Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 20, 2008

krisis tenaga dunia?


[quote="joedett"]

Ok,mengikut statistik simpanan minyak Malaysia tinggal 3billion tong shj,pengeluaran kita 600-700ribu tong lebih sehari.Aku pun silap tulis kat atas tu sehari ku kata setahun(tp dah edit dah).Jadi setahun kita akan keluarkan lebihkurang 250juta tong minyak dan bermakna juga dalam masa 10-12 tahun lagi simpanan minyak kita akan kering kontang!

Jadi krisis kekeringan telaga2 minyak adalah krisis global,trend semasa dunia.Harga minyak dunia mencanak2 naik dan tahun ini dijangka harganya bermain di sekitar $80-100 lebih sedangkan ketika dinaikkan kali terakhir dulu di Malaysia harganya cuma $78(antara harga tertinggi ketika itu).Harga utk hari ini saja adalah $93 setong.Jadi kalau kita boleh maintain harga pada harga sekarang ini buat setahun dua ini pun sudah lebih drp baik,tapi utk menurunkannya adalah kurang masuk dek akal.


bukan ker zaman dolu2 org kat tanah melayu nih tak pakai minyak.. sama gak dgn duit.. dulu tak laku duit kertas nih..kalo emas pun org kaya2 jer simpan, itu pun bukan leh wat per, leh tunjuk2 saja sebab org pun tak berapa peduli..

sama cam citer ayam, sama cam citer gula, minyak masak, beras, dsb.. alasan utama kita gunapakai ialah benda tuh keperluan kepada kita di zaman ini.. zaman ini.. bukan zaman dulu dan bukan zaman akan datang..

pada aku yg penting ialah tanah utk bercucuk tanam.. bila isuk2 apa2 jadi.. contoh paling mudah perang.. mustahil ker perang tahun depan? kalo perang camna kita nak makan? itu keperluan.. tapi byk org kata tak mampu.. cukup sekadar beli sebiji rumah sekangkang kera.. lebih mahal dari harga tanah 3 ekar.. boleh pulak..

skrg nih kita cakap keperluan, sebab naik keter/motor gie keje.. pakai minyak.. dan pegi keje lak pun sebab kita dah terperangkap dlm sistem yg dok ada nih.. hanya untuk survivalisme.. konon zaman maju.. katakanlah kita nih tak mampu beli motor/kete, camna kita nak gie keje.. haa.. ada kawan kata keter/motor tuh kan kemudahan.. lerr.. tadi kata keperluan, skrg jadi kemudahan lak?

krisis tenaga dunia kononnya.. sapa yg sebut krisis nih? kita ikut2 saja.. cam biasa.. org gelabah kita gelabah.. betullah kita berada di zaman keliru.. mengelirukan dan dikelirukan..

aku rasa kita toksah pikir jauh2.. we take one thing at a moment.. kalo pun bekalan minyak nak habis, dia tetap akan habis.. buat laa camna pun.. takkan kita nak demo kat petronas suh korek minyak tuh sikit2? lagi laa cepat naik harga kan? maka tak salahlah kita minta kerajaan kontrol jangan naikkan harga minyak.. sebab untung atau tidak petronas tuh bukan ada kena mengena 'direct' dgn kita.. tapi naik harga minyak tuh mmg byk impak pada masyarakat..

haa.. peduli apa semua tuh.. kalo esok2 abih dia naik harga gak.. biar laa dia tak naik skrg.. masuk akal atau tidak itu bukan masalah.. small deal.. tapi harga barang2 makanan naik sampai tahap tak masuk akal, haa itu masalah.. big deal.. kapitalis mmg pandai putar belit situasi nak 'create' kesedaran konon.. padahal mereka cuma 'create' alasan.. supaya kita setuju dgn tindakan diorg.. sama gak laa macam org politik.. pandai berjanji dan pandai bagi alasan..

amacam? leh tak aku cakap macam nih joedett? heheh



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Saturday, February 16, 2008

menyimpan dengan cara berbelanja?


GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) -
[cut]
Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.
[cut]
Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang, sebaliknya membelanjakan dnegan jalan yang betul.
[cut]


anybody care to explain how this is relevant in today's situation?

ini bukan kali pertama dia cakap camtuh.. adakah maksudnya kita jangan simpan duit dan belanjakannya dengan beli harta/wakaf, sedekah/infaq dan menuntut ilmu? sebab setakat nih itu saja yg mampu tercapai dek akal aku..

rasionalnya camnih.. duit kertas adalah instrumen kafirun.. maka selagi kita guna duit selagi itu mereka buat keuntungan, sebab diorg yang kontrol semua matawang dunia.. lagi banyak kita simpan makna lebih berharga duit nih..

us dolar dan federal reserve merupakan satu kekuatan ekonomi yahudi.. mungkin atas sebab ini kesatuan eropah mahukan matawang sendiri, euro.. dan masa2 yang sama juga negara2 Islam cuba untuk 'establish'kan dinar..

selagi kita bersandarkan pada us dolar selagi itu mereka yang menguasai ekonomi dunia.. sedangkan yg kita tak perasan ialah mereka sendiri menyandarkan us dolar pada nilai emas yg berada dalam federal reserve.. bermakna pada bila2 masa mereka leh gunakan pengaruh simpanan emas mereka untuk menilai semula setiap matawang dunia..

jika ini jadi sandarannya, maka ada kebenaran kita tak sepatutnya menyimpan sebaliknya membelanjakan pada jalan yg betul.. tapi apa maksud jalan yg betul tuh?

aku bukan mempertahankan pendapat dia tapi dari pemerhatian, dia takkan main2 cakap, byk benda yang dia cakap 'beyond' apa yang ada dalam fikiran normal kita.. kerna apa yg dia cakap tuh pada aku bertepatan dengan apa yg penah Nabi saw dan para sahabat lakukan.. miskin itu yg utama.. pemimpin dalam Daulah Islam tak penah kaya tetapi Daulah islam itu sendiri makmur..

dalam situasi zaman skrg nih, kita semua dah terperangkap dlm jerangkap 'wang kertas' nih.. dan adalah hampir mustahil kita tak menggunakannya.. apalagi skrg nih hampir semua dari kita membincangkan ttg cara menyimpan.. tapi cara yang dia cadangkan ialah dengan membelanjakannya.. confusing but interesting..





[origin : Am I wrong? ]

read more...

Wednesday, February 13, 2008

dilema ekonomi melayu?


asal bangsa melayu nih bangsa yang 'simple' dan cintakan kedamaian.. maksud, dia tak buat sesuatu untuk diri sendiri.. sebab tuh bila kita citer psal bisnes nih hanya sekitar 'nak tolong melayu'.. kalo ikut pendapat kumpulan 'revolusi mental' dato' senu dulu, mindset 'nak tolong melayu' nih yg menyebabkan org melayu tak teruja utk maju.. dia lebih suka org lain yg maju.. contohnya macam nak jadi imam solat.. kiri tolak kanan, kanan tolak kiri, semua takmo jadi imam..

niat 'nak tolong melayu' nih asal mula kenapa ramai org melayu beranggapan bahawa melayu kena bersatu baru boleh maju.. sedangkan yg penting dlm satu kumpulan ialah individu.. setiap dari kita kena jadi individu yg kuat sebelum kita nak bentuk bangsa yg kuat..

maka cara yg berkesan ialah menimbulkan 'desakan'.. pepatah 'pahat dengan penukul' mmg asal bunyinya negatif tapi kalo kita semua jadi 'penukul' pada org melayu maka semua 'pahat' melayu berjalan.. tapi kena mula dengan tukul 'pahat' sendiri dulu.. bunyi cam propaganda kan?

aku citer dlm grup aku laa.. ada satu ketika tuh tiba2 semua rasa melayu kena bersatu dlm satu kumpulan.. macam cina dengan persatuannya.. bila melayu bergerak dlm kumpulan maka lebih banyak benda boleh direalisasikan.. tapi lepas beberapa tahun kitorg ada cuba beberapa benda tapi hasilnya tak begitu menggalakkan.. mungkin ini yg dikatakan oleh kumpulan 'revolusi mental' tentang realistik.. bila kita kata kita nak tolong org kita takkan boleh dedikasi dan komited dlm satu jangka waktu yg panjang.. sebab secara realistik manusia tidak akan tolong org lain selama2nya..

bila aku kaji2 balik, aku lihat individu dlm kumpulan tuh yg tak sekuat yg dijangkakan.. bila duit tgh banyak memanglah berapi2 tapi bila diuji, kita akan mula meng'asing'kan diri.. maka itu aku merasakan kena undur setapak kebelakang.. perkuatkan individu.. sebab tuh dari konsep 'venture' aku mula ujakan 'personal financing'.. untuk memperkuatkan individu..

masalah kita yg utama org melayu nih ada dua yg besar, amuk dan latah.. bila org citer psal 'financial freedom' semua org dok pikir psal berhenti keje dan meniaga.. sementelah sifirnya semudah cari modal dan melabur.. ini bahagian I yg disebut oleh kiyosaki.. ini matlamat dia.. sama ada 'employed', 'self-employed' atau 'business', yg penting ialah cari modal dan posisikan diri kita sebagai 'investor'..

yg paling kita tak perasan ialah tidak ada cara lain dalam mengumpul modal selain menyimpan.. bila citer simpanan pulak, kebanyakan org melayu hanya teringat bank simpanan nasional yg merujuk pada akaun simpanan.. bila kerajaan buat asb, barulah org melayu pandai menyimpan.. kena paham nih, kebanyakan org melayu hanya menyimpan dlm asb bukan melabur.. pastuh kita ada tabung haji, koperasi bank rakyat, dsb. instrumen yg paling berjaya ialah tabung haji, sebab tujuannya jelas.. itu pun kebanyakan org melayu masukkan duit utk gie haji pada saat2 akhir bila dah dapat surat tabung haji..

persoalannya ialah mengapa org melayu tidak komited dlm menyimpan? ramai org akan tunjuk buka dalil kata Islam tak galakkan kita mengumpul harta.. maka benarlah miskin itu utama untuk diri kita tapi ramai yg lupa bahawa kaya itu penting utk komuniti.. Daulah Islam diterajui oleh khalifah yang 'humble' tapi punya sumber yang besar untuk menaiktarafkan org miskin, sehingga dikisahkan tentang bagaimana susahnya seorg sahabat mencari2 org yang sanggup menerima zakat dari dirinya..

pada pendapat aku, Islam bukan faktor mengapa melayu tak menyimpan.. tapi sifat melayu itu sendiri.. org melayu melihat kekayaan itu sebagai satu 'sumpahan'.. bila kita kaya, kita akan jadi kedekut, tamak, dan seribu satu label negatif terhadap kekayaan.. tapi macam aku pernah kata dulu, sayangnya yg berkata macam nih bukan org kaya.. yg patut melihat kekayaan sebagai label negatif adalah org kaya bukan org miskin.. maka terserlah satu sifat melayu yg perlu kita nilai semula iaitu angan-angan..

kita belum kaya tapi kita dah berangan jadi org kaya dan merasakan bila kita kaya kita jadi tamak dan kedekut.. realitinya, yg banyak aku 'observe' ialah org miskin itu yg tamak dan kedekut.. org yg betul2 kaya dia tak kisah psal duit.. malah org2 kaya yg banyak diperas dan ditipu.. dan yg ramai dari kita yg rasa org tuh kaya sebenarnya belum kaya.. cuba kita baca kisah2 org yg betul2 kaya.. tak nampak label negatif berbanding dengan org yg tak berapa kaya dan yg miskin..

dalam berangan-angan pula, melayu banyak yg berangan negatif.. kalo ada angan positif, kita akan diperlekehkan.. ini satu lagi sifat melayu yg disebut iri hati.. baru kawan kita berangan kita dah sakit hati, jadi iri hati.. maka bila angan jadi kenyataan kita tingkatkan jadi dengki.. sebab kita tak ada apa yg kawan kita ada.. kita marah pada diri kita sendiri tapi kita tanak salahkan diri sendiri.. lebih mudah kita salahkan org lain..

iri hati nih sebenarnya sifat positif, tapi kita lebih suka jadikannya negatif.. byk sifat melayu tuh positif sebenarnya, hanya cara kita melihat tuh yg jadi negatif.. sebab tuh kumpulan 'revolusi mental' berpendapat yang paling utama ialah mengubah persepsi dan perspektif org melayu dapat mengubah mindset org melayu.. mengenali kelemahan dan mengubahnya menjadi kekuatan.. dan ini bukan sekadar retorik..

sebelum revolusi perancis, barat dikatakan mengalami zaman kegelapan.. berbanding dengan Islam ketika itu.. apa yg berlaku pada masa itu ialah perubahan persepsi dengan berbagai teori2 baru ttg kemajuan.. hanya saja barat melakukannya tanpa tujuan yg tepat, maka kemajuan mereka hanya diukur dengan kebendaan.. berbanding dengan melayu yg berpaksikan Islam, jika kita merubah persepsi kita berlandaskan Islam, maka kita juga boleh keluar dari 'kegelapan'..

jangan salah anggap kata aku suh tafsir semula konsep Islam pula.. malah yg aku cuba ujakan ialah memperkuat budaya melayu dengan Islam.. secara berzaman budaya kita telah lari dari konsep asal.. asas budaya melayu adalah berpandukan adatullah.. berpaksikan Islam tapi zaman berzaman penjajah mentafsirkan semula budaya melayu itu sebagai campuran berbagai ragam ikut-ikutan dan bukan Islam.. persepsi melayu
terhadap bangsa melayu juga berubah..

kita balik semula pada agenda ekonomi kita.. ini antara sebab mengapa tiba2 (walaupun dah lama) aku mula mengujakan 'personal financing'.. bila individu dah mapan, maka kita tidak akan teragak2 lagi untuk melakukan sesuatu yg lebih besar untuk komuniti.. perasaan 'tenang' dan 'damai' ttg ekonomi rumahtangga nih penting diwujudkan sebelum kita memulakan agenda yg lebih besar..

aku rasa dah sampai masa kita buka citer yg positif psal melayu..
bila dengar org melayu berangan, kita sokong dan uja dia utk jadikan kenyataan..
bila dengar org melayu merungut, kita tunjukkan kekuatan dia dan pujuk dia supaya tak putus asa..

bila kita citer byk sangat yg negatif, 'inferiority complex' org melayu bertambah2..
dah cukup dah tv dok citer yg buruk2 psal melayu..
pendapat aku laa..

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Wednesday, February 6, 2008

plan for success


kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.. maka persoalannya ialah kail bukan lautan.. kita kena mula dgn apa yg ada kat diri kita dulu.. kita kena pikir camna nak panjangkan kail, sebab itu lebih dekat dan realistik degan hidup kita, lautan kita tak tahu apa yg ada dlm tuh.. kecuali divers team.. itu pun diorg masih terpesona bila terjun ditempat yg baru.. dan nak gie diving pun kena bawa equipment.. maknanya plan.. bukan main terjun tiruk kat laut pasifik tuh.. ini yg aku nak tekankan.. plan..

maka bila nak terus berhenti keje.. rasanya tak semua org cukup 'drive and passion' utk buat benda tuh.. apalagi ilmu berhenti keje.. maka yg paling penting ialah bagaimana kita nak plan utk dapatkan 'financial freedom' dengan cara yg kita leh buat sendiri.. tak semestinya kena meniaga baru leh kaya.. its all about planning..

itu antara sebab mengapa aku dok mencari2 'tool' dan instrumen yg sesuai utk keadaan terkini.. mungkin saja meniaga tuh bukan 'tool' yg sesuai buat kita.. terutama aku yg lebih banyak kesian dari buat untung.. yg penting kena tahu dimana kekuatan kita dan cari jalan untuk gunakan kekuatan tuh.. to be frank, aku tgok byk 'bankers' pun ada masalah kewangan.. apalagi org macam aku.. jadi pendapat aku ialah bergantung perancangan..

citer psal plan lak.. byk yg bila citer bajet, dia hanya kira untuk tahun ke tahun saja.. sebab tuh aku cuba 'initiate' plan persaraan awal.. untuk tgok berapa 'possible' untuk kita merancang masa depan kita.. kita dah bincang asb sebagai instrumen kewangan dan nampak 'possibility'.. so theres must be a better way to do this.. itu yg aku nak tanya kat korang.. camna nak memaksimakan impak pendapatan kita sekarang untuk masa depan kita dan anak2..

nak masuk syurga pun kena plan kan?

aku penah cadang satu plan utk kawan aku.. sebab dia takder keinginan utk kaya tapi dia nak lebih kepada beramal.. maka aku pun berceritalah dari kisah sedekah seguni beras kepada org miskin dan tambah tiap2 bulan, pastuh 'check'back' kita cukup makan tak bulan tuh.. sampailah kepada plan canma nak bayar zakat RM2,000 setahun..

its possible.. regardless how many debt we have now and how many money we earn every month.. its all about planning..

usaha-doa-tawakal..

yg penting kan istiqamah.. sedikit tapi berterusan..
meniaga tuh pahala.. kerja pun pahala.. insya-Allah..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

plan for success


kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.. maka persoalannya ialah kail bukan lautan.. kita kena mula dgn apa yg ada kat diri kita dulu.. kita kena pikir camna nak panjangkan kail, sebab itu lebih dekat dan realistik degan hidup kita, lautan kita tak tahu apa yg ada dlm tuh.. kecuali divers team.. itu pun diorg masih terpesona bila terjun ditempat yg baru.. dan nak gie diving pun kena bawa equipment.. maknanya plan.. bukan main terjun tiruk kat laut pasifik tuh.. ini yg aku nak tekankan.. plan..

maka bila nak terus berhenti keje.. rasanya tak semua org cukup 'drive and passion' utk buat benda tuh.. apalagi ilmu berhenti keje.. maka yg paling penting ialah bagaimana kita nak plan utk dapatkan 'financial freedom' dengan cara yg kita leh buat sendiri.. tak semestinya kena meniaga baru leh kaya.. its all about planning..

itu antara sebab mengapa aku dok mencari2 'tool' dan instrumen yg sesuai utk keadaan terkini.. mungkin saja meniaga tuh bukan 'tool' yg sesuai buat kita.. terutama aku yg lebih banyak kesian dari buat untung.. yg penting kena tahu dimana kekuatan kita dan cari jalan untuk gunakan kekuatan tuh.. to be frank, aku tgok byk 'bankers' pun ada masalah kewangan.. apalagi org macam aku.. jadi pendapat aku ialah bergantung perancangan..

citer psal plan lak.. byk yg bila citer bajet, dia hanya kira untuk tahun ke tahun saja.. sebab tuh aku cuba 'initiate' plan persaraan awal.. untuk tgok berapa 'possible' untuk kita merancang masa depan kita.. kita dah bincang asb sebagai instrumen kewangan dan nampak 'possibility'.. so theres must be a better way to do this.. itu yg aku nak tanya kat korang.. camna nak memaksimakan impak pendapatan kita sekarang untuk masa depan kita dan anak2..

nak masuk syurga pun kena plan kan?

aku penah cadang satu plan utk kawan aku.. sebab dia takder keinginan utk kaya tapi dia nak lebih kepada beramal.. maka aku pun berceritalah dari kisah sedekah seguni beras kepada org miskin dan tambah tiap2 bulan, pastuh 'check'back' kita cukup makan tak bulan tuh.. sampailah kepada plan canma nak bayar zakat RM2,000 setahun..

its possible.. regardless how many debt we have now and how many money we earn every month.. its all about planning..

usaha-doa-tawakal..

yg penting kan istiqamah.. sedikit tapi berterusan..
meniaga tuh pahala.. kerja pun pahala.. insya-Allah..



[origin : Am I wrong? ]


read more...

Monday, February 4, 2008

berfikir di dalam poket


kita nih hidup dgn pilihan.. dari bangun tidur sampailaa tido balik.. itulah masalah bila kita akal.. kena memilih.. berbeza dgn malaikat.. kawan aku kata kita nih berjalan atas takdir.. atas perjanjian yg dah termaktub di luh mahfuz... aku tak pandai nak 'elaborate'.. tapi aku nak 'share' lagi pendapat sorang lagi kawan aku.. dia kata kita nih bila masuk bab rezeki, kita berfikir di dalam kocek..

kita akan sentiasa mengira2 berapa duit yg kita ada dan kita 'adjust'2 apa nak belanja.. begitulah tiap bulan.. mmg cukup.. tapi cukup2.. sebab kita hanya mengira yg kita ada.. ini tak kena mengena dgn 'being realistic'.. ini persoalan konsep..

katakan dlm kocek kita ada RM10, kita tgh dok minum teh kat kedai tepi jalan, tiba2 datang org mintak sedekah.. apa kita nak buat? ada org akan tak bagi.. sama ada buat bodoh atau suh org mintak sedekah tuh pegi.. kebiasaannya bagi terpaksa.. kira2 berapa nak bagi.. puratanya sebab dlm kocek ada RM10 maka leh laa bagi RM1 atau RM2.. ada yg siap mintak mamak tukarkan duit.. dan ada pulak yg raba2 dlm poket, tak tengok tapi leh kira duit dlm poket, dok cari2 duit seringgit.. ini mentaliti kita..

bila ada benda yg kita kena belanjakan maka kita akan kembali kepada penghasilan kita.. ini mmg ikut ilmu ekonomi.. berbelanja ikut pendapatan.. kalo terlebih belanja nak cari nahas namanya.. bila kita kata bajet, maknanya kena potong perbelanjaan yg sedia ada.. kurangkan mana patut.. in one sense, ikut ilmu ekonomi mmg betul.. tapi kita akan 'stuck' dlm situasi nih selama-lamanya..

balik pada citer kawan aku, maka aku pun tanyalah apa yg dia buat.. dia kata sedekahkan semua, tinggalkan duit nak bayar teh saja.. argumentasi dia ialah bila kita dah takder duit, barulah kita akan mencari2 sumber mana nak dapat duit.. selagi ada duit dlm poket kita, walaupun tinggal RM2, kita tetap dok 'adjust' duit tuh.. bila dah takder baru kita guna akal mana nak cari.. "berpikir di luar kocek"..

nih aku teringat masa sembang dgn ben dali kat jakarta.. dah panjang2 citer last2 dia tanya aku, "so kenapa ko tak buat?".. terkedu kejap aku.. mmg itulah persoalan sepanjang zaman aku.. aku takder "drive".. macam citer kawan aku tadi, kita kena posisikan diri kita dlm keadaan terdesak, barulah leh kuau dr 'rat race' (favourite term kiyosaki :-))..

maka bila kak lia kata camna kalo ari nih hantar surat resign, its depends.. mungkin natijahnya positif dan mungkin juga negatif buat satu jangkamasa.. yg aku percaya ialah org akan jadi luarrrbiasa bila dia terdesak.. nak desak diri sendiri yg takut nih.. almaklum kita nih semua byk komitmen.. pada aku bukan 'comfort zone'.. cuma rasa takder 'option'.. takut seribu macam sebab.. tapi kita dok kata rezeki di tangan Tuhan.. sama lah macam aku nih..

pada aku yg paling penting ialah pelan.. mmg skrg nih kita keje.. tapi apa jadi bila sesuatu berlaku pada syarikat yg kita bekerja.. katakan ekonomi merudum cam dulu.. or bangunan kita keje tuh terbakar.. or syarikat kena amik alih dgn pengurusan lain.. merging.. mmg betul kita leh bagi 1001 macam alasan nak pertahankan kestabilan syarikat yg kita bekerja.. sama cam kawan2 aku dulu..

masa kitorg semua di'transfer' dari sapura ke nokia.. hampir semua org sangat yakin.. sampai berlambak2laa kengkawan aku beli rumah dekat2 dengan cyberjaya.. pastuh tiba2 nokia decide not to have internal engineers.. apa yg berlaku ialah nokia 'terminate' semua engineers.. yg tinggal hanya management team.. so engineers works as external.. bukan semua lak tuh yg dapat kontrak.. bottom line is anything can happen.. tapi the good thing is now most of veteran sapura tuh terlambak ke merata tempat.. having good life and good money..

but then.. same thing happens.. all end up in same rat race.. sebab tuh aku buka citer nih.. nak mintak tolong idea dari kawan2 semua.. sebab yg dlm grup aku tuh semuanya mamat teknikal yg mmg tak tau benda psal business atau investment.. semua main hentam ikut suka saja.. mana yg dapat kawin dgn bankers/accountant mmg tenang2 aja.. yg kawin dgn misi, kerani, dsb tuh dok main agak2 saja.. ikut kempen nasional saja.. maka tuh laa aku mintak tolong kawan2 yg dok ada dlm nih bagi nasiat kat aku, supaya aku pun leh kongsi dgn kawan2 aku.. kalo melayu tak tolong melayu, sapa lagi yg nak tolong melayu kan?

wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]

read more...

Friday, February 1, 2008

passive income and retirement


talking bout passive income is not about being rich.. its about being financially free.. dan konsep nih pun bukan baru sebab org2 tua kampung aku semua dah buat.. contoh mudah.. masa muda keje kumpul duit, ada peluang beli tanah, tanam pokok kelapasawit, now diorg ari2 balik masjid dok kedai kopi minum teh, kelapasawit bagi kat org kerjakan, sebulan sekali gie amik duit.. kalo ikut term org muda, nih pun real-estate..


masalah utama bukan duit but how we wanna live our life.. insya-Allah..

aku nak tekankan sket kat sini ttg istilah bersara.. kita org melayu nih dididik oleh british.. bila citer psal bersara, yg terbayang dlm diri kita adalah makan pencen.. balik kampung buat rumah sebiji, gie buat keje kebun sikit2, pastuh dok rileks tunggu nak mati.. mentaliti camnih mmg dah tertanam dlm diri org melayu zaman berzaman.. sebab tuh bila aku sebut jom bersara awal, ramai gak kengkawan aku meloncat2.. apahal nak bersara awal kalo kita leh buat duit lagi..

maksud aku bila kita bersara maknanya kita ada pilihan untuk buat apa yg kita suka.. selagi kita tak financial free, kita terikat.. jangan kata nak gie kuau usrah 40 hari, nak duk masjid sehari suntuk pun tak sempat, solat pun tak berapa kusyu'.. dok teringat nak bagi nafkah anak bini..

yg aku sebut bersara ialah kita dah siapkan nafkah anak bini.. bila financial free barulaa kita leh kata harta makan 7 keturunan tak habis.. kalo diuruskan dengan betul.. biasanya 3 keturunan jer.. tapi nih kita citer bab lain..

so bila nafkah anak bini kita dah siap sedia, maka kita leh laa buat perkara2 fardhu kifayah.. takkan asik buat fardhu ain saja kan? kalo ikut Nabi saw umor 40 baginda dah mula mengasingkan diri.. kalo ikut zaman nih, umor 40 laa masa yg kiita dok pulun dunia..

bukan aku kata nak stop cari nafkah anak bini atau tak percaya pada rezeki.. tapi bila kita merancang dengan betul, maka hati kita lebih tenang beribadah.. tuh yg kita cari, ibadah jadi tenang.. kita nih kdg2 anak2 minta makan kfc pun dah mula kira duit dalam poket, solat pun dok teringat hutang bank ada tak bayar lagi, blum kira nak tuntut ilmu, mana ada masa kan?

maka bila kita bersara, kita boleh buat pilihan nih.. cam doc, nak bukak klinik free pun buleh.. kalo skrg mau pikir byk kali kan?

pendapat aku laa.. wallahualam..



[origin : Am I wrong? ]


read more...