak sebab perak berharga..

bila wujud sistem wang kertas nih selaras dengan kewujudan bank.. wang kertas nih adalah jaminan bahawa kita ada perak yg senilai dengan yg tertulis atas kertas itu dalam bank.. dan pada bila2 masa org lain boleh bawa wang kertas yg kita bagi tuh dan tukar dengan perak kat bank..

"mudahnya, wang kertas nih adalah surat jaminan hutang, beritahu bahawa aku ada duit tapi aku tak bawak, tapi aku nak jugak barang ko tuh, jadi ko amik surat jaminan nih dan gie amik duit sebenar aku kat tempat yg aku simpan.." begitulah penjelasan kawan aku..

nilai sebenar wang kertas..

inflasi berlaku apabila kita memberi jaminan melebihi daripada apa yg kita ada.. bila semua org yg pegang surat hutang kita tuh gie ke bank utk tukar dengan perak atau emas yg kita simpan mendapati bahawa sebenarnya nilainya tak cukup dengan yg dijamin.. maka surat hutang kita turun nilai.. maknanya walaupun surat hutang kita kata sama dengan 10 keping emas tapi sebab emas kita hanya ada 5 keping, maknanya setiap jaminan 2 keping emas kita hanya bernilai sebenar sekeping emas.. maka org lain boleh beli sekati beras dengan satu surat hutang tapi kita kena beli dengan dua surat hutang.. kita ada terlebih surat hutang dari nilai yg kita simpan..

"bermakna wang kertas yg kita pegang nih bukanlah menunjukkan nilai sebenar.. sepuluh ringgit semalam mungkin cukup makan sehari tetapi sepuluh ringgit hari ini hanya cukup makan tengahari.. ini yg sedang berlaku.."

"sebab itu pada aku bukan barang naik harga tapi nilai wang kita turun.. barang sama jugak kita beli sekilo jugak tapi kalo dulu roti canai 40sen sekrg nih 90sen.. makna nilai duit syiling kita merosot lebih dari 50%.."

back to basic

"maksud ko apa?" aku terus mengunyah roti canai yg belum turun2 harga sedangkan minyak dah lama turun harga..

"kita kena kembali semula pada asas.. back to basic.." cakap omputih pulak kawan aku nih..

setiap matawang dunia ini tergantung pada pasaran matawang yg pada awalnya berteraskan pada nilai reserved sesuatu negara.. semuanya masih disandarkan kepada nilai emas..

"kita kena guna actual emas dan perak sebagai duit.. atau kita kena menyimpan dalam bentuk reserved yg sebenar, iaitu emas dan perak.. bukan simpan duit.. simpan duit bermakna kita simpan surat hutang, belum tentu org yg berhutang dengan kita boleh bayar.."

konsep nilai emas..

ada kawan2 tanya aku masa bila elok beli emas.. almaklum skrg emas mahal harganya.. aku cuma kata setiap masa ada masa yg baik untuk beli emas.. hampir semua org tak puas hati dengan jawapan aku..

salahpaham utama ialah menyandarkan emas kepada nilai wang.. contohnya segram emas skrg bernilai RM 110.. maka kita mengira2 duit yg kita ada.. padahal konsep reserved ini bermaksud menyandarkan semula wang kita kepada nilai emas.. bermakna dengan duit yg kita ada skrg berapakah nilai sebenarnya.. dan emas yg kita simpan itulah yg sebenarnya nilai kekayaan kita bukan nilai duit..

"aku tak paham laa.." sahut sorg lagi kawan aku dengan dahi berkerut2..

"org tak kata ko ada emas RM2,000 tapi org kata ko ada emas 10gram.. sebab nilai emas ko ialah 10gram bukan RM2,000.. kalo berlaku sesuatu, wang kertas seharga RM2,000 tuh ko nak tebus dengan apa? sedangkan emas adalah emas.. wang kertas tuh surat jaminan tapi kalo dah bendanya takder apa jaminannya? tapi emas seketul itu bernilai emas seketul.."

"esok laa sambung.. aku nak amik anak aku balik sekolah nih.." hangin kawan2 aku yg tgh dok syiok dengar..

"takpa petang nih aku bayar.." kata aku mencerahkan semula muka yg hampir stress tadi..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Monday, January 19, 2009

what can we do? (part 3)

pelasterian instrumen ekonomi Islam..

salah satu sumber asas ekonomi Islam ialah zakat.. zakat bukan sekadar dikumpul tetapi digunakan sepenuhnya.. mewujudkan perkampungan org miskin yg dibantu penuh rumah dan pembangunan ekonomi untuk rakyat yg daif dan tidak berumah.. pembinaan hospital pakar dan sekolah berasrama khusus untuk org miskin dengan prasarana yg sebaik yg ditawarkan oleh institusi swasta.. dengan cara ini setiap zakat yg terkumpul dapat disalurkan dengan lebih cekap dan berkesan..

begitu pula halnya dengan institusi infaq dan waqaf yg harus menjadi suatu peluang yg ditunggu2 oleh setiap rakyat dalam membina kemakmuran ummah.. semua ini adalah apparatus yg boleh memperkukuh ekonomi ummah dan meleraikan kebergantungan pada yang lain..

benarlah sukar untuk kita menerima namun beginilah pendapatku.. bahawasanya apa sahaja yg kita perkerjakan itu adalah menjadi hak kita untuk menikmati keuntungannya.. namun dlm Islam harta dunia ini hanyalah amanah dan dipinjamkan oleh Allah swt, maka kerna itu nanti kita akan dipersoalkan akan tentang kemanakah kita belanjakan harta2 tersebut.. adapun apa yg kita dapatkan itu bukanlah kerna usaha kita tapi kerna rahmat Tuhan semata2.. adalah benar segala takdir itu adalah milik Tuhan dan Tuhan akan memberikan rahmat-Nya pada yg berusaha bukan sekadar berharap dalam malas.. namun masih janji Tuhan bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki hamba-Nya sebelum dijemput maut..

perihal harta yg ditinggalkan

ramai yg suka meriwayatkan hadis yg mengisahkan nasihat Nabi saw kepada Saad bin Waqas ra, "adalah lebih baik meninggalkan harta kepada anak2 kamu daripada membiarkan dia miskin dan meminta2".. tapi ramai yg tidak tahu siapa Saad bin Waqas ra dan mengapa Nabi saw menasihatkan begitu kepadanya, sedangkan kita sedar dan faham bahawa Nabi saw tidak meninggalkan apa2 kepada isteri dan anak2nya ketika baginda wafat.. adapun Saad bin Waqas ra itu adalah seorang yg kaya tetapi dia mahu menghibahkan semua hartanya kepada Islam.. kerna itu beliau ditegur oleh Nabi saw kerana tidaklah adil membiarkan anak2 beliau dalam kemiskinan sedangkan sebelum itu tidaklah mereka pernah tidak cukup makan.. meletakkan hak pada tempatnya..

jika kita telusuri hidup Nabi saw dan para sahabat ra yg begitu takut dipersoalkan tentang harta yg dikumpulnya.. hingga Nabi saw sendiri mengingatkan bahawa setiap org harus membuat wasiat sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. membawa makna setiap dari kita harus melihat semula harta yg kita kumpul sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. bukan untuk kita menghitung2 kekayaan apalagi bermegah2.. tetapi supaya kita menginsafi bahawa perlunya kita mewasiatkan 1/3 daripada harta kita untuk Islam.. bukan sibuk membahagi2kan harta dikalangan waris kerna hak waris sudah terperlihara dalam faraid..

maka berpendapat juga aku bahawa walaupun 2.5% itu hak zakat yang khusus asnafnya, namun ada lagi 1/3 bahagian dalam harta kita yg sebenarnya perlu kita kembalikan kepada ummah.. hak waris adalah 2/3 bahagian setelah ditolak zakat dan pembahagian faraid bukan menunjukkan harta untuk pemilikan sebaliknya atas hak untuk dipertanggungjawabkan..

kapitalis Islam..

ini beza langit dan bumi antara sistem modal kapitalis yg menjunjung demokrasi dan sistem modal dalam Islam.. dalam sistem ekonomi moden yg kita paham dan ikut, betapa dimana ada kehendak di situ ada pasaran, maka berniagalah mendapat untung dan modal terkumpul pada individu.. dlm sistem ekonomi Islam, dengan berbagai instrumen seperti zakat, infaq, waqaf dan sedekah, kapital ekonomi berada pada ummah, bukan pada individu..

jika kita mahu melakukan sesuatu, modal itu boleh diberi dari ummah, maka berkreatiflah kita melipatgandakan modal tersebut, namun setelah itu kita kembalikan ia semula kepada ummah melalui instrumen yg wujud.. sekali lagi, modal itu pada dana ummah, baitul-mal, dsb.. bukan individu.. dengan itu seluruh ummah mengecapinya dan bukan dimegah2kan oleh sekelompok kasta tinggi dalam masyarakat..

sosialis Islam..

adalah benar ada yg mengaitkan keserupaan sistem ini denga sistem sosialis yg didukung oleh hampir semua negara komunis terutama rusia dan china.. pokok asas yg penting dlm sistem ini ialah pentadbir, atau yg kita sebut khalifah.. kegagalan sistem komunis kerana tiadanya jiwa Islam dlm pentadbiran dan pelaksanaan.. kerna itu sekali lagi kita tekankan bahawa ekonomi adalah urusan kedua selepas kita perkukuh urusan wahid iaitu kekuatan persaudaraan..

dan pertanyaannya sekali lagi ialah selepas perbincangan panjang, selepas faham dan selepas melihat pilihan yg kita ada.. bolehkah kita melakukannya? dan aku sangat teruja dengan pendapat sahabatku.. "walaupun mungkin bukan dalam generasi yg ini, tetapi kita perlulah memulakannya.. masih banyak kelemahan di dalamnya yg perlu dibahas dan diperincikan lagi.. dan jangan lupa menyiapkan generasi seterusnya yg lebih mampu melakukannya dari kita.. ini tanggungjawab kita sebagai generasi pencetus.. insya-Allah.."


[origin : Am I wrong? ]

read more...

Friday, January 2, 2009

kisah lanun kapal tangki dan pencuri handphone

pagi tadi kawan aku sibuk dok tunjuk kat berita tentera laut malaysia berjaya halau lanun teluk aden dari merompak kapal tangki india.. tahniah kepada pasukan tentera laut malaysia!

aku tunjuk pulak kat dia berita kat bahagian bawah nst tuh psal dua org budak pompuan kat kangar mencuri handphone sebab lapar.. bapaknya sakit mental, ibunya dipenjara kerana dadah, terpaksa tinggal dengan atuk-nenek.. mangsa curi tokeh salun tuh pun meleleh airmata mendengarnya, dan berkata sanggup bagi makan dan duit hanya saja kalau mereka meminta..

dah selalu sangat aku dengar ramai yg skeptikal bila org datang minta sedekah.. mmg tak dinafikan sebilangan peminta sedekah nih menipu ataupun didalangi oleh sindiket.. tapi bagaimana kalo yg meminta itu benar2 memerlukan? ini dilema kita..

begitu juga bila kita dihampiri oleh seseorg yg kelihatan sangat terdesak meminta bantuan kerana kehilangan dompet konon disamun dan segala macam cerita sedih.. yg pertama kita berfikir adalah sama ada kisah itu benar atau tidak.. kemudian kita akan bertanya lagi untuk mencari logik penceritaannya.. dan semuanya bergantung pada berapa pandai dia bercerita..

walaupun kita sendiri tahu bahawa logik itu tidak bermakna sentiasa benar dan tidak logik itu tidaklah semuanya tidak benar.. tapi yg paling kita tidak suka ialah merasa diri sendiri bodoh apabila kita merasa ditipu.. kerna itu walaupun kita dah beri, tetap jua kita mengenang2 agar hati kita yakin bahawa kita tidak ditipu..

persoalannya ialah bagaimana kalo kisah yg tak logik itu benar.. yg selalu aku takut ialah sebab aku tak tolong dia gie buat keje2 maksiat.. sebab tuh biasanya aku bagi jer walaupun aku rasa dia menipu.. sebab aku juga berpendapat dia mmg sangat terdesak hingga sanggup menipu.. moga Tuhan ampunkan dosa dia dan dosa aku..

teringat kata2 kawan aku masa dia bersungguh2 sorokkan kasut yg baru dibelinya kat bawah tangga masjid masa solat jumaat minggu lepas.. dia kata dia tak kisah kasut dia hilang tapi dia takut kasut barunya itu menyebabkan ada org nanti yg jadi bernafsu nak jadi pencuri dan kesian kalau org lain dapat dosa sebab mencuri kasut dia.. aku cakap kat dia, "dah tau camtuh apsal ko pakai kasut tuh gie masjid.." dia jawab, "kang ko kata aku kufur nikmat pulak".. hehe

berbalik kisah gadis pencuri handphone nih, aku teringat pertanyaan org umah aku tak lama dulu, "ada ker lagi org kat malaysia tak makan? yg terlebih makan banyak laa.."

masa tuh aku serba salah nak jawab.. masalahnya jika kita tahu ada org tak makan dan kita tak tolong dalam keadaan kita boleh menolong maka berdosa kita.. waima kita dah biasa dengar tentang bagaimana berdosanya kita kalo kita masak sedap dan baunya pergi ke rumah jiran yg lapar tapi kita tak hantar pun makanan pada dia..

Nabi saw sendiri kata kalo masak biar banyak kuah supaya lebih banyak org boleh makan.. betapa banyak pengkisahan sahabat2 Nabi saw yg keluar cari org miskin untuk makan bersama dan takkan makan selagi tak jumpa.. begitu juga tentang bagaimana keluarga Nabi saw boleh sedekahkan makanan pada org fakir walaupun itu merupakan makanan terakhir yg ada dalam rumah mereka..

ini semua kontrak sosial dan asas rezeki yg Tuhan kurniakan pada kita.. bahawa dalam setiap rezeki yg Tuhan beri pada kita itu ada hak org miskin.. sudahkah kita laksanakan hak yg diamanahkan oleh Tuhan pada kita?

seorg kawan aku yg lain pesan kalo sedekah berpada2.. janganlah sampai diri sendiri pun tak cukup.. walaupun pada amnya aku setuju tapi aku berpegang pada janji Tuhan, jika kita bersekah satu di jalan-Nya, maka Dia akan ganti sepuluh.. soalnya sekuat mana keyakinan kita pada janji Tuhan?

org kata takdir mmg tetap tapi kita kena usaha.. kalau tak usaha mana kita dapat.. aku tak kata tak betul ayat nih tapi aku juga berpendapat bahawa apa yg kita dapat nih bukan sebab usaha kita tapi sebab Tuhan nak beri.. kalau Tuhan tanak beri, usaha puluh tahun pun takkan dapat.. kalau Tuhan nak uji, kafir pun Dia bagi jadi kaya-raya.. usaha tuh bentuk ibadah kita pada-Nya.. bila ibadah maknanya kita tak perlukan balasan selain dari redha dan rahmat-Nya.. kalau tak usaha maknanya kita tak peduli pun pada-Nya, kita jadi sombong pada-Nya..

rezeki Tuhan nih datang berbagai bentuk.. contoh bila sebut psal makan, Tuhan bukan bagi rezeki dalam bentuk makanan saja, dapat makan alhamdulillah.. tapi ada org dapat rezeki makan dalam bentuk kenyang, tiba2 rasa kenyang alhamdulillah.. dua2 cukup tapi ada org tak puas, cekik dua belanga pun tak kenyang.. Tuhan tarik nikmat.. astaghfirullah..

sama juga kumpul harta, ada org dapat nikmat kumpul harta.. rumah besar, pakaian mewah, duit berlimpah.. alhamdulillah.. ada org dapat nikmat rasa harta.. rumah besar, pakaian mewah, hutang banyak.. dapat gaji cukup2 bayar hutang belanja sebulan.. alhamdulillah.. ada org pulak tak dapat rasa nikmat kumpul harta.. kumpul2 asik tak cukup, tak boleh beli harta, takleh kumpul duit, tapi makan pakai cukup.. alhamdulillah..

tapi nih semua harta dunia.. kawan aku kata tak penting sebab takleh bawak mati.. dia kata kalau nak kumpul harta kena kumpul harta yg boleh dibuat mati..

"aaa menarik nih.. cuba ko citer lagi," aku suka dengar bila dia membebel psal benda2 camnih..

"salah satu hadis masyhur psal harta selepas mati sebut yg menyelamatkan kita walaupun selepas kita mati ialah ilmu baik yg kita ajar, harta yg kita beri dijalan Allah swt dan anak yg soleh.. dah lengkap dah nih..," sambungnya dengan bersemangat..

"hidup kita nih kena tuntut ilmu.. wajib.. bila ada org tak tahu kena ajar.. wajib.. bila nampak benda salah, ini kita tahu sebab kita ada ilmu, kena betulkan, kena tegur.. wajib.. ini asas.. hidup tuh dakwah.. nak dakwah kena ada ilmu.. wajib.. jadi tiap hari kena tuntut ilmu dan bila dah kaya ilmu kena ajar ilmu.. kalau boleh sebut aku kata ada hak org bodoh dalm setiap ilmu ko tuh.. kena laksanakan hak.. sebab tuh dakwah nih wajib.. buat dapat pahala, tak buat dapat dosa.."

"ko nih pandai2 kuau fatwa sendiri," aku tegur dia..

"alhamdulillah.. tuh pahala tuh.. ko tegur aku psal ilmu.. supaya aku tak riak dan berlebih2an.." jawapan selambanya..

selepas menghirup kopi dia sambung lagi, "tapi ilmu tuh kena ada manfaat.. baru berterusan pahalanya.. kalo ilmu kita ajar jadi amalan org lagiii besar pahala.. sebab tuh kena hati2 ajar org takut org salah paham.. kang dosa pulak yg berterusan.."

"kalau Tuhan bagi duit banyak pulak macammana?" tanya aku sambil mengunyah roti banjir yg rasa sedap pulak pagi nih.. Tuhan bagi aku nikmat sedap.. alhamdulillah..

"lagi laa senang.. senang buat pahala dan senang buat dosa.."

"isk.. ko nih"

"betullaa.. cuba ko pikir kenapa begitu banyak nasihat dan teguran dalam Quran dan hadis psal org ada harta nih.. padahal pasal org miskin sikit saja.. maknanya Tuhan beri perhatian pada org kaya.. dan dikisahkan juga betapa besar pahala sedekah, waqaf dan infaq.. waima kata zakat tuh disebut beriringan dengan kata solat dlm banyak ayat dalam Quran.. dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.. org misekin camna nak bayar zakat?"

"itu benda biasa dengar yop.."

"mmg biasa dengar tapi org tak buat pun.. cuba ko tengok bila ko sebut pelaburan yg baik skrg ialah beli emas, apa kawan2 ko sebut? kalo beli emas kena zakat.. maksudnya apa? beli rumah takyah bayar zakat? simpan dlm unit trust tak payah bayar zakat? simpan dlm tabung haji takyah bayar zakat?"

"emm.. kena berbaik sangka tuan.. maksud diorg kalo masuk unit trust, tabung haji, asb tuh semua mmg dah siap2 potong zakat.. kalo beli emas takut terlupa bayar bila haul dah sampai.. maka sebab tuh diorg kata susah nak simpan emas.."

"subhanallah.. betul betul betul.. yg aku maksudkan ialah jangan takut bayar zakat.. malah patutnya bila buat pelan kewangan kena targetkan berapa zakat nak bayar tahun nih.. bukan berapa banyak leh kumpul.. zaman nih banyak org bayar zakat sebab nak elak cukai.. daripada bayar cukai baik bayar zakat, betul.. tapi niat bayar zakat tuh sebab nak elak cukai, org dah makin lupa konsep zakat yg sebenar.."

"zakat nih asas ekonomi Islam.. maksudnya dengan berkembang harta zakat nih maka lebih banyak yg boleh diperbuat untuk org Islam sesuai keperluan.. kalau mmg keperluan nak beri pelajaran pada org miskin, pusat zakat boleh buat sekolah berasrama khas utk org miskin, kalau org miskin perlukan kesihatan, buat hospital khas utk org miskin.. kalau keperluannya rumah, maka buatlah kawasan perumahan khas untuk org miskin.. bila dah buat semua nih maka dengan sendiri tiada org miskin yg homeless, bodoh dan sakit2.."

"zakat nih bukan setakat bagi makan minum dan hantar org gie mengaji kat arab saja.. bukan sekadar bagi beberapa ratus masa raya puasa dan raya haji.. asnaf zakat nih banyak dan pengurus zakat patut pikir jauh lagi.. bukan guna buat bangunan untuk pusat zakat dan belanja promosi saja.."

"sama juga dengan wakaf.. bukan setakat wakaf tanah kubur saja.. wakaf nih gunannya utk bangunkan fasiliti dan infrastruktur.. wakaf masjid dan rumah anak yatim.. wakaf buat jalan, wakaf kebun, wakaf air percuma, wakaf kitab, dan segala macam lagi.. kita kena jadi kreatif.."

"dan wakaf nih bukan lepas mati saja baru nak buat.. masa hidup nih kena buat.. nih harta sebenar kita.. kumpul duit banyak2 pastuh beli tanah dan wakafkan.. tapi org rasa rugi.. sebab penat2 kumpul pastuh bagi kat org.. org lebih suka beli harta banyak2, buat rumah besar2, beli keter mewah2, nih semua bukan harta.. penipuan dunia saja.. bukan kaya pun namanya.."

"sedekah pun satu hal.. kita nih bagi sedekah kat org miskin saja.. kat kawan2 tanak sedekah.. bila makan kat kedai kita kenen2 kawan suh bayar padahal bagi org makan tuh pahala besar.. patut berebut2 nak bayar sebab nak pahala.. lagi banyak kena bayar insya-Allah lagi banyak pahala.. tapi org kita nih tanak rugi di dunia.. padahal mudah buat sedekah nih.."

emm.. nih taktik nak suh aku bayar sarapan pagi laa nih.. tapi tak baik pulak pikir camtuh.. astaghfirullah..

"bila aku baca kisah org soleh yg boleh wakafkan kebun sebab mengganggu kyusu solat, aku malu pada diri sendiri.. kita nih nak sedekah RM10 setiap minggu kat masjid pun lama berfikir.. apalagi nak hulur RM50.. padahal solat kita nih kat masjid pun tak selalu sampai taraf kyusu'.."

"itu org kaya tuan.. kalo mmg duit cukup2 tiap bulan camna nak buat lagi.." aku enterframe kuliah pagi dia..

"nih aku cakap macam nih pasal kita nih org kaya laa.. ada ko tak makan dua hari? ada ko ikat batu ke perut macam para sahabat buat? ko makan tak bertambah tak sah.. pastuh ko nak mengaku miskin? jangan laa nak kata sederhana.. kita nih tak sampai tahap sederhana pun.. Nabi saw sendiri bersabda kata makan lebih dari dua kali sehari tuh dah berlebihan.."

"tapi realitinya mmg kita skrg nih kalo takder duit takleh nak hidup.. kalo ko nak suh aku sedekah banyak2 nanti aku menzalimi keluarga aku pulak.." aku cuba mencari maksud dalam ayat2 dia..

"tuh perkataan nafsu tuh bang.. tak percaya janji Tuhan ke? rezeki tuh tetap.. bila ada keperluan doa lah.. hanya doa tuh yg mengubah takdir.. bila doa pulak kena percaya laa.. bukan tawakal pastuh merungut.. bila Tuhan uji dengan kekurangan harta kita melenting2.. masa Tuhan duga dgn kekayaan kita senyum2 saja.. macammana kita nak mengaku kita nih org beriman? sahabat Nabi saw sendiri kata perkara yg paling menyenangkan hati tentang keluarganya ialah bila isterinya mengeluh tiada makanan di rumah.. maknanya senang hati tidak menanggung harta dunia.. lagi banyak harta kita kumpul lagi banyak kita kena jawab dgn Tuhan nanti.."

"kalo macam tuh habislah semua org Islam miskin?"

"org Islam kaya bukan individu.. nih kena paham.. apa guna sorg dua kaya tapi beribu2 yg lain miskin macam sekarang nih? dan aku pun bukan kata bangkang org cari harta.. cuma bila kita cari harta nih kita cari redha Tuhan.. kita cari harta bukan untuk diri kita sendiri tapi untuk ummah.. kita cari harta, buat sedekah, waqaf, infaq.. anak2 yatim terbela.. janda2 terpelihara.. org2 miskin terjaga.. ko tengok berapa ramai org miskin, org cacat, janda2, anak yatim yg merempat mintak sedekah.. kenapa nih semua berlaku? sebab kita cari harta untuk diri kita sendiri.. padahal Tuhan dah bagitau memberi harta ke jalan Allah swt, Tuhan ganti berganda2.. kita tak mahu yg berganda2 tuh tapi kita tetap mahu yg sejemput yg kita ada saja.."

"sama dengan konsep sosialis nih.."

"semua konsep dlm dunia nih kalau asasnya Islam elok jadinya.. sebab tuh ada beza antara muslim quote hadis dengan kafir quote Quran.. ada beza kita dipimpin oleh org Islam dengan dipimpin oleh harbi.. sebab nilai Islam dlm diri setiap org tuh berbeza.. mana boleh percaya org kafir sebut benda baik psal Islam.. kalo dia kata Islam tuh benar dan betul kenapa dia tak peluk Islam.. aku tau ko akan sebut dakwah kena berhikmah.. aku tutup kes yg nih.. hehe"

"satu lagi harta manusia ialah anak yg soleh.. nih harta besar nih.. kalo org melayu dah selalu jadikan alasan nak anak lelaki nih untuk kawin lagi.. penting anak nih sebab doa dan amalan anak sampai terus pada ibubapanya.. tapi kena bagi jadi anak soleh laa.. maknanya kita kena ajar bagi ilmu, kalau tak mampu carikan guru.. nih wajib.. tak buat berdosa.."

"tapi yg ramai skrg nih takut nak beranak.. takut tak cukup makan.. maka merancang.. takut diumpat org beranak pandai nak bagi makan tak pandai.. kita lawan takdir dengan makan ubat, inject, dan segala macam.. sebab apa? sebab kita rasa susah kalo anak ramai.. nak jaga anak ramai pun rasa susah tapi ramai kita nak jadi ketua, nak jadi pemimpin, nak tadbir org lagi banyak.. apa kehenyer yop?"

"ko tengok ulama zaman dulu.. isteri full quota.. anak punya laa ramai.. tak juga ada rumah besar2.. malah kdg2 berbulan2 tak jumpa salah satu isteri.. makan pun roti keras saja.. sebab apa nih? sebab nafsu? jangan ikut pikiran syaitan.. org yg soleh mmg kena isteri dan anak ramai.. berharap agar ada berkah dalam keturunannnya.. dan keturunannya itu moga2 jadi pelita buat masyarakat.."

"jadi paham kat sini.. nak kawin banyak tuh bukan sebab byk harta.. org kaya elok kawin banyak supaya dapat jaga lebih ramai wanita.. tapi syarat nak poligami nih bukan harta tapi soleh atau tidak.. tak soleh takleh kawin.. nanti yg ramai bukan penduduk syurga tapi memenuhkan neraka.. yg boleh adil tuh soleh, harta takleh adil.. kalo ko pikir2 nak kawin lagi ko pikir dulu ko nih dah masuk golongan solehin ker belum.. kalo idak malu kat Tuhan.. jaga satu pun tak tentu syurga apalagi kalau jaga ramai2.."

"aku pulak yg ko kenen.. belum pikir ke situ lagi pun.. tapi nih pun dah tetap kan.. rezeki, jodoh dan maut dah tetap di luh mahfuz.. kdg2 semua tuh Tuhan takdirkan ada sebab bukan saja2.. rancangan kita baik tapi rancangan Tuhan lebih baik lagi.."

"setuju aku.. aku nak sebut satu lagi.. bila dah anak ramai nih, maka kita kena jugak wakafkan anak2 ke jalan Allah swt.. kan elok kalo ada antara anak2 kita nih kita wakafkan jadi tahfiz.. lagi elok kalo semua.. tapi reailiti jugak ler tengok diri kita pun hapal surah lazim saja.. insya-Allah.. sama2 laa kita.."

"insya-Allah.. err.. nih dah dekat jam dua belas.. kita nih sarapan sampai ke tengahari.. elok nanti2 kita sambung tazkirah ko nih.. aku nak tengok anak2 aku kat umah kejap.. kang yg jantan tuh tak siap2 lagi nak gie solat jumaat.. ko tuh jangan lupa doa banyak2 bior jodoh cepat sampai.. biar ada byk harta dunia dan akhirat.."

"amin.. takpa.. ari nih aku bayor.. asik ko jer bayor tiap hari.. aku nak pahala jugak.. hehe"



[origin : Am I wrong? ]


read more...